Alhamdullilah.

Kita sudah pun menyambut kedatangan bulan Ramadan. Oleh itu, jadikanlah bulan mulia ini sebagai bulan untuk kita semua menambah pahala di samping jadikannya sebagai bulan untuk anda jadi lebih cergas dan tidak lesu.

Buat anda lelaki yang sentiasa ingin kekalkan kecergasan dan bentuk badan, anda masih boleh terus melakukan senaman-senaman ringan.

Ini 5 jenis senaman mudah untuk anda kekal sihat dan timbul six pack jika dilakukan secara berjadual sepanjang Ramadan ini.

1. VERTICAL LEG CRUNCH

5 Senaman Mesra Six Pack Untuk Sepanjang Bulan Puasa

IKLAN

Jika anda orang baru dalam dunia kecergasan dan belum terbiasa melakukan latihan kecergasan  yang berat-berat, maka anda disarankan melakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu. Namun ia tidaklah terlalu ringan juga, kerana memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidaknya cara ini tergolong santai untuk dilakukan kerana tidak melakukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.

  • Ambil posisi berbaring
  • Pegang belakang kepala dengan kedua tangan
  • Angkat kedua kaki ke atas lalu tahan beberapa saat.
  • Turunkan kembali dan lakukan latihan ini semampu otot

2. JACKNIFE SIT-UP

5 Senaman Mesra Six Pack Untuk Sepanjang Bulan Puasa

Latihan yang satu ini merupakan bahagian latihan dari sit up. namun jangan salah melakukan latihan ini cukup sulit, terutama bagi seseorang yang memiliki badan gemuk. Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut, kerana melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut ( atas, tengah, bawah)

IKLAN
  • Ambil posisi berbaring
  • Angkat kaki dan tangan secara bersamaan hingga menyentuh dengkul kaki
  • Turunkan kembali ke posisi berbaring dan lakukan kembali gerakan repetisi ini
  • Lakukan latihan ini sekitar 15 kali repetisi per 4 set atau boleh disesuaikan dengan kemampuan anda

BACA: Dapatkan Tubuh Captain America Follow 20 Steps Yang Chris Evans Buat Ini!

3. PLANK

5 Senaman Mesra Six Pack Untuk Sepanjang Bulan Puasa

Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tidak terlalu perlukan banyak tenaga dibanding latihan yang lainnya, hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan pada otot perut.

IKLAN
  • Ambil posisi seperti push-up
  • Gunakan kedua siku tangan untuk bertumpu pada lantai
  • Luruskan punggung
  • Rasakan kontraksi pada otot perut dan memfokuskan ke otot tubuh dari beban tubuh
  • Tahan hingga beberapa minit

4. SIT UP

5 Senaman Mesra Six Pack Untuk Sepanjang Bulan Puasa

Manfaat dari melakukan latihan ini cukup efektif dalam membentuk otot perut menjadi sixpack. Terlebih lagi di saat melakukannya di tambah dengan beban tambahan.

5. BICYCLE MANEUVER

5 Senaman Mesra Six Pack Untuk Sepanjang Bulan Puasa

Sambil tidur pun boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil berbaring dan mengayunkannya seperti sedang melakukan mengayun basikal. Namun, jangan remehkan latihan ini, kerana dapat membantu pembentukan otot, terutama untuk melatih otot perut bahagian bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI