Tidak dinafikan seluar jean dengan gaya potongan skinny atau ketat sememangnya agak popular di kalangan lelaki.
Ini terutamanya buat mereka yang memiliki badan yang kurus. Besar kemungkinan inilah jenis potongan yang popular di dalam koleksi anda.
Walaupun trend ini dilihat sedikit menurun tapi masih ramai lagi golongan lelaki yang menggayakan seluar ketat ini.
Jika anda ke gedung membeli-belah atau jenama pakaian lelaki terkenal, seluar jenis cutting ketat ini masih lagi banyak ditawarkan kepada pengguna.
Pelbagai jenis material atau bahan kain turut diperkenalkan seperti denim, stretch denim dan juga cotton.
Namun, tanpa sedar pemakaian seluar ketat terutama daripada fabrik jean atau denim mengundang bahaya kepada si pemakai sama ada lelaki mahupun wanita.Memang, sebelum ini golongan lelaki lebih sering dikaitkan dengan isu ini ekoran boleh menyebabkan kemandulan.
Hakikatnya, pemakaian seluar denim tidak dilihat memberi kemudaratan kepada pemakai selagi mereka berasa selesa, tidak ketat dan tidak mengehadkan pergerakan, namun jika sebaliknya, ada risiko yang mereka bakal berdepan.
Ads
Pemakaian seluar yang ketat dan tidak fleksibel dalam jangka masa yang lama dan secara berterusan akan menghalang pergerakan serta boleh menimbulkan masalah kesihatan.
RISIKO TERHADAP LELAKI
Terdapat kajian terdahulu tentang pemakaian seluar yang ketat yang boleh menyebabkan kaki berasa kebas pada paha atau lebih dikenali sebagai meralgia paresthetica yang didakwa sering berlaku dalam kalangan pemain bola sepak.
Pun begitu, keadaan tersebut berlaku bukanlah dirujuk kepada spesifikasi kepada pemakaian seluar denim yang ketat semata-mata tetapi juga kepada pemakaian pakaian yang ketat pelbagai jenis fabrik dan tidak fleksibel di bahagian pinggang.
Ads
Pemakaian ketat hanyalah salah satu antara penyumbang kepada masalah kesihatan yang mungkin dilihat tidak serius, namun hakikatnya keadaan itu boleh menjejaskan fungsi-fungsi saraf dan otot di kawasan tertentu.
Kesan pemakaian seluar ketat berlaku apabila pergerakan sendi anggota bawah menjadi terhad di bahagian pinggang yang menyebabkan ruangan pada bahagian pelvis dan sendi pinggul menjadi sangat sempit ketika individu itu bergerak seperti berjalan dan melangkah.
Keadaan lebih ketara ketika membengkokkan badan ke hadapan semasa duduk di kerusi, mencangkung dan sebagainya.
Akibatnya, tekanan yang tinggi akan berlaku pada saraf yang terletak di pelvis secara tetap sehingga mengakibatkan seseorang individu itu berasa kebas, terbakar, kesejukan, sakit mencucuk, sangat sensitif apabila tersentuh, selain rasa tidak selesa pada bahagian tepi paha.
Simptom itu boleh berlaku sementara ataupun dalam tempoh berpanjangan bergantung kepada tahap tekanan yang berlaku.
SIMPTOM DAN KESAN
Pada peringkat awal, mungkin seseorang itu hanya akan mendapat simptom seperti yang dinyatakan di atas untuk sementara sahaja pada bahagian lateral atau tepi paha.
Ads
Sekiranya individu itu mengabaikan masalah yang berlaku dan tiada rawatan diberikan, lama-kelamaan simptom lain seperti sakit pada sendi pinggul, sendi lutut atau otot betis akan muncul.
Ini adalah kesan secara tidak langsung yang berlaku kepada pesakit apabila mereka cuba mengubahsuai pergerakan aktiviti harian semata-mata untuk mengurangkan simptom awal yang dialaminya.
PERUBAHAN POSTUR TUBUH
Biarpun pemakaian seluar ketat hanyalah salah satu faktor penggalak kepada masalah jika berlaku kecederaan saraf, namun perkara itu tidak boleh diambil mudah ekoran keadaan itu secara tidak langsung mengubah cara seseorang itu melakukan aktiviti harian daripada cara yang normal kepada yang tidak normal.
Keadaan itu melibatkan perubahan seluruh postur tubuh, gaya berjalan dan peri laku seseorang tanpa disedari. Perubahan itu juga akan menjurus kepada ketidakseimbangan pergerakan tubuh dan fungsi setiap otot pada tubuh badan.
Untuk tempoh jangka masa yang lama pemakaian seluar ketat mendatangkan rangkaian masalah muskuloskeletal (tulang dan otot) yang serius pada diri seseorang.
Walau bagaimanapun, itu hanyalah antara faktor dan masih terdapat faktor yang lain seperti genetik atau struktur anatomi tubuh manusia yang perlu diambil kira sekiranya kecederaan pada saraf tersebut berlaku.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Ingat senang nak dapatkan perut six pack? Bertahun diet, bersenam nak dapatkan postur tu ok, ini 5 sebab mengapa lelaki yang dah ada six pack tak perlu lagi terburu-buru nak bekerja keras sampai nak mati.
Relaks dan bertenang inilah masanya untuk anda tayang badan anda kepada orang ramai.
1. Tidak perlu bersukan setiap hari
Bersenam memang baik dan menyihatkan tubuh badan anda. Namun sama seperti hal lain, senaman berlebihan boleh juga membahayakan tubuh anda.
Jadi anda boleh bersenam sekurangnya 3-4 kali seminggu demi memiliki perut six pack. Hal itu dilakukan demi menjadikan otot perut itu lebih rileks dan menghindari bahaya dari senaman berlebihan.
2. Jangan sampai cedera
Ramai antara mereka yang melaporkan mengalami kecederaan akibat dari senaman berlebihan. Hal itu dinyatakan oleh pihak American Army yang melakukan bancian.
Dengan adanya bancian tersebut sebaiknya ia dijadikan teladan. Jangan terburu-buru dan berlebihan jika ingin bersenam. Lebih baik melakukan dengan normal secara berkala.
3. Fokus pada bahagian otot yang lain
Untuk memiliki perut six pack, jangan hanya fokus kepada bahagian dan rutin senaman tertentu sahaja. Anda juga sebaiknya fokus pada bahagian otot yang berlainan juga.
Ini membolehkan seluruh otot tubuh anda untuk mendapat senaman dan gerakan yang mencukupi disertai dengan amalan pemakanan yang bernutrisi.
4. Punggung yang kuat
Perut six pack melambangkan juga postur punggung yang tegap dan kuat. Jangan biarkan bahagian punggung anda lemah kerana ia boleh menyebabkan kecederaan di saat anda bersenam demi mendapatkan perut six pack.
Ini adalah disebabkan punggung, khususnya bahagian bawah, bertanggung jawab untuk menyokong otot di sekitar perut.
5. Cermin mampu untuk menipu
Terdapat dua jenis lemak yang berada di dalam tubuh, iaitu lemak gut dan lemak hypodermic. Sifat lemak gut pula lebih berbahaya kerana kebiasaannya ia boleh menganggu fungsi jantung dan organ lain.
Jadi meskipun perut anda sudah six pack, jangan tertipu dengan cermin kerana mungkin sahaja anda memiliki lemak gut dalam tubuh.
Sumber: Lelaki Sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Otot dada terdiri dari 1 otot utama (otot besar) yang namanya Otot Pectoral. Otot ini sebenarnya terdiri dari pectorial major, minor dan clavicle head. Untuk memudahkannya kita membahagikannya kepada 3 saja iaitu Dada Bawah (lower chest), Dada Tengah (middle chest) dan Dada Atas (upper chest).
Latihan ini adalah antara latihan yang terbaik untuk dada terutamanya yang ingin membina otot dada. Lakukanlah dengan pegangan sedikit lebih lebar dari lebar bahu. Jangan terlalu lebar kerana ia akan membebankan sendi. Turunkan beban tersebut perlahan-lahan sehingga menyentuh dada di daerah puting. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk membina otot dada yang lebih kekar dan sasa.
Incline Press
Latihan press dengan incline akan memberikan lebih banyak tekanan pada bahagian dada hingga ke atas. Sudutnya pula jangan dilakukan terlalu tinggi. Cukup dengan sudut sekitar 200 – 300 saja dan biarkan ia agar dapat untuk divariasikan. Latihan juga dapat divariasikan antara penggunaan barbell dengan dumbell.
Decline Press (Barbell / Dumbell)
Merupakan gerakan latihan yang serupa dengan Bench Press atau Incline Press, hanya dilakukan di bangku Decline yang mempunyai kecondongan tertentu (sekitar 20 – 30’). Latihan ini menfokuskan tekanan pada otot dada bahagian bawah sehingga otot dada dapat menjadi lebih tebal dan kelihatan “tergantung”.
Cable Crossover
Merupakan gerakan yang membantu untuk mengembangkan otot terutama pada bahagian tengah otot dada. Latihan ini sendiri dapat menguatkan bahagian tengah sesuai dengan posisi jatuhnya cable yang dapat kita atur. Dengan menggenggam kedua tangan pada kabel, kita menarik kabel ke tengah depan sambil memfokuskan otot dada kita. Kabel kemudian dilepaskan secara perlahan.
Pec Dec / Butterfly
Latihan ini memungkinkan otot dada untuk bergerak sesuai dengan gerakan semulajadinya yang membawa kedua lengan untuk menuju pusat tubuh. Usahakan agar siku tetap berada pada bahagian pegangan (pads). Jangan menggunakan telapak tangan dengan terlalu banyak dalam latihan ini kerana ia akan mengurangkan tekanan otot dada.
Dumbell Fly
Latihan ini pula digunakan untuk melatih otot dada dengan gerakan yang cukup jauh, sehingga efektif untuk membantu meningkatkan keseluruhan otot. Beban yang digunakan dapat divariasikan namun perlu diingat agar berhati-hati saat menggunakan beban berat. Sebaiknya perlu ada seorang rakan yang membantu menjaga dan mengawasi latihan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam keadaan seperti sekarang memang ramai yang lebih suka memilih untuk bersenam di rumah atau indoor. Perintah Kawalan Pergerakan yang baru dilaksanakan beberapa hari ini tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk kita tinggalkan rutin senaman. Bayangkan tinggalkan tiga hari tanpa bersenam. MASKULIN yakin ia akan membuatkan anda menjadi bertambah malas.
Senaman di rumah tidak perlu dilakukan dengan mengikuti rutin yang kompleks dan sukar. Cukup sekadar memberikan stamina yang baik serta mampu membakar lemak.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi tiga langkah atau jenis senaman yang boleh anda lakukan di rumah dengan selamat. Ia mampu menaikkan otot dan membakar lemak dengan cepat. Cuba lakukan secara konsisten selama dua minggu.
Anda pasti akan terkejut melihat hasilnya nanti!
SHUTTLE RUN
Bongkokkan badan dengan keadaan kaki kiri dan kanan dibuka luas
Kedua belah tangan dirapatkan ke sisi dan muka dihadapkan ke hadapan
Gerak ke kanan dan sentuh lantai menggunakan tangan kanan
Tangan kiri diangkat selari dengan kedudukkan kaki kiri
Ulang semula dengan kaki dan tangan kiriLakukan sebanyak 2 set dan 4 kali ulangan
BODY-WEIGHT JUMP SQUAT
Letakkan kedua belah telapak tangan di belakang kepala
Bahu ditolakkan ke belakang selari dengan bahagian sisi badan
Rendahkan badan sehingga kedua belah lutut membengkok
Lompat setinggi mampu dan pastikan kedua kaki diluruskan sewaktu melompat
Jatuh ke posisi asalLakukan sebanyak 2 set dan 5 kali ulangan