Walaupun ramai yang bangga dengan kereta masing-masing, tak ramai yang sedar punca kerosakan kereta selalunya bukan sebab usia, tapi tabiat pemandu itu sendiri.
Dalam kesibukan harian, ramai yang tanpa sedar ulang perangai-perangai yang perlahan-lahan ‘makan dalam’ kereta mereka sendiri.
Di bawah ni antara enam tabiat paling biasa di jalan raya Malaysia dan mungkin kau pun salah seorang daripadanya.
Start Enjin, Terus Tekan Minyak
Foto : Philkotse
Ramai pemandu terburu-buru bila mula hidupkan enjin.
Lagi-lagi waktu pagi atau tengah rushing ke tempat kerja. Enjin baru start tapi dah tekan minyak kuat-kuat, terus masuk gear dan jalan.
Tabiat ini, walaupun nampak remeh, sebenarnya memberi tekanan pada enjin yang belum ‘panas’ atau cukup pelinciran.
Dalam jangka masa panjang, komponen dalaman enjin akan haus lebih cepat.
Bawa Sampai Tangki Minyak Kosong
Ada yang jenis tunggu sampai lampu minyak menyala baru nak isi petrol.
Benda ni memang biasa, tapi bila jadi kebiasaan, ia boleh jejaskan fuel pump dan sistem bahan api.
Ads
Minyak yang terlalu rendah menyebabkan kotoran di dasar tangki tersedut naik, lalu meningkatkan risiko enjin semput atau fuel filter tersumbat.
Suka Brake Mendadak & Agresif
Gaya pemanduan agresif dengan banyak brake mengejut bukan sahaja menyusahkan pemandu belakang, malah cepat menghabiskan brake pad dan disc.
Situasi ini selalu berlaku bila pemandu tak jaga jarak atau jenis suka ‘cucuk’ kereta depan.
Dalam masa sama, ia boleh jejaskan keselamatan, terutamanya bila jalan licin atau waktu hujan.
Foto : SINAR – SYOK
Langgar Lubang & Bonggol Tanpa Peduli
Lubang atas jalan mungkin bukan salah kita, tapi cara kita melanggarnya itu atas diri sendiri.
Ads
Ada pemandu yang langsung tak perlahankan kereta bila nampak bonggol atau jalan rosak.
Hasilnya, sistem suspension terjejas, alignment lari dan rim boleh bengkok.
Ia mungkin tak nampak kesannya terus, tapi bila kereta mula ‘lari’ dan stereng senget, kos baiki bukan sikit.
Bawa Dengan RPM Tinggi Tanpa Sebab
Tabiat tekan pedal minyak sampai RPM merah kononnya nak rasa ‘power’ walaupun tengah bawa kereta biasa ini antara perangai yang cepat merosakkan enjin.
Enjin bekerja lebih keras dari sepatutnya, haba meningkat dan penggunaan bahan api jadi tak efisien.
Ads
Lebih teruk kalau kereta jenis auto, sebab tekanan pada gearbox jadi berganda.
Ramai anggap servis berkala sebagai pilihan, bukan keperluan.
Bila terlalu sibuk atau malas nak beratur, ada yang tangguh tukar minyak hitam, filter atau check sistem.
Bila dah terlalu lama, minyak jadi kotor, pelinciran tak optimum dan risiko enjin ‘jem’ makin tinggi.
Akhirnya, kereta akan cerminkan siapa kita. Tabiat harian kita atas jalan akan tentukan berapa lama kereta boleh bertahan, dan berapa banyak duit kita akan bazirkan di bengkel.
Jadi sebelum salahkan jenama atau nasib, mungkin dah sampai masa tengok balik cara kita layan kereta sendiri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di kalangan pemilik kereta melakukan ubah suai atau ‘make up’ kereta menjadi satu hobi yang boleh memberikan kepuasan.
Selain kereta akan Nampak jadilebih cantik, sporty dan lebih mewah ia juga memberikan satu keyakinan berbeza kepada pemiliknya apabila menelusuri jalanraya.
Tapi salah satu perkara perlu kita akui ialah ubah suai kereta bukanlah murah an ia memakan perbelanjaan yang cukup besar. Apatah lagi jika kereta tersebut merupakan jenis kereta mewah buatan Eropah.
Sebab itulah bila berbelanja kita harus ukur kemampuan diri. Jangan ikutkan nafsu yang bukan sahaja menjerat anda engan hutang tetapi menjejaskan kewangan alam jangka masa panjang.
Dalam satu kejadian yang dilaporkan berlaku di Johor Bahru, seorang mekanik dan dua orang kakitangan sebuah bengkel mengalami kecederaan apabila seorang lelaki membawa lari kereta BMW miliknya.
Kereta tersebut dihantar pemilik BMW tersebut ke bengkel untuk melakukan ubah suai yang memakan kos sehingga RM38,000 ringgit. Namun malangnya dia tidak melakukan pembayaran yang membawa lari kereta keluar dari bengkel secara paksa.
Menurut Penolong Pesuruhjaya Polis Johor Bahru, Balver Singh satu laporan polis telah diterima dari mekanik yang juga merupakan pemilik negkel tersebut.
Dia mendakwa pemilik kereta BMW tersebut menghantar kereta ke bengkel miliknya untuk dipasang pelbagai jenis aksesori baharu pada Sabtu, 7 September 2024 yang berjumlah kira-kira RM38,000.
Di antara aksesori baharu yang dipasang ialah tayar, sport rim dan pelbagai aksesori lain. Jelasnya lagi sebelum meninggalkan kereta, pemilik tersebut telah bersetuju dengan sebut Harga yang diberikan. Kemudian pada petang 10 September pemilk BMW itu Kembali dan minta untuk melakukan ‘test drive’.
Risau pemilik BMW itu melarikan diri, pemilik bengkel mengarahkan stafnya yang berusia 23 tahun ikut serta dalam test drive itu. Ketika melakukan test drive di Taman Bukit Kempas, pemilik BMW itu memberhentikan kereta dan mengadu ada bunyi ‘knocking’ pada bahagian enjin.
Namun sebaik sahaja pintu dibuka, rakan pemilik BMW yang ikut serta melakukan semburan lada dan mereka melarikan diri.
Mekanik yang menyaksikan kejadian cuba menghentikan suspek dengan berpaut pada cermin sisi kereta di lampu isyarat, hampir dilanggar.
Seorang lagi pekerja, mengejar dengan motosikal tetapi pemandu BMW tersebut melanggarnya, menyebabkan patah tangan kanan dan kecederaan di lutut serta pergelangan tangan.
Mangsa berusia 23 tahun pula mengalami iritasi mata akibat semburan lada. Pemilik bengkel turut cedera pada siku ketika cuba menghalang suspek.
Jumlah kerugian dianggarkan RM43,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, selain tuduhan memandu berbahaya dan mencederakan dengan senjata.
Polis sedang giat mengesan suspek dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Susulan insiden yang melibatkan kematian seorang remaja berumur 18 tahun akibat renjatan elektrik dalam bas. Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menghentikan penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas.
Keputusan ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
“Kita pun kena lihat juga sebab takut dari segi pendawaian, bukan pada soket atau USB. Mangsa menggunakan USB. Dia (mangsa) bukan guna (soket) tiga pin, tetapi USB dipasang bersama dengan (soket) tiga pin,” katanya dalam sidang media di Parlimen pada Rabu.
Sebelum ini Kementerian Pengangkutan (MOT) sekadar memberikan arahan pengharaman sementara waktu sahaja penggunaan soket elektrik dalam bas ekspres. Arahan kini dikembangkan ke semua bas dan juga melibatkan palam USB yang digunakan penumpang untuk pengecasan peranti.
Menurut Loke, pemasangan pendawaian elektrik oleh pihak tidak bertauliah antara punca insiden renjatan dalam bas. Tidak seperti dalam kapal terbang dan kereta api, tidak wujud piawaian khusus untuk sistem pendawaian soket elektrik dalam bas di Malaysia.
Sebelum ini Sinar Turbo pernah menyiarkan imej Spyshot NVX 155 di laman sosial Facebook. Sejak kemunculan model Spyshot itu pada Februari lalu, masih tiada jawapan dari pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) tentang pelancaran model berkenaan.
Mereka mengambil pendekatan mengunci mulut dan berahsia. Semalam, pihak HLYM menghantar e mail jemputan ke majlis pelancaran produk mereka yang bakal berlangsung pada 11 Julai ini.
Jemputan pengenalan model ‘Revolution in Innovation’ itu membuatkan golongan media penasaran dan menjadi petunjuk bahawa kedatangan skuter paling hangat itu semakin hampir.
Setelah mendapat kepastian daripada sumber yang boleh dipercayai, ternyata model yang bakal dilancarkan itu ialah NVX 155. Model sekian lama dinantikan oleh pengikut dua roda tempatan.
Sebelum ini, penulis ada menerima brosur NVX 155. Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada itu adalah brosur akhir yang bakal diagihkan ke pusat jualan.
Berdasarkan brosur berkenaan, pihak HLYM menggunakan taqline ‘Your NVX Your Style’. Untuk pasaran tempatan, NVX 155 didatangkan dengan lampu depan dan belakang LED, rim 14 inci bersama tayar tubeless, ruang simpanan di bawah pelana bersaiz 25 liter yang boleh memuatkan dua helmet dan soket mengecas.
Selain itu, skuter itu turut dilengkapi skrin LCD 5.8 inci, sistem Kunci Pintar dan Sistem Start\Stop yang membantu kecekapan bahan api. Sistem ini akan mematikan enjin secara automatik apabila motosikal berhenti. Tidak ketinggalan, NVX 155 turut ditawarkan dengan ciri ABS untuk keyakinan membrek.
Soal harga?. Pada pendapat admin harganya tidak jauh berbeza dengan model NMAX 155 yang dijual pada harga RM8, 812 seunit. Difahamkan NVX 155 akan lebih mahal RM1000 berbanding NMAX 155.
Kemungkinan jualan harga NVX 155 ialah RM10, 000 dan tidak akan melebihi daripada angka tersebut.
Untuk makluman di Indonesia NVX 155 didatangkan dengan tiga varian iaitu standard, versi R dan varian tertinggi S. Masing-masing dijual pada harga Rp 21.85 juta (RM7, 210.50), versi R Rp23.75 juta (RM7, 837.50) dan versi S ialah Rp 26.15 juta (RM8, 629.50).
SPESIFIKASI NVX 155: Enjin: SOHC 4-lejang, penyejukan cecair, silinder tunggal Nisbah Mampatan: 10.5: 1 Sesaran: 155 cc Kuasa maksimum: 11 kW (15 PS) @ 8000 rpm Tork maksimum: 13.8 Nm @ 6250 rpm Sistem penghidup: Elektrik Sistem minyak: Pancitan bahan api Jenis transmisi: V-belt automatik P x L x T: 1,990mm X 700mm X 1, 125mm Jarak roda: 1, 350mm Berat: 118kg Saiz tangki: 4.6L Jenis rangka: Underbone Suspensi depan: Fork after/ spring/ peredam hidraulik Suspensi belakang: Spring penyerap hentak/peredam hidraulik Tayar depan: 110/80-14M/C 53P Tayar belakang: 140/70-14M/C 62P Brek depan: Cakera, 230mm Brek belakang: Brek dram 130mm
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.