Kereta moden sekarag boleh dikataan hampir semuanya pasti dilengkapi dengan sistem penggera atau alarm yang boleh diaktifkan dengan menggunakan alat kawalan jauh.

Setiap pengeluar mempunyai teknologi sistem penggera hampir sama. Walaupun ada sesetengahnya lebih canggih bergantung kepada kelas kereta tersebut.

Sebagai pemilik kereta anda mungkin pernah berdepan masalah alarm kereta berbunyi dengan sendiri. Lalu gegak gempitalah kawasan perumahan. Serba salah juga dibuatnya. Kena pula bunyi alarm itu tidak dapat anda matikan dengan segera.

Terdapat beberapa punca mengapa alarm kereta anda boleh bermasalah dan berbunyi dengan sendirinya. Ikuti perkongsian dari MASKULIN untuk kenali masalah tersebut dan bagaimana untuk mengatasinya.

PINTU TAK RAPAT

Ini sebenarnya faktor yang paling ketara dan mudah saja sebenarnya. Jika pintu kereta tidak rosak tidak jadi masalah. Boleh kita tutup semula dengan baik. Namun jika berlaku kerosakan pada pintu lain pula ceritanya. Jadi periksalah kondisi pintu agar ia boleh ditutup dengan sempurna.

IKLAN

MODEL ALARM SENSITIF

Salah satu punca alarm berbunyi dengan sendiri ialah berpunca dari salah satu komponennya iaitu modul alarm. Ia sebenarnya berfunsi untuk mengesan sebaran getaran yang ada pada sekitar kereta. Jadi sebab itulah kadang-kdang bila kilat atau guruh bunyi alarm pun boleh tercetus. Periksalah tahap sensitiviti alarm kereta anda. Jika terlalu sensitif mungkin boleh diturunkan sedikit.

5 Punca Mengapa Alarm Kereta Selalu Berbunyi Sendiri, Ikuti Penyelesaiannya

KEROSAKAN BATERI CENTRAL LOCK

Anda mungkin sudah sedia maklum bahawa kereta mempunyai sistem central lock tersendiri. Ia berfungsi untuk mengunci setiap pintu kereta sekali gus.

IKLAN

Namun jika ada masalah pada komponen ini ia juga boleh menyebabkan alarm berbunyi dengan sendiri. Kebiasaannya masalah tersebut mungkin datang dari bateri yang rosak atau sudah habis. Jika ia rosak pintu kereta pun harus dibuka secara manual. Penyelesaiaanya, tukarlah bateri segera.

SISTEM PENGGERA

Kerosakan pada sistem penggera atau alarm juga boleh menjadi punca mengapa ia boleh berbunyi dengans sendiri. Untuk elak masalah ini lakukanlah pemeriksaan dari semasa ke semasa pada sistem alarm terutamanya bila pergi servis kereta.

KEROSAKAN SENSOR BONET DEPAN

Pada bahagian bonet hadapan terdapat sensor yang mengesan sama ada ia dalam kedudukan tertutup dengan baik atau tidak. Jika sensor ini rosak ia juga boleh mencetuskan bunyi alarm dengan sendiri. Ini kerana sensor yang rosak menganggap bonet kereta sentiasa terbuka.

IKLAN

Tutup dengan rapat bonet kereta anda. Jika tidak berhasil itu bermakna ada kerosakan pada sensor atau komponen bonet itu sendiri yang membuatkan ia tidak rapat.

Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

5 Punca Mengapa Alarm Kereta Selalu Berbunyi Sendiri, Ikuti Penyelesaiannya

Kredit: suara.com

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI