Bagi seorang lelaki sejati di antara bahagian anggota badan yang sangat penting untuk tampak sasa ialah di bahagian tangan dan lengan. Ini termasuklah di kawasan bisep dan juga trisep.
Lihat sahajalah pelakon-pelakon aksi Hollywood popular yang rata-ratanya memiliki otot lengan yang cukup hebat. Mantap mata memandang namun untuk dapatkan lengan berotot seperti mereka bukanlah satu perkara yang senang. Tapi ia tidak bermakna ia mustahil untuk dilakukan.
Percayakah anda jika MASKULIN mengatakan anda mampu mendapatkan otot lengan yang hebat dalam masa sebulan?
Pertama sekali anda perlu ingat bahawa untuk membina otot lengan yang hebat dalam tempoh tersebut anda perlu pertimbangkan beberapa perkara penting seperti pemakanan, latihan dan juga gaya hidup.
Berikut beberapa tip pemakanan dan gaya hidup boleh membantu anda membina otot lengan yang hebat dalam tempoh hanya satu bulan sahaja.
1. Makanan seimbang
Pastikan anda mengambil makanan yang kaya dengan protein, karbohidrat kompleks dan lemak yang sihat. Protein sangat penting untuk membina otot, manakala karbohidrat kompleks menyediakan tenaga untuk latihan dan lemak sihat membantu dalam penyembuhan tisu otot.
2. Latihan beban
Latihan beban seperti push-up, pull-up, dan curl bicep sangat penting untuk membina otot lengan. Anda boleh mencuba latihan-latihan ini dengan berulang kali selama seminggu dan meningkatkan berat beban secara berperingkat-peringkat.
Anda perlu melatih otot lengan anda secara konsisten dan mengelakkan daripada mengambil cuti lebih dari dua hari. Ini kerana latihan yang konsisten dapat membantu mempercepatkan pembinaan otot.
4. Tidur mencukupi
Tidur yang mencukupi sangat penting dalam membina otot lengan. Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam untuk membantu dalam pemulihan otot.
5. Kurangkan pengambilan gula dan lemak
Hindari pengambilan makanan yang tinggi dengan gula dan lemak tidak sihat seperti makanan segera dan minuman ringan. Ini kerana pengambilan makanan ini dapat memperlambatkan proses pembinaan otot.
6. Tingkatkan aktiviti harian
Lakukan aktiviti harian seperti berjalan kaki atau berlari, kerana aktiviti ini dapat membantu meningkatkan pengeluaran hormon yang mempengaruhi pertumbuhan otot.
Ads
Selain itu, anda juga perlu biak mengatur jenis senaman yang sesuai. Jadi apakah bentuk senaman dan juga latihan yang mampu membantu lengan jadi mantap dalam tempoh sebulan?
Berikut merupakan tip senaman dari MASKULIN.
Curl bicep
Berdiri dengan kaki selebar bahu dan pegang barbel dengan telapak tangan menghadap ke atas. Angkat barbel ke bahu anda dengan mengencangkan otot bicep. Lakukan 3 set dengan 10-12 ulangan.
Ads
Tricep extension
Berdiri dengan kaki selebar bahu dan pegang barbel dengan telapak tangan menghadap ke bawah. Angkat barbel di atas kepala dan tekuk siku untuk menurunkannya ke belakang kepala anda. Kemudian kembali ke posisi semula. Lakukan 3 set dengan 10-12 ulangan.
Chin up
Gantungkan diri anda pada sebuah bar dan angkat badan anda hingga dagu melewati bar. Turunkan kembali badan anda ke posisi semula. Lakukan 3 set dengan 8-10 ulangan.
Dengan mengikuti tips ini dan berlatih dengan konsisten, anda dapat membina otot lengan yang hebat dalam satu bulan. Namun, ingatlah bahawa pembinaan otot adalah proses yang memerlukan kesabaran dan kesungguhan, jadi bersabarlah dan jangan putus asa!
Jangan lupa subscribe YouTube, TikTok dan Facebook MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak dari dulu sampai sekarang, push up merupakan antara teknik senaman yang sangat popular. Ia dilakukan oleh semua pengamal senaman tidak kiralah sama ada untuk membina tubuh, atlet, ahli beruniform atau kegiatan jasmani pelajar sekolah.
Namun sehingga kini masih ramai yang tidak menggunakan teknik yang betul semasa melakukan push up.
Melakukan push up dengan teknik yang salah akan membuatkan aktiviti senaman anda tidak mendapat hasil yang baik dan efektif. Malah ia boleh mengakibatkan kecederaan serius seperti kecederaan oto, ligamen dan patah tulang.
Jadi apakah kesalahan yang sering dilakukan oleh ramai orang ketika melakukan push up?
Jarak tangan terlalu lebar
Ini antara teknik yang salah! Banyak sumber mengatakan jarak kedudukan tangan semasa melakukan push up boleh mempengaruhi kesannya. Jarak tangan yang sempit (narrow grip push up/diamond push up) akan lebih menekankan kontraksi otot tricep dan jarak tangan yang lebar pula lebih menekankan kontraksi otot dada.
Akan tetapi jika jarak tangan yang terlalu lebar ia akan membahayakan anda karena terasa sangat berat lalu boleh sebabkan kecederaan.
Siku dibuka terlalu lebar
Semasa melakukan push up anda tak perlu membuka siku terlalu lebar. Senaman push up yang baik boleh diamati dari atas maka dan badan anda akan terlihat seperti anak panah. Dengan kata lain siku akan membentuk sudut 30 darjah terhadap tubuh.
Corak gerakan push up yang sebetulnya ialah dilakukan secara penuh atau one full repetition. One full repetition bermula dari bawah pada saat siku menekuk dan dada hampir menyentuh tanah.
Seterusnya angkat badan anda ke siku lurus. Ramai yang lakukan dengan hanya mengangkat tubuh sehingga siku tidak sampai lurus. Dan bila menurunkan tubuh pun banyak yang tak sampai ke bawah.
Bentuk badan salah
Ketika melakukan push up tubuh anda harus lurus dan tidak boleh menekuk. Kebanyakan orang melakukan push up dengan badan mereka tidak ikut turun mengikuti kepala mereka sehingga yang terlihat naik turun hanya kepala saja dan terlihat seperti push up lumba-lumba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apakah alasan popular yang diberikan oleh majoriti orang lelaki yang tak bersenam? Ya, tak lain tak bukan alasannya ialah tiada masa.
MASKULIN tahu memang ada sesetengah orang memang tiada masa. Agak sukar juga nak juggle masa antara karier, hal rumahotangga dan juga komitmen lain dalam hidup.
Namun tahukah anda sebenarnya untuk bersenam anda tak perlu ambil masa yang terlalu lama pun. Dan tahukah anda senaman juga boleh dilakukan di atas kerusi di pejabat!
Dengan menggunakan teknik yang betul dan kesungguhan diri sendiri, anda pasti dapat lakukannya setiap hari. Curilah sedikit masa kira-kira 5 ke 10 minit sehari untuk lakukan senaman di bawah. Anda boleh lakukan setiap senaman pada waktu berbeza atau lakukan dua jenis senaman dalam setiap sesi.
Plank
Satu lagi jenis senaman yang popular di kalangan lelaki. Ia adalah sejenis bentuk untuk otot perut dan dilakukan dengan posisi seperti tekan tubi. Namun plank tidak perlukan anda turun naik seperti tekan tubi, sebaliknya hanya perlu tahan beban dengan tangan dan kaki selama yang boleh.
Semasa di pejabat anda boleh lakukan plank dengan menggunakan kerusi. Buka lengan dan letakkan tangan di atas permukaan kerusi atau meja dan berjalan ke belakang hingga satu sudut terbentuk. Letak jari kaki anda dalam keadaan renggang. Naikkan pinggul hingga membentuk garisan lurus dari bahu ke kaki. Tahan selama 30 hingga 60 saat.
Kebiasaannya anda lakukan senaman crunhes ini di atas lantai. Tapi sebenarnya anda juga boleh lakukannya di atas kerusi. Anda hanya duduk di atas kerusi dengan posisi lurus pada 90 darjah. Pastikan lutut dibengkokkan dan kaki di atas lantai.
Letak tangan di tepi kepala atau atas dada. Gerakkan badan anda ke depan dan ke belakang. Sebolehnya cuba ketatkan otot perut anda seketat yang boleh dan ulang dengan bergerak ke belakang dan ke depan semula. Anda pasti dapat rasa impaknya selepas itu.
Silang Siku Dan Lutut
Untuk senaman ini pula ia dilakukan dengan duduk menegak di kerusi dengan kedua-dua tangan diletakkan di sisi atas kepala. Mulakan memusing badan anda dengan mengangkat kaki kanan dan membawa siku kiri menyentuh lutut kanan.
Pastikan kaki anda diangkat perlahan-lahan, tidak terlalu cepat untuk memberi tekanan kepada otot perut. Ganti pula dengan mengangkat kaki kiri ke atas dan membawa siku kanan menyentuh lutut kiri. Anda akan dapat rasa otot perut yang menegang.
Kayuh Basikal
Pastikan anda duduk di hujung permukaan kerusi. Beri sokongan kepada bahagian atas badan dengan sandarkan bahu di atas kerusi. Kemudian letakkan kedua kaki dalam posisi mengayuh basikal. Mulakan gerakan mengayuh dengan mengangkat paha ke arah perut. Ulang perlahan-lahan sehingga otot perut anda terasa tegang.
Leg Pull In
Bagi senaman ini pula ia memberi fokus untuk menegangkan bahagian bawah perut. Kebiasaannya ia dilakukan di atas bangku gim. Namun ia juga boleh dilakukan di pejabat. Duduk seperti biasa dan angkat badan anda menggunakan kekuatan kedua-dua tangan. Rapatkan kedua-dua kaki dan angkat ke paras dada. Seeloknya angkat perlahan-lahan hingga otot perut terasa tegang. Kemudian berhenti seketika bila lutut mendekati dada dan turunkan semula kaki.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.