Bayangkan anda mempunyai bentuk badan yang sado, body mantap dan tegap bagai. Tapi bila buka baju badan penuh dengan panau.
Aduh, meati rasanya tak best bukan.
Kita sebagai lelaki harus ingat bukan wanita sahaja mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit tetapi lelaki juga perlu begitu.
Kita perlu akui bahawa ramai memandang remeh dan mengambil ringan akan kesihatan kulit terutamanya selepas melakukan senaman atau bersukan.
Ini terutamanya bila melibatkan bakteria dan fungus yang boleh datang bila-bila masa sahaja. Kedua-dua ‘ejen’ jahat tersebut sangatlah gemar kepada kawasan lembab. Bahagian badan anda juga tak terkecuali.
Bayangkan bila anda berada di gym, bukan anda saja yang berpeluh bagai nak rak tetapi orang lain juga. Jadi ia merupakan kondisi persekitaran yang amat digemari bakteria dan fungus. Jika anda tak menjaga kebersihan diri selepas melakukan senaman pasti risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kulit juga tinggi.
Ads
Ikuti tip bagaimana nak jaga kebersihan kulit selepas melakukan senaman di gimnasium.
MANDI SELEPAS BERSENAM
Ada sebab mengapa kebanyakan gym menyediakan ruang mandi di dalam bilik air. Mandi selepas bersenam bukan sahaja boleh mengembalikan kesegaran badan malah boleh membuang segala kotoran, minyak, kulit mati dan menyingkirkan pelbagai bakteria dari badan.
GUNA BODY WIPES
Ads
Jika anda tak selesa untuk mandi di gym, anda boleh membersihkan wajah dan badan dengan menggunakan body wipes. Jika anda biarkan peluh kering sendiri ia boleh menyebabkan bakteria masuk kepada pori-pori lantas menyebabkan masalah kulit seperti jerawat badan, panau dan sebagainya.
PRODUK KULIT SESUAI
Tahukah anda bahawa produk kulit yang anda guna setiap hari mempunyai dua fungsi utama? Pertama membantu untuk membersihkan kotoran dan kedua memberikan perlindungan. Begitu juga produk yang anda gunakan untuk bersihkan diri selepas bersenam di gym. Gunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kalau tersilap produk ia boleh menyebabkan berlakunya alahan dan juga masalah jerawat lebih teruk.
Anda sendiri sudah tahu bahawa bakteria dan fungus amat suka kawasan lembap. Jadi bayangkan tuala anda yang basah dan dibiar begitu sahaja. Disebabkan itulah anda harus pastikan tuala yang digunakan di gym juga sentiasa bersih. Menggunakan tuala yang kerap digunakan hanya memburukkan kesihatan kulit anda.
TUALA BERBEZA UNTUK FUNGSI BERBEZA
Lain tuala lain fungsinya Sebolehnya asingkan jenis tuala turutamanya untuk wajah dan badan. Menggunakan tuala berbeza boleh membantu kulit anda bebas dari sebarang penyebaran bakteria ke bahagian kukit sensitif.
BERSIHKAN PERALATAN GYM
Sebelum menggunakan mana-mana perlatan gym sebaiknya anda bersihkannya terlebih dahalu. Pihak gym kebiasaannya akan sentiasa memastikan kebersihan perlatan senaman namun sebagai langkah lebih selamat anda boleh bersihkan sendiri. Sebagai contoh jika anda nak guna dumbbell lebih elok bersihkan dahulu pemegangnya dengan kain atau tisu basah.
JANGAN BERKAKI AYAM
Kadangkala bila berada di bilik persalinan dan juga bilik air ramai yang kononnya lebih selesa berkaki ayam. Cara terbaik mengelakkan fungus melekat pada kaki daripada lantai kotor ialah dengan memakai selipar. Menyentuh kulit kepada lantai secara terus boleh meningkatkan risiko jangkitan penyakit kulit berjangkit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dinafikan bersenam merupakan aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan.
Ada yang suka bersenam di waktu pagi dan tidak kurang juga yang suka bersenam di waktu malam.
Bagi yang sering berdepan dengan masalah sukar tidur lena, ini ada jalan penyelesaian untuk anda.
Jika anda mahu tidur lebih lena dan tidak terganggu di waktu malam, ubahlah jadual bersenam di waktu pagi bermula hari ini.
Menurut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, bersenam di waktu pagi membolehkan tubuh mengeluarkan hormon yang memudahkan anda tidur lebih lena dan badan menjadi lebih sihat.
Oleh itu, pastikan anda menukar jadual bersenam di waktu pagi supaya tidur anda lebih lancar dan lena selepas ini.
BERSENAMLAH WAKTU PAGI AGAR MENDAPAT TIDUR YANG LEBIH LENA PADA WAKTU MALAM
Bagi mereka yang mengalami masalah tidur di waktu malam, cara terbaik ialah melakukan senaman pada waktu pagi. Bila kita bersenam, tubuh akan mengeluarkan hormon yang membantu tubuh untuk mudah tidur dan menjadi lebih sihat.
Senaman pagi secara tetap akan membantu kita memperbaiki kitaran tidur (sleep rhythms) dan akan merangsangkan tubuh kita akan mengeluarkan hormon melatonin pada sebelah petang bertujuan untuk kita mudah tidur di waktu malam. Ini bagus untuk mendapatkan tidur yang lena, kata Dr Sofie Laage-Christiansen from Aarhus University, Denmark, menjalani kajian tidur dalam Ph.D nya.
BOLEH MERANGSANG TUBUH DAN OTAK
“Bersenam pada waktu pagi mendedahkan kita pada cahaya di siang hari, merangsangkan otak untuk mengeluarkan hormon melatonin di waktu petang (awal malam).”
Jadi bangunlah lebih awal untuk melakukan senaman yang ringan kerana ia merangsangkan tubuh mengeluarkan hormon adrenaline, yang menyebabkan tubuh akan berasa segar sepanjang hari.
Adrenaline adalah hormon yang akan dikeluarkan ketika kita berada dalam keadaan stress, menyebabkan degupan jantung bertambah laju dan meningkatkan tekanan darah. Ia akan dikeluarkan ketika sedang bersenam.
Sudah tentu ianya berbahaya jika kita berada dalam keadaan stress pada jangka masa yang panjang apatah lagi jika senaman dilakukan pada masa yang tidak sesuai seperti waktu malam. Sepatutnya pada lewat petang dan malam, tubuh kita mempunyai tahap hormon adrenaline yang rendah sebagai persediaan untuk tidur.
Adrenaline adalah salah satu hormon yang mempunyai kesan positif pada tubuh jika ia dikeluarkan pada waktu siang. Otak kita akan berasa segar dan ini tidak sesuai apabila kita mempunyai tahap hormon adrenaline yang tinggi pada waktu malam kesan hormon adrenaline berlangsung selama beberapa jam, menurut Dr Laage-Christiansen.
Selain noradrenaline, cortisol dan endorphins, juga bertindak seperti adrenaline ketika dalam stress.
DUA HORMON INI MERANGSANG PERMULAAN TIDUR
Satu lagi hormon adalah hormon serotonin, atau dikenali sebagai ‘hormon kegembiraan’ yang membantu saraf dan otak berfungsi dengan baik. Dopamine pula adalah sebatian natural dalam tubuh yang dikeluarkan apabila kita merasa pengalaman yang menarik dan indah. Jadi kedua-dua hormon ini sangat baik untuk merangsang permulaan tidur kita.
Tetapi kedua-dua serotonin dan dopamine tidak dikeluar semasa kita berada dalam stress dan apabila tahap hormon adrenalin berada dalam keadaan yang tinggi. Ini bermakna kita tidak dapat tahap serotonin dan dopamine yang diperlukan selama beberapa jam setelah noradrenaline dikeluarkan.
SUKAR TIDUR JIKA BERSENAM MALAM
Jika kita menamatkan senaman kita pukul 11-12 malam, bermakna kita mungkin akan mengalami rasa sukar untuk tidur sehingga 2-3 pagi.
Jadi cara yang terbaik adalah bersenam pada waktu pagi kerana ia mengekalkan jam biologi atau ‘biological clock’ sepanjang hari. Bila hormon ini dikeluarkan sepanjang hari pada waktu siang di masa kita bekerja, mental dan fizikal kita bersedia menghadapi cabaran.
Jam biologi kita telah menetapkan bahawa kita akan mengeluarkan hormon cortisol dan noradrenalin pada tahap tertinggi pada pukul 9 pagi dan menghentikan pengeluarannya apabila waktu malam. Keadaan ini bertukar iaitu tahap hormon crtisol dan noradrenalin berada di tahap tertinggi bila kita berada dalam keadaan stress dan melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam pda waktu malam.
BERSENAM DI TEMPAT YANG TERDEDAH DENGAN CAHAYA MATAHARI
Selain dari bersenam pada waktu pagi, cara yang terbaik adalah melakukan senaman di luar rumah yang terdedah pada cahaya matahari dan akhirnya merangsang pengeluaran melatonin di lewat petang. Bersenam di tempat yang tiada cahaya matahari terutama pada waktu malam tidak merangsangkan pengeluaran melatonin secukupnya.
Inilah cara untuk menjadikan seseorang yang mengalami sukar untuk tidur (kita istilahkan sebagai ‘a night owl’ ) kepada orang yang mudah bangun pagi (‘an early riser bird). Bersenam di awal pagi di bawah cahaya matahari yang tidak terik.
Tidak kira senaman yang kita lakukan, asalkan ia adalah aktiviti fizikal. Berjalan pun sudah memadai terutama bagi mereka yang sudah ada penyakit kronik. Begitu juga orang yang sudah berusia 45 tahun ke atas, kecuali mereka benar-benar fit.
Bersenam pada waktu pagi juga membantu merawat rasa kerunsingan (anxiety). Jika seorang yang mengalami masalah ini tidak sempat melakukan senaman pada waktu pagi, bolehkah mereka melakukannya pada waktu malam?
Menurut Dr Laage-Christiansen, lebih baik tidak melakukannya pada waktu malam dan menunggu pada waktu pagi pada hari yang lain. Ini kerana orang yang mengalami masalah kerunsingan selalunya lebih mudah akan mengalami masalah sukar tidur di waktu malam jika melakukan aktiviti fizikal pada waktu malam.
BERSENAM MALAM TIDAK BAGUS DILAKUKAN BERTERUSAN
Melakukan senaman pada waktu malam ketika tubuh sedang bersiap untuk rehat adalah bertentangan dengan fitrah dan jam biologi kita. Hormon stress akan menyebabkan tubuh dalam keadaan mood aktif, padahal sepatutnya pada waktu itu tubuh berada dalam mood rehat. Ini akan menyebabkan kita menjadi lebih sukar untuk tidur. Terutama jika dilakukan oleh pesakit yang ada masalah anxiety.
Memang benar, bersenam lebih baik dari tidak bersenam. Tetapi bersenam pada waktu malam tidak bagus dilakukan berterusan dan dilakukan sebagai amalan setiap hari. Ini kerana menyebabkan tubuh berada dalam keadaan stress pada waktu bukan sepatutnya.
Tidak menjadi masalah bila melakukan sesekali melakukan aktiviti bersenam pada waktu malam sebagai salah satu aktiviti bersosial tetapi bukanlah amalan yang baik jika dilakukan pada setiap hari dalam jangka masa yang lama berjam-jam.
BERSENAM MALAM PENYEBAB STRES
Seorang pakar dalam kajian tidur, Professor Poul Jennum dari Department of Clinical Medicine, di University of Copenhagen, Denmark, mengingatkan bahawa kita tidak seharusnya bersenam sebelum kita tidur atau selepas pukul 8 malam. Bersenam pada waktu ini akan menyebabkan kita berada dalam keadaan stress pada bukan waktunya dan ia mengganggu kitaran tidur kita.
Banyak kajian pada masa ini yang mengaitkan tubuh dan minda yang stress dengan masalah metabolik seperti penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan stroke. Penyakit-penyakit ini sudah tentu tidak berlaku pada jangka masa yang pendek, tetapi berada dalam keadaan stress pada jangka masa yang panjang akan menyebabkan masalah penyakit tersebut.
Jika tidak sempat bersenam di awal pagi, kita boleh bersenam selepas balik kerja di waktu petang. Bukan di waktu malam.
Semoga bermanfaat.
Boleh dapatkan banyak info lagi di fb saya Dr Zubaidi Hj Ahmad
Dr Zubaidi Hj Ahmad
Johor Bahru
Dapatkan 35% diskaun untuk barangan Adidas terpilih Bermula 19-21 Jun 2020 ni. Klik di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ketahui Punca Cara Rawatan dan Cara Untuk Mengatasi Kaki Kram
Kram kaki adalah berpunca daripada kesakitan pada spasme otot di kaki yang timbul kerana otot mengecut dan menjadi terlalu keras. Daerah yang paling sering mengalami masalah kram adalah otot betis di bawah dan di belakang lutut.
Faktor-faktor Penyebab Kram pada kaki anda :
Otot yang keletihan
Penggunaan pada otot kaki yang berlebihan
Kurangnya cecair elektrolit tubuh yang keluar melalui peluh
Penumpukan asam laktat ( hasil metabolisme di otot )
Terganggunya pengoksigenan tisu otot
Terganggunya peredaran darah ke tisu otot
Apa yang harus dilakukan apabila tiba-tiba mengalami kejang / kram pada kaki:
-Cari tempat duduk / tempat bersandar -Keluarkan alas kaki / kasut -Angkat telapak kaki yang sakit ke atas pangkuan -Jangan membongkok, kerana berjalan bongkok boleh menekan daerah perut -Perhatikan arah tekanan otot ketika terjadi serangan kejang: bila kejang menyebabkan jemari kaki dalam keadaan menguncup, gunakan tangan anda untuk secara perlahan-lahan menekan jemari kaki kearah atas sehingga membuka kembali. -Apabila kekejangan telah reda, urut tapak kaki agar aliran darah kembali lancar.
Serangan kekejangan akan menyebabkan penguncupan yang membuat otot menjadi singkat, terapi ke arah berlawanan dengan serangan kekejangan akan membantu membuat otot kembali memanjang, tetapi harus dilakukan dengan perlahan kerana gerakan secara paksa / tiba-tiba boleh berisiko merobek serabut otot itu.
Apa yang sebaiknya dilakukan apabila mengalami kejang / kram betis:
-Akan duduk atau bersandar pada dinding
-Secara perlahan-lahan, luruskan kembali lutut dengan bantuan tangan
-Jika lutut telah kembali lurus, urut betis untuk melancarkan peredaran darah
-Lakukan regangan kaki termasuk telapak kaki
-Meski kejang sudah reda, rehat dulu beberapa minit sebelum kembali aktif
Cara pencegahan kekejangan:
Menjaga keseimbangan cecair tubuh dengan cara banyak minum. Minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari, termasuk 1 gelas sebelum tidur. Juga perbanyakan minum sebelum, selama dan sesudah olah raga.
Pengambilan makanan yang kaya kalsium, potasium dan magnesium. Oya, 1-2 pisang sehari dapat mencukupi keperluan potasium kita.
Bila sering mengalami kejang betis ketika tidur, maka perlu melakukan pelemasan otot betis sebelum tidur, tidur dengan posisi yang menghalang otot betis tertekan, usahakan agar jari-jari dan tapak kaki tidak menghadap ke bawah semasa tidur
Elakkan menggunakan kasut dengan tapak tinggi, jika terpaksa menggunakan tapak tinggi dalam masa yang lama, sesekali lepaskan agar jari kaki mempunyai peluang untuk berehat
Pilih kasut yang tak terlalu ketat di bahagian hujungnya, agar jari-jari kaki tidak terlalu tertekan apabila melangkah dan mengakibatkan kurang lancarnya peredaran darah
Lakukan olah raga jari kaki iaitu dengan menggerak-gerakkan jari kaki sambil berdiri / duduk santai
Sering menenggelamkan kaki / jari-jari kaki di air hangat dan mengurut agar aliran darah lancar.
Sumber : Ramenpedas
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Malang tidak berbau, siapa menyangka kita yang sihat dan bertenaga kini boleh terlantar kesakitan keesokkan harinya. Setiap kisah kehidupan punya jalan ceritanya yang tersendiri.
Begitu juga dengan buku kehidupan Mohd hafiz dan Sahida. Kisah dari pada seorang lelaki yang bernama Hafiz ini mungkin boleh memberi pengajaran kepada kita supaya lebih berhati-hati dan selalu melakukan pemeriksaan kesihatan
Demam & Tubuh Membengkak
Januari tahun lalu mengubah kehidupan pasangan ini secara total. Hafiz sememangnya kuat berkerja. Setiap hari dia akan berulang alik ke tempat kerja dengan menaiki motosikal. Masih segar diingatannya pada petang itu ketika pulang dari tempat kerja, hujan turun dengan lebatnya. Basah meredah hujan menjadi perkara biasa bagi penunggang motosikal sepertinya. Tapi Siapa menyangka air hujan menjadi penyebab dan asbab dia terbaring kesakitan sekarang.
Setiba di rumah , badannya menjadi lemah dan tubuh mula membengkak. Paling ketara di bahagian mata pada keesokkan paginya. Badan Hafiz juga panas seperti demam.
Doktor menyatakan beliau hanya demam dan elergi namun setelah memakan ubat, bengkaknya masih tidak surut. Ini membuatkan hati si isteri tidak sedap dan tidak keruan.
Selah dibawa ke HUKM, doktor di sana mengesahkan Hafiz mengalami kebocoran buah pinggang tahap empat. Hampir terduduk mendengar kenyataan tersebut mememandangkan selama ini Hafiz sihat sahaja dan tidak pernah mengadu sakit.
Sudah Jatuh Di Timpa Tangga
Bermula dengan lumpuh, beberapa bulan kebelakangan ini matanya pula makin menyusut fungsinya. Lebih menghibakan pada pemeriksaan doktor yang lepas, kedua belah matanya buta kerana saraf rosak.Namun Hafiz tetap berdoa agar ada keajaiban berlaku dan matanya kembali boleh melihat seperti sedia kala. Hatinya begitu teringin untuk menatap wajah sang isteri yang berpenat lelah setiap hari menguruskan keperluannya hingga tidak cukup rehat dan tidur.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Hafiz diberikan kesihatan yang baik.
9 Tanda Awal Sakit Buah Pinggang
Masalah badan lemah, tidak bertenaga dan fikiran terganggu
Ia menyebabkan badan kita rasa cepat dan mudah letih. Fungsi otak juga akan turut terganggu menyebabkan kita berasa mudah lupa, pening, cepat mengantuk dan sukar untuk menumpukan perhatian.
Masalah susah hendak tidur
Masalah susah tidur diwaktu malam atau insomnia ini sering berpunca daripada beberapa faktor. Pertama, ia mungkin disebabkan masalah gangguan pernafasan ketika tidur (sleep apnea). Kedua, mungkin akibat masalah kegatalan kulit yang paling ketara mengganggu ketika waktu malam. Ketiga, masalah kekejangan otot kaki dan sindrom kaki gelisah (restless leg syndrome) akibat masalah saraf kaki juga antara punca insomnia. Kesemua gangguan ini menyebabkan pesakit sukar mendapatkan kualiti tidur yang baik, kerap terjaga diwaktu tidur malam dan berkecenderungan untuk lebih tidur pada waktu siang. Dan semua faktor ini melibatkan fungsi darah merah yang terganggu akibat masalah penyakit buah pinggang.
Masalah kulit kering dan gatal-gatal
Antara tugas utama buah pinggang ialah mengawal keseimbangan mineral dalam tubuh. Ia melibatkan proses keseimbangan paras kalsium dan fosforus di dalam darah. Kekurangan kalsium dalam darah menyebabkan kelenjar paratiroid yang terletak dileher untuk merembeskan hormon paratiroid. Hormon ini bertindakbalas melakukan mekanisma menyerap kembali kalsium daripada komposisi tulang untuk disalurkan ke dalam darah. Paras hormon paratiroid yang tinggi ini dikatakan boleh menyebabkan masalah kulit kering dan kegatalan. Selain itu, kandungan fosforus yang tinggi dalam darah juga boleh menyebabkan kesan yang sama.
Penyebab lainnya, bahan buangan atau toksin yang terkumpul dalam salur darah di bawah kulit juga juga adalah penyumbang utama masalah kulit kering dan gatal.
Masalah kencing terlalu kerap di waktu malam
Secara normalnya, orang dewasa kencing 4 hingga 6 kali sehari dan kebanyakkannya di waktu siang. Masalah kencing terlalu kerap atau polyuria boleh berlaku disebabkan oleh punca minum banyak air atau tanda normal bagi wanita sedang mengandung. Namun, jika tidak disebabkan punca biasa di atas, ia mungkin disebabkan oleh masalah buah pinggang. Kencing terlalu kerap di waktu malam dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang yang tidak dapat menyingkirkan bahan buangan dan toksin ketika aktif di waktu siang. Alternatifnya, ia dilakukan di waktu malam (rehat) dan menyebabkan tindakbalas perkumuhan urin yang kerap. Ataupun jika tidak, masalah kerap kencing ini mungkin juga disebabkan oleh petanda jangkitan pada pundi kencing atau masalah bengkak prostat. Oleh itu, saringan doktor amatlah penting untuk menganalisis kondisi masalah ini.
Masalah air kencing berdarah atau kencing kotor
Buah pinggang yang sihat akan menapis darah untuk mendapatkan nutrien serta mineral. Ia juga mengekalkan sel darah merah tetap di dalam darah. Apabila berlaku kerosakan buah pinggang, mungkin sedikit kebocoran darah akan keluar bersama air kencing menyebabkan berlakunya kencing berdarah atau kencing kotor. Namun, Kencing kotor atau berdarah mungkin juga membawa petanda kewujudan tumor, batu karang atau jangkitan kuman yang berkaitan dengan buah pinggang.
Masalah air kencing berbuih
Kencing berbuih juga berlaku akibat masalah sistem penapis buah pinggang bocor atau telah rosak; lebih dikenali sebagai nephrotic syndrome. buah pinggang yang sihat akan menapis dan membuang lebihan cecair serta bahan buangan tubuh yang terkandung di dalam darah, dan hanya mengambil protein serta nutrien penting. Kebocoran protein albumin akibat kerosakan penapis buah pinggang menyebabkan kepekatan air kencing meningkat dan ditandai dengan simptom kencing berbuih.
Masalah mulut berbau dan hilang selera makan
Pengumpulan bahan buangan dalam darah turut memberi kesan mulut yang berbau busuk seperti ammonia. Disamping itu, ia juga menyebabkan komplikasi deria rasa lidah yang kurang enak pada makanan. Secara tidak langsung, ia juga akan menyebabkan sindrom hilang selera makan. Lebih teruk lagi, ia menyebabkan rasa kurang selesa pada perut dan mencetuskan rasa loya dan kerap berasa hendak muntah
Masalah bengkak kaki dan mata
Masalah bengkak kaki atau edema adalah biasa bagi ibu mengandung. Namun bagi lelaki atau wanita yang tidak hamil, ia mungkin petanda masalah pada buah pinggang. Mereka yang mengalami masalah penyakit buah pinggang mungkin tidak dapat menyingkirkan dengan sempurna lebihan cecair dan garam sodium yang terdapat di dalam darah. Justeru, tekanan aliran dalam salur darah meningkat pada kawasan tertentu tubuh. Terutamanya pada pergelangan kaki dan sekitar mata. Bagi masalah penapis buah pinggang rosak (nephrotic syndrome) pula, kekurangan protein albumin dalam darah menyebabkan kestabilan isipadu darah terganggu. Buah pinggang cuba bertindakbalas untuk mengawal isipadu darah dengan mengekalkan kandungan garam dalam darah. Akibatnya, lebihan cecair tubuh akan terkumpul dan mencetuskan edema.
Masalah kekejangan otot
Kekejangan otot atau “muscle cramp” adalah petanda biasa berkaitan penyakit buah pinggang. Ia menyerang secara berkala dalam masa beberapa saat atau beberapa minit. Kebiasaannya berlaku di bahagian belakang betis kaki.
Ia mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dan elektrolit tubuh atau berlaku kerosakan saraf atau juga disebabkan masalah aliran darah. Kesemuanya melibatkan fungsi kerja buah pinggang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.