Optimum dengan melaksanakan latihan ‘bodyweight’ nyata memberi signifikan pada peratusan kecergasan dan keupayaan kendiri. Pergerakan yang minimal namun memberi impak momentum yang maksima pada struktur tubuh agar lebih kental dan berstamina tinggi.

5 Gerakan Paling Cepat Dapat Otot Dan Berkesan!

Push up

Latihan yang melatih otot lengan, bahu, dada serta otot di bahagian perut dengan menggunakan tekanan berat badan sendiri. Ringkas dan mudah untuk dilakukan dengan beberapa siri tersendiri dengan kapasiti ruang yang terhad. Latihan ini nyata cukup efektif untuk menghasilkan ruang dada yang bidang lantaran turut cepat membakar sejumlah kalori yang tinggi. Pastikan postur badan adalah betul ketika melakukan tekan tubi ini untuk mendapatkan hasil yang efektif. Letakkan telapak tangan di lantai lantaran rentangkan tubuh ke belakang. Gunakan hujung kaki sebagai fokus untuk menahan tubuh. Turunkan tangan hingga ke paras siku dengan membentuk sudut 90 darjah dan kembali ke posisi awal. Lakukan dalam kadar 15 kali dalam beberapa repitasi.

5 Gerakan Paling Cepat Dapat Otot Dan Berkesan!

Crunch

IKLAN

Perut ternyata menjadi bahagian paling sukar untuk diberi fokus kala berhadapan dengan situasi berat badan berlebihan. Adaptasi gerakan crunch dalam setiap latihan kecergasan meskipun ketika berada di rumah mampu untuk memberi tekanan kepada otot perut lantas membakar lemak yang terkumpul. Lakukan dengan gerakan ringkas dengan berbaring lantaran kaki yang dibengokkan  diangkat  hingga ke paras dada. Lakukan serentak degan mengangkat bahagian dada ke atas sehingga mencecah paras 30 darjah.

5 Gerakan Paling Cepat Dapat Otot Dan Berkesan!

Plank

IKLAN

Latihan keseimbangan yang memfokus pada tekanan di bahagian pusat tubuh. Plank melatih otot lengan, bahu, perut dan paha agar memperoleh regangan namun cukup efektif untuk membakar lemak perut dan menghasilkan ‘six pax’. Lakukan dengan membengkokkan kedua tangan di lantai pada paras 90 darjah lantas rentangkan tubuh dengan menggunakan hujung kaki sebagai fokus. Bertahan dalam posisi ‘freeze’ ini selama yang termampu.

5 Gerakan Paling Cepat Dapat Otot Dan Berkesan!     5 Gerakan Paling Cepat Dapat Otot Dan Berkesan!

Burpees

IKLAN

Struktur pergerakan minimal namun dilakukan dalam momentum tekanan yang tinggi. Garapan kombinasi push up dan melompat yang mencipta fokus pada seluruh otot bahagian tubuh. Efektif dalam membakar kalori dan lemak berlebihan lantas meningkatkan stamina. Bermula dengan melakukan gerakan push up dan diikuti dengan lompatan. Ulang pergerakan yang sama dengan beberapa repitasi.

5 Gerakan Paling Cepat Dapat Otot Dan Berkesan! 5 Gerakan Paling Cepat Dapat Otot Dan Berkesan!

Squat jump

Fokus terhadap pemusatan pembentukan otot kaki terutama otot pada bahagian betis. Pergerakan ringkas dan minimal namun cukup efektif untuk menghasilkan tenaga dan otot yang kuat. Lakukan dengan hanya berdiri lantas turunkan bahagian pinggul pada paras 90 darjah hingga selari dengan paras bahagian peha. Kemudian berdiri semula sambil melompat secara serentak. Tahan posisi 90 darjah beberapa saat sebelum berdiri semula untuk kesan yang lebih maksima. Ulangi pergerakan ini dalam beberapa repitasi mengikut kemampuan sendiri.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI