Siapa cakap orang yang kurus tak boleh bina badan dan jadi sado.Ramai lelaki yang kurus cukup teringin untuk memiliki badan yang tegap dan berisi seperti Zul Ariffin tetapi ramai antara mereka berasa seolah-olah tiada harapan untuk mereka kerana berat badan mereka terlalu kurang.
Untuk bermula bina badan terutamanya bagi orang kurus seperti anda, anda boleh mula mengambil makanan tambahan protein iaitu whey yang menurut kajian, didapati mempunyai pelbagai khasiat tambahan khas untuk anda.
Ikuti langkah-langkah senaman ini untuk membantu orang kurus seperti anda membina badan:
Ads
Teknik senaman barbell dan dumbbell
Berbaring dalam keadaan posisi yang selesa. Pegang kuat barbell atau dumbbell supaya tidak terlepas daripada genggaman tangan.
Tangan berada pada laras bahu. Tidak boleh jika melebihi bahu atau terlalu dekat kerana ia akan memberi kesan buruk kepada pembentukan otot dada.
Lentikkan badan untuk memberi lebih tumpuan pada dada anda.
Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus ketika anda sedang mengangkat barbell.
Lakukan dalam enam hingga lapan kali bagi membina kekuatan badan dan seandainya anda ingin memberi tumpuan kepada kekuatan otot, boleh dilakukan sebanyak lapan hingga 12 kali.
Ads
Mesin chest fly
Duduk dalam keadaan posisi yang selesa.
Tarik pemegang ke luar sehingga anda dapat merasakan ketegangan atau tekanan pada bahagian dada.
Kemudian halakan pemegang ke hadapan tetapi pastikan bahawa keadaan ia tidak menyentuh antara satu sama lain.
Buat secara berulang kali dalam kiraan lapan hingga 12.
Mesin ini boleh digunakan bagi anda yang ingin untuk membentuk kelebaran dada.
Mesin incline bench press
Berfungsi untuk membantu anda mendapatkan ketebalan dada terutamanya bahagian atas.
Lakukan langkah sama seperti bagaimana anda mengangkat barbell dan dumbbell tadi.
Semoga dengan latihan senaman ini nanti dapat membantu anda untuk berjaya mendapatkan bentuk badan yang anda idamkan di samping untuk menyelesaikan masalah bina badan untuk orang yang kurus seperti anda. Semoga berjaya dan kongsikan jika anda mendapatinya bermanfaat untuk anda dan orang sekeliling.
Ads
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sentiasa melihat diri secara positif dan sering ingin menjadi lebih baik dalam semua aspek kehidupan. Mungkin ramai yang menilai bahawa maskulin itu diperlihatkan melalui fizikal semata-mata. Namun, sebenarnya makna maskulin itu sendiri tidak sekecil itu. Mewakili ekspresi diri dalam beberapa elemen seperti kecergasan, kesihatan, keterampilan, cara berkomunikasi dan yang paling penting adalah bagaimana kita mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan seharian. Lelaki yang mempunyai motivasi yang tinggi ternyata punya elemen ini untuk diserap menjadi lelaki yang dilihat sebagai maskulin.
MASKULIN : APA YANG MEMOTIVASIKAN ANDA UNTUK DAPATKAN BADAN SEPERTI SEKARANG?
Lahir sebagai remaja lelaki biasa yang dianggap sebagai tidak mempunyai ciri-ciri seorang lelaki yang gagah dan tampan. Pada usia saya mencecah lima belas tahun, kesedaran itu muncul. Ketika itu, fizikal saya berada pada tahap ‘ underweight’ dan pasti tidak kelihatan menarik. Ada juga di antara rakan-rakan di sekolah yang melontarkan kata-kata berbaur negatif seolah menganggap fizikal dan kekuatan saya lebih lemah berbanding wanita. Percaya bahawa hanya diri sendiri mampu mengubah keyakinan diri, maka kata-kata itu menjadi motivasi dan penguat untuk saya berusaha sehingga ke hari ini.
MASKULIN : APA CARA ANDA TERUS FIT?
Bukan mudah untuk ‘keep fit’ sepanjang masa. Namun, usaha keras adalah tunjang utama untuk mengekalkan bentuk badan dan kecergasan. Perspektif negatif harus ditolak ke tepi untuk kekal bermotivasi sepanjang hari agar kaki melangkah ke gimnasium. Bermula tanpa rujukan bersama pakar atau pun ‘trainer’, saya hanya belajar dan membuat pembacaan mengenai teknik, tip dan amalan melalui laman web. Melalui proses ini, banyak yang saya pelajari meski sering kali mengalami kecederaan ketika latihan.
MASKULIN : APA RUTIN DAN MENU YANG ANDA AMALKAN?
Sekitar jam 7.00 pagi, saya akan memulakan rutin harian dengan masak untuk sarapan pagi. Sarapan merupakan suatu kemestian untuk mengekalkan diet seimbang. Jam 8.00 pagi saya akan keluar bekerja dan disebabkan jadual kerjaya saya yang lebih fleksibel maka waktu untuk berlatih di gim juga menjadi lebih fleksibel. Akan tetapi saya tidak menggalakkan diri untuk berlatih pada waktu malam kerana waktu malam adalah masa yang terbaik untuk berehat. Kekerapan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan dengan kadar yang banyak juga membantu nutrisi saya selain turut menikmati daging dan kekacang agar seimbang.
MASKULIN : ANDA PERCAYA PADA CHEAT DAY?
Sebelum mengamalkan diet dan nutrisi, amat penting untuk mengetahui dan memahami potensi tubuh badan sendiri. Hal ini adalah penting kerana hanya diri sahaja yang dapat mengawal dan menstabilkan pengambilan makanan serta latihan agar diet akan menjadi lebih efektif. Oleh yang demikian, saya sendiri tidak terlalu mengamalkan jadual yang ketat kerana saya telah mengetahui sejauh mana tubuh badan saya dapat bekerja. Maka tidak susah jika saya teringin untuk menikmati makanan yang tinggi gula seperti kek dan minuman bergula kerana saya tahu bagaimana untuk menstabilkannya semula.
MASKULIN : INSPIRASI?
Mengambil inspirasi daripada nama besar seperti Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock, saya amat mengagumi dirinya yang berjaya di dalam arena gusti dan bekerja keras untuk mengekalkan bentuk badannya meski sibuk dengan pelbagai tugasan serta kerjaya. Menjadikannya sebagai ikon dalam mencetuskan inspirasi untuk saya juga berjaya, dia menjadi sandaran tatkala melihat gaya hidup dan pencapaian yang dimilikinya sehingga kini.
MASKULIN : BERIKAN SEDIKIT NASIHAT UNTUK MEREKA YANG BARU NAK BERJINAK-JINAK DALAM DUNIA KECERGASAN?
Penting untuk memiliki ilmu yang cukup untuk memulakan langkah diet dan berlatih di gim. Ini adalah kerana supaya latihan dan diet yang dilakukan akan lebih efektif dan optimis. Sebaiknya dapatkan khidmat nasihat dan latihan daripada jurulatih profesional kerana jika tidak proses untuk mencapai target sasaran akan memakan masa yang lama disebabkan oleh proses pembelajaran sendiri yang tidak efisien. Diet pemakanan dan latihan perlulah datang seiring agar keseimbangan dan momentum dalam mencapai tubuh badan yang fit akan konsisten. Tidak perlu mengambil masa yang lama untuk ‘work out’ di gim. Cukup sekadar 45 minit atau satu jam sehari dan peruntukan empat atau lima kali dalam seminggu.
Gambar : Instagram Kit Mah
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pencapaian Hafizh selama 10 tahun sejak pembabitan secara profesional dalam arena permotoran negara sehingga ke hari ini merupakan antara contoh di mana tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Memulakan aksi profesional secara kompetitif seawal usia 13 tahun dalam perlumbaan satu pengeluar yang dijalankan oleh Yamaha, pelumba berusia 24 tahun itu terus membuktikan keupayaan luar biasa apabila mendominasi perlumbaan tempatan dan antarabangsa.
HAFIZH Syahrin Abdullah menjadi topik sensasi negara apabila secara rasminya diumumkan sebagai pelumba bagi pasukan Monster Yamaha Tech 3. Ini sekaligus memahat nama selaku pelumba Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang beraksi dalam kelas MotoGP di pentas Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia.
Bersama pasukan Raceline kendalian Barry Leong, Hafizh kemudian mencatat nama sebagai juara keseluruhan termuda bagi siri kelas Novis dan CP130 di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, diikuti pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa seperti di Kejuaraan Motosikal Asia, Australia, Sepanyol sebelum melangkah ke pentas MotoGP.
Proses membangunkan seseorang atlet memerlukan masa dan sokongan pelbagai pihak dan tidak boleh dicapai dalam sekelip mata dimana perjalanan karier Hafizh dibantu dengan sokongan Program Pembangunan Bakat PETRONAS.
Seluruh komuniti Kejuaraan Cub Prix mengucapkan tahniah di atas pencapaian yang sangat membanggakan ini sekaligus membuktikan program pembangunan sukan permotoran negara berada di landasan tepat dan tidak ketandusan bakat-bakat yang mampu mengharumkan nama negara.
Tidak lupa juga kepada Zulfahmi Khairuddin yang dipilih menggantikan Hafizh Syahrin di dalam kelas Moto2 dan juga Khairul Idham Pawi (Moto2) serta Adam Norrodin di dalam saingan Moto3.
Sumber : MYNEWSHUB.CC
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai antara anda sebenarnya keliru dengan betuk pemakanan yang membolehkan anda membina badan besar dengan cepat. Ada diantara anda mengatakan makanan natural baik untuk menurunkan berat badan dan menjadikan badan anda lebih sihat.
Ada juga mengatakan bahawa makanan ini terlalu mahal dan sukar untuk di dapati di mana-mana pasaraya berdekatan. Jika anda mahukan bentuk badan yang cantik dan menarik, anda kenalah mengeluarkan sedikit duit, kalau tidak buang masa saja anda angkat besi dan mengeluarkan duit setiap hari untuk ke gym.
Ini kami sediakan sumber makanan asli yang boleh anda dapati.
Bukan susah nak cari tempe. Makanan ini sangat mudah di dapati di mana-mana kawasan. Kedai runcit pun boleh jumpa. Tempe merupakan adik-beradik pada taufu yang diperbuat daripada soya.
Anda boleh masak dengan pelbagai jenis masakan untuk hidangan harian anda dengan menggunakan tempe. Selain daripada ia baik untuk badan, ia juga dapat menjauhkan anda dari penyakit-penyakit kronik.
Rakyat Malaysia kalau bercakap pasal oat mesti ada yang tak lalu nak telan lah apa lah. Mungkin ada diantara anada yang tak tahu bagaimana nak makan oat. Ada pelbagai cara untuk masak oat sebenarnya, anda boleh rendamkan oat dengan air panas dan minum begitu saja, ataupun campurkan dengan buah-buahan.
Bercerita tentang khasiat oat yang boleh mempercepatkan proses tubesaran bentuk badan anda adalah, ia merupakan karbohidrat yang membolehkan tumbesaran otot dengan cepat. Selain daripada itu, ia membantu untuk menghalang anda dari cepat lapar. Jadi, bila tengah malam anda kelaparan tu, minum secawan oat.
Jangan samakan peanut butter biasa dengan peanut butter yang kami maksudkan. Anda boleh dapatkan peanut butter yang dihaskan untuk diet. Ini kerana ia tidak mengandungi banyak gula dan mempunyai lebihan kacang yang baik untuk tubuh anda.
Fungsi peanut butter boleh membuatkan anda kurang rasa lapar dan mematikan craving anda terhadap makanan yang bukan-bukan. Anda hanya perlu ambil 3/5 sudu besar dua kali seminggu dan anda bakal melihat perbezaan tubuh anda tak lama lepas tu.
Ini wajib untuk anda ambil sebelum dan selesai bersenam. Dengan memilih serbuk protein yang mengandungi serat baik untuk badan anda, ia dapat membantu anda membesarkan otot-otot dalam masa yang sama dapat membantu anda memulihkan otot-otot yang terkoyak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
'Good Boys Go To Heaven ', siri thriller psikologi Astro Originals yang sarat emosi, trauma dan penceritaan diterajui hero Malaya popular, Beto Kusyairy.