Buat anda yang mempunyai rutin senaman tetap setiap hari atau minggu pastinya akan melakukan senaman upper body atau bahagian badan dari pinggang ke atas.
Seorang lelaki secara lazimnya perlu mempunyai kekuatan upper body pada tahap yang baik. Bukan untuk memantapkan lengan semata-mata namun mempunyai kekuatan yang baik mampu membantu pelbagai aspek kehidupan dan pekerjaan harian anda.
Selain itu melakukan senaman menguatkan bahagian upper body juga memberikan banyak kelebihan kesihatan untuk lelaki. Senaman yang lengkap melibatkan pelbagai otot seperti lengan, tangan, dada, dan juga belakang mampu memberikan kualiti hidup yang lebih baik.
Malah terdapat kajian mendakwa senaman upper body cukup penting bagi membantu kesihatan lelaki lebih mantap. Berikut MASKULIN senaraikan kebaikan mempunyai kekuatan upper body yang padu.
BAIK UNTUK JANTUNG
Menurut American Heart Associatation melakukan senaman angkat berat mampu meningkatkan tahap kesihatan. Tidak perlu sampai bina badan seperti atlet bina badan, cukup hanya melakukannya secara rutin. Ia akan membantu menguatkan aktiviti jantung.
BAIKI POSTUR BADAN
Mempunyai tulang belakang yang kuat sangat penting untuk memastikan postur badan dalam kedudukan baik. Rutin senaman melibatkan otot belakang terutamanya membantu anda untuk mengelak dari berdepan masalah postur badan seperti membongkok.
KURANGKAN KECEDERAAN
Apabila anda mempunyai rutin senaman yang baik pada bahagian upper body ia akan menjadi lebih tahan lasak. Kajian mendapati mereka yang mempunyai upper body yang mantap mempunyai risiko rendah berdepan kecederaan serius seperti musculoskeletal.
BAIKI KUALITI SENAMAN
Lakukan senaman upper body selama beberapa minggu. Anda pasti terkejut dengan perubahan ketara yang dirasai. Malah apabila kekuatan upper body ditingkatkan senaman anda untuk bahagian bawah badan juga akan lebih senang untuk dilakukan. Atau apabila melakukan aktiviti seperti senaman sebagai contohnya.
MELINDUNGI TULANG
Usah pandang rendah pada kekuatan upper body. Selain faktor pemakanan dan sumber kalsium yang baik senaman kekuatan upper body juga mampu membantu melindungi tulang jadi lebih kuat. Pakar mendapati melakukan senaman angkat berat mampu membantu tulang jadi lebih lasak dan kuat.
Artikel Berkaitan: Kembalikan Bentuk Badan Jadi Tegap Seperti Dulu Dengan Step Senaman Crunch Ini!
BANTU MINDA LEBIH TAJAM
Senaman bukan sahaja membantu memperbaiki kekuatan fizikal malah ia turut membantu anda mendapatkan kesihatan mental lebih baik. Apabila ‘goals’ anda dalam senaman dicapai kepuasannya memang tidak terhingga.
Jadi lakukanlah senaman upper body secara rutin yang baik. Bersenamlah untuk kebaikan anda dan orang tersayang.
Jangan lupa subscribe YoutTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
https://www.youtube.com/watch?v=6En-d8vBdmY&t=379s
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI