Ramai di antara kita melakukan senaman setiap hari. Jika tidak waktu pagi kebiasaannya waktu petang atau malam pasti menjadi pilihan untuk bersenam sebaik mungkin.
Seperti biasa melakukan senaman akan membuatkan badan akan berasa lebih segar dan semestinya berpeluh dengan banyak.
Walaupun anda selesai melakukan rutin namun terdapat beberapa perkara yang anda harus elak apabila selesai bersenam. Ini kerana jika anda melakukannya ia boleh membuatkan senaman anda hanya sia-sia sahaja.
SAMBUNG BUAT RUTIN BERAT
Tidak tahu mengapa sesetengah lelaki seakan tidak tahu akan had tubuh badan mereka sendiri. Sudah habis melakukan rutin normal ingin sambung dengan senaman yang lebih berat. Tahukah anda melakukan senaman melebihi had kemampuan fizikal hanya boleh mendatangkan kecederaan yang teruk.
Anda sudah kehilangan banyak tenaga dan kalori. Jangan disebabkan sudah habis bersenam anda enggan makan kerana kononnya tidak mahu berat badan naik. Sedangkan tubuh badan anda memerlukan tenaga gantian yang baik. Paling penting anda harus minum banyak air sekurang-kurangnya dalam tempoh setengah jam selepas bersenam.
TIDAK WARM DOWN
Sebelum melakukan senaman anda pasti lakukan warm up bukan. Begitu juga bila sudah habis melakukan rutin. Anda perlu melakukan warm down bagi membantu fizikal melalui proses pemulihan dan aliran darah dengan baik. Jangan pula selepas lakukan rutin senaman anda terus duduk di atas kerusi sahaja.
Pakaian senaman direka khas bagi membuatkan badan berpeluh dengan baik. Malah ia boleh menyerap peluh dengan baik. Namun ia juga menyimpan banyak bakteria yang boleh memberikan kesan tidak baik kepada kulit. Jadi pastikan anda tidak berlengah dan terus mandi dan tukar pakaian baharu. Bukan sahaja baju malah pakaian dalam, stoking dan juga seluar perlu ditukar.
Ads
MAKAN JUNK FOOD
Bagaikan menuang air ke atas daun keladi. Apa yang diusahakan hanya akan jadi sia-sia jika anda tidak pandai jaga makan. Junk food dan juga minuman berkarbonat mempunyai kandungai gula yang tinggi. Sebaliknya pilihlah snek sihat seperti baby carrot atau snek semula jadi.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah!
https://www.youtube.com/watch?v=PEjKGGeHXdg
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berat asal saya ialah 125kg dan sekarang berat saya kini sekitar 87kg. Dalam masa 5 bulan saya berjaya turunkan sebanyak 38kg. Target berat badan saya ialah sekitar 70kg.
Full name : MOHAMAD IZZAT BIN AB.LLAH
Umur : 28 TAHUN
Pekerjaan : BISNESS ONLINE
1.Mula timbul kesedaran?
Terdetik untuk berubah pada bulan September 2017 selepas berat badan saya telah mencapai 125 Kg dan merasa kesukaran untuk melakukan aktiviti. Pada masa tersebut, saya sudah tidak mampu untuk berlari kerana berat badan yang terlalu berat. Naik tangga pun terlalu penat!
2. Pernah dikritik sebelum ini?
Saya pernah dikritik masa berat badan 125kg. kata-kata yang membuatkan saya menjadi seperti sekarang ialah “ Penyakit banyak menunggu di hadapan jika saya tidak buat perubahan” dan “ bila kita sihat, kita akan dapat beribadah dengan sempurna”
3. Apa menu anda amalkan setiap hari
RUTIN HARIAN
DIET
Setiap kali bangun pagi saya akan minum segelas air kosong
+ Sarapan (7am- 8am) – Telur separuh masak 2biji dan air lemon suam
+ Minum pagi (10am) – Epal hijau atau kurma atau kismis
+ Makan tengah hari (12pm – 1pm) – Nasi putih satu senduk dgn lauk ikan atau ayam (rebus,kukus,gril,sup,panggang) dan sayur.
+Minum petang (5pm) – Epal hijau
+Makan malam (7pm – 8pm) – Nasi satu senduk dengan lauk ayam atau ikan (rebus,kukus,gril,sup,panggang) dan sayur.
+Supper (9pm – 10pm) – Epal atau kurma
Saya minum air kosong 4 liter sehari. Air manis saya tak minum langsung.
4.Apa menu yang akan anda hindari sehingga ke hari ini?
Saya elakkan makanan segera seperti KFC, McD, pizza dan sebaris dengannya. Saya sentiasa elakkan makanan manis atau bergula, masin dan berminyak. Saya akan pastikan pola diet saya sentiasa terkawal untuk dapatkan kesan yang terbaik. Sentiasa semak kalori yang perlu diambil dalam sehari
5.Berapa kali seminggu anda bersenam?
Saya bersenam boleh dikatakan setiap hari. Buat senaman ringan sahaja setiap hari
6. Kongsikan rutin anda di gym?
Rutin saya di gym lebih fokus kepada stamina contohnya angkat beban yang ringan tapi buat banyak ulangan. Antara contoh senaman yang saya buat ialah Jonging selama 30minit setiap hari. Awal2 diet dulu saya hanya mampu berjalan. Bulan pertama saya hanya berjalan kaki. Bulan kedua saya berjalan kaki dan lari perlahan lahan. Bulan ke-3 hingga ke-5 saya dah mampu jogging kerana berat sudah menurun. Saya amalkan selama 5 bulan, berat dari 125 kG berkurangan menjadi 87kg. Saya amat gembira!
7.Kepentingam nutrisi sewaktu berdiet?
Nutrisi masa berdiet sangat penting bagi mengekalkan tenaga sepanjang hari. Bagi saya, badan kita memerlukan karbohidrat, vitamin dan fibre yg cukup untuk memastikan berat turun dengan sihat. Jika nutrisi tidak cukup badan kita kan lesu dan tidak bermaya untuk bersenam. Kurang nutrisi juga boleh menyebabkan berat tidak turun. Oleh itu pastikan nutrisi mencukupi setiap hari
8.Qoutes anda untuk Berjaya
“NO pain, No gain” dan “Kamu Buat, Kamu sihat” dan “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”
9. Bina badan adalah rutin yang memerlukan disiplin dan pengorbanan yang besar dari segi wang dan masa, berapa anda berhabis untuk smua ni setiap bulan dan adakah ia berbaloi?
Setakat ni saya berhabis tidak banyak lebih kurang rm200 sahaja setiap bulan untuk pegi gym dan makanan. Saya juga join kelas kelas HITFAT selama 7minggu dengan bayaran rm250.
10. Berapa lama anda alami transformasi?
Selama 5 bulan dari berat 125 kg ke 87 kg. Hampir 40kg berat saya turun
11. Selepas mengubah gaya hidup seperti skg apa perkara palinh berbeza anda rasai?
Stamina semakin meningkat. Pergerakan semakin laju dan badan saya lebih ringan dari dulu. Saiz baju semakin kecil iaitu dari saiz xxxl ke M
12.Bagaimana anda bahagikan masa untuk bersenam dan bekerja?
masa bersenam dalam sehari lebih kurang 30 minit ke satu jam. Masuk kerja pkul 8.30pagi jadi saya jogging lepas solat subuh atau pown jogging lepas waktu kerja. Kita juga boleh bersenam di gym pada waktu malam.
13.Best exercise yang anda gemari?
Bulan pertama saya jalan kaki 15minit ke 30minit sehari
– Bulan ke-2 saya jalan kaki dan berlari slow
– Bulan ke-3 sampai ke-5 saya joging slow, buat setakat yang mampu.
Senaman lain yang saya lakukan
+tabata
+plank
+sit up
+squat
+push up
14 .Mengapa anda sarankan orang rmai untuk trut sama amalkan gaya hidup sihat.
Supaya kita terhindar daripada penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, jantung dan sebagainya. Bila kita sihat, kita mampu melakukan segala pekerjaan dan ibadah tanpa masalah.
15. Sampai bila anda akan meneruskan minat anda ini
saya akan mengekalkan gaya hidup sihat ini smpai bila-bila dan saya akan sentiasa mengajak dan memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kepentingan kesihatan tubuh badan. Saya juga telah menubuhkan satu group whatsapp untuk diet yang ditadbir oleh saya sendiri bagi berkongsi cara saya diet dan senaman yang diamalkan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Banyak cara nak kempiskan perut. Selain produk, boleh juga guna air detoks untuk kempiskan perut yang maju ke depan. Kini macam-macam perasa air detoks yang direka sesuai dengan masalah yang dihadapi.
Ramai yang dah amalkan air detoks untuk kempiskan perut. Memandangkan amalan ini semakin diminati, Ibrahim Yop berkongsi petua kempiskan perut yang dah maju ke hadapan. Petua yang diperolehnya daripada orang Cina ini dikongsikan menerusi laman Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Petua untuk mengempiskan perut yang dah maju ke hadapan. Dapat daripada orang cina semalam.
Bahan-bahan:
1. Sebiji lemon 2. Halia dalam dua atau 3 inci 3. Air 1.5 liter
Seeloknya dibuat waktu malam dan dibiarkan sejuk semalaman sebelum diminum pada keesokan harinya.
Cara membuatnya:
1. Masukkan 1.5 liter air dalam periuk dan panaskan. Masukkan lemon yang dah dipotong dan halia yang telah ditumbuk ke dalam periuk tersebut.
2. Biarkan mendidih selama 5 minit. Jangan lupa kacau.
3. Selepas 5 minit mendidih, kecilkan api dan biarkan selama 10 minit. Tutup periuk dan tinggalkan ruang sedikit semasa tempoh 10 minit tersebut.
4. Padamkan api dan tutup habis periuk tersebut. Letak benda berat supaya wapnya tidak mudah keluar.
Cara minum:
Seteguk dua sahaja sekali minum. Maksudnya satu periuk tu boleh dihabiskan dalam masa sehari. Letakkan dalam bekas minuman dan boleh dibawa ke pejabat. Minum sedikit-sedikit. Dilarang minum selepas jam 8 malam. Banyakkan minum air masak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Diet Soda– Walaupun diet soda mempunyai jumlah gula dan kalori yang kurang berbanding minuman soda yang lain, ia sepatutnya membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Tetapi hasil kajian terkini yang dilakukan, diet soda sebenarnya tidak membantu anda mengurangkan berat badan malah ia sebenarnya akan menyebabkan peningkatan terhadap berat anda.
Pemanis tiruan– Tidak kira samaada makanan atau minuman diet yang berada dipasaran, selagi ia masih menggunakan pemanis atau gula tiruan terhadap kandungan bahannya, ia tidak akan membantu diet anda. Ini kerana pemanis atau gula tiruan akan membuatkan anda berasa lebih cepat lapar berbanding gula yang asli.
Diet makanan yang diproses/makanan ringan– Ramai yang menyangkakan bahawa makanan diet yang beku daripada peti sejuk seolah-olah seperti pilihan yang baik ketika cuba untuk menurunkan berat badan, tetapi kebiasaannya makanan ini mengandungi kandungan natrium dan gula yang tinggi. Periksa label pemakanan pada makanan yang anda beli. Lihat senarai bahan yang digunakan dalam makanan keseluruhannya, dan bukannya bahan-bahan yang anda tidak tahu.
Yogurt berperisa– Yogurt sememangnya pilihan makanan diet yang terbaik sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan kerana kaya dengan kandungan protein dan kalsium. Tetapi perkara sebaliknya akan berlaku sekiranya anda memilih yogurt yang berperisa kerana ia mangandungi kandungan gula yang agak tinggi.
Cip kentang– Makanan ini juga biasanya menjadi pilihan utama terhadap sesiapa yang mengamalkan diet. Tetapi, kentang yang dibakar biasanya mengandungi kandungan sodium dan gula yang tinggi dan kandungan kalori nya pula akan berkurangan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Guru lelaki kongsi kisah sedih, pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.