Pembersihan usus mencegah badan dari menyerap nutrisi dan mineral dari makanan dalam usus. Namun, pembersihan usus yang berulang kali juga boleh menyebabkan penipisan usus dan luka dalaman.
David L. Diehl, MD, profesor klinikal perubatan di New York University dan ketua endoskopi gastroinestinal di Bellevue Hospital Center dalam kajiannya menyebut bahawa membersihkan usus adalah tidak perlu kerana badan kita secara semulajadi menghilangkan kotoran, dan ia tidak duduk dalam usus selama bertahun-tahun seperti yang didakwa kebanyakan syarikat-syarikat penjual produk.
Keracunan dan parasit
Mungkin anda pernah dengar beberapa dakwaan mengatakan bahawa kotoran yang masuk dalam badan anda akan menjadi racun.Tidak hanya itu, semua akumulasi kotoran ini akan menarik parasit untuk berkembang dan menyebabkan gejala seperti gas, diare, alergi, kembung dan bahkan kegatalan.
Kesan sampingan Laxative
Ketika sembelit, ubat pembersih usus mampu memberi kelegaan sementara yang berkesan. Namun jika terlalu kerap menggunakannya, boleh menyebabkan sembelit menjadi lagi teruk dan kram di perut. Berhenti mengambilnya boleh menyebabkan gejala penurunan, seperti keletihan dan perubahan mood.
Ads
Bersih secara sihat
Pastikan anda mengambil cukup serat dalam diet harian yang mana merupakan cara paling selamat dan berkesan untuk membersihkan usus. Lelaki dewasa memerlukan 30 hingga 38 gram serat setiap hari. Serat terdapat dalam gandum, biji-bijian, buah-buah-buahan, sayur-sayuran dan kacang-kacangan. Meningkatkan pengambilan serat secara berperingkat untuk badan menyesuaikan diri dengan makanan serat tinggi.
1. Minum Air
Air memberi banyak manfaat kepada badan kita. Ia membantu mencegah dehidrasi, melancarkan sendi, mencuci racun atau toksik dan membantu pencernaan yang bermanfaat bagi usus besar. Seorang lelaki memerlukan 3.7 liter sehari mengikut purata orang biasa.
2. Elakkan Lemak Tinggi
Ads
Diet tinggi lemak tepu boleh meningkatkan risiko kanser usus besar. Elakkan makanan seperti makanan segera, kurangkan daging merah, semua produk susu lemak dan apa saja dimasak atau disiapkan dalam minyak sawit dan kelapa.
3. Tingkatkan Pengambilan Serat
Serat adalah zat bermanfaat yang tidak dapat diuraikan oleh badan. Ini membantu toksin dan kotoran keluar daripada usus besar. Ia juga dapat mengurangkan kemungkinan sembelit kerana mempercepatkan masa transit produk buangan. Serat boleh didapati daripada makanan semulajadi.
4. Bersenam
Ads
Bersenam banyak manfaat pada badan. Bersenam dapat membantu anda menjaga bera badan, meningkatkan peredaran dan boleh meningkatkan fungsi usus.
5. Amal Beberapa Tumbuhan
Beberapa tumbuhan dapat diamalkan untuk membersihkan usus besar, membunuh parasit dan meningkatkan fungsinya. Antaranya seperti psyilium husks, alow vera, biji jintan, uva ursi, walnut hitam dan akar kunyit.
6. Berpuasa
Berpuasa juga membantu membersihkan kolon. Dengan mengambil minuman seperti air lemon, herbal, air buah, air sayuran. Lakukan untuk tiga hingga sepuluh hari. Ketika toksin mula dibebaskan, anda akan merasa sakit kepala, rasa lemah tidak bermaya dan kesan-kesan sampingan yang lain. Kesan ini hanya sementara, apa yang kita panggil ‘healing crisis‘.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dianggarkan lebih 80 peratus orang pernah mengalami sakit belakang yang menyebabkan kerja dan aktiviti harian terganggu. Insiden sakit belakang boleh berlaku pada usia 20-an dan meningkat pada usia 60 hingga 65 tahun. Kajian di Malaysia melaporkan 12 peratus insiden sakit pinggang berlaku di luar bandar manakala 60 peratus dialami pemandu kenderaan komersial.
Antara simptom umum sakit belakang ialah sakit, kejang otot, kebas kaki, sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan. Perlu diingatkan bahawa tulang belakang menyimpan pelbagai saraf penting dan menyokong 33 tulang vertebrae iaitu dari lima bahagian leher, dada, pinggang, punggung dan ekor. Sebab itu pentingnya dalam menjaga postur dan pergerakan badan kerana itu semua boleh mempengaruhi kesihatan tulang belakang. Walaupun sakitnya tampak biasa dan sekejap, namun percayalah ia boleh menjadi lebih serius.
Ini 3 rutin yang biasa boleh menjejaskan kesihatan tulang belakang.
1. Duduk terlalu lama
Mereka yang menghabiskan masa bekerja di pejabat terutamanya akan menghadapi masalah ini. Duduk boleh memberi tekanan pada ‘disc’ atau piring tulang belakang. Bukan itu sahaja, jika duduk terlalu dengan postur yang salah boleh melumpuhkan tulang belakang dengan cepat. Jika inginkan tulang belakang sihat, ubahlah posisi duduk dan rajinkan mengambil masa untuk berdiri atau berjalan sebentar setelah duduk lama.
2. Tilam tidak bagus
Kita menghabiskan masa yang lama ketika tidur. Tilam yang tidak menyokong bukan sahaja menjejaskan kualiti tidur malah memberi kesan pada tulang belakang. Pilihlah tilam yang menampung badan anda secara natural dan tidak terlalu keras. Tilam yang baik turut memperbaiki peredaran darah, melegakan otot dan pernafasan yang teratur.
3. Tidak banyak bergerak
Pergerakan seperti berjalan kaki atau berlari sebenarnya boleh mengurangkan rasa sakit belakang. Anda tidak perlu melakukan senaman secara ekstrem, cukuplah dengan mengambil masa 20 minit hingga 30 minit meluangkan masa untuk berjalan atau bersenam. Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.
Tulang belakang juga seperti organ terpenting yang lain-lain. Ia membawa banyak perkara berkaitan kesihatan tubuh badan secara luaran dan dalaman. Kadangkala kerana kesilapan kita sendiri maka terjadi kerosakan atau kecederaan di tulang belakang, yang mengakibatkan pelbagai masalah yang terpaksa ditanggung.
Moga anda terus menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cergas.
Selamat beramal!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penting untuk anda buat senaman kuatkan kaki sebelum memulakan apa jua senaman. Selain terbukti dapat meningkatkan prestasi larian, senaman kuatkan kaki ini juga dapat mengelakkan berlakunya risiko kecederaan masa bersenam.
Masa yang paling sesuai untuk anda buat senaman kaki ini adalah selepas anda melakukan larian jarak dekat. Ini penting untuk memanaskan otot sebelum anda memulakan sebarang senaman.
Berdiri tegak menggunakan kaki kiri dalam posisi di pertengahan jam. Kaki kanan di letakkan di posisi jam satu.
Pusingkan pinggang serta bawa kaki kanan dari arah jam 1 ke arah jam 7 dan tahan dalam masa 10 saat. Tangan kanan juga dibawa seiring dengan pergerakan kaki kanan.
INFO: Lakukan senaman ini 5 kali bagi setiap kaki.
Gastritis adalah keadaan di mana berlaku inflamasi pada bahagian dinding perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba atau ada juga yang kronik, maksudnya kerap berlaku dalam jangka masa panjang. Pemakanan atau diet yang baik adalah sangat penting untuk kesihatan perut dan keseluruhan kesihatan.
Makan sikit tetapi lebih kerap – setiap 2-3 jam
Pesakit gastrik selalunya akan mengalami kemurungan dan berasa sakit pada bahagian atas perut. Anda dinasihatkan untuk mengambil pemakanan yang sihat setiap 2 hingga 3 jam sepanjang hari untuk mengelakkan dari berasa sakit yang sangat kronik. Anda boleh mengambil kacang-kacangan dalam tempoh waktu makan utama agar berut anda sentiasa terisi. Lebihkan ambilan kompleks karbohidrat yang rendah glisemik indeks dalam makanan seharian seperti roti perang, oats, beras perang dan buah-buahan. Berhenti merokok dan kerap minum air sebanyak mungkin untuk terus terhidrat.
Ini antara senarai makanan yang boleh membantu mengawal dan mengurangkan simtom gastritis.
Makanan tinggi serat seperti roti meal penuh, buah-buahan yang tidak masam, brokoli, sayuran berdaun dan beras perang.
Pilih makanan protein rendah lemak seperti ikan dan dada ayam Sayuran hijau – kerana lebih beralkali.
Ambil probiotic dalam diet seperti dalam yogurt atau dalam minuamn Yaku*t . Kimchi pun ada probiotic.
Di bawah pula adalah makanan yang akan menjadikan simtom lagi teruk, jika anda mempunyai gastritis yang kronik.
Alkohol Kopi pekat Buah berasidik seperti tomato atau lemon Jus buah Makanan berminyak/bergoreg/bersantan/berlemak tinggi Air berkarbonat Makanan pedas
Jika sudah terkena gastrik, apa makanan yang boleh membantu?
Apple sauce – mempunyai pectin yang memperlahankan penghadaman dalam perut.
Kenntang lenyek- tinggi serat yang bagus untuk penghadaman.
Yogurt tanpa gula – membantu dalam penambahan probiotik. Boleh tambah epal atau buah lain yang sesuai.
Selalunya simtom akan hilang dalam 24-48 jam selepas anda mula mengambil makanan lembut.
Jika simtom tidak hilang, sila berjumpa doktor anda.