Pasaran motosikal Indonesia begitu besar. Pilihan model dua roda di negara jiran Malaysia itu lebih meriah dan pelbagai. Beruntung warga Indonesia kerana mereka mampu memainkan peranan sebagai konsumer mengikut keperluan dan kehendak dan bukannya pasaran dikawal oleh pihak pengeluar.
Bahkan pilihan model 150cc di Indonesia juga lebih pelbagai berbanding Malaysia. Untuk makluman jualan motosikal di Indonesia meningkat sebanyak 158, 709 unit pada bulan Julai menjadi 538, 176 unit.
Merujuk data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Industri Sepeda Motor Indonesia, penjualan skuter masih mendominasi jualan motosikal dengan rekod jualan 2,630,513 unit. Diikuti motosikal sport sebanyak 324,793 unit pada Julai lalu.
Sebelum ini, pemain motor sport 150cc didominasi oleh Yamaha dan Honda, jenama Suzuki tidak mahu ketinggalan memeriahkan segmen berkenaan menerusi tawaran GSX-R150 dan GSX-S150.
Justeru itu menurut anda model yang manakah menjadi pilihan rakyat Indonesia. Tentunya jenama Yamaha masih mendominasi pasaran 150cc. Berikut lima model 150cc yang mencatatkan rekod jualan tertinggi di Indonesia:
1) Yamaha Vixion
Jualan Vixion terus meningkat sejak bulan Mei. Pada bulan Julai sahaja Yamaha Vixion terjual sebanyak 20,670 unit.
Model dengan tagline ‘Live The Legend’ itu dilengkapi dengan enjin 149.8cc SOHC penyejukan cecair 4-lejang. Enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa 12.2kW pada 8, 500rpm dan tork 14.5Nm pada 7, 500rpm. Ia digabungkan dengan transmisi 5-kelajuan.
Harga: Rp 26, 000,000 (RM8,320)
Ads
2) Honda CB150R StreetFire
Pada bulan lalu, CBR150R StreetFire terjual sebanyak 11,324 unit. Peningkatan sebanyak 4,681 unit yang mana pada bulan Jun model tersebut mencatat jualan 6,643 unit.
Model sport berkenaan dijana oleh enjin 149.16cc DOHC penyejukan cecair bersama kipas auto. Dipadankan dengan sistem pancitan bahan api PGM-FI, enjin berkenaan mampu menghasilkan kuasa 16,9PS pada 9, 000rpm dan tork 13.8Nm pada 7,000rpm. Penghantaran kuasa ke roda belakang diserahkan kepada transmisi 6-kelajuan.
Harga: Rp27, 075, 000 (RM8,664)
Ads
3) Honda CBR150R
Menariknya, kehadiran CBR150R terus memintas jualan Yamaha R15 di Indonesia. Pada bulan Julai CBR150R terjual sebanyak 6,338 unit berbanding Yamaha R15, dengan jualan 4,656 unit.
Enjin super sport CBR150R dan versi CBR150R Streetfighter berkongsi enjin yang sama. Namun, kuasa yang dihasilkan adalah berbeza. Enjin CB150R dengan nisbah mampatan 11.3:1 itu mampu menghasilkan kuasa 17.1PS pada 9,000rpm dan tork 14.4Nm pada 7,000rpm. Penghantaran kuasa ke roda belakang ditugaskan kepada transmisi 6-kelajuan.
Harga: Rp32, 975,000 (RM10, 552)
4) Yamaha R15
Model R15 pada bulan Julai lalu terjual sebanyak 4, 656 unit. Model super sport berkenaan dilengkapi oleh enjin 155.1cc yang mampu menghasilkan kuasa 14.2kW pada 10,000rpm dan tork 14.7Nm pada 8, 500rpm.
Ads
Harga: Rp34, 500, 000 (RM11, 040)
5) Suzuki GSX-R150
Sebagai pendatang baru, GSX-R150 tidak mengambil masa lama untuk menduduki lima carta teratas. Pada bulan Julai GSX-R150 terjual sebanyak 3,622 unit. Laporan data AISI 2017 menunjukkan Suzuki GSX-R150 terjual sebanyak 20, 565 unit pada bulan Januari sehingga Julai.
GSX-R150 dilengkapi dengan enjin bersesaran 147.3cc penyejukan air yang mampu menghasilkan kuasa 19.17hp dan tork 14Nm. Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi kotak gear 6-kelajuan.
Harga: Rp27, 900,000 (RM8,928)
Sumber: Dapurpacu
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahniah diucapkan kepada jenama kereta nasional, Proton, telah mengumumkan subjenama yang akan digunakan kepada kenderaan EV mereka.
Nama yang dipilih ialah Proton e.MAS iaitu hasil gabungan “e” yang merujuk kepaada elektrik dan “MAS” adalah singkatan kepada Malaysia.
Proton e.MAS
Fakta Menarik e.MAS
Dengan kerjasama Geely, kereta Proton EV itu ditawarkan untuk pasaran Malaysia dalam dua varian; Prime dan Premium.
Secara ringkas, e.Mas 7 Prime hadir dengan bateri berkapasiti 49.52kWh, roda aloi 18-inci, paparan unit skrin sentuh 15.4-inci dan sistem pemanduan ADAS Level 2.
Sementara e.Mas 7 Premium pula hadir dengan bateri berkapasiti 60.22kWh, roda aloi 19-inci, 16-speaker dengan sistem audio Flyme, paparan unit skrin cermin hadapan dan pengudaraan untuk tempat duduk hadapan.
Pada masa sama, kereta EV pertama Malaysia ini turut diiktiraf 5-bintang ASEAN NCAP.
Menariknya lagi, e,mas ini bkal menjadi kereta rasmi sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di negara ini pada tahun hadapan, petik MalaysiaGazette.
Proton e.Mas 7 dipilih kerana kerajaan mahu menjadikan kereta tersebut sebagai contoh di rantau Asia dalam pembuatan dan pembangunan EV, terang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa sama ia selaras komitmen negara kepada pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 nanti.
“Untuk ASEAN tahun depan, e.Mas 7 adalah kenderaan rasmi kita. Kita nak tetapkan contoh di rantau ini, untuk mempromosikan keupayaan kita untuk menghasilkan kereta dan juga pembangunan EV.
“Ia bertepatan dengan komitmen negara kepada pelepasan karbon sifar bersih,” katanya semasa Majlis Perasmian Kereta Elektrik Nasional Pertama e.Mas 7 semalam.
Mesti anda tertanya-tanya apakah maksud simbol bercahaya yang ada pada permukaan Dashboard papan meter kereta anda? Sekiranya terjadi situasi di mana ada antara simbol yang menyala pada papan pemandu, adakah anda faham maksud logo-simbol tersebut?
la penting kerana pemandu perlu mengetahui apakah yang berlaku pada kenderaan terutamanya yang membabitkan enjin. Malah ia juga boleh mengurangkan risiko kenderaan terkandas di tepi jalan akibat rosak.
1. Lampu amaran brek tangan
Simbol lampu ini adalah kerana anda sedang menggunakan handbrake ataupun handbrake sedang aktif. Malah ia menyala disebabkan masalah yang jarang dihadapi sama ada ia bermasalah pada sistem brek, ABS ataupun cecair brake berkekurangan (low brake fluid).
2. Lampu amaran suhu enjin
Simbol ini bertujuan untuk mengukur suhu pada bahagian coolant enjin kenderaan. Apabila tolok meter naik sehingga paras merah, ia bermaksud air coolant di dalam radiator berada pada tahap yang kurang, kebocoran radiator ataupun masalah pada penutup kepala gasket. Jika ini terjadi, segera hentikan kenderaan dan buka bonet. Kemudian biarkan sehingga suhu panas berkurangan. Setelah sejuk, periksa radiator. Lihat paras air dan bawah radiator sama ada ia bocor atau tidak.
3. Lampu periksa cecair penyejuk
Simbol ini bermaksud cecair penyejuk coolant di dalam radiator berada dalam tahap yang rendah. Seperti yang sebelumnya, simbol ini menandakan bahawa radiator anda mengandungi cecair coolant/ penyejuk yang rendah. Jadi sila periksa dan tambah cecair penyejuk/ coolant sebelum menggunakan kenderaan.
4. Lampu amaran aras minyak enjin
Simbol berlampu ini bermaksud minyak enjin. Sekiranya masa memandu dan lampu merah pada simbol ini menyala, ia bermaksud enjin anda kekurangan minyak hitam/ minyak enjin. Jadi top up dengan minyak enjin yang baharu sebelum meneruskan perjalanan.
5. Lampu amaran sistem bateri kenderaan
Indikator ini bermaksud bateri kenderaan anda. Sekiranya ia terus bernyala selepas menghidupkan enjin kenderaan dan semasa mula bergerak, ia bermaksud ada masalah pada alternator, sambungan bateri, masalah kabel, power steering ataupun kemungkinan adanya masalah pada cooler pump enjin anda.
6. Beg udara SRS
Simbol ini bermaksud beg udara SRS. kebiasaannya lampu akan switch off sekiranya anda selesai memasang kerusi kanak-kanak. Jika masih menyala, kemungkinan ia mengesan kerosakan dan perlu diganti sekiranya perlu. TPMS secara manual.
7. Lampu amaran minyak brek
Ia bermaksud cecair untuk brek anda berada di dalam tahap yang rendah. Jadi periksa tahap cecair kerana ia akan berkekurangan apabila brakepads habis. Sekiranya simbol ini menyala, ini menandakan berlakunya kekurangan cecair. Jadi, sila rujuk pada bengkel kenderaan untuk memeriksa masalah yang berlaku.
8. Amaran periksa enjin
Ini bermaksud enjin anda memerlukan servis disebabkan pelbagai faktor. Kemungkinan ada masalah di bahagian dalaman enjin yang memerlukan pemeriksaan. Antaranya ia menyala mungkin disebabkan kekurangan kuasa enjin ataupun elektrikal sensor bermasalah.
9. Amaran lampu tinggi
Sinar terang umpama berlian yang berkilau ini adalah simbol untuk lampu tinggi. Ia akan menyala sekiranya anda menggunakan lampu tinggi. Pastikan anda tahu bila untuk menggunakannya dan biarlah ia kena pada tempatnya.
10. Amaran lampu kabus
Simbol ini bermaksud lampu kabus di hadapan dan juga di belakang. Ia berguna khususnya apabila anda berada dalam pemanduan yang berkabus, hujan lebat dan juga dalam keadaan yang tidak jelas. Cahayanya yang terang juga boleh memastikan pemandu lain dapat menyedari kehadiran anda, selain mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
11. Lampu amaran kawalan penstabil kenderaan
Ia bermaksud TCS anda berada dalam mod pilihan Off – tidak aktif. TCS bermaksud Traction Control System iaitu sistem yang mengawal tayar daripada tergelincir, selain memastikan cengkaman tayar pada permukaan jalan. Amat sesuai di dalam keadaan jalan basah dan licin terutamanya ketika hujan lebat. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan sistem TCS ini dalam pilihan OFF ketika di dalam pemanduan jalan raya yang basah atau licin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Semua orang mempunyai citarasa yang tersendiri. Walaupun sesuatu rekaan kereta tersebut sudah melalui pelbagai ujian keselamatan, namun sebagai pemilik kereta pasti ada satu atau dua bahagian kereta yang ingin diubah suai.
Antara bahagian yang selalu diubah suai adalah rim asal ditukar kepada sport rim mengikut saiz, paten dan jenama yang disukai. Tidak lupa juga ada yang mengubah saiz rim daripada standard kepada saiz yang lebih besar walaupun tayar asal masih bau kedai dan berkilat.
Tahukah anda, kereta akan mengalami susut nilai jualan semula (resale value) jika terlalu banyak buat ubahsuai. Ini kerana tidak semua orang suka untuk mengubahsuai kereta. sNamun, jika anda tidak bercadang untuk menjualnya semula, terserah kepada anda untuk buat pengubahsuaian penuh.
MASKULIN berpesan, lagi banyak anda ubah, lagi banyak nilai akan menurun jika anda mahu menjualnya kembali.
Berikut adalah senarai penuh aksesori aftermarket yang buat kereta anda susut nilai.
Menukar warna asal kereta dengan warna kustom (selain warna asal). Ia memang buat kereta anda nampak unik, tetapi di pasaran kereta terpakai, jumlah pembeli yang meminati warna kustom sangat sedikit.
2. Kit badan
Ramai pembeli kereta terpakai merasakan nilai original sesebuah kereta hilang jika badan asalnya ditukar dengan kit badan yang lain. Sekali nampak memang menarik, namun identiti asal kereta tersebut sudah hilang sama dengan nilai kereta tersebut.
3. Modifikasi enjin
Ramai orang akan kagum dengan kereta yang memiliki enjin yang hebat, boleh pecut dari 0-100kmj bawah 6 saat itu tiada masalah. Namun harus diingat, kalangan pembeli kereta terpakai mahu sebuah kereta yang hanya digunakan untuk ulang-alik perg kerja, pergi pasar dan sebagainya. Orang kata, standard itu indah.
4. Lampu
Jika anda pasang lampu aftermarket, anda sudah buatkan kereta anda nampak fake. Walaupun anda berpandangan ia nampak fancy, namun ia sebenarnya satu idea yang agak teruk sebab tiada orang yang mahu keretanya nampak fake.
Siapa tak kagum bila dengar ekzos kereta bunyi kuat, kadangkala boleh naik bulu roma. Namun, harus diingat, tidak ramai orang suka bunyi ekzos terlalu kuat. Realitinya, ramai pemilik kereta lebih sukakan kereta yang senyap dan tenang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.