Rasanya rata-rata peminat muzik di Malaysia sudah biasa mengeluh kerana terlalu banyak penyanyi atau band yang datang ke Asia Tenggara seperti di negara jiran Singapura, Indonesia dan Thailand tetapi tidak singgah ke negara ini.
Ia merupakan satu keluhan yang telah lama berlaku dan menjadi jenaka yang kerap kali dikhabarkan terutamanya di laman media sosial. Maka tidak hairanlah apabila ada sesebuah band popular dan berstatus legenda mengumumkan bahawa mereka bakal menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya persinggahan mereka di Asia ia adalah satu berita cukup luar biasa!
Pada hari ini, Hello Universe PLT telah mengumumkan konsert MUSE ‘The Will of The People’ Tour 2023 akan diadakan secara eksklusif di Kuala Lumpur pada 29 Julai 2023.
Memetik kenyataan media dari pihak mereka, usaha membawa band berkaliber seperti MUSE merupakan sasaran dan impian Hello Universe untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi konsert pilihan untuk artis-artis global antarabangsa.
Ads
Dengan kehadiran eksklusif Muse di jelajah ‘Will of the People’ di Malaysia ini, diharapkan dapat menaikkan prestij Malaysia di mata dunia.
MUSE yang lengkap dengan diskografi hebat bersama sembilan album sutdio, dua album live, satu album kompilkasi, lima buah EP dan banyak lagi cukup dikenali di kalangan peminat muzik sebagai antara band yang mempunyai persembahan secara langsung terhebat di dunia.
Pernah tersenarai sebagai 10 Rock Band Terbaik di dunia, MUSE juga bakal menonjolkan album terbaru mereka yang cukup dinantikan ramai berjudul ‘Will of The People’.
Ads
Apa yang lebih menarik mengenai album ‘Will of The People’ ini, ia telah menyediakan platform muat turun secara langsung ke pra pesanan yang pastinya telah menyemarak dan mencetuskan reaksi yang mengkagumkan buat peminat fanatik mereka dan menjadikan keluaran album mereka ini lebih dinati-nantikan.
Selain itu, Muse yang juga pemenang 70 anugerah muzik rock antarabangsa daripada 174 pencalonan ini akhirnya meleraikan penantian peminat mereka dan akan mengadakan konsert secara langsung dan eksklusif hanya di Malaysia.
Hello Universe PLT menyasarkan di antara 60,000 hingga 100,000 kapasiti penonton yang akan hadir bagi menyaksikan konsert yang berlangsung pada Julai nanti. Ia sekali gus menjadikan konsert sebagai salah satu acara terbesar pada tahun ini.
Mereka turut menjangkakan peminat MUSE dari negara-engara jiran serantau Asia Tenggara, Asia Utara dan Australia akan turut berebut-rebut untuk hadir menyaksikan persembahan MUSE.
Lebih istimewa buat peminat MUSE di Malaysia kerana kali terkahir mereka mengadakan konsert di Kuala Lumpur ialah pada 2017 iaitu 16 tahun yang lalu. Pastinya mereka yang hadir ke konsert itu dan peminat-peminat baru yang lebih muda tidak sabar untuk menyaksikan mereka secara langsung.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hello Universe, Adam Ashraf, “Kami sangat berbesar hati akhirnya dapat mengumumkan bahawa ‘Will of The People’ one night only special for Asia, akan diadakan di Malaysia” kata Adam Ashraf, Ketua Pegawai Eksekutif Hello Universe.
“Malaysia kaya dengan kepelbagaian yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan etnik. Disamping itu, mengadakan pelbagai aktiviti kebudayaan dan seni tidak akan pernah menjadi masalah, malah Muse amat dialu-alukan dan dinanti-nantikan di Malaysia.
“Dengan mengadakan konsert dan festival, ia secara tidak langsung merupakan cara terbaik bagi membantu membaikpulih serta merangsangkan ekonomi negara yang terjejas berikutan oleh pandemik yang melanda sebelum ini. Selain daripada menarik kehadiran pelancong asing, kami juga dapat menyumbang kepada aktiviti untuk penduduk tempatan,” tambahnya lagi.
Tiket pra-jualan akan mula ditawarkan pada 2 Mac 2023 bermula jam 10 pagi manakala untuk jualan terbuka pula pada Jumaat, 3 Mac 2023 jam 10 pagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memang rata-rata lelaki tak perasan yang mereka sebenarnya melampau dalam melayan wanita. Wanita ni kalau dia manja, maknanya dia memang sayang anda. Kalau dia lapar cendol sekalipun, silalah turutkan ya. Ini 20 sifat lelaki yang buat perempuan takut, benci pada anda.
MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. MAIN KAYU TIGA Bab main kayu tiga ini masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
4. MENGONGKONG Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak control. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena report dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka.
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih. Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pula?
KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa.13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok. 15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA CONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Otot dada terdiri dari 1 otot utama (otot besar) yang namanya Otot Pectoral. Otot ini sebenarnya terdiri dari pectorial major, minor dan clavicle head. Untuk memudahkannya kita membahagikannya kepada 3 saja iaitu Dada Bawah (lower chest), Dada Tengah (middle chest) dan Dada Atas (upper chest).
Latihan ini adalah antara latihan yang terbaik untuk dada terutamanya yang ingin membina otot dada. Lakukanlah dengan pegangan sedikit lebih lebar dari lebar bahu. Jangan terlalu lebar kerana ia akan membebankan sendi. Turunkan beban tersebut perlahan-lahan sehingga menyentuh dada di daerah puting. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk membina otot dada yang lebih kekar dan sasa.
Incline Press
Latihan press dengan incline akan memberikan lebih banyak tekanan pada bahagian dada hingga ke atas. Sudutnya pula jangan dilakukan terlalu tinggi. Cukup dengan sudut sekitar 200 – 300 saja dan biarkan ia agar dapat untuk divariasikan. Latihan juga dapat divariasikan antara penggunaan barbell dengan dumbell.
Decline Press (Barbell / Dumbell)
Merupakan gerakan latihan yang serupa dengan Bench Press atau Incline Press, hanya dilakukan di bangku Decline yang mempunyai kecondongan tertentu (sekitar 20 – 30’). Latihan ini menfokuskan tekanan pada otot dada bahagian bawah sehingga otot dada dapat menjadi lebih tebal dan kelihatan “tergantung”.
Cable Crossover
Merupakan gerakan yang membantu untuk mengembangkan otot terutama pada bahagian tengah otot dada. Latihan ini sendiri dapat menguatkan bahagian tengah sesuai dengan posisi jatuhnya cable yang dapat kita atur. Dengan menggenggam kedua tangan pada kabel, kita menarik kabel ke tengah depan sambil memfokuskan otot dada kita. Kabel kemudian dilepaskan secara perlahan.
Pec Dec / Butterfly
Latihan ini memungkinkan otot dada untuk bergerak sesuai dengan gerakan semulajadinya yang membawa kedua lengan untuk menuju pusat tubuh. Usahakan agar siku tetap berada pada bahagian pegangan (pads). Jangan menggunakan telapak tangan dengan terlalu banyak dalam latihan ini kerana ia akan mengurangkan tekanan otot dada.
Dumbell Fly
Latihan ini pula digunakan untuk melatih otot dada dengan gerakan yang cukup jauh, sehingga efektif untuk membantu meningkatkan keseluruhan otot. Beban yang digunakan dapat divariasikan namun perlu diingat agar berhati-hati saat menggunakan beban berat. Sebaiknya perlu ada seorang rakan yang membantu menjaga dan mengawasi latihan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Harga minyak kereta yang tidak menentu, sekejap naik sekejap turun pasti memeningkan kepala lagi-lagi yang travel jauh setiap hari. Apa yang kita boleh buat untuk jimatkan minyak atau tak bazirkan minyak kereta kita adalah dengan beberapa perkara ini. Ada cara yang betul pemandu harus lakukan.
1. Ikut kelajuan yang ditetapkan. Bawa laju memang menghabiskan minyak. Tapi bawa dengan kelajuan yang consistent boleh elak kita daripada bazirkan minyak okay ?
2. Apa salahnya pagi-pagi keluar rumah dalam pukul 7 atau 8 buka lah tingkap. Atau petang – petang. Cuaca pun dah redup kan.
3. Sekarang ni semua orang bergantung kepada Waze. Bukan sebab kita tak tahu jalan tetapi Waze bagi tahu mana jalan shortcut sekiranya jam. Jadi jimat minyak kan ?
4. Elakkan bawa kereta semasa hujan. Rintangan air di jalan raya buat kereta lebih berat dan perlukan tekanan minyak yang tinggi
5. Check tayar kereta korang. Lagi kurang angin lagi banyak menggunakan minyak
6. Muatan kereta pun biar berpada.
Sumber: ERA fm
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.