Jika ada yang berkata perut buncit adalah seksi dan juga tanda bahagia, ternyata itu sekadar ungkapan untuk menyedapkan hati.
Percaya atau tidak, lemak yang terkumpul akan menghasilkan hormon-hormon tekanan yang boleh mempengaruhi pengeluaran insulin dalam badan.
Kesannya lebih teruk dari obesiti selain meningkatkan risiko kepada serangan jantung dan untuk mengatasinya, ini 6 cara yang boleh anda lakukan :
1. Jangan Malas Bergerak
Hilangkan kalori melalui berlari, berbasikal dan berenang. Semua jenis aktiviti yang meningkatkan kadar degupan jantung dapat menghilangkan lemak degil pada perut.
Ads
2. Makan Makanan Berprotein
Dalam satu kajian, lelaki obes yang mengamalkan diet 30% protein, 40% karbohidrat dan 30% lemak selama 8 minggu kehilangan lebih lemak – termasuk lemak viseral – berbanding lelaki yang mengamalkan rancangan diet 16% protein, 55% karbohidrat dan 26% lemak.
3. Amalkan Yoga Untuk Mengurangkan Berat Badan
Ramai yang sibuk dan tiada masa untuk bersukan. Sekarang tiada lagi alasan kerana anda boleh lakukan yoga di rumah.
Lakukan senaman santai dengan tarik nafas secara mendalam. Ia juga membantu mengurangkan paras hormon tekanan kortisol, yang berkait rapat dengan lemak pada perut.
Ads
4. Tidur 8 Jam Sehari
Menurut kajian oleh Universiti Wake Forest, tidur kurang dari 5 jam pada setiap malam akan meningkatkan paras lemak viseral. Seperti yang anda tahu, 8 jam adalah tempoh tidur yang disyorkan.
5. Jangan Tidur Lewat
Menurut kajian terbaru dari Univeristi Brigham Young, wanita yang bangun dan tidur pada masa yang sama setiap hari mempunyai paras lemak dalam badan yang rendah.
Ads
Masa tidur tidak teratur akan mengakibatkan jam biologi menjadi huru-hara, mengakibatkan badan merembeskan hormon penyimpan lemak seperti kortisol.
6. Teh Hijau
Setiap hariSeseorang yang amalkan minum teh hijau lebih cenderung untuk kehilangan lemak pada abdomen semasa bersenam berbanding mereka yang tidak minum.
Sumber : Hanasuva
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan sawan atau epilepsi? Secara umumnya ramai yang mungkin tahu epilesi merupakan penyakit sawan. Sebenarnya, epilesi merupakan sejenis kondisi di mana berlaku gangguan neorologikal yang dikarakteristikkan oleh epilectic seizures atau sawan. Dan sebagai seorang lelaki apakah bantuan pertama yang perlu anda lakukan?
Kejadian sawan merupakan episod yang tidak berkala dan hampir tidak dapat dijangkakan bilakah ia akan menyerang. Episod epliepsi ini boleh memudaratkan kepada penghidapnya dengan kecederaan fizikal. Dari segi asal usul namanya, epelpsi beradal dari perkataan Greek iaitu epilēpsía yang membawa maksud ‘serangan’.
Jika terdapat di antara ahli keluarga atau kenalan anda merupakan pesakit epilepsi, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk ambil tahu bagaimanakah untuk bertindak apabila mereka diserang sawan secara tiba-tiba.
Percayalah, tindakan pantas dengan cara yang betul bukan sahaja mampu menyelamatkan tetapi boleh memberikan keyakinan buat mereka yang tahu bahawa ada orang yang boleh membantu ketika waktu-waktu genting.
EPILEPSI FIRST AID:
Fokus terhadap apa yang penting dan harus korang lakukan. Untuk membantu mereka yang diserang sawan kamu terlebih dahulu harus bersedia dan tenang.
Jika dia memakai cermin mata, tali leher atau skaf sila ambil dan jauhkan darinya. Perhatikan juga jika terdapat objek memberhaya dan tajam berdekatan yang boleh menimbulkan kecederaan. Jika rakan kamu sedang duduk tariklah dia secara perlahan-lahan ke bawah dan baringkan di atas permukaan rata dengan berhati-hati.
Jika tiada bantal, gunakan kain atau baju untuk melapik bahagian kepalanya. Ia bagi memberi perlindungan kepada bahagian kepalanya.
Perlahan-lahan alihkan badannya supaya dalam keadaan mengiring. Ini bagi membuka laluan pernafasan dengan baik dan memberikan laluan air liur mengalir keluar dengan lebih baik.
Sila ambil perhatian terhadap tempoh masa serangan sawan bermula. Serangan kebiasaannya akan berakhir dalam tempoh dua ke tiga minit.
Jika berlaku kepada orang yang tidak kamu kenali, sila periksa di badannya sama ada mereka ada membawa kad perubatan. Sesetengah pesakit epilepsi memakai gelang maklumat perubatan atau kad yang mengandungi informasi kecemasan ahli keluarga terdekat, jenis ubatan yang diambil dan sebarang alahan ubat.
Jika kamu tidak mengenali mangsa atau ia merupakan serangan sawan yang pertama atau pesakit tersebut mengandung, mempunyai penyakit darah tinggi dan mengalami kecederaan buat panggilan kecemasan dengan segera. Begitu juga jika serangan sawan berlaku lebih daripada lima minit.
Kejadian serangan epilepsi di kawasan awam pastinya akan mengundang banyak perhatian. Oleh itu, kamu hendaklah mengawal keadaan agar mereka tidan mengerumini mangsa. Pastikan mereka membuka ruang untuk mangsa bernafas dan juga laluan untuk pasukan perubatan masuk.
Ia boleh mencederakan mereka dan juga diri kamu sendiri
Walaupun hanya seteguk air ia boleh membuatkan mangsa tercekik
Tanggapan bahawa pesakit yang mengalami epilepsi akan boleh mengkakibatkan mereka tertelan lidah sendiri. Cubaan meletakkan objek di dalam mulut mereka boleh membahayakan mereka dan diri kamu sendiri
Jangan seskali cuba melakukan CPR atau bantuan pernafasan kecemasan melainkan mangsa tidak bernafas selepas sawan berhenti
Semoga perkongsian Remaja kali ini mampu membantu kamu berdepan dengan situasi kecemasan begini. Satu perkara lagi, jika mangsa merupakan rakan atau ahli keluarga berilah mereka dorongan dan jangan biarkan mereka berasa rendah diri atau rasa bersalah. Dengan mengambil tahu tentang langkah-langkah first aid begini ia sebenarnya sudah cukup untuk menunjukkan kepada mereka bahawa korang ambil peduli.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baru-baru ini, ketika ditanya mengenai topik ini dalam sebuah podcast ‘MASKULIN Gentle Cakap’ bersempena tayangan drama Mandul Bukan Pilihan di Astro, Dr Say Shazril tampil menjelaskan definisi sebenar kemandulan lelaki serta berkongsi pengalamannya sendiri.
Drama lakonan Hun Haqeem dan Mira Filzah tersebut menceritakan kisah rumah tangga yang diuji dengan hebatnya apabila isu zuriat dijadikan taruhan.
Watak Aldi (Hun Haqeem) misalnya terpaksa berdepan syarat berat daripada keluarga isterinya yang menetapkan pampasan RM1 juta jika mahu menceraikan anak mereka sekiranya terbukti mandul.
Walaupun dramatik, ia menyentuh realiti yang dihadapi oleh ramai pasangan di luar sana. Isu kemandulan terutamanya di kalangan lelaki jarang diperkatakan. Apa puncanya?
Menurut Dr Say, masyarakat masih keliru dengan istilah mandul dan tak subur.
Mandul bermaksud langsung tiada peluang untuk mendapat anak, manakala tak subur pula bermaksud masih ada kemungkinan, walaupun kecil.
Beliau menjelaskan, pasangan yang sudah berkahwin lebih setahun, berhubungan secara normal tanpa perlindungan tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata, itu disebut kes primer.
Jika pasangan sudah ada anak tetapi gagal untuk anak seterusnya selepas tempoh mencuba yang panjang, itu pula dinamakan sekunder.
Ramai pasangan tertekan kerana menyangka mereka mandul, sedangkan sebenarnya mereka hanya tergolong dalam kategori tak subur.
Lebih menarik, Dr Say sendiri pernah berdepan situasi ini. Beliau mendirikan rumah tangga pada tahun 2014, namun anak pertama mereka hanya lahir pada 2019.
Sepanjang tempoh lima tahun itu, beliau dan isteri berhubungan tanpa sebarang perlindungan, tetapi hasilnya tetap kosong.
Katanya, “Awal-awal kahwin, kami sibuk dengan kerja. Bila sudah beberapa tahun, baru mula timbul rasa pelik. Kenapa orang lain mudah dapat anak, tetapi kami tidak?”
Apabila menjalani pemeriksaan, Dr Say mendapati masalah datang daripada kualiti spermanya.
Morfologi sperma tidak normal ada sperma yang berkepala dua, tiada ekor, dan bentuknya cacat.
Secara saintifik, sperma yang tidak sempurna seperti ini sukar untuk sampai ke ovum dan menembusi lapisan luar telur bagi proses persenyawaan.
Selain faktor genetik dan biologi, gaya hidup moden lelaki hari ini turut menyumbang kepada isu kesuburan.
Menurut Dr Say, pengambilan kafein yang berlebihan seperti kopi, minuman tenaga dan suplemen pre-workout boleh memberi kesan negatif terhadap kualiti sperma.
Pemakaian seluar yang terlalu ketat, khususnya skinny jeans, serta tabiat meletakkan laptop di atas riba juga meningkatkan suhu testis.
Beliau mengimbas kembali zaman mudanya, ketika aktif bersenam dan bertanding dalam dunia kecergasan.
Ketika itu, beliau mengambil banyak produk tenaga serta mengenakan pakaian ketat demi gaya.
Namun akhirnya semua itu meninggalkan kesan terhadap tahap kesuburannya.
Salah satu soalan yang kerap ditanya kepada Dr Say adalah sama ada kesuburan boleh dilihat dari luaran. Jawapannya, tidak.
Beliau menegaskan, “Ada orang tubuh gempal, merokok pula setiap hari, tetapi ada anak ramai. Ada pula lelaki yang nampak gagah, berotot dan nampak sihat, tetapi sebenarnya tak subur. Jadi, kesuburan bukanlah sesuatu yang boleh diukur dengan mata kasar.”
Ini sekaligus membetulkan persepsi masyarakat bahawa tubuh sasa dan gaya hidup sihat secara automatik menjamin kesuburan. Hakikatnya, setiap individu berbeza.
Apa yang dipaparkan dalam Mandul Bukan Pilihan sebenarnya cerminan realiti yang berlaku dalam masyarakat.
Ramai pasangan berdepan tekanan bukan sahaja dari dalam rumah tangga, tetapi juga daripada keluarga dan masyarakat sekeliling.
Dalam drama, isu kemandulan dijadikan syarat yang berat jika terbukti mandul, watak Aldi terpaksa membayar pampasan RM1 juta kepada keluarga isterinya.
Melalui drama ini, penonton dapat melihat bahawa kemandulan bukan isu sebelah pihak.
Lelaki juga boleh menjadi punca, dan ia seharusnya difahami sebagai isu kesihatan bersama.
Realitinya, isu kemandulan bukan sesuatu yang patut dipersalahkan kepada satu pihak sahaja.
Sama seperti mesej yang cuba disampaikan dalam drama Mandul Bukan Pilihan, pasangan suami isteri seharusnya saling menyokong antara satu sama lain.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jangan gara-gara nak kurus, anda mengambil risiko hadkan kalori kononnya nak memudahkan penurunan berat badan. Tak salah nak berdiet namun pastikan anda berdiet mengikut panduan.
Doktor Hafiz Sulaiman dalam entri Facebooknya berkongsi 4 risiko jika anda hadkan kalori tanpa panduan. Awas ya! Dalam mencapai usaha untuk kurus, ramai yang tidak sedar kesan diet yang mereka ambil mungkin boleh merosakkan kesihatan.
Jom kita baca perkongsiannya.
Awas. Dalam mencapai usaha untuk kurus ramai tidak tahu kesan diet mungkin merosakkan kesihatan tanpa kita sedari. Jadikan pedoman di bawah ini sebagai peringatan supaya berwaspada ketika berdiet 🙂
1. MENINGKATKAN STRES DALAMAN.
Kaedah yang menyebabkan badan stres ialah menghadkan makan sampai ada yang limit kalori bawah 1000kcal berminggu-minggu. Contoh diet yang pernah saya cuba amalkan seketika dulu, HCG diet.
Diet tu tak salah, badan kita boleh adaptasi dengan kalori rendah (kebanyakan orang). Silapnya ada pengamal tak ikut protokol betul-betul.
Badan akan jadi terbeban kerana peningkatan radikal bebas (peroxyl radical).
Ini kerana badan kekurangan gula dan mula pecahkan lemak untuk tenaga (ketosis).
Stres dalaman (radikal bebas) berpotensi merosakkan organ dalaman.
SOLUSI: Perbanyakkan makanan tinggi antioksida dan antiradang bagi mengurangkan keradangan dan stres dalaman. Jika perlu, ambil suplemen tambahan.
2. MENYEBABKAN KEKURANGAN ZAT.
Diet dengan kalori sangat rendah WAJIB PADAT NUTRISI.
Bukan diet dengan biskut dan roti sekeping dua yang sangat rendah nilai nutrisi.
Bila kurang makan, bebanan stres dalaman meningkat dan badan memerlukan lebih banyak nutrien untuk adaptasi dengan stres yang meningkat.
Zat seperti protein diperlukan untuk membaiki kerosakan akibat stres yang meningkat.
Antioksida luaran melalui pemakanan diperlukan untuk menyokong antioksida badan mengurangkan kerosakan disebabkan radikal bebas yang meningkat.
Banyak zat dan mineral penting perlu untuk menyokong detoksifikasi di organ hati terutamanya fasa1.
SOLUSI: Pelbagaikan makanan yang semulajadi. Fokus kepada makanan padat nutrisi. Suplemen dengan multivitamin jika perlu.
3. MENYEBABKAN BERAT SUSAH TURUN.
Stres dalaman yang tidak terkawal akibat menghadkan kalori boleh meningkatkan stres dalaman. Hormon stres iaitu kortisol akan meningkat dan badan akan mula menyimpan lemak dan air. Berat badan akan susah turun (plateau).
SOLUSI: Kurangkan stres dalaman. Jika tidak berjaya, kemungkinan kalori perlu dihadkan secara beransur.
4. RISIKO KEINGINAN MAKAN MEMUNCAK (CRAVING).
Hormon stres iaitu kortisol juga menyebabkan kita merasa “craving”. Selain daripada itu, hormon yang meningkatkan keinginan makan iaitu GHRELIN juga meningkat ketika stres.
SOLUSI: Kurangkan stres dalaman. Oleh kerana jika penghadan kalori sudah tentu meningkatkan stres dalaman, elakkan stres boleh cegah lain seperti jaga kitaran tidur, stres daripada toksin persekitaran dan stres daripada emosi toksik.
Kesimpulannya jika ingin berdiet terutamanya dengan menghadkan kalori, sebaiknya buat pemeriksaan kesihatan dahulu. Pemeriksaan darah penting terutamanya bagi mereka yang berumur lebih 30 tahun bagi memastikan organ badan sihat dan mampu berfungsi dengan baik ketika berdiet.
Kurangkan bebanan toksin dan stres dalaman berlebihan.
Semoga perjalanan ke arah kurus yang lebih sihat menjadi lebih mudah insha Allah 🙂
Ikhlas,
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang