Pilih toner yang bersesuaian dengan jenis masalah yang dihadapi oleh anda. Cuba lihat beberapa jenis toner yang disyorkan oleh kami.
Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion 100ml
Toner terbaik untuk remaja kulit berminyak
Penyegar yang membersihkan dua kali lebih berkesan dan mendalam, untuk mengurangkan dan mengawal kulit berminyak. Selain itu, ia juga mampu mengawal jerawat yang degil serta mencegahnya dari berlarutan kerana apabila kulit anda bebas minyak maka masalah kemunculan jerawat tidak mudah berlaku. Diperkaya dengan ekstrak minyak pokok teh yang telah terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang minyak berlebihan dan kulit berjerawat.
Simple Soothing Facial Toner 200ML
Terbaik untuk kulit sensitif
Ads
Jika anda mengalami kulit yang sangat sensitif dan boleh menyebabkan kemerah-merahan ketika memakai sesetengah produk, toner ini sememangnya sesuai untuk kulit anda. Ia memberi sensasi menenangkan pada kulit wajah anda kerana dengan adanya bahan seperti chamomile, witch hazel dan allantoin.
Sesuai untuk kulit yang berjerawat kerana ia membantu mengatasi masalah anda sehingga ke lapisan dalaman kulit. Hasilnya, kulit anda akan kelihatan lebih segar dan tenang tanpa masalah.
Bio-Essence Bio-Gold Rose Gold Water 100ml
Toner air mawar yang organic
Ads
Toner yang diperkaya dengan ekstrak mawar dari Jepun yang membantu mengurangkan masalah kulit dan memberi penghidratan yang secukupnya untuk kulit anda. Selain itu, ia turut mengandungi 24k emas yang berfungsi sebagai anti-oksidan di dalam penyegar ini dan membantu dalam melambatkan tanda penuaan di wajah anda.
Formula hebat ini dapat membantu memperbaiki, memperbaharui dan menambah lagi pembaikan untuk kulit wajah. Anda akan dapat merasakan kulit anda lebih berseri, sihat dan cantik.
SAFI PENYEGAR MENTIMUN, ALOE VERA & HABBATUS SAUDA 100ML
Ads
Toner yang Halal dan tidak mengandungi alcohol
Penyegar yang menjadikan kulit anda lebih licin berseri kerana ia mengandungi bahan yang dapat membantu memulihkan masalah kulit berjerawat. Mengandungi ekstrak lidah buaya, timun dan juga minyak habbatus sauda. Lidah buaya sememangnya bahan semulajadi yang mempunyai pelbagai fungsi dan dapat membantu sebarang masalah kulit.
Penyegar ini menyerap dengan cepat ke dalam kulit dan mengeluarkan kotoran hingga kelapisan dalam. Kulit akan lebih sihat, lembut dan licin dengan hanya beberapa kali penggunaan.
HIMALAYA GENTLE REFRESH TONER
Toner terbaik untuk kulit kering
Toner yang memberikan sentuhan lembut pada kulit dan apa yang lebih menarik ia tidak mengeringkan kulit anda. Ia memastikan kulit bebas dari bakteria dan turut mengekalkan kelembapan pada kulit wajah anda.
Hanya perlu dititiskan 1 hingga dua titisan dan ia cukup untuk diratakan pada kulit wajah anda. Bahan semulajadi dari penyegar jenama ini sudah semestinya memberi keyakinan untuk anda memakainnya. Kulit anda akan menjadi dua kali lebih baik dari kulit sebelumnya
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selalu kita dengar masalah kutu berlaku kepada golongan wanita serta kanak-kanak. Namun, orang lelaki pun tak terkecuali boleh dijangkiti kutu.
Kutu boleh menjangkiti kepala anda jika anda sering berkongsi aksesori kepala, misalnya topi atau topi keledar dengan orang yang sudah mempunyai kutu.
Selain itu, kutu juga boleh berpindah melalui satu kepala ke kepala lain yang berdekatan dengannya. Ini merujuk kepada lelaki yang tinggal di rumah sewa.
Misalnya orang yang asalnya mempunyai kutu akan memindahkan kutu di kepalanya pada rakan-rakan lain tanpa sedari.
MASKULIN gariskan beberapa panduan untuk merawat masalah kutu sebelum ia memusnahkan penampilan anda.
Waktu mandi, ambil sebiji lemon segar, potong dua dan ekstrak jusnya. Gunakan jus tersebut untuk buat syampu dan lumur di kepala anda serta biarkan selama 30 minit. Selepas itu bilas dengan air bersih. Sifat lemon yang berasid boleh membunuh kutu yang hidup di akar dan helaian rambut anda.
2. Limau nipis dan minyak kayu putih
Campuran kedua-dua bahan ini dikatakan amat efektif untuk mengatasi masalah kutu rambut. Ia berguna untuk mematikan telur kutu dan baunya tidak digemari oleh kutu rambut.
3. Minyak zaitun
Ini juga antara ramuan semula jadi yang mampu untuk membasmi masalah kutu rambut. Caranya adalah dengan melumurkan minyak di seluruh bahagian kepala dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu, bilas seperti biasa dengan air bersih serta syampu.
Terdapat kandungan sulfur putih di dalam bawang merah untuk membunuh kutu rambut. Ambil 3-5 biji bawang merah, tumbuk halus hingga menjadi pes dan lumurkan pada rambut selama 10 minit. Selepas itu, sisir rambut menggunakan sikat kutu untuk mengeluarkan kutu yang mendiami rambut anda.
5. Minyak kelapa
Lumurkan minyak kelapa ke seluruh rambut dan tutup dengan topi mandi. Biarkan ia meresap hingga ke akar rambut dan cuci menggunakan syampu serta air bersih.
6. Sikat kutu
Anda boleh dapatkan sikat ini di mana-mana kedai runcit. Ia amat efektif untuk menyapu bersih segala kutu yang ada di helaian rambut serta kulit kepala. Untuk kesan yang lebih efektif, selepas dilumurkan dengan minyak perapi rambut, sisirkan rambut anda dengan sikat ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Wajah kacak Haqiem Rusli ketika ini dikatakan semakin menjadi-jadi terutamanya menerusi penampilan baharunya, wajahnya kelihatan semakin bersih dan flawless.
Sebelum ini, rata-rata peminat penyanyi ini tahu yang Haqiem Rusli memiliki masalah jerawat serta kulit muka.
Banyak cara yang telah digunakan namun masih belum memberikan hasil dan peminat terus memberikan pelbagai sokongan moral terhadapnya.
Ibu saudara bagi petua
Namun menerusi temubual dengan agensi media tempatan baru-baru ini, Haqiem Rusli mendedahkan wajahnya semakin bersih dan ‘flawless’ adalah disebabkan ibu saudaranya.
Ibu saudaranya mencadangkan kepada Haqiem Rusli untuk menggunakan petua tradisional untuk merawat masalah tersebut.
Guna air daun sireh
Antara kaedah yang Haqiem Rusli lakukan adalah dengan menggunakan air daun sireh seperti yang dicadangkan ibu saudaranya.
Kesannya Alhamdulillah, wajah Haqiem Rusli semakin baik dan tidak memerlukan kos rawatan yang sangat mahal.
Tolak bahan kimia
Tegas Haqiem Rusli, dia tidak menggunakan produk wajah yang ada campuran bahan kimia.
Antara faktornya, penyanyi muda ini takut sekiranya produk tersebut tidak sesuai dengan kulitnya, ia boleh memberikan kesan yang lebih mudarat.
Khasiat daun sirih
Seperti diketahui umum, khasiat yang terdapat dalam daun sirih sememangnya tidak boleh diragukan lagi sejak zaman-berzaman.
Daun sirih bukan sahaja memiliki pelbagai kandungan penting seperti pelembab semulajadi, mineral serta vitamin malah ia bersifat antioksidan dan juga antiseptik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cara untuk merapatkan sesuatu hubungan adalah dengan berkomunikasi dan bercakap secara verbal adalah langkah normal yang sering digunakan.
Namun yang sering menjadi masalah adalah apabila orang yang bercakap itu tidak sedar bahawa mulutnya berbau busuk sehingga mengganggu orang sebelah.
Perkara ini menunjukkan penting bagi seseorang itu menjaga kebersihan mulut untuk meningkatkan keyakinan diri dan keselesaan orang lain.
Berikut adalah cara terbaik untuk menjaga kebersihan mulut daripada terus berbau busuk :
1. Berus gigi dengan sempurna
Anda disarankan untuk memberus gigi dua kali sehari, pada awal pagi dan sebelum masuk tidur. Ia bertujuan untuk menghapuskan bakteria, kuman dan plak yang boleh menyebabkan pereputan dan nafas berbau. Ketika memberus,jangan tergesa-gesa. Dua minit sudah memadai.
2. Gunakan ubat gigi yang kandungi fluorida
Gunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida (Melindungi pereputan gigi) dan berus berbulu lembut. Penggunaan berus gigi elektrik mungkin satu kelebihan kerana ia lebih bertenaga (masih lembut) dan benar-benar dapat membersihkan gum di celah-celah gigi.
3. Teknik gosokan harus betul
Tidak kira apa jenis berus gigi, teknik memberus yang betul sangat digalakkan agar gigi tidak mudah rosak, gusi terkoyak ketika memberus dan menanggalkan kuman atau bakteria yang melekat. Apa penting untuk memberus bahagian dalam dan permukaan gigi. Jangan lupa pada lidah yang dipenuhi dengan bakteria/kuman penyebab bau nafas.
4. Tukar berus gigi lama
Tukar atau beli berus gigi baru setiap dua bulan sekali atau secepat mungkin jika bulu rosak, anda menjatuhkan berus gigi di atas lantai tandas atau terdedah dengan sesuatu yang kotor.
5. Flos celahan gigi
Dengan hanya memberus tidak mencukupi untuk mengekalkan mulut bersih dan sihat. Jadi, gunakan flos untuk menanggalkan kotoran pada celah antara gigi serta gum yang sukar untuk ditanggalkan oleh berus gigi. Pada mulanya ia sedikit menyakitkan, lama-lama ia sangat ringkas dan mudah.
6. Gunakan flos 18 inci
Untuk menggunakan flos, panjang paling sesuai ialah 18 inci.
7. Teknik guna flos dengan betul
Gulung flos di sekeliling jari telunjuk pada sebelah tangan dan selebihnya di sekeliling jari tangan yang lain. Tinggalkan kira-kira 1 inci atau lebih flos. Gunakan ibu jari dan jejari untuk tarik lembut flos dari garisan gum ke bahagian atas gigi, ia mudah mengikis plak degil pada celah gigi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.