Bestnya bila travel ada pula video yang boleh dijadikan kenangan bukan? Namun anda bimbang dan tidak tahu bagaimana ingin edit video tersebut?
Jangan risau, Azhar Azani ada 5 tip mudah mudah untuk edit video jadi cinematic guna iphone sahaja. Free Pula tuh dan tidak ada watermark.
Step 1:
Muat turun aplikasi edit video
Step 2
Ads
Selepas muat turun, pilih size canvas yang anda ingin guna.
Lepastu pilih video yang ingin digunakan dan import video-video tersebut atau tekan butang ‘add to project’.
Step 3
Cari muzik PERCUMA di youtube dan tiada copyright (untuk memudahkan proses upload di sosial media nanti).
Muat turun atau rekod menggunakan screen record button untuk merakam video yang kita inginkan.
Apabila sudah habis recod, kitab oleh berhenti screen recording.
Kemudian ambil file screen recording tadi, dan import video tersebut di dalam aplikasi editing video. Letakkan video sebentar tadi di layer atas, dan di jika di lihat timeline anda ada dua layer (satu layer video anda dan satu layer screen record anda).
Untuk hilangkan screen record ini, anda perlu butang ‘audio’ dan kita unlink kan video. Jika di lihat, video anda akan terbahagi kepada dua (video dan audio). Lepas itu, pergi ke ‘delete’ buang video dan tinggalkan audio sahaja.
Step 4
Cut dan Trim video seperti yang dimahukan. Malah anda juga boleh synchronize audio yang sedia ada.
Ads
Okay nak dengar dengan lanjut korang boleh tengok video di bawah ini…
Pengaruh yang dipunyai oleh selebriti tidak dinafikan boleh dijadikan sebagai pemangkin untuk kempen kemanusian agar mesej lebih tersebar dengan meluas. Itulah yang dilakukan oleh selebriti popular, Fattah Amin.
Putrajaya menjadi saksi pelancaran rasmi kempen solidariti ‘NEX & Fattah Amin Bersama Palestin’ pada 4 September 2025 yang lalu. Acara tersebut berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan menandakan permulaan sebuah inisiatif kemasyarakatan.
Ia bukan sekadar kutipan dana, tetapi gerakan menyatukan rakyat Malaysia melalui tindakan kecil yang bermakna. Dengan semangat bahawa setiap titisan air membawa doa, kempen ini memberi simbol bahawa walaupun sekecil pembelian sebotol air mampu membawa harapan kepada rakyat Palestin.
Pada 17 Oktober 2025, kempen ini menyasarkan untuk menggerakkan rakyat Malaysia membeli 500,000 botol NEX dalam masa 24 jam.
Daripada setiap botol yang dijual, sebanyak RM0.50 akan disalurkan, menjadikan sasaran kolektif sebanyak RM250,000. Semua kutipan akan disalurkan terus ke Gaza melalui NGO Cinta Gaza Malaysia (CGM), yang telah lama komited menghantar bantuan kemanusiaan di lapangan.
Sebagai duta kempen, Fattah Amin menekankan bahawa usaha ini melangkaui jenama dan lebih kepada penyatuan rakyat.
“Ini bukan sekadar tentang sebuah jenama. Ini tentang menggunakan platform kami untuk menyatukan rakyat Malaysia demi satu tujuan yang lebih besar. Kami berharap setiap hirupan membawa doa, setiap pembelian menyampaikan harapan,” katanya penuh semangat.
Turut memberikan sokongan, Imam Muda Asyraf. Jelasnya, “Pada hari Jumaat yang mulia itu nanti, kita bukan sahaja berkumpul untuk beribadah, tetapi juga untuk tujuan bersama.
“Amalan kecil seperti membeli sebotol air boleh menjadi sadaqah jariah; pahala berpanjangan yang memberi kelegaan kepada saudara kita di Palestin.”
Kempen ini memilih bulan Oktober dengan penuh simbolik, memperingati tragedi 7 Oktober 2023 dengan harapan untuk menukar tarikh duka itu kepada hari yang membawa makna, solidariti dan harapan.
Botol Edisi Terhad NEX boleh didapati di TikTok Shop serta 500 masjid di seluruh negara. Penampilan khas oleh Fattah Amin dan Imam Muda Asyraf di beberapa masjid terpilih sekitar Lembah Klang akan memperkukuh lagi mesej solidariti.
Setiap botol bukan sahaja simbol hidrasi, tetapi juga titisan kasih sayang yang membentuk lautan harapan.
Kempen ini membuktikan bagaimana jenama tempatan seperti NEX bukan sahaja menekankan kualiti produk, tetapi juga nilai kebersamaan dan kemanusiaan.
Dengan kerjasama NGO seperti Cinta Gaza Malaysia, usaha ini diharap dapat memberi impak nyata kepada rakyat Palestin yang memerlukan.
Kempen seperti ini boleh menjadi contoh nyata bagaimana peranan jenama dan selebriti mampu menyatukan komuniti untuk tujuan lebih besar.
Satu botol air menjadi simbol solidariti, satu pembelian menjadi titisan harapan, dan satu hari menjadi misi kolektif. Pada 17 Oktober 2025, rakyat Malaysia diajak bersatu hati untuk memberi makna baharu kepada solidariti melalui tindakan kecil yang memberi impak besar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kerap kali bila kita berbicara dengan lelaki berusia lewat 30-an dan ke atas mereka seakan sudah pasrah dengan kondisi diri.
Berbeza ketika di zaman muda dahulu mereka ini kebanyakannya mula berubah bentuk fizikalnya. Majoritinya perut semakin boroi, berat badan bertambah dan stamina juga semakin menurun.
Faktor-faktor tersebut tidak dapat dinafikan mampu mematahkan semangat apatah lagi bila mereka memikirkan usia yang sudah semakin tua dan dihimpit pula dengan pelbagai komitmen diri.
Tapi sebenarnya anda masih belum terlambat! Ini telah dibuktikan oleh ramai orang termasuklah seorang lelaki yang berusia 60 tahun, Steve Ramsden dan layak bergelar sebagai seorang yang dah ada cucu.
Segalanya bermula selepas dia mendapati tahap kesihatan dan kecergasannya sangat teruk. Hinggakan aktiviti normal seperti mengikat tali kasut pun tercungap-cungap dibuatnya.
Kini dia tampil mengejutkan ramai ahli keluarg dan rakan-rakan dengan perubahan drastik. Lebih menarik dia bukan sahaja berjaya menurunkan berat badan tetapi membina otot yang sangat mantap.
Sebelum ini berat badannya mencecah hapmir 100kg dan terpaksa mengambil ubat khas untuk mengawal tahap kolesterol. Beratnya turun dengan baik sekali selepas melakukan rutin senaman setiap hari di gimnasium. Dan kini dia mencapai berat badan ideal iaitu 72kg.
Bertugas sebagai seorang pembantu ambulan separuh masa, Seteve mendapat bantuan dari anaknya Dan yang juga seorang jurulatih kecergasan. Penampilannya kini bukan sahaja menarik perhatian ahli keluarga tetapi masyarakat am terutamanya di laman media sosial.
“Saya berasa lebih sihat dan baik. Saya juga lebih gembira berbanding dahulu. Rasa seperti 20 tahun lebih muda,” jelasnya dalam temu bual bersama Express.
Dari segi diet, Steve memulakan harinya dengan sarapan seperti sosej, spam dan sandwich tomato. Salah satu rahsianya untuk turut berat badan ialah meninggalkan makanan segera dan minuman manis.
Walaupun berjaya turun sebanyak kira-kira 27 kg dalam masa 10 bulan sahaja namun segala bacaan daripada doktor menunjukkan tahap kesihatannya cukup baik.
“Saya dapat bacaan yang normal dari doktor. Malah kolestrol saya rendah dan tekanan darah juga normal. Saya bertuah kerana famili sentiasa di belakang menyokong penuh usaha ini,” tambahnya lagi.
Apabila ditanya tentang apakah rahsianya, Steve berkata mulakan dengan melakukan aktiviti berjalan kaki. Kurangkan makanan tinggi karbohidrat seperti roti dan juga minuman tidak elok seperti alkohol.
“Kemudian dari situ akan ada perubahan drastik hanya dalam bulan pertama,” jelasnya.
Dia juga menegaskan bahawa semua orang mampu melakukannya. Walau berapa pun usia masih belum terlambat untuk berubah.
Semoga kisah Steve ini menjadi inspirasi untuk anda.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi videi menarik seperti di bawah.
Sumber: Bored Panda & Express
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jumaat ini, pentas ONE 170 bakal menyaksikan satu pertarungan epik antara dua bintang muda Muay Thai yang penuh bakat. Johan Ghazali atau dikenali Jojo, fenomena remaja Malaysia-Amerika, akan berhadapan dengan sensasi tidak terkalahkan dari Colombia, Johan “Panda Kick” Estupinan, dalam aksi flyweight yang dijangka mendebarkan.
Pertarungan ini akan berlangsung di Impact Arena, Bangkok – lokasi yang sememangnya sinonim dengan kehangatan seni mempertahankan diri.
Dua atlet yang memiliki reputasi sebagai “penyerang maut” ini bersiap sedia untuk mempamerkan kehebatan masing-masing.
Jojo telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang bintang muda paling berbakat dengan mencatatkan enam kemenangan daripada tujuh pertarungan di ONE, termasuk lima knock-out yang memukau. Namun, cabaran kali ini bukan mudah.
Estupinan, yang membawa rekod sempurna 26-0 dalam kariernya, sudah pun mencatatkan empat kemenangan tanpa kalah di pentas ONE.
Bagi Jojo, perlawanan ini bukan sekadar mencari kemenangan biasa. Ia membawa makna peribadi. Estupinan pernah menewaskan abangnya beberapa tahun lalu di luar ONE. Ghazali kini membawa misi balas dendam ke dalam Circle.
“Di mata peminat, pertarungan ini sangat 50-50, jadi saya ingin buktikan bahawa saya lebih baik dan mempamerkan kemahiran saya kepada dunia.
“Juga, saya mahu membalas dendam untuk abang saya kerana Estupinan pernah mengalahkannya beberapa tahun lalu,” kata Ghazali kepada onefc.com.
Bagi Jojo, kemenangan ini juga penting untuk membuka jalan ke ranking lima teratas dalam divisyen flyweight Muay Thai.
Estupinan bukan lawan biasa. Dengan gaya bertarungnya yang unik, pantas, dan agresif, peninju Colombia ini dijangka memberi ujian yang sukar buat Ghazali.
Namun, atlet berusia 18 tahun itu yakin dengan kelebihan yang dimilikinya – kuasa knock-out yang sukar ditandingi.
“Estupinan pantas, mempunyai daya tahan yang baik, dan sangat luar biasa berbanding peninju lain.
“Saya mungkin tidak sepantas dia, tetapi saya pasti dia tidak memiliki kuasa seperti saya, dan itu akan menjadi kelebihan saya kerana ‘timing’ mengalahkan kelajuan,” jelas Jojo.
Dengan empat bonus persembahan di ONE, Ghazali bersedia untuk menghentikan rentak kemenangan Estupinan. Dia percaya, waktunya untuk bersinar sebagai bintang Muay Thai semakin dekat.
Kedua-dua peninju dikenali dengan naluri menyerang yang eksplosif, menjadikan pertarungan ini antara yang paling dinanti-nantikan.
Peminat dijangka akan disajikan dengan aksi pantas dan mendebarkan dari saat pertama loceng dibunyikan.
Jojo sendiri berharap untuk menamatkan pertarungan ini dengan pantas. “Sudah tentu, seperti pertarungan lain, saya akan mencari knock-out.
“Bila ia akan berakhir, saya tidak pasti, tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk menewaskannya secepat mungkin,” ujarnya penuh yakin.
Pada usia yang begitu muda, Johan “Jojo” Ghazali telah diiktiraf sebagai salah seorang peninju paling berbakat dalam dunia Muay Thai.
Pertarungan dengan Johan “Panda Kick” Estupinan ini bukan sahaja peluang untuk membuktikan kemampuannya, tetapi juga langkah besar dalam membina legasi sebagai juara masa depan.