Tak lengkap rasanya hari raya tanpa hidangan lemang, tapi bagi korang yang pencinta dan hantu lemang, pastinya korang akan tau lemang-lemang yang ‘rare’ ni. Tapi dah jarang orang buat lemang ‘rare’ ni. Kalau jumpa hidangan ini di rumah yang korang kunjung tu memang bertuah la.
1. Lemang Periuk Kera
Apabila sebut pasal lemang, pasti kita akan terfikir sejenis makanan diperbuat daripada pulut dan santan, dibakar dalam buluh, serta menjadi buruan menjelang Aidilfitri serta Aidiladha. Namun, apabila disebut akan lemang periuk kera, pasti ramai yang berasa pelik dan tertanya-tanya rupa bentuk serta rasa lemang berkenaan.
Perbezaan Lemang Periuk Kera ini dari lemang biasa adalah dari segi rasanya yang sangat enak. Pada bahagian dalam lemang ini ianya ada rasa sedikit manis dan berlemak. Berbeza dengan Lemang Buluh, Lemang Periuk Kera seolah-olah dimasak sempurna dan mempunyai rasa yang sekata kerana faktor saiz pokoknya.
2. Lemang Tepung
Pernah dengar mengenai lemang tepung? Buat mereka yang terpinga-pinga dan tidak pernah dengar tentangnya, lemang tepung adalah makanan tradisi orang perak. Ianya seakan bengkang atau bingka tetapi cara masak adalah hampir sama dengan lemang pulut dengan menggunakan buluh cuma bahan untuk memasak sahaja yang lain.
Lemang tepung sangat mudah basi menyebabkan ia tidak boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak kerana tidak boleh disimpan lama. Kalau korang beraya kat Perak, boleh la try cari lemang tepung ni.
Ads
3. Lemang Pulut Hitam
Klau biasa korang dengar bubur pulut hitam, tapi jangan tak tahu yang terdapat juga lemang pulut hitam.
Lemang pulut hitam mempunyai resepi yang sama dengan lemang biasa, cuma perbezaannya ialah jenis beras pulut yang digunakan ialah beras pulut hitam.
Apabila dimasak, warna lemang akan menjadi hitam tetapi rasanya tidak lah begitu ketara dengan rasa lemang yang biasa.
Ads
4. Lemang Durian
Kalau diikutkan siapa saja yang tidak menggemari durian. Disebabkan itu, pengusaha lemang mengambil langkah yang sangat bijak dengan mengolah resepi lemang. Lemang durian ni tidak begitu mendapat permintaan yang tinggi disebabkan ianya tidak boleh disimpan lama.
Selain itu juga, lemang durian mempunyai harga yang sedikit tinggi dari jenis-jenis lemang yang lain kerana isi durian itu sendiri yang mahal. Tapi kalau dapat makan lemang durian ni memang tak tinggal untuk orang lain punya lah!
Ads
5. Lemang Jagung
Lemang jagung juga lebih kurang sama macam lemang pulut hitam dan lemang jangung juga menggunakan bahan yang sama seperti lemang biasa. Tapi terdapat perbezaan dari segi rasa, kerana apabila ditambah jagung ianya secara tidak langsung menambahkan rasa manis di dalam lemang.
Warna dan tekstur lemang juga akan kelihatan sedikit berbeza kerana beras pulut dicampur dengan jagung.
Selain jagung, anda juga boleh menggantikan jagung dengan bahan lain mengikut kesukaan anda.
Sumber : Oh hangat
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seorang peminat tegar yang pernah menukar namanya secara sah kepada Manchester United dilaporkan meninggal dunia pada usia 62 tahun.
Lelaki berbangsa Bulgaria itu, yang asalnya dikenali sebagai Marin Zdravkov Lavidzhov, menjadi terkenal selepas menukar namanya kepada Manchester United dan menato lambang kelab tersebut di dahinya simbol cintanya yang luar biasa terhadap pasukan bola sepak itu.
Beliau mula menyokong Manchester United selepas kemenangan dramatik kelab itu dalam Final Liga Juara-Juara 1999, ketika dua jaringan lewat permainan oleh Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solskjaer memastikan kemenangan 2-1 ke atas Bayern Munich di Camp Nou sekaligus melengkapkan treble bersejarah di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson.
Perjalanan Hidup ‘Mr Manchester United’
Foto : The Sun
Menurut laporan The Sun, Lavidzhov berjuang selama hampir 15 tahun untuk menukar namanya secara rasmi kepada Manchester United, dan akhirnya berjaya pada tahun 2014 apabila beliau secara sah dikenali sebagai Manchester Zdravkov Levidzhov-United.
Difahamkan, keputusan itu dibuat secara spontan ketika beliau sedang mabuk sehari selepas kemenangan epik 1999 tersebut.
Namun, apa yang bermula sebagai tindakan impulsif berubah menjadi misi hidupnya.
Kisah perjuangannya itu turut dijadikan dokumentari Bulgaria bertajuk My Mate Manchester United pada tahun 2011.
Sebagai tanda cinta sejatinya kepada kelab itu, beliau menato lambang rasmi Manchester United di tengah dahinya.
Pada tahun yang sama, impiannya untuk melawat Old Trafford menjadi kenyataan hasil bantuan The Sun.
Manchester United Hargai Pemergian Peminat Ikonik Ini
Foto : The Sun
Jurucakap rasmi kelab Manchester United berkata, “Kami amat sedih mendengar berita ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga serta rakan-rakannya.”
Mr United pernah diberi peluang menjalani lawatan peribadi ke Old Trafford pada tahun 2014.
Beliau dilaporkan menangis sebaik melangkah ke bilik persalinan pemain dan padang utama stadium.
Lawatan itu turut disusuli dengan perlawanan di Stadium of Light, di mana beliau menonton Red Devils beraksi secara langsung.
“Saya tidak dapat mengucapkan terima kasih yang cukup kepada The Sun kerana menjadikan impian saya kenyataan. Melihat tempat di mana wira saya bermain adalah pengalaman paling berharga dalam hidup saya,” katanya ketika itu.
Warisan dan Kisah Luar Biasa Yang Akan Dikenang
Di rumahnya di Bulgaria, setiap sudut dihiasi dengan memorabilia Manchester United termasuk poster, jersi, dan bendera pemain kegemarannya seperti Dimitar Berbatov, rakan senegaranya yang pernah mewakili United antara 2008 hingga 2012.
Beliau turut menamakan kucing peliharaannya sempena nama David Beckham, pemain idolanya.
Pada tahun 2017, beliau kembali ke Manchester untuk bertemu para pemain dalam satu kunjungan istimewa satu lagi kenangan manis dalam hidupnya sebagai penyokong sejati.
Walaupun tidak banyak diketahui mengenai tahun-tahun terakhir hidupnya, gelombang ucapan takziah dari seluruh dunia membuktikan betapa besar pengaruh kisahnya terhadap komuniti peminat bola sepak global.
Kisah ‘Mr Manchester United’ bukan sekadar aneh, tetapi mewakili semangat sebenar bola sepak bagaimana sukan ini mampu menyentuh hati dan menyatukan manusia di seluruh dunia.
Walaupun ada segelintir penyokong tempatan mengeluh tentang kehadiran ‘peminat pelancong’, kisah seperti Lavidzhov mengingatkan bahawa semangat dan cinta terhadap kelab tidak mengenal sempadan geografi.
Beliau mungkin bukan berasal dari Manchester, tetapi cintanya terhadap kelab itu setulus mana-mana penyokong di Stretford End.
Namanya, kisahnya, dan semangatnya akan terus hidup dalam sejarah Manchester United selamanya dikenang sebagai ‘Mr Manchester United’. ❤️⚽️
Sumber : Goal.com
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Pornografi menjanjikan keseronokan dan kepuasan, tetapi apa yang penggemar porno dapat adalah ketagihan. ”- Norman Doidge, MD, The Brain That Changes Itself.
Kajian terhadap otak mendapati punca ketagihan bukan sekadar unsur luar yang dimasukkan secara fizikal, tetapi terdapat tindak balas lain yang menyebabkan ketagihan.
Sudah tentu arak untuk diminum dan rokok untuk dihisap tetapi apabila alkohol dan asap masuk ke dalam badan , ia akan meransang(stimulate) otak untuk menghasilkan hormon dopamine dalam jumlah yang banyak .
Apa itu hormon dopamine?
Dopamine mempunyai banyak fungsi, salah satu fungsinya adalah memberi kita ‘hadiah’ dalam bentuk perasaan gembira, seronok, ghairah dan motivasi. Perasaan ini membuatkan kita lebih fokus pada objek yang meransang dopamine tersebut tanpa memperdulikan masalah dan hal-hal lain.
Situasi ini membuatkan kita lebih tenang dan bebas daripada masalah-masalah yang serabut di minda.
Tetapi penghasilan dopamine dalan jumlah yang banyak tanpa mekanisma yang normal(natural) akan menyebabkan ketagihan. Dan inilah apa yang dadah, alcohol dan pornografi lakukan terhadap otak kita.
Bagaimana Otak Kita Berkerja?
Otak kita dilengkapi dengan satu laluan yang dipanggil “reward pathway”. Reward pathway berfungsi merangsang otak untuk melakukan sesuatu untuk terus hidup( seperti makan) atau melahirkan kehidupan(seks) .
Pathway ini bertindak untuk memberikan ganjaran(reward) dengan cara merembeskan dopamine ke dalam otak. Dan seterusnya dopamine akan menyebabkan si pelaku merasa tenang, gembira, ghairah dan termotivasi.
Sekali pandang, keadaan ini baik untuk meransang kita melakukan sesuatu perkara tetapi tidak bermakna ‘sesuatu’yang kita lakukan itu baik untuk kita.
Contohnya, otak kita akan menghasilkan kadar dopamine yang tinggi apabila kita makan kek coklat yang sedap berbanding makan roti gandum. Kenapa? Kerana 3,000 tahun yang lalu, untuk mendapatkan makanan berkalori tinggi sangat susah untuk ditemui, jadi apabila nenek moyang kita dapat peluang untuk makan kek yang berkalori tinggi, sudah pasti mereka akan makan kesemuanya tambahan pulak kek itu sedap.
Tetapi hari ini kek yang berkalori tinggi mudah dijumpa di mana-mana dan rasanya pula pelbagai. Andai kata setiap kali kita mempunyai kesempatan untuk beli dan makan sehingga kenyang dalam keadaan berulang-ulang kali, pasti kita berpotensi menghidap serangan jantung, pertambahan berat badan dan masalah- masalah kesihatan yang lain.
Porno secara asasnya adalah junkfood kepada seks. Apabila seseorang itu menonton porno, otaknya akan meransang untuk mencari peluang melakukan seks dan dalam masa yang sama dopamine akan dirembeskan secara tidak normal dalam kadar yang tinggi untuk memenuhi otak.
Dan tidak seperti hubungan seks yang sihat dengan orang yang sebenar, pornografi hanya menawarkan imej hyper-sexual yang tiada penghujung. Keadaan ini menyebabkan otak dibanjiri dengan dopamine yang sangat tinggi setiap kali bertukar dari satu imej ke imej yang lain.
Sekali dengar, memenuhkan otak dengan hormon yang membuatkan kita gembira seolah-olah tidak ada salahnya, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Seperti contoh junk-food tadi, adakah cukup sekadar sedap dan enak? Bagaimana kesannya daripada sudut kesihatan?
Badan Memerlukan Pornografi?
Masalah berpunca bila otak bertindak balas terhadap kehadiran dopamine yang tinggi. Disebabkan jumlah dopamine yang meningkat secara mendadak, Otak akan memberi isyarat(signal) untuk menutup tapak(receptor) dopamine
Untuk mudah faham, Dopamine Receptor ini seumpama tapak pendaratan bagi dopamine. Dopamine seperti helicopter yang didalamnya ada bekalan, ia perlu mendarat terlebih dahulu baru fungsinya dapat digunakan.
Jadi dalam hal ini untuk memastikan penggunaan dopamine hanya pada tahap normal sahaja, otak akan bertindak memberi isyarat untuk menutup dopamine receptor bilamana menerima kehadiran dopamine yang terlalu tinggi.
Kesannya, porno yang asalnya memberi kesan yang mengujakan menyebabkan penonton porno merasa biasa. Mereka tidak cukup teransang dengan pornografi yang biasa. Penggemar porno perlu mendapatkan pornogarfi yang lebih eksotik dan ekstrem.
Ini bertujuan meransang penghasilan dopamine yang lebih tinggi bagi mengekalkan perasaan keterujaan ketika menonton pornografi. Akhirnya pengguna tidak akan berasa normal tanpa dopamine yang tinggi kerana otak mereka sudah terbiasa dengan kadar dopamine yang tinggi.
Perkara kecil yang boleh membuat mereka gembira seperti berjumpa rakan ataupun bermain sukan yang diminati, tidak lengkap tanpa lebihan dopamin yang datangnya daripada porno, jadi mereka akan rasa tidak selesa, cemas, murung, dan stres sehinggalah mereka kembali menonton porno.
Dalam bahasa yang mudah, sistem tubuh badan mereka tidak lagi normal seperti manusia biasa yang tidak terlibat dengan porno.
Ketagihan Bermula
Situasi ini bertambah buruk, apabila Dopamine bergerak di dalam otak dengan jalannya yang tersendiri. Jalan ini dikenali sebagai iFosB.
Setiap kali dopamine dihasilkan, jalan baru iFosB akan terbentuk. iFosB berfungsi mengingatkan kita apa tindakan yang kita buat menyebakan dopamine terhasil dan seterusnya kita akan menjadi gembira dan seronok.
Contohnya satu hari kita jumpa yang dijual ditepi jalan. Asalnya kita mahu mencubanya sahaja, tetapi disebabkan sedap dan secara tidak langsung dopamine terhasil dan terbentuklah iFosB.
Maka iFosB ini akan mengingatkan kita diwaktu yang lain, sekiranya nak makan nasi lemak sedap sila pergi beli kat nasi lemak ayah hensem tadi. Inilah aturan yang akan berlaku dalam otak kita sekiranya berlaku pengambilan dadah, alcohol atau apa-apa sahaja yang menyebabkan ketagihan.
Tidak terkecuali bagi pornografi. Malah lebih berbahaya kerana bahan porno murah malah terlalu banyak yang percuma dan mudah untuk didapati. Semakin banyak menonton pornografi, semakin banyak jalan/laluan iFosB terhasil. Penghasilan iFosB yang banyak hasil daripada menonton pornografi menyebabkan mereka lebih mudah untuk menonton pornografi walaupun mereka tidak mahu dan tahu kesan buruk pornografi. Kerana mereka sudah berada dalam ketagihan.
Dan risiko bagi golongan remaja lebih tinggi kerana reward pathway mereka bertindak balas 2-4 kali ganda lebih hebat berbanding orang dewasa.
Ini bermakna dopamine yang dihasilkan lebih banyak. iFosB juga turut terhasil dalam jumlah yang banyak dan akhirnya mereka akan berada dalam ketagihan yang kronik.
Bukan Sesuatu Yang Taboo, Tapi Perlu Tahu
Pornografi bukan lagi menjadi satu perkara yang malu untuk kita cakap dan bincangkan tetapi perkara yang kita sepatutnya takut dan bimbang. Kerana kesan pornografi tidak nampak pada luaran, tetapi dalaman.
Dalam artikel yang akan datang, saya akan kongsikan statistik penonton pornografi dan kes-kes yang berlaku disebabkan pornografi.
Sumber : rootofscience
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pelik juga duit selalu habis dan akhirnya tiada simpanan di dalam akaun di hujung tahun? BERAPAKAH jumlah wang simpanan anda sekeluarga setiap tahun? Bolehkah mencapai ke paras 5 atau 6 angka atau kurang? Menyimpan wang telah menjadi tradisi turun-temurun, yang diperkukuhkan atas kesedaran terhadap persiapan untuk hari tua, pendidikan anak-anak yang kian mahal setiap tahun, kos perubatan yang tinggi, kos sara hidup yang terus meningkat.
Sejak kebelakangan ini, ramai pula yang memberi tip dan perkongsian tentang tip menabung dan ‘saving’ perbelanjaan. Kali ini admin tertarik dengan satu perkongsian di media sosial tentang cara menyimpan duit ini. Kerana belaiau mampu menyimpan rm35k dalam masa 4 tahun. Hebatkan..!
Mari kita praktikkan perkongsian dari beliau.
Aku ada beberapa akaun.
Akaun duit gaji masuk.
Akaun tabung haji
Akaun bank islam (savings dari gaji)
Asb
Caranya:
1. Simpanan di Tabung Haji
Aku memang potong tabung haji. Masa aku mula kerja aku dah daftar untuk potong rm200 tetiap bulan dan aku tak pernah kacau. Sekarang ni dalam tabung haji aku dah cukup untuk pergi haji. Tunggu queue je. Tolong doakan ada rezeki aku tahun depan. Nak buat rayuan. Aku buat cam ni sebab nak tak nak duit tu akan dipotong jugak. So aku xde la rasa cam berat nak simpan dan selalunya aku lupa yg aku ada potong untuk tabung haji ni.
2. Simpan Asb
Sama mcm kat atas. Aku potong rm200 setiap bulan. One thing pasal asb ni nak keluarkan susah so aku mmg x pernah kacau duit ni. Asb ni pon aku selalu lupa aku ada savings. So dekat tabung haji dgn asb ni je. Setahun aku dah ada rm9600 untuk each account. Aku dah kerja almost 4 years. So boleh kira sendiri laa kan.
3. Kwsp
Aku xpernah kacau sampai la aku nak bayar duit downpayment rumah aku. Baru la aku keluarkan dan gunakan 3/4 duit kwsp aku tu. Sekarang ni akaun kwsp aku dah kosong la sebab baru keluarkan. Kat sini aku dah save banyak sebab aku x kacau duit savings aku tu.
4. Kerja Overtime
Bila aku terpaksa Overtime kt kerja. Duit overtime tu aku akan masukkan kt bank islam. Tu jadi Savings aku. Aku nak g travel ke nak beli apa ke semua aku pakai duit tu.
5. Duit gaji
Setiap bulan aku akan masukkan duit balance gaji aku ni ke bank islam aku. So mmg kira duit gaji aku ni untuk hidup je lah sebulan. Xde la aku mixed up ni duit savings dari bulan lepas ke apa. Nak isi myk ke makan ke dan whatsoever aku pakai duit gaji dr akaun masuk gaji. Kalau nak shopping aku pakai duit savings aku tu. Aku ni jugak jenis cermat sikit. Kalau aku nak beli sesuatu aku akan beri masa sikit dan kumpul duit. Hati kena tabah beb. Aku akan survey dulu mana murah tp ada kualiti. Aku takkan beli barang secara hutang. Aku akan make sure aku beli cash.
Makan kt kl ni jangan cakap. Sekali makan lunch je dah boleh cecah rm15. So aku selalu jimat kt breakfast and dinner. Sehari aku tetapkan maximum i can go is rm15. So kalau hr tu aku makan rm8 ke. Balance tu aku kumpul la gitu.
6. Ptptn?
Alhamdulillah. Aku grad kelas pertama so aku dpt pelepasan dr bayar ptptn. So kat sini pon aku dah jimat dr bayar. So mohon pelajar2 sana study elok2. Nanti grad xyah fikir nak bayar ptptn tu.
7. Kredit Kad
Kadang2 nak book hotel tu susah sikit la bila takde kredit kad ni. Tp skrg ni debit card pon dah widely accepted. So xde masalah dan jangan sesekali amik sbb nanti korang berhutang dia jd semakin banyak sbb xblh kawal diri bila shopping. Haha.
8. Sedekah
Ketepikan duit gaji setiap bulan untuk beri pada mak ayah di kampung.. Beli hadiah pada anak buah aku belanja parents makan. Tetapi setiap bulan memang aku allocation yang aku akan transfer ke akaun yang memerlukan seperti aman palestin ke persatuan haiwan terbiar ke atau bila ada orang-orang yang memerlukan sumbangan . Aku juga selalu belanja colleague aku makan.
Mungkin anda akan terasa banyak duit keluar tetapi at the end of the month korang akan terkejut tengok balance ada lagi siap boleh bt Savings. Itu aku percaya the power of sedekah.
Ni aku share cara aku je. Of course orang lain ada komitmen masing-masing dan cara sendiri. Sorry kalau rasa cm xmembantu.
Sumber : iiumc
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.