Acara larian dan muzik bertaraf antarabangsa, The Music Run meraikan ulang tahun ke-10 penganjurannya di Malaysia dengan penuh jaya.
Dianggarkan lebih 15,000 peserta membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil menyertai edisi tahun 2025 ini berlangsung pada 17 Mei, menawarkan gabungan unik antara aktiviti fizikal, irama muzik bertenaga dan suasana festival.
The Music Run dikenali menerusi konsep ‘Sound Track’ run course sejauh 5 kilometer yang unik. Sepanjang laluan larian, sistem pembesar suara dipasang bagi memainkan senarai lagu popular ‘ultimate running playlist’ yang dipilih oleh peserta sendiri melalui undian dalam talian.
Konsep ini membolehkan para peserta menikmati muzik tanpa menggunakan fon kepala, sekali gus meningkatkan pengalaman larian secara kolektif.
Edisi ulang tahun ke-10 yang bertemakan festival ‘LIVE THE BEAT’ ini turut dimeriahkan dengan kehadiran E-Squad The Music Run, barisan pengacara dan DJ yang bertindak sebagai ‘penyuntik’ semangat peserta dari awal larian hingga ke garisan penamat.
Menurut Pengurus Besar Fresh Events Asia, Jeffrey Ross, “Sepuluh tahun lalu, kami berazam untuk mencipta sesuatu yang unik, satu acara larian yang tidak tertumpu kepada masa atau persaingan, tetapi meraikan muzik dan kecergasan.
Ads
“Hari ini, kami amat berbangga dapat meraikan edisi ke-10 The Music Run. Kejayaannya adalah hasil penggabungan irama dan pergerakan yang mampu menyatukan orang ramai dan menginspirasikan tenaga positif di kalangan pelari kami,” tambahnya lagi.
KEMUNCAK ACARA
Kemuncak acara adalah festival muzik yang diadakan di kawasan ‘Music Village’ selepas larian. Para peserta yang berjaya menamatkan larian menerima pingat penamat eksklusif sebelum berpeluang menikmati persembahan secara langsung.
Pentas utama Music Village digegarkan oleh barisan artis tempatan terkemuka. Persembahan dimulakan oleh Alex Ungku dengan gaya R&B santai, diikuti persembahan vokal memukau daripada penyanyi-penulis lagu, Claudia Tan.
Ads
Malam perayaan mencapai kemuncaknya dengan set persembahan bertenaga daripada DJ popular Malaysia iaitu DJ Blink yang memastikan suasana pesta kekal rancak sehingga penghujung acara.
Kejayaan penganjuran The Music Run selama sedekad di Malaysia mengukuhkan kedudukannya sebagai acara gaya hidup terkemuka di rantau ini.
The Music Run Malaysia 2025 dilihat telah berjaya menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dengan gabungan unik antara kecergasan, muzik dan keseronokan.
Ads
Dilancarkan pertama kali di Kuala Lumpur pada tahun 2014 oleh Fresh Events Asia, misi utama The Music Run adalah untuk menginspirasi orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat.
Sehingga kini, acara ini telah disertai oleh lebih 350,000 peserta di lebih 40 acara yang dianjurkan di 13 negara.
Dengan sokongan daripada pelbagai rakan strategik dan rakan media, The Music Run terus menjadi platform popular yang menggabungkan kecergasan dan hiburan, menawarkan pengalaman larian yang unik dan tidak dapat dilupakan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Antara kawasan otot yang cukup penting untuk membina badan yang tegap dan ‘sado’ ialah otot belakang.
Jika anda amalkan senaman yang salah, mungkin otot bahagian belakang tidak akan terbentuk dengan baik. Lebih teruk jika hanya menumpukan senaman di bahagian yang lain sahaja berkemungkinan anda boleh tercedera kerana berlakunya ketidakseimbangan dalam senaman.
Kestabilan seluruh otot badan juga sebenarnya sedikit sebanyak bergantung kepada otot bahagian belakang badan. Jadi inilah empat jenis senaman yang anda boleh lakukan ketika berada di gym.
LANGKAH 1 : Front Chin Up
Mula bergayut pada batang bar sambil kaki dalam posisi bengkokkan 45 darjah.
Seperti biasa , tarik nafas terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa sesi.
Semasa mengangkat bebanan, harus menghembus nafas dan sebaliknya.
Ulang 3 set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama, 12 kali ulangan bagi set kedua dan menurun kepada 10 kali ulangan pada set ketiga.
Pernahkah anda berdepan dengan keadaan bila berjogging atau berlari rasa mudah penat dan kaki juga cepat lenguh dan sakit.
Kalau ikutkan hati mahu berlari lebih jauh lagi tapi apakan daya keringat badan tidak mengizinkan. Terus rasa macam nak putus asa saja, bukan?
jogging
Namun, adakah teknik dan persediaan sebelum melakukan larian selama ini betul?
Seorang pengguna Twitter yang juga peminat aktiviti larian, @WehPaih telah berkongsi pengalaman dan sedikit tip bagaimana untuk membuat larian dengan betul dengan cara slow & steady.
Ikuti perkongsian beliau di bawah. Ready, set… go!
1. Sebelum nak jogging pastikan korang mulakan dengan memanaskan badan. Bukan apa, kalau tiba-tiba korang terjah berlari terus ia boleh buatkan kaki kekejangan otot.
2. Aktiviti larian tak memerlukan peralatan sukan yang banyak. Korang hanya perlu ada sepasang kasut larian yang sesuai. Pastikan tidak terlalu ketat dan longgar bagi elakkan kaki melecet. Boleh dapatkan saiz sebenar atau true to size di kedai-kedai sukan.
3. Buatlah aktiviti apapun harus dimulakan dari bawah. Begitu juga dengan larian, mulakanlah dengan langkah kecil. Ini bagi mengurangkan risiko kaki korang berasa sakit. Apa yang penting? Ya, slow & steady!
4. Untuk enjoy aktiviti larian yang baik korang perlu menjaga cara pernafasan dengan baik. Elakkan kepala tunduk ke bawah tetapi jangan pula terlalu mendongak.
5. Bagaimana nak dapatkan kelajuan atau pace yang baik dan sesuai? Jika kamu berasa boleh bernafas dengan baik dan tidak tecungap-cungap semasa berlari, you’re doing the right thing! Jika berasa tidak cukup nafas, perlahankan pace dan kembalikan pernafasan dengan betul. Sekali lagi, apa yang penting? Slow & steady!
6. Ya, kadangkala rasa teruja bila berlari itu buatkan kita tak sedar kita jadi semakin gelojoh dengan kelajuan. Untuk permulaan jangan gelojoh. Fokus kepada sejauh mana kamu mampu berlari kerana pembakaran kalori bergantung kepada jarak dan denyutan jantung.
7. Diharap perkongsian dari saudara @WehPaih dapat membantu korang mendapatkan larian yang lebih baik dan sempurna di masa akan datang.
Banyak cara nak kempiskan perut. Selain produk, boleh juga guna air detoks untuk kempiskan perut yang maju ke depan. Kini macam-macam perasa air detoks yang direka sesuai dengan masalah yang dihadapi.
Ramai yang dah amalkan air detoks untuk kempiskan perut. Memandangkan amalan ini semakin diminati, Ibrahim Yop berkongsi petua kempiskan perut yang dah maju ke hadapan. Petua yang diperolehnya daripada orang Cina ini dikongsikan menerusi laman Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Petua untuk mengempiskan perut yang dah maju ke hadapan. Dapat daripada orang cina semalam.
Bahan-bahan:
1. Sebiji lemon 2. Halia dalam dua atau 3 inci 3. Air 1.5 liter
Seeloknya dibuat waktu malam dan dibiarkan sejuk semalaman sebelum diminum pada keesokan harinya.
Cara membuatnya:
1. Masukkan 1.5 liter air dalam periuk dan panaskan. Masukkan lemon yang dah dipotong dan halia yang telah ditumbuk ke dalam periuk tersebut.
2. Biarkan mendidih selama 5 minit. Jangan lupa kacau.
3. Selepas 5 minit mendidih, kecilkan api dan biarkan selama 10 minit. Tutup periuk dan tinggalkan ruang sedikit semasa tempoh 10 minit tersebut.
4. Padamkan api dan tutup habis periuk tersebut. Letak benda berat supaya wapnya tidak mudah keluar.
Cara minum:
Seteguk dua sahaja sekali minum. Maksudnya satu periuk tu boleh dihabiskan dalam masa sehari. Letakkan dalam bekas minuman dan boleh dibawa ke pejabat. Minum sedikit-sedikit. Dilarang minum selepas jam 8 malam. Banyakkan minum air masak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.