Selalunya di rumah mahupun kediaman selalunya jika korang perasan pasti ada yang pakai lampu putih dan lampu kuning. Di pasaran juga terdapat pelbagai jenis mentol yang umumnya berasaskan rona kuning dan putih. Tapi tahukah kamu lampu sebenarnya mampu memberi efek kepada suhu dalam rumah?

Mengikut fungsi saintifik mentol, lampu yang berwarna kuning mengeluarkan haba yang lebih panas berbanding lampu berwarna putih. Untuk itu, sebelum memasuki sesebuah rumah pastikan kamu menganalisa dahulu fungsi setiap ruangan dan bilik yang terdapat dalam kediaman agar pemilihan mentol terbaik dapat dibuat seterusnya mewujudkan suasana selesa untuk para penghuni.

1. Ruang Tamu

Ini bergantung kepada keselesaan tuan rumah. Jika kamu mementingkan kecantikan pencahayaan dalam rumah, pilihlah lampu kuning untuk meghiasi segenap ruang. Jika tidak, pasnag sahaja lampu putih namun, untuk mewujudkan suasana romantis, boleh selitkan lampu lantai atau lampu meja pada suatu sudut yang menggunakan mentol kuning.

2. Ruang Makan

Ruang makan biasanya terletak berhampiran atau bersebelahan ruang tamu, jadi sekatakan pemilihan mentol. Jika ruang tamu sudah menggunakan lampu putih, pasang juga lampu putih di ruang makan.

IKLAN

Nasihat penulis, gunakan lampu hiasan seperti chandeliar di ruang makan okay? Ini untuk memberi pencahayaan yang fokus untuk ruangan tersebut.

3. Bilik Tidur

Melihatkan bilik adalah tempat untuk kamu merehatkan diri, cukup sekadar menghiasinya dengan lampu lantai atau lampu meja yang berwarna kuning. Elak menggunakan lampu syiling kerana ruangan di bilik adalah kecil. Untuk berjimat sekaligus mendapatkan pencahayaan penuh, pasang lampu dinding seperti yang ada di bilik hotel.

IKLAN

4. Dapur

Di dapur adalah tempat untuk kita buat pelbagai kerja. Sebaiknya pasang lampu putih di segenap ruangan dapur untuk penglihatan yang lebih jelas dan terang.

5. Bilik Air

Sama seperti dapur, lebih selamat jika kamu memasang lampu putih agar penglihatantidak terganggu.
Sekarang dah jelas?

IKLAN

Perlu kamu jelas terlebih dahulu, mentol lampu kuning menggunakan lebih banyak tenaga elektrik berbanding mentol lampu putih.

Selamat beramal!

SUMBER : WANISTA

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI