Method plyometric adalah salah satu cara untuk mendapatkan bentuk otot kaki yang sempurna dan seimbang dalam mencipta keseluruhan fizikal yang ikonik.
Apa itu Plyometric
Plyometric merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam latihan untuk mengembangkan ‘exposive power’ dengan melakukan beberapa ‘super set’ yang disesuaikan dengan kemampuan diri. Latihan plyometric lebih memperlihatkan ‘intensity’ kekuatan penuh otot dengan respon yang sangat pantas dan beban yang dinamik serta ketegangan otot yang optimum lantaran memaksa anda untuk mengeluarkan kekuatan dan tenaga penuh agar mencapai ‘peak performance’. Bagi mendapatkan otot kaki yang sempurna, lakukan latihan kaki dua kali seminggu dan ‘split’ kaedah berbeza mengikut hari dengan latihan ‘heavy leg workout’ dan ‘plyo leg workout’.
1. Front Barbell Squat
Jalani teknik ini dengan menggunakan ‘squat rack’. Letakkan barbell pada rak yang sudah diselaraskan dengan ketinggian dada anda. Kemudian, pegang barbell dari arah bawah dengan posisi tangan menyilang lantas angkat barbell dari rack. Mulakan gerakan squat dengan melipatkan lutut sekitar 90 darjah dan kembali berdiri. Ulangi langkah ini sebanyak empat set dengan ulangan lima belas kali.
Ads
2. Box Jump
Latihan ringkas yang menggunakan otot kaki secara maksima. Berdiri di hadapan box dalam jarak sesuai. Kemudian lopan di atas box tersebut dengan kedua belah kaki mendarat secara bersamaan lantas lompat kembali ke posisi asal dan ulangi sebanyak dua puluh lima kali sebanyak empat set.
3. Dumbbell Rear Lunge
Ads
Lakukan dengan berdiri tegak dan memegang dumbbell pada kedua-dua belah tangan disisi. Bengkokkan salah satu bahagian kaki sehingga melutut dan menyentuh lantai serta lakukan pertukaran antara bahagian kaki mengikut kiraan masa. Lakukan secara berulang sebanyak lima belas kali dalam empat set.
4. Split Jump
Posisiskan posture tubuh seperti gerakan ‘lunge’ dengan salah satu kaki di belakang dan dibengkokkan disertai kaki bahagian hadapan di bengkokkan sebanyak 90 darjah. Pastikan lutut kaki di bahagian hadapan sejajar dengan bahagian peha, manakala lutu kaki di bahagian belakang hamper menyentuh lantai. Kemudian lompat sehingga kaki lurus dan kembali ke posisi asal dengan menukar posisi bahagian kaki secara berselang. Lakukan gerakan ini sebanyak lima puluh lopatan dalam lima set.
Ads
5. Dumbbell Step Up
Berdiri di hadapan ‘bench’ sambil memegang dumbbell di sisi kedua-dua belah tangan. Naik ke atas ‘bench’ dengan dimulai dengan kaki kanan dan diikuti dengan kaki kiri sehingga berdiri di atas ‘bench tersebut. Kemudian, turun semula daripada ‘bench’ dengan dimulai dengan kaki kanan kemudian kaki kiri. Ulangi semula pergerakan tersebut dengan menggunakan kaki kiri dan lakukan secara berulang sebanyak lima belas kali dalam empat set.
6. Freehand Jump Squat
Posisikan posture kaki selari dengan keluasan bahu. Silangkan kedua bahu anda di bahagian dada. Lakukan gerakan squat dengan membengkokkan kaki sehingga paras 90 darjah . Kemudian lompat sehingga kaki anda berada dalam keadaan lurus dan kedua-belah tangan kekal bersilang lantas mendarat dengan posisi squat. Lakukan secara berulang sehingga tiga puluh lompatan dalam sempat set.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bersendawa selepas makan itu satu perkara biasa. Malah bagi kebanyakan lelaki melakukan sendawa selepas makan itu sebagai petanda puas selepas makan.
Cuma ia akan jadi masalah jika anda mula bersendawa dalam tempoh yang lama tidak kira masa. Sendawa yang banyak merupakan salah satu petanda bahawa anda berdepan masalah perut kembung atau masalah pencernaan.
Kondisi berterusan ini menyebabkan anda berasa perut terisi dengan angin dan sangat tidak selesa.
Selain itu, masalah angin juga berpunca daripada udara yang ditelan. Atau apabila seseorang berada keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari.
Berpunca dari masalah di atas menyebabkan proses pencernaan makanan oleh bakteria di dalam usus besar terganggu dan yang tidak berjaya hadam sepenuhnya.
Angin dalam badan yang anda rasakan itu sebenarnya gas yang dihasilkan ialah biasen, nitrogen dan ada kalanya methana.
Usah risau kerana terdapat beberapa kaedah rawatan bagi menyelesaikan masalah ini. Namun yang lebih utama ialah kesediaan kita untuk menukar jenis makanan yang dinikmati setiap hari terutama mengelakkan makanan berangin dan bergas, ambil ubat-ubatan dan cuba menahan diri daripada menelan udara terlalu banyak.
TUKAR DIET
Setiap individu menghasilkan gas daripada makanan berbeza-beza. Ada orang perlu perlu pastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman masing-masing.
Ada orang makanan seperti keledek, nangka, cendawan dan teh menyebabkan angin, tetapi pula tidak pada orang lain. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, jauhi daripada mengambilnya.
KURANGKAN TELAH ANGIN
Menguyah chewing gum itu seronok tapi ia boleh menyababkan anda menelan udara dengan banyak. Jadi buat anda yang ada masalah sendawa elakkan memakannya.
Ketika makan pula amalkan menguyah makanan dengan perlahan dan tidak bercakap. Dan sekerinya memakai gigi palsu pastikan ia memang muat dengan baik bagi mengelakkan masalah telan udara.
PENGAMBILAN UBAT-UBATAN
Ini salah satu faktor yang ramai terlepas pandang. Jenis ubatan simethicone, antasid dan arang diaktifkan yang boleh didapati di pasaran boleh membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase pula membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang mengambil makanan yang biasanya menghasilkan angin.
PILIH MAKANAN SESUAI
Buat anda yang ada masalah angin atau sendawa kronik makanan yang perlu anda elak ialah yang mengandungi raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol. Antara makanan yang mengandungi kandungan tersebut ialah bunga kubis, kubis brussel, asparagus dan brokoli.
Laktos pula merupakan gula semula jadi yang terdapat di dalam makanan tenusu seperti keju dan aiskrim. Manakala fruktos pula ada dalam bawang, buah pir dab gandum.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Netizen memberi reaksi bangga dan terharu apabila posting terbaharu daripada pemain skuad Malaysian Tigers, Faizal Saari yang berusia 26 tahun itu tentang kehilangan gigi harapannya. Ia juga sambutan luar dugaan daripada netizen apabila mendapat lebih 7,000 tanda likes selain hampir 500 komen daripada peminatnya yang memberi kata-kata berbentuk perangsang.
“Empat batang gone (hilang) sebab apa, sebab kami main bukan untuk duit… kenangan manis. Sedap juga makan (diterjah) siku,” tulis Faizal menerusi akaun Instagram miliknya yang dipetik oleh media tempatan hari ini.
Posting terbaharu pemain berusia 26 tahun itu menerima sambutan luar dugaan netizen apabila mendapat lebih 7,000 tanda likes selain hampir 500 komen daripada peminatnya yang memberi kata-kata berbentuk perangsang.
Apapun, tahniah kami ucapkan buat Faizal Saari dan team skuad Malaysian Tigers atas kemenangan dan mengharunkan nama Malaysia ke persada dunia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Antara punca rakyat Malaysia ramai penghidapi penyakit berbahaya seperti diabetes, sakit jantung dan asma adalah disebabkan keturunan.
Ia bersangkut-paut dengan generasi. Jika ahli keluarga pernah menghidapinya, peluang kita juga tinggi.
Namun, anda boleh mengelakkan terkena penyakit-penyakit tersebut dengan syarat anda mengamalkan gaya hidup yang sihat menerusi pemakanan dan senaman.
Airulmi Mokhtar, bapa kepada dua cahaya mata ini berkongsi dengan MASKULIN transformasi kisah kurusnya dari bersaiz XL menjadi S.
Sebelum kurus, dia adalah penghidap penyakit asma yang diwarisi daripada keluarganya. Penyakit ini membuatkan dia akan mengalami sesak nafas yang teruk jika tersalah makan.
Dan yang merisaukan, hanya dia seorang sahaja yang menjadi tulang belakang untuk sumber pendapatan keluarga.
Atas alasan itulah dia berusaha untuk menurunkan berat badan agar kesihatannya berpanjangan sekali gus dapat menyara keluarganya.
Semuanya bermula secara mendadak selepas berumah tangga. Ketika masih belajar dan bujang, saya seorang yang aktif bersukan seperti badminton dan bola sepak. Sebaik berumahtangga, aktiviti sukan terus terberhenti dan menjejaskan fisiologi badan secara seimbang. Dulu saya bersukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ditambah dengan faktor usia meningkat, kadar metabolisma badan juga meningkat dan tiada aktiviti riadah menjadi potensi kenaikan berat secara mendadak dan tidak dapat dikawal
Kenaikan berat badan membawa banyak padah dan risiko. Ia seiringan dengan kenaikan kolestrol gula dan lain-lain lagi. Dalam usia semuda awal 30-an, saya sudah menghidap penyakit hypertension dan sudah mula makan ubat yang disarankan doktor. Sejak kecil juga, saya menghidap penyakit asthma yang diwarisi dari keluarga dan kondisi sangat teruk. Pantang tersalah makan, penat dan stres, hampir setiap bulan ke klinik, bahagian kecemasan dan masuk ke hospital. Ini ditambah potensi penyakit diabetes yang juga boleh diwarisi dari keluarga.
Tapi titik tolak sebenar yang saya bertekad untuk berubah ialah sejak kehilangan anak saya dan ibu saya dalam masa yang sangat dekat. Sangat jelas bahawa kematian itu satu kedukaan apatah lagi jika saya pergi dulu akibat sakit yang melanda, meninggalkan keluarga saya, isteri dan anak-anak yang lain hidup susah tanpa saya sebagai pencari nafkah tunggal dalam keluarga. Jika saya sihat dan cergas, sekurang-kurangnya saya dapat menghindari sakit yang boleh menjurus kepada kematian, walaupun saya akur yang kematian itu di tangan Tuhan. Ini kerana setiap agama itu juga menggalakkan untuk setiap insan hidup sihat dan cerdas.
Saya membahagikan corak pengambilan makanan dan diet saya kepada 3 fasa
Dalam fasa ini saya banyak mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang, “eat clean” dan memastikan pengambilan intake saya tidak melebihi DCR dan sesuai dengan BMR saya. Perlu faham konsep ini terlebih dahulu. Apa yang penting di sini ialah kalori defisit itu perlu dipatuhi bagi mendapat result yang ingin dicapai. Saya tidak pernah menyentuh mana-mana produk kesihatan dan suplemen untuk menguruskan badan. Semuanya 100% natural
Untuk info, berat badan saya turun secara konsisten 1 kg setiap minggu
Sebaik berat badan ideal dicapai, corak pemakanan diubah kerana saya sudah mampu melakukan aktiviti riadah secara normal dan selesa. Ketika ini, amalan makam 70% dan senaman 30% saya mampu ubah ke 50-50%
Kini saya kembali makan secara normal, tetapi saya berjaga-jaga dengan nisbah portion pengambilan yang berlbihan kerana saya tidak perlu menurunkan berat badan lagi. Yang penting sekarang, saya kurangkan gula, minyak, makan secara kerap dan minum air masak dengan mencukupi setiap hari
Setiap orang ada acara dan motivasi tersendiri. Saya suka melihat diri saya berkeyakinan dan berketerampilan terutaman di media sosial secara nyata tanpa perlu edit. Bayangkan dari saiz XL ke S/M (ikut potongan), dari saiz selaur 40” ke 31” kini, saya akan cepat susah hati kalau ia naik kembali walau satu saiz sahaja. Ramai di luar sana yang gemuk kembali dan saya dapat lihat mereka ini tiada istiqomah dan motivasi. Harus diingatkan, untuk berubah itu susah tetapi untuk kekal adalah lebih mencabar tapi tiada yang mustahil malah sangat indah jika kita menikmati dan faham konsep serta kenal fisiologi badan kita sendiri.
Saya berjaya menurunkan 30 kg berat badan secara total dalam jangka masa 6 bulan. Bulan pertama tidak terlalu ketara. Ia akan ketara di bulan ke-2 dan 3. Bayangkan, bukan seluar dan baju sahaja menjadi longgar, songkok dan jam tangan saya juga menjadi longgar.
Saya pernah berjumpa dengan sahabat yang hendak kurus tetapi tidak mahu bersenam. Setelah diberi penjelasan dan memahami BMI, DCR dan BMR, baru beliau sedar yang itu tidak akan berhasil dan jika berhasil, “journey” beliau tidak akan indah kerana rejim pemakanan yang sangat susah. Lantaran senaman itu sangat penting dan setiap orang ada minat dan motivasi tersendiri. Saya memilih untuk berlari dan berlari itu kini menjadi gaya hidup saya yang paling utama dan banyak memberi “pelajaran” kepada saya untuk mengenali diri saya dengan lebih mendalam untuk menjadi sekurang-kurangnya versi terbaik diri saya untuk keluarga saya.
Jujur cakap saya tidak berapa puas hati kerana sejak menceburkan diri dalam bidang larian marathon, saya dapati berat badan banyak membantu dari segi latihan dan prestasi. Mungkin dalam 5-8 kg lagi berat saya boleh dikurangkan.
Motivasi saya datang dalam pelbagai bentuk. Tetapi motivasi terkuat saya ialah keluarga saya. Saya perlu menjadi kuat luaran dan dalaman (jasmani dan rohani). Dalam acara marathon yang terlalu sukar, saya berlari untuk keluarga saya. Saya kata kepada diri saya dan mereka, kalau kesusahan seperti ini dapat kita lalui dan atasi, apa sahaja bentuk ujian yang Tuhan beri kita perlu jadi kuat dan tabah mengharunginya. Justeru, dengan mendaftar diri dalam larian marathon cukuplah satu dua acara besar setahun, saya akan terus berlatih dan komited dengan gaya hidup sihat yang telah saya pilih ini. Reward kepada keluarga, bercuti dan berehat dengan membawa keluarga bersama walau ke mana saya pergi. Dan saya tidak pernah meninggalkan mereka terutamanya pergi ketika pergi bercuti dan acara larian. Sebab itu nama team saya ialah TEAM RUMIE. Hanya saya, isteri dan anak-anak sebagai motivasi.
Ada beberapa rujukan dan ilmu daripada pakar dan mereka yang berpengalaman. Tetapi kini di media sosial sudah banyak rujukan secara percuma atau bayaran dengan kadar tertentu. Apa yang penting di sini ialah diri kita. Sumber mana pun tak penting tetapi cara kita nak menyesuaikan diri dengan kehidupan, kerjaya dan keluarga masing-masing. Satu saja pesan saya, carilah mereka yang berilmu dan berpengetahuan. Ada segelintir penganjur dan “coach” secara tiba-tiba ni main tangkap muat dan tiada sijil. Ada yang masih gemuk dan tidak pernah kurus bertahun-tahun tetapi boleh menjadi coach. Hati-hati semua dengan golongan mencari duit sebegini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kanser nasofarinks sering bermula dengan simptom seperti selesema biasa. Ketahui tanda awal, faktor risiko dan rawatan sebelum ia dikesan terlalu lewat.