Bantal yang berpeta dan kekuningan pasti membuatkan tidur anda tidak selesa dan silap hari bulan tempat membiaknya hama. Waktu tidur adalah waktu yang paling berharga buat semua orang, mendapat tidur yang selesa adalah penting.
Jika anda perasan, setiap kali anda menukar sarung bantal, bantal anda tidal lagi kelihatan putih seperti dahulu, mungkin ada kesan kekuningan akibat kelembapan akibat peluh ketika anda tidur. Jangan dibuang bantal tersebut, ada cara dan petua yang boleh memutihkan semula bantal itu dan menyelamatkannya.
Cara Memutihkan Bantal Tidur Yang Telah Kekuningan
Ads
1) Pertama sekali anda perlu semak label pada bantal, sama ada bantal itu boleh dicuci dalam mesin basuh atau tidak. Jika boleh, anda perlulah sediakan 5 jenis bahan ini:
Bahan-bahan yang diperlukan
Air panas
1 cawan cecair sabun pembersih baju/detergen
1 cawan serbuk pembersih baju
1 cawan Cecair peluntur
½ cawan Borax
2) Isikan 1/3 mesin basuh dengan air panas dan masukkan kesemua bahan-bahan yang disenaraikan.
3) Tekan butang Mula dan biarkan semua bahan-bahan yang dimasukan tadi larut dengan air.
Ads
4) Selepas beberapa minit, barulah masukkan bantal. Maksimum cuci dua bantal sahaja, jangan lebih. Sebab kalau mesin terlalu penuh nanti bantal tak dapat dicuci dengan bersih.
5) Tambahkan lagi air panas.
6) Tetapkan cucian sebanyak dua kali sahaja pada mesin basuh.
Ads
7) Setelah bantal siap dicuci. Anda bolehlah gunakan mesin pengering untuk keringkan bantal. Ataupun keringkan sahaja di laman rumah. Seeloknya keringkan ketika cuaca panas terik agar bantal tersebut dapat kering luar dan dalam.
Hasilnya, bantal kekuningan tadi bertukar menjadi putih bersih!
Selamat mencuba.
Sumber: Ceritera.pw
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kami kongsikan beberapa tip penting khas untuk pengamal-pengamal kesihatan yang ingin menurunkan dan juga menaikkan berat badan.
5 petua wajib menguruskan badan
Jika anda sedar, memang beratus- ratus tip penting menguruskan badan dan untuk mendapatkan “6 pack”. Kebanyakannya ada juga yang bercanggah. Apa kata anda lupakannya sementara dan fokus pada tip yang diulas ini.
1-Mereka yang ingin menurunkan berat badan mudah sahaja. Ia pasti berkait rapat dengan pemakanan anda. Bila sebut sahaja “nak kurus”, ingat apa sahaja yang anda makan daripada hasil kalori perlu kurang daripada aktiviti yang anda lakukan.
Ini bermaksud, anda perlu selidik serta merancang program pemakanan. Oleh itu, anda akan tahu berapa banyak kalori yang ada. Kemudian barulah boleh merancang program untuk membakar kalori lebih daripada yang anda makan.
5 petua wajib menambah berat badan
Bagi meningkatkan otot, anda perlu meluangkan lebih banyak masa di gim. Terdapat pelbagai tip hebat, tetapi tidak semuanya berkesan kepada anda kerana setiap orang mempunyai kesan yang berbeza.
Sekiranya sudah berbulan-bulan anda lakukan dan tidak nampak kesan, inilah masanya untuk anda tukar pemikiran serta rancang program latihan baru. Cuba amalkan tip yang asas terlebih dahulu.
Anda akan bertambah berat dan nampak besar tetapi itu adalah lemak bukan otot. Anda sepatutnya kawal pengambilan kalori. Secara asasnya, ambil lebih 500 kalori sehari daripada jumlah yang anda bakar sehari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kehidupan seharian kita memang penuh dengan tekanan . Ia boleh datang dalam bentuk tugasan kerja , kekecewaan , permintaan dan pelbagai bentuk lagi. Bagi kebanyakan orang (mungkin termasuk anda) tekanan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.
Tekanan tidak semestinya sesuatu yang tidak bagus. Dalam dos yang kecil , sedikit tekanan boleh membantu untuk kita berjaya. Sedikit tekanan boleh membantu atau mendorong anda menjadi yang terbaik dalam bidang diceburi. Tetapi jika anda sentiasa berada dalam situasi di bawah tekanan sama ada mental atau fizikal , lambat laun ia boleh mengganggu kesihatan . Jika dapat mengesan tanda-tanda awal yang menunjukkan tekanan telah mengganggu kesihatan, anda boleh mengambil langkah awal untuk mengurangkan kesan buruk akibat tekanan tersebut.
Tekanan adalah tindak balas fizikal untuk mengharungi peristiwa yang membuatkan kita rasa terancam , cemas atau mengganggu keseimbangan kehidupan. Tekanan juga membantu kita menghadapi cabaran atau mengejar sesuatu matlamat. Tetapi di luar tahap tertentu , tekanan boleh menjadi gangguan kesihatan , mental , produktiviti , perhubungan dan kualiti hidup kita .Dalam situasi tekanan memuncak, manusia menghadapinya dengan salah satu 3 cara:
1.Jika seseorang menghadapi tekanan dia akan menjadi resah , marah dan tidak boleh duduk diam.
2.Seseorang juga boleh menjadi “zombie” apabila menghadapi tekanan iaitu tidak responsif dan menjauhkan diri .
3.Akhir sekali seseorang boleh menjadi beku apabila di dalam tekanan tetapi jauh di dalam hati, anda menjadi tidak keruan dan gelisah.
Saya akan senaraikan tanda-tanda seseorang itu mengalami tekanan. Lebih banyak tanda-tanda ini ada jepada anda , lebih tekanan yang anda alami dan boleh menjadi tekanan yang memuncak . Jika ia berlaku kepada diri anda , anda perlulah berjumpa segera dengan doktor.
Tanda tanda tekanan
1.Simptom Kognitif
a.Masalah ingatan ( pelupa )
b.Gagal memberi tumpuan
c.Selalu membuat pertimbangan yang salah
d.Selalu berfikiran atau nampak yang negatif
e.Fikiran sentiasa resah
2.Simptom Emosi
a-Bisa-bisa badan
b-Sembelit atau cirit birit selalu
c-Pening dan muntah
d-Sakit dada dan jantung bergerak laju
berkekurangan nafsu sex
f-Selalu rasa sejuk badan
a-Banyak makan atau sangat kurang makan
b-Tidur banyak atau tidak boleh tidur
c-Sentiasa menyendiri
d-Selalu melambat-lambat kan kerja atau cuba mengelak kerja
e-Menggunakan minuman beralkohol , dadah atau merokok untuk menangani tekanan
f-Tabiat orang sentiasa gementar seperti menggigit kuku .
Antara langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mengatasi atau mengawal tekanan adalah seperti berikut;
1.Cuba elakkan tekanan yang tidak perlu .Tidak semua tekanan boleh kita elakkan , tetapi dengan belajar berkata “tidak” dan boleh membezakan apa yang “perlu dibuat “ dan “mesti dibuat”, mengelakkan situasi dan orang yang memberi tekanan pada anda , boleh mengurangkan stres yang tidak perlu dalam kehidupan seharian anda
2.Cuba ubah situasi. Jika anda tidak boleh mengelak situasi stres , cuba dapat kan bantuan kawan atau berbincang dengan mereka . Jangan memendam perasaan dan cuba menyelesaikan jika anda tidak mampu. Cuba bertolak ansur dengan situasi anda.
3.Cuba adaptasi keadaan stres anda. Jika anda tidak mampu mengubah tekanan yang anda alami , cuba ubah pemikiran dan diri anda. Sebagai contohnya , jika tekanan kerja menghimpit anda , cuba fikirkan tentang perkara yang bagus tentang kerja anda. Ia boleh membantu anda merasa sedikit bagus tentang kerja yang anda lakukan.
4.Terima keadaan itu. Memang akan ada tekanan yang anda tidak boleh elak dan ubah . Cuba terima keadaan dengan sebaiknya dan elakkan dari memberontak atau melawan . Jika anda memberontak dan melawan , ia akan menyebabkan anda bertambah stres.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Aromaterapi adalah teknik menggunakan bau-bauan daripada minyak pati untuk meningkatkan kesejahteraan fizikal dan emosi. Setiap jenis minyak pati mempunyai kegunaan dan manfaat tersendiri.
Menurut perkongsian Fadz Subairi selaku pengasas Eartheories, sebuah jenama produk aromaterapi, berikut adalah cara memilih aromaterapi yang sesuai mengikut jenis masalah yang dihadapi.
Untuk masalah emosi, bau-bauan yang berasal dari batang pokok atau akar adalah pilihan terbaik. Salah satu contoh yang popular ialah frankincense (pokok kemenyan).
Frankincense dikenali kerana kemampuannya menenangkan emosi yang tidak stabil dan mengurangkan tekanan. Ia sering digunakan dalam meditasi dan upacara keagamaan kerana sifatnya yang menenangkan dan membangkitkan rasa damai.
Jika anda mengalami masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, bau-bauan dari dedaun sangat berkesan. Contoh minyak pati yang sesuai ialah serai (lemongrass), daun kayu putih (eucalyptus), dan daun gelam wangi (tea tree).
Minyak pati dari dedaun ini membantu membuka saluran pernafasan dan mengurangkan kesesakan. Eucalyptus, khususnya, terkenal dalam membantu melegakan gejala selesema dan alergi.
Untuk meningkatkan tumpuan dan kejelasan minda, bau-bauan dari buah-buahan adalah pilihan yang baik. Minyak pati dari buah-buahan seperti bergamot, limau gedang (grapefruit), dan lemon membantu menajamkan minda dan menceriakan perasaan. Aroma segar dari buah-buahan ini dapat merangsang deria anda, menjadikan anda lebih fokus dan produktif.
Jika anda ingin meningkatkan daya tarikan dan aura positif, bau-bauan dari bunga-bungaan adalah yang paling sesuai. Contohnya, minyak pati bunga geranium.
Aroma bunga geranium membantu meningkatkan aura positif dalam diri, membuatkan anda lebih menarik dan yakin. Ia juga memberikan rasa tenang dan seimbang, menjadikannya pilihan yang baik untuk meningkatkan hubungan sosial.
Untuk meningkatkan suasana romantik dan hubungan intim, minyak pati bunga kenanga (ylang-ylang) adalah pilihan yang tepat. Ylang-ylang terkenal kerana keupayaannya untuk membangkitkan suasana romantik dan sensual. Ia membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan perasaan cinta dan kebahagiaan dalam hubungan.
Memilih minyak pati yang tepat untuk aromaterapi bergantung kepada masalah yang ingin anda atasi. Sama ada untuk menenangkan emosi, membantu pernafasan, meningkatkan tumpuan, daya tarikan, atau hubungan intim, terdapat minyak pati yang sesuai untuk setiap keperluan. Dengan memahami kegunaan setiap jenis minyak pati, anda dapat memanfaatkan sepenuhnya manfaat aromaterapi dalam kehidupan harian anda. Pastikan juga anda menggunakan minyak pati berkualiti tinggi dan mengikut arahan penggunaan yang betul untuk hasil yang optimum.