Setiap kali selepas melakukan senaman, anda mesti penat dan hilang tenaga kan? Untuk kembali fokus dan meneruskan pekerjaan anda, anda perlu pulihkan tenaga secepat mungkin untuk anda terus bersemangat.
Apa yang anda ambil setiap kali sebelum anda memasuki gym, angkat berat, atau lakukan amalan yoga secara langsung memberi kesan terhadap prestasi senaman anda, tetapi makanan yang anda ambil sebelum melakukan senaman tidak penting bagi program senaman anda. Sebenarnya, yang paling penting adalah makanan yang anda ambil selepas senaman.
Individu yang makan makanan yang mengandungi protein dan karbohidrat dalam masa satu jam selepas senaman akan kembali pulih dengan lebih cepat berbanding mereka yang skip makan selepas senaman keseluruhannya.
1) Biji Chia
Benih jenis ini adalah ‘kuasa besar’ yang padat dengan nutrien untuk otot, otak, dan pencernaan anda. Ia secara khususnya berguna untuk pemulihan selepas senaman kerana mengandungi asid lemak omega-3 yang berasaskan tumbuhan.
Kebaikan:
Ads
Asid lemak omega-3 yang ditemui dalam biji chia telah menunjukkan bahawa ia membantu untuk meningkatkan pemulihan selepas senaman dan juga di dalam mengekalkan jisim otot tanpa lemak. Selain itu, ia kaya dengan serat dan antioksidan yang mana dapat mengurangkan keradangan dengan menurunkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan jantung. Biji chia juga merupakan sumber kalsium, magnesium, kalium, yang dapat membantu menjaga tulang anda dalam kesihatan yang optimum.
2) Ubi Keledek
Keledek boleh membantu anda pulih dengan lebih cepat selepas senaman kerana ia kaya dengan sebatian dan antioksidan yang boleh mengurangkan keradangan di dalam sel. Banyak nutrien yang terdapat dalam ubi keledek yang juga penting untuk memulihkan elektrolit dalam badan. Ia adalah kalium, magnesium, dan Vitamin C. Selain itu, ubi keledek juga mengandungi Vitamin B6 yang membantu memulihkan tenaga dan meningkatkan kesihatan otak.
Ads
3) Plain Yogurt, Tanpa Lemak
Yogurt kaya dengan enzim, protein, kalsium, magnesium, Vitamin D dan B12 yang menjadikan ia satu makanan yang amat padat dengan nutrien, khusus untuk pemulihan selepas senaman dan kesihatan tulang. Elakkan mengambil jenis yogurt yang banyak gula tambahan atau lemak, dan utamakan yang kosong, tanpa lemak sebagai pilihan yang terbaik.
Ads
4) Oat
Oats membantu merangsang pemulihan selepas senaman untuk beberapa sebab. Pertama, ia rendah glisemik jadi oat tidak akan menyebabkan tahap-tahap insulin tinggi yang boleh menjurus kepada keradangan dan kencing manis. Kedua, oat kaya dengan kasium, magnesium, zat besi dan kalium yang diperlukan oleh otot anda untuk fungsi optimum dan memelihara tulang anda.
Oat juga satu sumber protein dan serat yang baik dan boleh menghilangkan rasa lapar selepas senaman anda. Serat ditemui dalam oat, dikenali sebagai ‘beta-glucan fiber’, juga digunakan khusus untuk mengurangkan kolesterol tinggi dan improve berat badan sepanjang masa.
5) Zucchini
Zucchini kaya dengan Vitamin C, kalium, air, dan serat. Ia merupakan satu makanan yang sangat baik untuk mengembalikan glikogen dalam badan tanpa perlu mengawal tahap insulin, tetapi ia juga mudah untuk dicerna dan juga menghidratkan. Zucchini juga merupakan makanan yang enak untuk dimakan selepas senaman jika anda sedang mencuba untuk mengelakkan starchy carbs, dan ia juga mampu mengenyangkan anda sehingga dapat membantu untuk menurunkan berat badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan kurangnya bersenam dikalangan rakyat negara ini adalah faktor utama kepada masalah kegemukan atau obesiti yang menjurus kepada bahaya serangan jantung dan strok. Ditambah pula dengan ketagihan rokok yang tinggi.Justeru itu, di sini disenaraikan kaedah atau cara bagi mengurangkan kolesterol dalam darah seterusnya mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
LANGKAH MENGURANGKAN KOLESTEROL
KAWAL STRESS ANDA
Sedar atau tidak, apabila kita stress atau marah, aliran darah kita akan pergi lebih laju ke kepala. Ini disebabkan jantung kita menjadi aktif secara mengejut. Dalam waktu yang sama, kolestrol jahat akan mainkan peranannya dengan mengganggu aliran darah. Ianya boleh menyebabkan risiko serangan strok atau serangan jantung. Oleh itu, kawal kemarahan dan stress anda.
AKTIFKAN DIRI ANDA
Tentukan setiap hari anda boleh mengaktifkan diri anda samada bersenam atau apa jua pergerakan dalam lingkungan 30 minit. Bila anda aktif, ia bukan sahaja memperbaiki tahap kolestrol tetapi membantu menurunkan berat badan anda. Aktifkan diri anda mengikut kemampuan anda. Sekurang-kurangnya berjalan, berbasikal, naik turun tangga, naik turun kawasan berbukit atau berenang.
KAWAL BERAT BADAN ANDA
Untuk pengetahuan anda, setiap gram atau kilo penambahan berat badan anda, bermakna tahap kolestrol akan turut meningkat. Manakala pengurangan berat badan sebanyak 5 ke 10% mampu mengawal kolestrol. Anda hanya perlukan lakukan senaman dan mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Kekalkan berat badan yang ideal dan sentiasa mengambil berat tentang BMI anda.
AWASI KANDUNGAN LEMAK DALAM BADAN
Yang ni memang agak susah untuk dilaksanakan. Anda perlu mengubah diet anda dengan menghadkan pengambilan lemak tepu (saturated fat) kurang dari 7% dalam seluruh peratusan kalori harian. Elakkan juga mengambil lemak trans yang menyumbang pembentukan kolestrol jahat.
UBAH CARA ANDA MEMASAK
Cara anda menyediakan makanan dan memasak juga memainkan peranan yang sangat penting dalam bab mengawal kolestrol. Tinggalkan cara menggoreng dan menggunakan cara lain seperti merebus dan memanggang atau stim. Teknik ini mengurangkan penggunaan minyak. Pastikan juga makanan anda tidak terlebih masak (over cook) kerana ia boleh membunuh nutrien dalam bahan masakan anda.
AMALKAN DIET SEIMBANG
Seimbangkan pengambilan karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan serat dalam diet seharian anda untuk kesan optimum kesihatan yang lebih baik. Diet rendah atau tinggi karbohidrat juga mempengaruhi kolestrol LDL yang berbeza. Kawal penggunaan garam, gula dan lemak. Jika terlalu sedap, anda tidak mampu untuk mengamalkan diet seimbang.
KAWAL PENGAMBILAN PROTEIN
Umum mengetahui bahawa protein diperlukan sebanyak 10 – 30% dalam diet harian. Ia boleh didapati melalui dua sumber iaitu haiwan dan tumbuhan. Jika protein terlalu tinggi ia menyumbang kepada pembentukan kolestrol yang tinggi. Ini kerana sumber protein dari haiwan mengandungi lemak tepu dan lemak trans yang tinggi. Manakala sumber protein dari tumbuhan kebanyakannya tiada lemak. Oleh itu anda harus bijak memilih protein dalam diet harian anda.
JANGAN ABAIKAN ASID LEMAK
Minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, DHA dan EPA tidak mempengaruhi kolestrol LDL. Sebaliknya ia memberi manfaat kepada jantung anda, meningkatkan kolestrol HDL dan menurunkan trigliserida. Ianya datang dari sumber ikan seperti salmon, tuna, sardin dan kekacang seperti badam, biji rami dan walnut.
MENAMBAHKAN DIET SERAT
Serat terbahagi kepada dua iaitu serat larut air dan serat tidak larut air yang mana kedua-duanya mempunyai kelebihan dan manfaat tersendiri. Walau bagaimanapun serat larut air lebih membantu dalam menurunkan kadar kolestrol LDL. Sumber terbaik adalah dari buah-buahan, sayuran, oat dan kekacang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selalunya kita akan mengelak untuk memakan manis-manis pada waktu pagi. Namun anda mungkin tidak tahu bahawa makan coklat pada waktu pagi ada kebaikannya. Ia bukan sebarang coklat, ia adalah coklat gelap atau Dark Chocolate.
Ramai tahu bahawa coklat tidak menyihatkan kerana kandungan gulanya yang tinggi melebihi nilai koko itu sendiri. Anda dapat lihat di dalam coklat jenis coklat susu serta pelbagai lagi produk. Coklat ini banyak beza daripada coklat biasa lain kerana kandungan kokonya lagi tinggi melebihi kandungan gula malahan rasanya agak pahit kerana itu adalah rasa koko yang sebenar.
Namun, antara sebab ia kurang popular di kalangan penggemar coklat adalah kerana ia lebih mahal daripada yang biasa. Ini kerana pembuatannya tidak mudah kerana pengeluar akan memproses bahan asal coklat iaitu koko dan diadun dengan teliti.
MASKULIN ingin tunjukkan kepada anda apakah kebaikannya kepada kesihatan manusia jika ia diambil ketika sarapan.
Kajian menunjukkan bahawa makan sejumlah kecil coklat ini boleh membantu menurunkan tekanan darah. Ia juga memperbaiki aliran darah dan boleh membantu mencegah pembentukan darah beku serta membantu menyihatkan jantung anda.
2. Bantu rutin diet
Terdapat kajian dibuat pada 2012 yang menyatakan coklat yang dihidangkan bersama protein mampu mengurangkan nafsu makan dan membantu mengurangkan berat badan. Ia juga kerana coklat gelap mengandungi kandungan gula yang sangat rendah. Itu sebab rasanya pahit namun masih sedap di kalangan peminat coklat gelap.
3. Menjaga kesihatan otak
Coklat gelap meningkatkan kelancaran aliran darah ke otak dan juga untuk jantung. Masa yang sama ia boleh membantu meningkatkan fungsi kognitif atau membuatkan pemikiran anda lebih cepat. Ia juga membantu mengurangkan risiko strok.
4. Tinggi kandungan antioksidan
Ia amat efektif dalam membantu melambatkan proses penuaan serta mengurangkan penularan sel kanser dalam badan.
Ramai orang sakit gigi sebab makan coklat biasa. Coklat ini membantu melindungi kesihatan gigi anda. Ia tidak seperti coklat lain yang boleh merosakkan enamel gigi kerana terdapat kandungan gula. Ingat, coklat gelap rendah kandungan gula atau sesetengah produk coklat gelap lain tidak mempunyai gula langsung.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Protein amat penting kepada tubuh badan manusia. Ia amat mudah didapati di dalam pelbagai jenis rantaian makanan manusia. Anda boleh mendapatkannya melalui pemakanan seperti ayam, ikan, telur dan produk tenusu. Tahukah anda kesemuanya merupakan sumber protein yang lengkap serta membekalkan asid amino yang baik untuk badan kita.
Selain itu, di dalam sayuran hijau juga mempunyai protein yang manusia boleh ambil faedahnya. Namun tidak semua jenis sayur membekalkan asid amino.
Antara kepentingan protein adalah untuk menghasilkan enzim yang penting untuk badan termasuklah membantu dari segi proses pencernaan dan macam-macam lagi. Selain itu, system imun badan juga memerlukan khasiat protein untuk melindungi tubuh badan dari pelbagai penyakit.
Oleh itu, anda wajib untuk ketahui apa akan jadi jika badan anda tidak cukup protein.
Jika tubuh tidak mempunyai bekalan protein yang mencukupi, ia tidak boleh membina dan mengekalkan tisu-tisu otot dengan betul. Di samping itu, protein disimpan dalam otot dan akan digunakan oleh tubuh jika berlaku kekurangan.
2. Imunisasi lemah
Protein ialah kunci kepada sistem imunisasi yang kuat. Ia asas kepada sel darah merah, sel darah putih dan antibodi, semuanya bertindak bersama-sama untuk melindungi tubuh anda daripada bakteria, virus dan patogen lain.
3. Lambat pulih daripada kecederaan
Jika anda cedera dan mengalami kekurangan protein, tubuh anda akan mengambil masa yang lebih panjang untuk sembuh.
4. Keletihan dan lesu
Rasa kurang bertenaga, tidur terlalu banyak dan secara umumnya raya tidak bermaya dan letih ialah tanda-tanda anda perlu merangsang tahap protein anda.
5. Rambut gugur dan kuku rapuh
Apabila anda tidak mendapat protein yang cukup, tubuh anda memasuki mod penjimatan. Antaranya, ia berhenti menggunakan protein dalam penghasilan rambut dan kuku.
Kulit kita memerlukan asid amino untuk menjana protein struktur yang dipanggil kolagen. Jika tidak makan protein, kita tidak boleh menghasilkan kolagen. Protein ini adalah salah satu bentuk protein yang paling penting dalam tubuh kita. Ia bertanggungjawab menjadikan kulit kita anjal dan kuat. Kolagen juga bertindak seperti ‘simen’ yang menyatukan kulit kita.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.