Bernikah, berkahwin atau kata lain mendirikan rumahtangga merupakan sebuah proses yang sangat kompleks yang memerlukan persediaan fizikal,bahkan mental yang tinggi.
Menurut kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sebab utama rakyat Malaysia memilih untuk tidak berkahwin berbeza mengikut jantina. Lebih separuh responden lelaki meletakkan masalah kewangan sebagai punca tidak berkahwin walaupun sudah menemui pasangan yang sesuai. 35 peratus responden wanita menyatakan punca mereka tidak berkahwin adalah kerana tidak menemui pasangan yang sesuai.
Berikut adalah tujuh penghalang paling besar yang admin rasakan kerap menjadi punca mengapa seseorang itu enggan berkahwin dan mengapa masyarakat perlu bersedia untuk berubah sekiranya kita masih sayangkan institusi perkahwinan.
1. Kita tetapkan hantaran tinggi
Agak tak logik permintaan masyarakat kita tentang perihal hantaran sekarang ini. Dengan kos sara hidup yang meningkat, jumlah mereka yang mempunyai simpanan melebihi 6 bulan gaji di negara kita adalah hanya 6 peratus sahaja. Tetapi seperti sudah biasa pula kita dengar hantaran perkahwinan melebihi RM10 ribu ringgit, sehinggakan ramai anak muda kita memilih untuk tidak berkahwin selagi tidak ada wang hantaran yang cukup. Sekiranya pihak keluarga perempuan merasakan hantaran itu perlu, kenapa selalunya nilai yang ditetapkan tak masuk akal?
Memang sukar untuk dipercayai dalam sebuah masyarakat yang setuju banyak perkara memerlukan kos yang tak masuk akal, kita sendiri burukkan lagi dengan permintaan hantaran yang mampu membuatkan ramai lelaki rasa lebih baik membujang.
2. Masyarakat terkejut kalau kenduri diadakan ringkas!
Dek kerana kita dah terbiasa dengan kenduri yang besar, kenduri-kenduri yang diadakan secara kecil-kecilan atau sederhana kerap dijadikan isu viral. Kita semua tahu kenapa perkara itu berlaku; jangkaan masyarakat terhadap sesuatu kenduri itu normanya berada di satu tahap yang agak tinggi. Kenduri yang besar kerap dijadikan contoh pada masyarakat kita, selain pengaruh pihak media yang kerap menjulang perkahwinan bersifat mega atau ‘wedding of the year’ selebriti.
Ini menjadikan perkahwinan kecil dipandang unik sementara perkahwinan besar dianggap norma masyarakat. Sama seperti hantaran, ini juga satu perkara yang berada dalam kawalan kita tetapi entah mengapa, kita sendiri setuju untuk menyusahkan pasangan dan keluarga.
Ads
3. Ramai takut hidup berubah selepas berkahwin
Sudah pasti hidup kita akan melalui banyak perubahan ekoran perkahwinan. Anak muda yang sebelum ini bebas keluar siang malam tiba-tiba perlu menghadkan masanya untuk rumah. Gadis yang sebelum ini bebas, tiba-tiba perlu memikul tanggungjawab menjadi suri rumah. Kesan yang paling ketara ketara dalam karier. Bagaimanapun, meletakkan karier nombor satu bukanlah solusi kepada isu ini, kerana ini akan membawa kepada masalah lain kemudian hari. Apa yang lebih baik sebenarnya adalah anda mengorbankan diri melakukan kedua-duanya serentak, tanpa memilih salah satu sejak mula.
Kenapa kita hadkan diri kita salah satu, sama ada memilih karier atau memilih untuk membangunkan keluarga?
4. Tak suka terikat dengan Komitmen
Justeru lelaki beranggapan mereka tidak kesunyian dengan masa terluang mereka dihabiskan menghadap komputer. Jika berkahwin, pasti mereka tidak berkesempatan melakukan itu semua dan perlu memenuhi tanggungjawab sebagai suami dan bapa.
Orang zaman sekarang ini terlalu manja. Oleh kerana kita ada banyak minat, banyak hobi serta banyak kemahuan sendiri – kita rasakan baik untuk kita mementingkan. Akan tiba satu masa kita tersedar, barulah kita rasa gelabah untuk berubah melihat orang lain gembira bersama keluarga.
Ads
5. Rekod media sosial bakal pasangan
Jika zaman dahulu kualiti seseorang bakal pasangan hanya dapat dinilai daripada tingkah laku dan kelakuan, zaman sekarang bukan setakat pasangan, seluruh ahli keluarga dapat menilai sendiri bagaimana bakal pasangan keluarga kita melalui perkara yang direkodkan dalam media sosial. Apa saja perangai tak senonoh, mengada-ngada atau memalukan yang berlaku dicatat dalam internet, daripada gambar bersama bekas kekasih, aktiviti harian, siapa jaringan kawan kita, corak hidup kita dan bermacam lagi.
6. Tak fikir masa depan
Majlis perkahwinan zaman sekarang sudah jadi satu bukti nyata pemikiran singkat, di mana seseorang itu dianggap perlu bersedia membelanjakan satu amaun yang banyak untuk upacara dua tiga hari. Kes-kes pasangan berkahwin dan kemudian bersusah payah membayar pinjaman peribadi sudah jadi perkara biasa. Kes bercerai sebelum habis bayar pinjaman pun dah selalu dibaca.
Sudah banyak tips dan nasihat ditulis bagi membantu pasangan mendapatkan pinjaman dalam internet! Bukankah itu sesuatu yang gila? Perkara yang sepatutnya dilakukan adalah dengan mengubah mentaliti masyarakat supaya hanya berbelanja sekadar mampu. Namun dalam dunia yang semakin materialistik ini, ramai pula orang yang sanggup berkorban untuk kemewahan sementara kemudian mengeluh kesusahan nak kumpul deposit beli rumah sepanjang hayat mereka.
Ads
7. Ilusi pilihan yang menipu
Masyarakat dunia ketika ini kerap menekankan kepentingan mengutamakan pilihan peribadi pada manusia. Setiap pilihan individu dikatakan terbaik untuk diri sendiri kerana kita diyakinkan pilihan sendiri, adalah pilihan yang terbaik untuk kita. Kita rasa hebat bila kita mampu buat pilihan sendiri, tanpa campur tangan pihak lain – tetapi dalam hidup bermasyarakat dan berkeluarga, pendapat pihak lain sebenarnya sangat penting dalam membantu kita membuat keputusan.
Banyak pilihan dibuat berdasarkan hawa nafsu semata-mata tanpa memikirkan sebab praktikal dan kesan jangka panjang keputusan yang akan kita buat. Atas sebab itulah pada admin, terlalu ramai individu yang takut untuk kahwin, kerana kita masih lagi mahu kawalan sepenuhnya ke atas hidup kita. Kita takut dengan perkahwinan kerana itu akan membuat kita hilang kawalan dan terpaksa ‘go with the flow’ dengan hidup, ekoran tanggungjawab baru berkeluarga.
Dalam bab kehidupan selepas perkahwinan, perubahan yang bakal berlaku dan kesan-kesan positif serta negatif yang akan terjadi akibat perkahwinan pula, itu pula isu yang anak muda zaman sekarang cuba nak kawal sebaik mungkin, walaupun perkara itu belum berlaku.
Rujukan : Till Debt Do Us Part
Via : Illuminasi
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Adakah anda bersetuju bahawa hidup single adalah sesuatu yang menakjubkan dalam hidup lelaki? Jika tidak, anda mungkin mempunyai alasan yang kukuh. Ketahui mengapa terdapat sebahagian lelaki lebih senang memilih hidup secara solo dari berpasangan.
Senang melakukan aktiviti sendiri
Jika diberi pilihan antara melawat rumah ibu mertua dari memancing, 80 peratus lelaki akan memilih untuk memancing! Hidup sendiri lebih mudah untuk melakukan aktiviti terutamanya melancong.
Philanthropist
iaitu perasaan belas kasihan(love of humanity). Lelaki solo lebih mudah menderma berbanding lelaki yang hidup secara berpasangan. (besarkan font ) Begitu juga wanita. Ini terjadi kerana individu solo tiada ikatan dengan dunia individu lain yakni pasangannya berbanding individu berpasangan yang perlu memikirkan ekonominya saat itu, kebenaran pasangan dan sebagainya. Kesimpulannya jika anda solo anda akan menjadi individu Philanthropist yang bagus.
Tidur Yang Cukup
Perasan atau tidak, dari kajian yang dijalankan lelaki yang berpasangan kurang nikmat tidur 49 minit setiap hari. Ini termasuklah gangguan berdengkur, berborak, terjaga di tengah malam kerana pasangan yang mengigau dan sebagainya. Rasanya setiap minit waktu tidur amat berharga terutamanya sewaktu snooze jam loceng pada waktu pagi. Untung la sesiapa yang masih single.
Tidak Kisah Kehilangan Kerja
Dalam banyak-banyak sebab, ini paling berkesan di hati individu solo. Lelaki solo tidak gusar sekiranya dia kehilangan pekerjaan. Tidak perlu risau tentang tanggungan yang lain kecuali dirinya sendiri. Fakta juga mengatakan bahawa lelaki atau wanita yang solo lebih mudah mendapat pekerjaan berbanding yang sudah berkahwin.
Waktu Menabung
Single adalah waktu terbaik untuk menabung. Percaya atau tidak, lelaki jika ada matlamat dia lebih mudah menabung berbanding wanita manakala individu yang berkahwin atau berpasangan pula mempunyai hanya 20 persen untuk menabung. Jangan ditanya kenapa lelaki yang anda temui masih lagi single. Mungkin beliau sedang menabung untuk sesuatu urusan.
Bentuk Badan Masih Ok!
Bukan menafikan kebaikan berpasangan atau berkahwin tetapi hakikat sebenar dunia membujang didapati lebih mudah mengekalkan bentuk badan ideal. Nafsu makan pula tidak didorong oleh mana-mana individu. Bagi lelaki, waktu bujang matlamatnya tidak bercabang. Hanya kerja, sukan(mungkin ‘gila’ bermain futsal atau badminton) dan tidur, itu sahaja. Jika berkahwin, balik kerja makanan sudah tersedia. Nak tak nak anda harus makan dan makanan pula sedap. Apa lagi selera makin bertambah. Macam mana la anda tidak boroi lepas kahwin…
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Air kelapa bukan sekadar minuman yang menyegarkan, tetapi banyak mengandungi zat-zat yang diperlukan oleh tubuh. Antaranya kalsium, potassium, magnesium, tembaga, besi, zink, vitamin B dan C serta ‘phyto-nutrisi’ seperti ‘sitokin’ yang dianggap memiliki efek anti penuaan dan anti kanser.
Manfaat air kelapa sangatlah banyak, untuk kesihatan dan juga kecantikan.
1. MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN
Minuman sihat ini tidak mengandungi bahan kimia. Air kelapa ‘rendah gula’ yang membuatkannya menjadi minuman berzat bagi pesakit jantung dan diabetis. Selain itu, ia turut membantu menurunkan berat badan. Kandungan gula dan kalori yang rendah serta rendah lemak membuatkan air kelapa sangat sesuai buat anda yang sedang berdiet.
2. MINUMAN TENAGA
Air kelapa adalah minuman energi dengan enzim bioaktif yang meningkatkan metabolism serta menghilangkan rasa penat tubuh. Air kelapa juga bagus buat sistem penghadaman seperti membersihkan racun dalam tubuh.
3. BANTU KURANGKAN RASA ‘MABUK’
Selain itu, air kelapa juga adalah ubat semulajadi untuk menyembuhkan rasa ‘mabuk’ dan infeksi air kencing. Jika anda jenis kuat ‘mabuk’ atau mual ketika naik kenderaan, tak kira pengangkutan darat, laut dan udara, air kelapa mampu mengatasi masalah tersebut.
4. MINUMAN ISOTONIK SEMULAJADI
Air kelapa juga dikenali sebagai minuman isotonik kerana merehidrasikan tubuh. Elok dinikmati ketika bersenam kerana mengandungi elektrolit yang sama dengan elektrolit tubuh, sehingga boleh merehidrasi tubuh dan mengganti cecair setelah bersenam atau melakukan aktiviti berat.
5. CEGAH KEROSAKAN RAMBUT & UBAN
Air kelapa juga dapat membantu mencegah kerosakan pada rambut kerana khasiat airnya melancarkan perjalanan darah dalam tubuh. Untuk mencegah uban, anda hanya perlu larutkan garam dalam air kelapa muda dan gunakannya sewaktu mencuci rambut. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilaslah
6. BAIK UNTUK KULIT
Air kelapa juga dapat membersihkan kulit berjerawat dan membantu mendapatkan kulit yang mulus serta mencegah kerutan pada wajah.
Untuk menikmati air kelapa, anda boleh meminumnya secara terus. Untuk rasa sensasi yang lebih menyegarkan tambahkan ais atau anda juga boleh memberikan rasa tambahan dengan meletakkan hirisan lemon ataupun mint.
Fuh, nikmat!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila Malek jumpa Thor! Pelakon popular, Aaron Aziz hari ini mengejutkan peminat terutamanya pengikut di laman media sosial selepas memuat naik sebuah video menampilkan dirinya berada di pentas yang sama dengan pelakon Hollywood berasal dari Australia, Chris Hemsworth.
Video tersebut memaparkan Aaron bersama seorang lagi pelakon tempatan, Iedil Putra menaiki pentas dan bersalaman dengan pelakon tersebut.
Lebih menarik ia bukanlah di pentas biasa kerana mereka berdua berada di majlis pelancaran filem Netflix lakonan Chris Hemsworth bertajuk ‘Extraction 2’ di Manila, Filipina.
Foto: The Star
Walau bagaimanapun setakat ini MASKULIN tidak dapat pastikan apakah tujuan kehadiran mereka berdua di sama – sama ada sebagai tetamu membintangi filem aksi itu atau sebaliknya.
Menurut Aaron Aziz dia bersyukur kereja diberi peluang untuk hadir ke acara itu.
“Alhamdulillah atas peluang berada di Filipina. Allah lebih mengetahui,” tulis Aaron di laman Instgram rasmi miliknya.
Dia juga sempat memberi ulasan ringkas mengenai filem aksi Chris Hemsworth tersebut di mana baginya lebih mantap dari filem ‘Fast X’.
“Fight scene gempak gila!! 100 kali ganda lebih hebat dari Fast X. Anda mesti melihatnya!!,”
Semoga ada pintu dan peluang lakonan buat Aaron dan juga Iedil di pentas antarabangsa bersama pelakon popular seperti Chris Hemsworth. Kalau jadi realiti memang mantap!
Untuk rekod, ‘Extraction 2’ merupakan filem aksi sekuel yang diarahkan Sam Hargrave berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Joe Russo. Ia juga diterbitkan oleh Anthony dan Joe Russo yang juga merupakan pengarah ‘Avengers: Endgame’.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.