Tidak salah jika anda melakukan senaman secara solo atau seorang bila berada di gym. Apa yang penting anda melakukan senaman. Tapi tahukah anda melakukan senaman dengan sokongan dari gym bro atau rakan senaman mempunyai kelebihan tersendiri?
Bersenam bersama gym bro bukan sahaja menjadikan sesi di gimnasium lebih menyeronokkan, tetapi juga membantu meningkatkan motivasi dan memastikan teknik dilakukan dengan betul.
Selain masing-masing boleh memberikan semangat kepada satu sama lain, terdapat beberapa senaman yang boleh dilakukan lebih efisien secara berdua.
Berikut MASKULIN kongsikan lima senaman yang sesuai untuk dilakukan bersama gym bro anda! #SiapaBroSiapaLawan
1. Bench Press Bergilir-gilir
Ads
Cara Melakukannya: Seorang rakan melakukan bench press, manakala seorang lagi membantu spotting untuk keselamatan.
Manfaat: Meningkatkan kekuatan otot dada, bahu, dan triceps, sambil membina kepercayaan antara rakan senaman.
2. Pull-Up Bergandingan
Cara Melakukannya: Bergilir-gilir melakukan pull-up pada bar. Rakan boleh memberi motivasi atau sedikit bantuan menaikkan badan jika perlu.
Manfaat: Melatih otot belakang, bahu, dan lengan sambil meningkatkan daya tahan badan.
3. Plank Pas Bola Medic
Ads
Cara Melakukannya: Kedua-dua rakan dalam posisi plank. Salah seorang memegang bola medic dan menggolekkan bola ke rakan lain.
Manfaat: Meningkatkan kekuatan core, koordinasi, dan keseimbangan.
4. Squat Barbell Pasangan
Cara Melakukannya: Seorang melakukan squat barbell, manakala rakan memastikan posisi bar dan keselamatan.
Manfaat: Menguatkan otot kaki, punggung, dan otot stabilisator badan.
Cara Melakukannya: Rakan pertama menolak sled sejauh 10-15 meter, dan rakan kedua mengambil alih. Boleh dilakukan dalam beberapa set.
Manfaat: Melatih kekuatan kaki, daya tahan kardiovaskular, dan semangat kompetitif.
Senaman ini bukan sahaja membantu dalam mencapai kecergasan fizikal tetapi juga mengukuhkan hubungan persahabatan. Jadi, ajak gym bro anda untuk mencuba! Jika anda berminat untuk belajar teknik lebih mendalam, pastikan mendapatkan panduan daripada jurulatih profesional.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ubat-ubatan ini telah dirampas oleh Unit Farmasi, Kementerian Kesihatan Negeri Johor dan telah dipamirkan untuk rujukan Doktor dan orang ramai.
Dari ubat perangsang seks hingga ubat untuk menguruskan badan. Mungkin ada di antara anda yang sudah menggunakan ubat-ubatan ini.
Beberapa ubat-ubat tiruan seperti ‘Panadol tiruan, Vicks tiruan dan Eye Mo tiruan’ juga dirampas. Ubat-ubat ini TIDAK mempunyai sticker hologram dan nombor siri KKM.
Jadi berhati-hati dalam memilih ubat dan jamu untuk kegunaan harian anda. Ini senarai produk yang telah dirampas.
SUMBER : FACEBOOK ROSLI ABDUL JALIL
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Melakukan aktiviti senaman di gimnasium kini menjadi salah satu gaya hidup yang bukan lagi asing buat lelaki.
Dengan pelbagai kemudahan senaman yang lengkap dan ruang selesa untuk melakukan senaman maka tidak hairanlah ramai lelaki menjadikan gim sebagai lokasi tumpuan mereka selepas habis kerja atau di hujung minggu.
Selain dua faktor tersebut di antara sebab lain ramai memilih bersenam dan melakukan latihan kecergasan di gimnasium ialah dengan kehadiran trainer atau jurulatih kecergasan.
Tapi ramaiyang hanya memilih trainer berdasarkan penampilan luaran sahaja. Mungkin anda tak tahu bahawa bukan semua trainer sesuai dengan personaliti dan kecenderungan corak latihan yang anda gemari.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi tip bagaimana cara untuk ada pilih trainer yang sesuai untuk anda
Yang pastinya anda perlu mengkaji dan melihat sendiri imej luaran jurulatih tersebut. Dari segi fizikal, sudah pastinya anda boleh mengagak sama ada individu tersebut layak atau tidak. Sekiranya fizikal jurulatih tersebut mencurigakan, ada baiknya untuk anda teruskan mencari yang lain. Aspek fizikal luaran ini penting untuk anda menilai sejauhmana kemampuan mereka.
Ini ialah strategi utama untuk anda memilih jurulatih kecergasan yang sesuai. Soalan, apa yang perlu ditanya? Tanyakan apa-apa sahaja soalan tidak kiralah sama ada ia melibatkan fitness, gim mahupun kesihatan. Uji minda dan kepakaran individu tersebut menjawab soalan anda. Dan sekiranya ada masa individu tersebut seolah-olah teraga-agak menjawabnya, baik anda lupakan sahaja.
Banyak pusat kecergasan di luar sana ternyata gagal mengemudi program yang dijalankan sehingga melibatkan kecederaan serta kesakitan bagi mereka yang menjalaninya. Disini, anda sendiri perlu mengkaji sendiri sama ada program kecergasan yang disyorkan menepati dengan kesesuaian dan kemampuan diri anda sendiri. Jangan pula kerana terlalu teruja ingin mendapatkan badan yang cantik dan sasa, anda sanggup mengambil risiko. Pilih jurulatih yang memahami daya dan ketahanan tubuh badan anda.
Keserasiaan itu amat perlu. Ini tidak bermaksud keserasian dalam perhubungan intim, seksual mahupun peribadi. Cuma, keserasian itu penting bagi anda dan juga jurulatih tersebut untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Jika anda merasakan jurulatih kecergasan tersebut tidak serasi dengan jiwa dan diri anda, ada baiknya anda berhenti dan mulai cari jurulatih yang lain.
Jangan takut untuk meminta. Pastinya anda boleh meminta untuk menjalani latihan percubaan terlebih dahulu. Langkah ini penting bagi anda untuk menilai sejauh mana kemampuan anda terutama sekali jika anda inginkan latihan long-term arrangement. Anda boleh menjalani beberapa latihan dan pada masa yang sama ia amat bagus untuk anda mendapatkan keserasian dengan jurulatih kecergasan tersebut.
Ini juga langkah penting yang anda boleh lakukan. Kaji selidik latar belakang jurulatih kecergasan tersebut terlebih dahulu. Anda tidak perlu menyelidik latar belakang perbadinya cuma anda perlu bijak untuk mengetahui mengenai potensi, dedikasi dan kebolehannya.Anda boleh bertanya kepada pihak pengurusan gim tersebut ataupun sesiapa sahaja yang bekerja di sana.
Anda juga boleh tanyakan pada jurulatih kecergasan tersebut mahupun sesiapa sahaja siapa klien-klien mereka yang lepas. Mana tahu anda mungkin akan mendapat recommendation daripada mereka. Ini penting bagi anda untuk melihat sejauh mana kemampuan dan dedikasi jurulatih tersebut dari klien yang pernah bekerjasama. Dan adakalanya ia amat penting bagi anda untuk meninjau semula sejauh mana kelayakkan mereka.
Ini merupakan tip yang paling utama. Bayangkan anda sudah pun mendaftar di gim tersebut, anda boleh juga amati potensi jurulatih kecergasan yang lain di gim tersebut. Amati cara mereka melayan dan melatih klien. Dengan cara ini, anda dapatlah membezakan dan bandingkan cara dan gaya mereka dari segi potensi, dedikasi, semangat, emosi dan lain-lain. Dan sekiranya anda punya peluang, luangkan masa untuk berbicara dengan klien tersebut sejauh mana kemampuan jurulatih mereka itu.
Ini juga amat penting dari anda sendiri mahupun jurulatih tersebut. Perhatian yang maksimum sangat penting terutama sekali bagi para jurulatih yang melatih anda. Anda semestinya tidak mahu ada gangguan mahupun ‘selingan’ yang boleh mengugat konsentrasi anda seperti bersms, bual-bual kosong, menjawab sebarang panggilan dan lain-lain. Jikalau boleh, utarakan permintaan anda ini sebelum anda mula berlatih.
Dan akhir sekali, semua jurulatih kecergasan peribadi di mana-mana gim sekalipun perlukan kelayakan. Ini juga perlu anda titikberatkan, walaupun di masa kini amat mudah dan senang bagi seseorang untuk menjadi jurulatih tanpa perlu sebarang pengiktirafan. Di sini, anda boleh tanyakan kepada pihak pengurusan di gim anda mendaftar. Banyak organisasi yang terlibat dalam mengiktirafkan jurulatih kecergasan di Malaysia. Antaranya Federation of International Sports, Aerobics and Fitness (FISAF), American Council of Exercise (ACE), ataupun National Association of Fitness Instructor (NAFI) di Malaysia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selain workout, pemakanan juga antara yang perlu dijaga tetapi ramai yang selalu gagal kerana Malaysia adalah sebuah negara yang ada makanan lazat di mana-mana sahaja. Jadi ada keperluan pengambilan makanan diet yang sesuai untuk menaikkan otot perut.
Bagi memudahkan disiplin anda, MASKULIN kongsikan makanan diet untuk menaikkan otot perut yang nampak simple tetapi boleh buat anda rasa kenyang lebih lama.
Para pengkaji di Pennington Biomedical Research Center menemukan fakta bahawa orang yang mempunyai masalah berat badan berlebihan boleh mengurangkan jumlah pemakanan harian dengan makan telur setiap pagi kerana telur boleh menimbulkan rasa kenyang yang lebih lama.
Kajian tersebut juga membuktikan telur dapat menurunkan hormon nafsu makan dan meningkatkan hormon PPY iaitu hormon yang boleh membuatkan anda kenyang. Tambahan pula, telur adalah kombinasi yang sempurna daripada protein dan lemak sehingga menjadi menu terbaik untuk setiap kali sarapan.
Buah avocado yang berwarna hijau ini bukan sekadar lazat untuk dimakan malah kaya dengan serat dan lemak yang baik untuk jantung. Makanan yang mengandungi lemak dan serat tinggi ini juga memerlukan waktu yang agak lama untuk dicernakan di dalam tubuh sekali gus membuatkan anda kenyang lebih lama tanpa harus mengambil makanan yang banyak kalori.
Kajian juga menunjukkan bahawa asid oleic acid yang terkandung dalam avocado boleh ‘memerintahkan’ otak untuk memberitahu bahawa perut anda sudah kenyang dan tidak perlu makan lagi dalam waktu yang terdekat. Tapi perlu diperhatikan, buah avocado ini mempunyai jumlah kalori yang sangat tinggi. Oleh itu, hadkan pengambilannya dengan makan setengah potong sahaja setiap hari.
Setiap bahagian kekacang seperti kacang merah dan buncis mengandungi protein, karbohidrat kompleks dan lemak yang baik. Komposisi yang terkandung dalam kekacang ini dapat menjaga stamina tubuh sehingga anda tidak berasa begitu lapar. Kandungan dalam kekacang juga baik untuk menjaga gula darah.
Gula yang rendah dan kalsium yang tinggi membuatkan yogurt menjadi makanan yang boleh mengenyangkan untuk jangka masa yang lama.Protein yang terkandung dalam yogurt juga boleh membuatkan perut cepat kenyang. Sementara itu, lemak yang terkandung dalam yogurt memberi signal kenyang lebih lama berbanding biasa.
Kajian terbaharu dari Pennsylvania State University menyatakan bahawa individu yang menghabiskan semangkuk sup ayam boleh menikmati 100 kalori lebih rendah dalam makan siangnya berbanding mereka yang menikmati menu-menu lain. Namun begitu, sup yang dicadangkan adalah sup berkuah yang rendah kalori. Kandungan air, rasa hangat kuah sup dan khasiat pelbagai sayuran yang penuh serat dapat mengurangkan keinginan anda untuk makan secara berlebihan.