Ramai orang yang beranggapan bahawa insurans kenderaan hanyalah sebagai satu kewajipan undang-undang semata-mata.
Namun buat anda seorang lelaki yang bijak hidpu dalam dunia maklumat di hujung jari dan moden, seharusnya anda memahami insurans kenderaan dengan lebih mendalam.
Ini kerana ia boleh memberikan banyak manfaat dari segi kewangan, keselamatan serta ketenangan fikiran. Artikel ini menyorot lima perkara penting yang wajar dijadikan perhatian.
Kerap kali didapati bahawa pemilik kenderaan di Malaysia hanya memikirkan tentang insurans apabila mereka berdepan kecemasan. Menurut laporan Majlis Pengurangan Kecurian dan Kemalangan Kenderaan Malaysia (VTAREC), ribuan kenderaan sebenarnya tidak mempunyai perlindungan insurans.
Berdasarkan kajian dari 740,000 kes kemalangan pada tahun 2023, 299,000 keas atau 40% merekodkan tuntuan insurans. Manakala pada tahun setrusnya mencatatkan penurunan sebanyak 11%. Ini dipercayai kerana ramai pemilik kenderaan tidak mempunyai perlindungan.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari Liberty General Insurance yang menggariskan 5 perkara penting yang setiap pemilik kenderaan harus tahu tentang perlindungan insurans kenderaan.
1. Jenis Perlindungan Bukan Sekadar ‘Komprehensif’ atau ‘Pihak Ketiga’
Ramai hanya kenal dua jenis polisi, tetapi sebenarnya terdapat perlindungan tambahan seperti ‘special perils’ untuk banjir atau tanah runtuh. Dengan perubahan cuaca yang tidak menentu, perlindungan tambahan ini boleh jadi penyelamat.
Ads
2. Nilai Perlindungan Ditentukan Oleh Anda
Jangan hanya ikut angka asas. Semak nilai pasaran kereta anda. Polisi insurans membolehkan anda menetapkan nilai perlindungan, sama ada berdasarkan ‘agreed value’ atau ‘market value’. Pilihan ini akan mempengaruhi jumlah pampasan yang anda terima.
Insurans 2
3. Faedah Tambahan Yang Sering Diabaikan
Ramai tidak sedar bahawa insurans juga boleh datang dengan pelbagai manfaat tambahan. Contohnya perkhidmatan tunda percuma, penggantian cermin, atau kereta ganti. Kadangkala faedah tambahan kecil inilah yang memberikan impak besar ketika kecemasan.
4. Ketahui Hak Anda Sebagai Pemegang Polisi
Penting untuk tahu prosedur tuntutan. Fahami dokumen apa yang perlu dihantar, tempoh masa tuntutan boleh diproses, dan saluran rasmi untuk membuat aduan jika ada isu. Pengetahuan ini mengelakkan anda daripada ditipu atau melengahkan proses.
5. Insurans Adalah Tentang Perancangan, Bukan Sekadar Perlindungan
Lebih daripada sekadar membayar premium, insurans adalah pelan keselamatan kewangan.
Ads
Ia memberi ketenangan bahawa sebarang risiko kerugian tidak akan menjejaskan kewangan anda secara drastik. Lelaki yang bijak mengurus gaya hidup tahu nilai ketenangan ini.
Secara kesimpulannya, insurans kenderaan bukan hanya tentang mematuhi undang-undang, tetapi sebahagian daripada keperluan penting.
Ads
Dengan memahami pilihan perlindungan, hak sebagai pemegang polisi dan faedah tambahan, anda boleh menjadikan insurans sebagai pelindung kewangan yang berkesan.
Jangan pandang remeh kerana pengetahuan yang betul mampu menjadikan anda lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam pada kita tak sedar, sebenarnya kadang-kadang kita sering murung dan stress. Nak tahu kenapa? Ini disebabkan pemikiran negatif yang selalu menghampiri kita. Ada banyak cara sebenarnya untuk kita sentiasa kekal positif.
Jika anda merupakan seorang yang mudah murung dan berfikiran negatif, mungkin ini masa untuk anda mencari kawan yang boleh memberi semangat positif buat anda. Maksud di sini bukanlah anda terus memutuskan hubungan dengan rakan anda yang mempunyai sikap negatif tu, cuma rajin luangkan masa dengan rakan yang sentiasa memulakan harinya dengan “rise and shine!”
Pergilah ke mana saja, makan dan tidur merupakan faktor utama seseorang kekal sihat. Minda yang sihat juga terletak pada pemakanan seseorang. Jika anda mengambil pemakanan yang seimbang, maka ia akan memudahkan untuk berfikir secara tenang. Jadi tak ada lah serabut sepanjang masa.
Bila anda masih teringatkan kisah lama, kisah-kisah yang menyakitkan hati, fikiran anda akan diselaputi dengan fikiran negatif. Sebagai contoh, seseorang yang baru lepas dimarahi oleh majikan akan berasa sangat murung dan tidak bertenaga. Ambil langkah untuk melupakan semua masalah anda. Tarik nafas sedalam-dalamnya dan anggap semua itu satu cabaran untuk anda lebih berjaya pada masa hadapan. Untuk mendapatkan fikiran seperti ini, anda haruslah move on!
Hidup hanya sekali, jadi mengapa anda harus buat perkara yang anda tak suka? Sebagai contoh kerjaya anda, jika anda tidak gembira dengan kerjaya anda, ini masanya untuk anda berhenti dan cari hala tuju hidup anda. Lakukan perkara yang anda suka, walaupun kerjaya tersebut tidak boleh menjamin masa depan panjang anda. Ini kerana jika anda melakukan satu perkerjaan yang anda tidak suka, potensi untuk anda menghidap depression sangat tinggi. Biarkan orang nak kata apa, janji anda happy.
Tak sure lah, “sekarang ni tengah happy ke tak?” apa kata anda tulis 3 perkara yang anda nak buat, 3 perubahan dunia yang anda nak lihat. Kemudian bandingkan dengan gaya hidup anda, pilih perkara yang paling sesuai dengan jiwa anda. dengan cara ni, anda akan dapat melihat kerjaya yang sesuai untuk anda.
Setiap kali bangun pagi, sentiasa ambil masa untuk tulis 3 perkara yang buat anda bersyukur sepanjang minggu atau hari sebelumnya. Jika anda betul-betul tidak punya masa, maka ketika anda sedang bersiap untuk ke pejabat, cuba ingat perkara-perkara yang meyebabkan anda bersyukur.
Nak bantu macam mana ni? Misalnya kawan anda menghadapai kemurungan, atau mereka punya masalah yang tak dapat diselesaikan dengan perbuatan, maka ketika inilah anda membantu mereka. Jika anda seorang yang negetif, anda tidak mahu orang sekeliling anda rasa apa yang anda rasa. Jadi anda bertindak untuk memulihkan semangat mereka dengan memberi nasihat positif. Dalam tak sedar, anda sebenarnya sedang menasihat diri anda sendiri. Ini salah satu senam untuk anda mengubah minda anda untuk lebih positif.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memang trend bila nak raya mesti ramai designer yang akan mengeluarkan cetusan kreatif idea mereka. Seorang pereka fesyen dikritik gara-gara baju Melayu yang dihasilkannya kelihatan begitu ketat, sehingga menjadi bahan tular di media sosial. Segelintir netizen melabelkan baju Melayu rekaan Amir Kadir itu seperti ‘swimsuit’ kerana menampakkan susuk badan.
“Nak tanya, ni baju Melayu ke swim ke sarung nangka? Aduhai rekaan baju Melayu trend sekarang,” luah seorang netizen.
Perekanya, Amir Kadir atau nama sebenarnya Amir Abdul Kadir tampil menjelaskan baju tersebut bukanlah sendat dan mahu sengaja memperlekehkan budaya Melayu.
“Pengalaman selama lebih 30 tahun dalam dunia fesyen ini telah membuatkan saya sedar erti nilai budaya berfesyen dan etika berpakaian.
“Perkara ini (baju Melayu ketat) terjadi ketika sesi penggambaran yang menggunakan khidmat salah seorang model yang sado dan saiz baju agak kecil untuk dia.
“Effect (kesan) nya ia kelihatan sendat sehingga mengundang spekulasi yang agak berlainan sedangkan jika dilihat pada gambar dimana dua model yang berlainan kesannya adalah normal,” katanya menerusi status di Facebook.
Baju Melayu yang tular menggunakan model yang berlainan.
Malahan di ruangan komen, Amir turut menjelaskan bahawa baju Melayu yang kelihatan sendat itu disebabkan kakitangannya memakaikan pin bagi menampakkan kesan yang berlainan menyebabkan ia kelihatan ketat keterlaluan.
“Lagi satu, masa penggambaran tu staf saya pin kat bahagian seluar… effect gambar over (keterlaluan),” tambahnya.
Posting Amir Kadir tersebut turut dimuat naik tiga gambar model berlainan yang memakai baju Melayu yang mendapat kritikan ramai itu.
Sekeping gambar adalah baju Melayu yang tular, manakala dua lagi merupakan pemakaian yang lebih longgar tanpa menunjukkan susuk badan.
Baju Melayu ‘Zebra by Amir Kadir’ laris dijual berikutan tular di media sosial.
Sehubungan itu, Amir berharap penjelasannya dapat melegakan hati netizen berhubung perkara sebenar.
“Maaf jika pihak saya menimbulkan keadaan yang negatif tanpa usul periksa terlebih dahulu,” katanya sambil menambah meminta semua pihak supaya bersangka baik.
Dalam pada itu, Amir berkata, beberapa rekaan baju Melayu ‘Zebra by Amir Kadir’ laris dijual berikutan tular di media sosial.
“Baju viral (tular) dan habis dijual. Terima kasih para pelanggan yang disayangi! Semua ‘bawangs’ terima kasih juga tau,” ujarnya.
Sumber : mstaronline
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak yatim dan balu kepada bekas kakitangan Proton yang pernah berkhidmat apabila diraikan menerusi program Kasih Ramadan 2017 dengan membeli-belah pakaian raya di Jakel, Shah Alam, semalam.
Hadir seawal jam lapan pagi, kesemua 15 keluarga yang terdiri anak-anak yatim diraikan dengan penuh mesra kakitangan Proton yang turut sama membantu dari awal hinggalah selesai.
Program kali pertama anjuran Proton dengan kerjasama Jakel ini dilihat dapat mengurangkan beban ahli keluarga selain memeriahkan sambutan Syawal pada tahun ini.
Biar pun pasti terselit kesedihan kerana sekali lagi pada tahun ini, tidak dapat berhari raya dengan bapa yang telah kembali ke pangkuan Ilahi, namun pengkongsian rezeki oleh Proton ini ibarat mengubat duka di hati insan yang ditinggalkan orang tersayang.
Hadir sama dalam majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali diiringi pihak pengurusan tertinggi Proton, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid manakala bagi pihak Jakel Shah Alam, Pengarahnya Tuan Haji Mohamed Izani Mohamed Jakel turut hadir sama memeriahkan majlis.
CABBEEN pop up The Starhill memperkenalkan pengalaman fesyen futuristik bersama 2AM dengan sneaker cetakan 3D, tailoring moden dan instalasi pop up eksklusif di Kuala Lumpur.