DIANGGARKAN LEBIH 80 PERATUS ORANG PERNAH MENGALAMI SAKIT BELAKANG YANG MENYEBABKAN KERJA DAN AKTIVITI HARIAN TERGANGGU. INSIDEN SAKIT BELAKANG BOLEH BERLAKU PADA USIA 20-AN DAN MENINGKAT PADA USIA 60 HINGGA 65 TAHUN. KAJIAN DI MALAYSIA MELAPORKAN 12 PERATUS INSIDEN SAKIT PINGGANG BERLAKU DI LUAR BANDAR MANAKALA 60 PERATUS DIALAMI PEMANDU KENDERAAN KOMERSIAL.
Antara simptom umum sakit belakang ialah kejang otot, kebas kaki, sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan. Sakit belakang juga boleh menjadi lebih ketara apabila pesakit batuk, bersin, menggeliat atau duduk untuk jangka masa yang panjang.
Bagi mengelakkan gejala sakit belakang, orang ramai perlu melakukan banyak aktiviti fizikal seperti bersenam serta mengamalkan pola pemakanan yang sihat bagi mengelak obesiti. Mereka yang mengalami obesiti lebih berisiko mendapat sakit belakang. Kurangkan aktiviti ‘menghadap’ gajet kerana ia hanya lebih memudaratkan.
Ramai yang salah anggap antara sakit belakang dan ̒slipped disc̓.
“Disc ialah tulang rawan di antara segmen-segmen tulang belakang dan berfungsi sebagai penyerap hentakan dan membolehkan pergerakan (mobiliti) tulang belakang. Ia merosot dengan umur iaitu disc kehilangan kelembapannya. Perlu diingat bahawa tidak semua disc merosot menyebabkan sakit belakang.
Ini kerana slipped disc berlaku apabila disc yang merosot, menonjol dan menekan atas saraf tunjang. Tanda-tandanya ialah sakit belakang yang diiringi oleh sakit menuju ke kaki dan bawah paras lutut. Rasa sakit itu seperti pisau yang menghiris, mencucuk dan kebas.
Slipped disc sebenarnya mudah dirawat. 70 peratus boleh sembuh dengan mengambil ubat yang betul. 20 peratus pula melalui suntikan epidural iaitu menyuntik ubat dengan tepat pada kawasan yang sakit. Selebihnya boleh dirawat dengan pembedahan sebagai pilihan akhir selain fisioterapi,
TANDA-TANDA
– Rasa sakit belakang yang dialami oleh individu dalam usia pertengahan biasanya datang dengan tanda akut (secara tiba-tiba).
– Aktiviti seperti mengangkat barang yang terlalu berat adakalanya menimbulkan rasa sakit serta-merta atau kecederaan pada otot atau urat.
– Sebaliknya dalam kalangan mereka yang berumur, penyakit spondilosis (kehausan tulang) tidak berlaku secara tiba-tiba, ia biasanya terjadi dalam tempoh beberapa tahun.
Ads
BAGAIMANA SAKIT PINGGANG DIDIAGNOSIS
Sejarah keluarga dan pemeriksaan fizikal
Ujian sinar X dan MRI
PANDUAN HINDAR SAKIT BELAKANG
Mengangkat barang
Bengkokkan kaki, bukan tulang belakang. Bawa beban rapat pada tubuh. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat.
Dapatkan bantuan orang lain sekiranya sukar untuk mengangkat berseorangan.
Duduk
Rapatkan punggung dan sandarkan belakang pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang.
Pastikan ketinggian tempat duduk sesuai dan kedudukan paha selari dengan lantai.
Gabungkan aktiviti dengan senaman/regangan/berjalan.
Ads
Memandu
Duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut selaras dengan pinggang.
Sokong bahagian bawah belakang menggunakan tuala yang digulung atau penyokong jika perlu.
Tidur
Tidur di atas katil yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.
Apabila tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya bersentuhan atau apabila tidur menelentang, letakkan bantal di bawah lutut.
Berdiri dan berjalan
Tukar posisi berdiri dengan kerap jika perlu berdiri lama.
Berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan.
Berjalan dengan cara yang betul, dagu ke luar, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan. Pakailah kasut yang mempunyai tumit rendah dan selesa.
Ads
RAWATAN
– Fisioterapi
– Ubat-ubatan
– Pembedahan
Rawatan ubat-ubatan seperti vitamin bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak pada saraf.
Manakala fisioterapi pula selain mengurangkan bengkak dan kesakitan, dengan menggunakan traksi ia dapat membantu melembutkan otot bagi melepaskan tekanan pada saraf.
Bagaimanapun, mereka yang tidak merawat kecederaan berkenaan tidak dapat memulih dan mengembalikan kekuatan asal mereka.
Pembedahan bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada saraf supaya saraf tidak berasa sakit juga untuk menguatkan tulang.
Ia juga membantu memulihkan tulang yang berubah dari kedudukan asal dan menguatkan tulang bagi mencegah rasa sakit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kehidupan kita bergantung pada keupayaan kita untuk membuat keputusan. Sama ada membuat dalam kerjaya, hubungan mahupun kesihatan. Semua yang anda nikmati dan lalui hari ini adalah atas keputusan anda pada masa lalu.
Kita bertidak secara ekstrem untuk membuat sesuatu keputusan, kita berfikir secara mendalam, meluangkan banyak masa untuk memikirkan tentang keputusan kita, mendapatkan khidmat nasihat kawan-kawan dan kenalan-semata-mata untuk membuat sesuatu keputusan. Tetapi akhirnya kita tidak dapat mengambil tindakan yang sewajar untuk keputusan kita kerana kesuntukan masa.
Ini 5 tip bagaimana untuk membuat keputusan dengan cepat?
1.PERATURAN 2-MINIT.
Peraturan 2 minit ini adalah satu cara yang efektif untuk mengelakkan anda menggunakan masa yang terlalu lama untuk membuat keputusan. Apabila anda perlu membuat keputusan, hanya tetapkan masa 2 minit untuk “brain-storming”. Had masa seperti ini memaksa anda untuk cepat menilai kebaikan dan keburukan anda dan membuat keputusan dengan cepat.
Ia juga mengelakkan anda daripada berkhayal.
Jika anda seorang yang perlahan membuat keputusan, anda bolehlah tingkatkan had masa kepada 5 minit sahaja, jangan lebih 5 minit!
2.KURANGKAN PILIHAN
Ada masanya kita mempunyai banyak pilihan semasa membuat sesuatu keputusan. Pilihan yang banyak boleh membuntukan proses membuat keputusan dan melambatkan anda.
Untuk mengurangkan “pilihan” anda, nilaikan setiap “pilihan” yang ada. Adakah pilihan ini baik atau buruk? Jangan fikirkan kesan panjang pilihan tersebut. Hanya fikirkan secara asas “BAIK” atau “BURUK” ,”SESUAI” atau “TIDAK” Jika anda merasakan sesuatu “pilihan” itu buruk dan tidak sesuai maka lupakannya dan pergi pada pilihan seterusnya.
3.CABUTAN BERTUAH
Jika semua pilihan anda seolah-olah mempunyai nilai lebih kurang sama, tulis pilihan anda yang terbaik anda pada keping kertas yang berasingan dan tempat mereka dalam satu beg/ kotak. Buat cabutan bertuah, Keputusan anda adalah kertas yang anda tarik keluar.
Tip ini juga berguna jika anda mempunyai banyak tugas untuk dilakukan, Tulis tugasan anda dalam kertas yang berasingan, buat cabutan bertuah dan selesaikan kerja itu secepat yang mungkin. Pada kotak atau beg yang berasingan tuliskan ganjaran yang anda inginkan dalam kertas yang berasingan dan buat cabutan. Setiap kali anda menyiapkan tugasan anda, lakukan cabutan untuk memberi ganjaran kepada diri anda.
4.FIKIR HANYA SEKARANG.
Kita sering boleh mementingkan gambaran yang besar, cuba untuk melihat bagaimana keputusan kita akan memberi kesan kepada masa depan. Fikiran seperti ini menyebabkan stres mental, kerana kita cuba untuk melihat setiap langkah secara terperinci dan terlalu jauh ke masa depan bersama-sama dengan hasilnya.
Ia adalah lebih baik untuk fokuskan tentang situasi pada masa ini, buat keputusan berdasarkan apa yang akan berlaku pada masa yang terdekat. Elak berfikiran jauh, ini juga dapat membantu anda untuk mengelakkan pembaziran waktu.
5.BERI RUANG UNTUK KEGAGALAN
Salah satu sebab kita lambat membuat keputusan adalah kerana takut untuk gagal. Kita takut akan kesan negatif keputusan tersebut dan ingin mengurangkan risiko dalam kehidupan.
Sebaliknya, kita harus sedar, yang keputusan yang lambat adalah lebih teruk daripada keputusan yang buruk. Keputusan yang buruk boleh dipulihkan dan dapat memberi pengajaran kepada kita, tetapi tidak membuat keputusan pada waktu yang sepatutnya akan menyebabkan kehidupan kita tidak ke mana-mana dan tergantung. Beri ruang kepada kegagalan, jangan takut untuk mencuba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sempena musim cuti tahun 2023, jenama mewah Coach tampil dengan koleksi pakaian dan beg tangan wanita demi memenuhi kehendak acara atau aktiviti yang mengisi musim cuti anda. Para jejaka mungkin boleh mempertimbangkan koleksi ini sebagai hadiah untuk pasangan atau wanita yang disayangi dalam hidup anda. Mana tahu, ia mampu menyerlahkan lagi nikmat percutian anda.
Wear Your Shine
Tampil berani dan bergaya dengan koleksi yang bersinar ini. Beg dan kasut dari koleksi ini pastinya sesuai digayakan ke majlis yang ekslusif.
Glimmering Sequin
Jika sinaran sahaja tidak mencukupi, mungkin sentuhan gemerlapan labuci mampu menyerlahkan lagi penampilan anda. Beg dan gaun dipenuhi labuci ini pasti bakal menarik perhatian mata untuk memandang.
Cosmic Collection
Untuk yang sukakan pengembaraan dan galaksi, koleksi ini mungkin sesuai untuk anda. Tampil ceria dengan beg dengan corak yang comel, ia pasti membuatkan sebarang urusan percutian anda lebih menyeronokkan.
All Black
Pamakaian warna hitam yang klasik tidak pernah gagal untuk membuatkan sesorang tampak berkelas tinggi. Ia juga warna yang paling selamat dan pastinya sesuai untuk kebanyakan acara.
Shearling
Jika anda merancang untuk ke kawasan bermusim sejuk, jangan lupa untuk mempertimbangkan koleksi ini. Bukan sahaja tampak bergaya, ia juga mampu memberi kehangatan serta melindungi anda dari suhu yang rendah agar anda sentiasa selesa melakukan aktiviti.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tanpa disadari, minum sambil berdiri sering dilakukan oleh banyak orang termasuk kita. Terburu-buru bisa menjadi salah satu faktor penyebabnya. Selain itu, di beberapa kesempatan seperti di pesta, tempat hiburan, atau saat berolahraga, kita terpaksa minum sambil berdiri. Ini 8 akibat terlalu kerap minum secara berdiri yang ramai tidak perasan.
RISIKO PENYAKIT SENDI
Minum sambil berdiri boleh menggalakkan kemunculan arthritis atau penyakit radang otot. Minum secara berdiri secara tidak langsung akan menggangu kestabilan kandungan ceceair dalam badan seterusnya menjejaskan kawasan sekitar sendi dan akan menakung lebihan bendalir -menjadi punca kepada kesakitan sendi arthritis.
KEROSAKAN BUAH PINGGANG
Pengambilan air secara berdiri akan terus mengalirkan air tersebut ke bahagian buah pinggang di mana, proses itu sebenarnya membuatkan air yag diminum itu tadi tidak dapat ditapis secara teratur.
Ia kemudian akan menyebabkan sisa kotoran di dalam air tadi terkumpul pada bahagian pundi atau dalam darah.
MENGGANGGU KELANCARAN PENGHADAMAN
Jika anda minum sambil berdiri, air akan disalurkan terus ke dalam perut seterusnya memercik ke dinding perut. Keadaan ini menyebabkan kerosakan terhadap sistem penghadaman seseorang.
AKAN TERUS BERASA HAUS
Rasa haus tidak akan hilang andainya seseorang minum sambil berdiri. Cara terbaik untuk menghilangkan haus adalah minum sambil duduk dan meneguk air sedikit demi sedikit secara perlahan.
KEMBUNG PERUT
Oleh itu, adalah mustahak untuk minum sambil duduk kerana dalam keadaan itu, otot perut akan lebih relaks dan dalam masa yang sama membuatkan saraf pada bahagian perut untuk lekas menghadam segala makanan dan minuman yang diambil.
TIDAK DAPAT MENCAIRKAN KADAR ASID DALAM TUBUH
Manusia diggalakan untuk minum sambil duduk dan meneguk air sikit demi sikit secara perlahan agar ia dapat bantu memecahkan kadar asid dalam tubuh yang kemudiannya akan bergabung dengan air yang diminum tadi sebelum dikeluarkan melalui proses perkumuhan.
MENYEBABKAN ULSER & PEDIH ULU HATI
Apabila seseorang minum secara berdiri, air yang diteguk itu akan jatuh terus ke suku bahagian esofagus (seolah-olah memukul dasar esofagus dengan kuat). Hasil ini menyebabkan sambungan dari perut dan esofagus terasa ‘terbakar’ disebabkan oleh asid di dalam perut yang bergerak secara ‘berpatah arah’.
SARAF MENJADI TEGANG
Minum sambil berdiri sebenarnya akan menyebabkan saraf-saraf dalam tubuh menjadi terkejut. Sila minum dalam keadaan duduk dan meneguk air secara perlahan. Cara ini kemudian akan bantu menenangkan saraf seterusnya melancarkan penghadaman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kenapa kena tukar tayar motosikal baru, betul ke tayar kilang tak selamat? Bagi pemilik motosikal baru, salah satu perkara yang sering dibincangkan ialah tayar yang datang sekali dengan motosikal tersebut atau lebih dikenali sebagai tayar kilang.