Pemakaian sneakers putih sentiasa evergreen dan tidak pernah lapuk ditelan zaman. Ia juga dianggap item fesyen yang paling mudah untuk disuai padan dengan apa jua pakaian.
Namun, ada satu perkara yang orang berfikir dua kali untuk membeli sneakers putih iaitu ia sukar untuk dijaga. Lebih-lebih, ia mudah kotor apabila kena pijak.
Bagi mengatasi masalah sneakers putih cepat kotor, MASKULIN kongsikan tujuh tip dan cara membersihkan sneakers putih agar ia kekal cantik macam baru unbox.
Cara ini sesuai untuk sneakers putih daripada material getah dan kanvas. Campurkan sedikit sabun mandi ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, gunakan span lembap dan gosok perlahan-lahan pada kekotoran yang ada pada sneakers putih. Selepas itu, jemurkan sneakers putih agar ia kering.
2. Gosok dengan span Magic Eraser
Ads
Magic Eraser ini anda boleh dapatkan di kebanyakan pasar raya. Span ini ternyata boleh membersihkan segala kekotoran dengan mudah. Anda hanya perlu gosokkan span ini pada kekotoran pada sneakers putih anda terutamanya pada bahagian getah.
Gunakan berus gigi yang anda tak mahu gunakan lagi. Sapukan dengan ubat gigi dan percikkan sedikit air pada sneakers putih. Selepas itu, sentalkan bahagian sneakers putih yang kotor hingga bersih.
Ads
4. Gunakan sabun cuci pinggan atau syampu sebagai alternatif
Sabun jenis ini juga boleh digunakan untuk membersihkan sneakers putih anda. Caranya sama seperti kaedah nombor satu, cuma pastikan anda mengawal sedikit penggunaan cecair pada sneakers putih anda.
Gunakan cecair peluntur apabila keadaan darurat sahaja. Ini kerana, ia akan membuatkan fabrik kasut anda mudah terhakis. Kombinasi yang sesuai adalah ¼ bahan peluntur dan ¾ air biasa. Sentalkan dengan berus gigi dan pastikan anda memakai sarung tangan, bimbang ia boleh membuatkan kulit tangan anda pedih.
6. Elak cuci sneakers dalam mesin basuh
Jangan campak sneakers putih anda ke dalam mesin basuh. Suhu panas di dalam mesin basuh akan membuatkan sneakers putih anda bertukar menjadi kuning. Bayangkan kalau anda membeli sneakers putih berharga RM350, lepas cuci dalam mesin terus susut nilai sneakers putih anda itu.
7. Letakkan uncang teh untuk sedut bau busuk
Tidak dinafikan, ada di antara kita yang menghidapi penyakit kaki dan tangan berair. Bila berair, maka pelbagai bau akan timbul. Jadi, selepas anda membuka sneakers, letakkan uncang teh di dalam sneakers untuk menyegarkan bau sekali gus menghilangkan bau busuk pada sneakers anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berkonsep UNIQLO is LifeWear dengan melalui rekaan pakaian yang menjadi kehidupan lebih baik dan selesa. Ianya pakaian yang direka khas sesuai untuk semua lapisan budaya dan gaya hidup, UNIQLO percaya invidualiti tidak datang dari pakaian tapi cara mereka berpakaian.
Koleksi Spring/Summer 2018 dari UNIQLO untuk lelaki dan wanita yang gemar bergaya kasual ketika ke pejabat atau bercuti. Warna-warna ceria dan segar sesuai dengan musim percutian dan paling penting fabrik AIRism membuatkan ia selesa dipakai sepanjang hari.
Bagi pilihan untuk kasual pejabat pula dari acuan warna-warna sejuk dan bercetakan garisan untuk konsep minimal.
Dapatkan Koleksi Spring/Summer 2018 di stor UNIQLO di seluruh negara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hari ini semua orang mahu menjadi pereka fesyen. Tidak kira dari segi fesyen apa, semuanya mahu berkarya dalam industri fesyen. Sama ada lelaki mahupun perempuan, masing-masing bersaing untuk menjadi yang terbaik dan mahu mencipta karya artistik yang unik dan akhirnya membawa mereka ke dimensi populariti yang tak pernah dijangka. Saya kira di Malaysia sudah ramai yang berani mempamerkan helaian baju mahupun tudung dari pelbagai warna, rekaan, pilihan fabrik mahupun function sesuatu design itu. Apa yang menjadi persoalannya, setakat mana nilai kualiti sesuatu design itu, dan sejauh mana setiap pereka fesyen khususnya pereka muda itu mampu untuk berdiri kukuh dalam industri fesyen Malaysia?
Minat saya untuk berkongsi seketika pengalaman sewaktu menyertai fashion exhibition yang berlangsung di Olympia, London pada Februari lepas. Pameran fesyen yang saya kira berskala besar itu disertai bukan sahaja jenama fesyen dari negara Britain, malah negara dari seluruh pelosok dunia. Bagi saya ianya amat bagus. Memberi peluang serta ruang untuk jenama dari negara kita untuk lebih memahami tentang konsep pasaran U.K terutamanya tentang kriteria yang mereka inginkan untuk menembusi pasaran sana. Bukan itu sahaja, malah perbincangan bersama beberapa buyers dan juga pereka fesyen dari negara lain, memberi saya gambaran luar tentang betapa besar dan kuatnya industri fesyen dunia. Pemandangan, pandangan dan kotak fikiran saya lebih berkembang luas dalam memahami definisi sebenar fesyen itu.
Pameran Pure London ini antara event terbesar yang dianjurkan di negara itu untuk meraikan industri seni fesyen dan dalam masa yang sama, ia menguatkan sistem ekonomi dunia fesyen apabila kesemua potential buyers “turun padang” untuk melihat dan mengenali jenama-jenama fesyen yang bagi mereka sesuai dimasukkan ke dalam pasaram U.K. Seperti yang kita sedia maklum, pasaran U.K adalah salah satu pasaran besar dalam dunia fesyen, jadi sudah pasti persiapan dari segi jawapan yang bakal ditanya oleh mereka, disiap atur untuk memastikan kekuatan jenama itu terus terjamin. Nah! Bukan tentang persiapan yang ingin saya bincangkan, tetapi tentang bagaimana setiap jenama mengatur strategi mereka untuk lebih kukuh dan kuat dari segi pemasaran mereka.
Saya sempat berbual serta berbincang dengan beberapa pereka fesyen mahupun pengasas syarikat fesyen mengenai asas perniagaan mereka juga tentang strategi pemasaran yang mereka terapkan untuk memastikan jenama mereka terus dikenali ramai. Terpegun sebentar apabila rata-rata dari mereka sudah punya pelan untuk 5 tahun akan datang. Pun begitu, masalah kewangan antara perkara utama yang membataskan sedikit segala proses. Ada juga beberapa pereka fesyen dari Britain sendiri yang menghadapi kesukaran yang sama, walaupun mereka berasal dari negara itu. Nah! Bukan mudah bukan untuk mencipta legasi yang besar. Semua pereka muda yang saya kenali di pameran Pure London itu, semuanya bagai sudah bersedia untuk mengembangkan lagi sayap jenamanya. Berdiskusi mengenai perihal ekonomi, kewangan, juga trend terkini, semuanya kian rancak berbual, berkongsi idea dan juga bersama-sama mengharapkan kejayaan pada jenama masing-masing. Terang lagi bersuluh, mereka ini, walaupun pereka baru, yang berasal dari pelbagai latar belakang, sudah bijak dalam mengatur langkah mengembangkan sayap perniagaan mereka. Anda pula?
FASHION IS BUSINESS, BUSINESS IS MONEY!
Sejujurnya bagi saya, untuk menjadi seorang fashion designer berbeza dari seorang successful or good designer. Dua istilah yang berlainan. Hingga hari ini, barangkali ramai yang terkeliru dengan dua istilah ini. Mereka mungkin meminati fesyen, tapi hanya untuk populariti tanpa memikirkan nilai etika dalam dunia fesyen. Dan ada pula yang menceburi bidang fesyen hanya untuk mengaut keuntungan. Apa yang paling merugikan apabila mereka yang mempunyai ilmu dalam fesyen dan minat yang mendalam dalam seni reka fesyen, tetapi langsung tidak tahu bagaimana untuk menjual mahupun mengaut keuntungan hasil dari rekaan mereka. Untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya, ia bukan sahaja tertumpu pada satu aspek sahaja, malahan ia melibatkan beberapa aspek yang lain. Maksud saya, ia bukan tertumpu mengenai ilmu fesyen itu semata-mata. Bukan hanya melibatkan ilmu menjahit, pattern drafting, fabrikasi, pilihan paten warna, mahupun ilmu drapping. Ya! Memang benar, untuk menceburi bidang ini, anda harus menjadi seorang yang kreatif dan inovatif. Tetapi kita harus melihat dari sisi ideologi yang berbeza untuk menjadi pereka fesyen yang berjaya. Anda harus sedar, apabila anda menjadi seorang fashion designer, maka secara tidak langsung ia meletakkan anda sebagai seorang entrepreneur. Jadi, mahu atau tidak, anda harus tahu mengenai segala elemen wajib dalam konteks business itu sendiri.
How well do you manage your business? How good you control your cash flow? I mean cash in and cash out? How confident do you feel in your ability to manage them?
Kadang-kala, apabila berbicara mengenai ilmu yang mempunyai kaitan dengan ilmu business ini, bunyinya sedikit bosan. Finance, account, marketing, income statement, balance sheet dan sale.Tetapi, inilah hakikatnya. Realiti. Mahu ataupun tidak, ini adalah perkara asas yang begitu penting dalam menjadikan hayat sesuatu perniagaan itu berada dalam jangka masa panjang dan mampu untuk bersaing dengan jenama yang lain. Fashion is business, and anything that related to business is in monetary terms! Jadi, begitu penting adanya team yang bagus yang memahami konsep perniagaan anda dengan fasih. Title fashion designer meletakkan anda sebagai seorang ketua dalam satu organisasi itu. Sebagai seorang ketua, semua aspek di atas ini harus diberi penekanan supaya setiap keputusan mahupun cadangan dibuat dengan relevan. Work smart not work hard. Saya begitu tertarik mengenai isu yang berlaku pada jenama mewah Burberry dan Mulberry yang mendapat “profit warning” Jelas, bukan? Alangkan jenama ini yang saya kira sudah senior dalam arena fesyen seantero dunia juga menghadapi masalah mengenai tahap penjualan mereka. Pada tahun 2015, sekali lagi dari kelompok “high-end fashion” jenama Michael Kors, juga menghadapi situasi yang sama di mana peratusan jualan merundum pada beberapa bulan pada tahun 2015. Ini secara tidak langsung menjejaskan imej jenama-jenama ini sebagai salah satu jenama mewah dalam dunia fesyen. Apa yang penting, setiap pelan yang dibuat dalam sebuah organisasi itu harus telus dan kukuh. Saya percaya daripada pelan yang sistematik maka dapat menjana strategi yang efektif. Itu yang paling penting.
“Fashion is not something that exists in dresses only. Fashion is in the sky, in the street, fashion has to do with ideas, the way we live, what is happening”- Coco Chanel.
Mungkin sesetengah pereka menginterpretasikan maksud fesyen itu sebagai salah satu cara untuk mereka berkongsi mengenai rasa, emosi, dan perasaan mereka dalam bentuk yang lebih artistik. Maka, ia lebih jelas dilihat dalam setiap perincian rekaan. Termasuklah dari segi fabrik, tekstur, dan juga pilihan warna. Apa-apa pun, sebagai seorang pereka fesyen, anda harus tahudefinisi sebenar fesyen kerana bagi saya itu adalah perkara asas yang wajib difahami. Dari situ, barulah pelbagai idea rekaan dapat direka dan akhirnya dapat mempersembahkan sebuah rekaan yang menarik dan berkualiti tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dua jenama besar yang masing-masing mempunyai pengaruh yang cukup kuat di kalangan penggemar fesyen. Jika Levi’s sinonim dengan seleksi denim dan jeans, Stüssy pula dikenali sebagai di antara jenama fesyen jalanan yang sangat berpengaruh.
Selepas menampilkan kolaborasi buat pertama kali pada awal tahun ini, Levis dan Stüssy bakal memperkenalkan koleksi kolaborasi terbaru mereka yang akan dipasarkan di Malaysia bermula esok, 10 November 2023.
Menurut kenyataan media dari duajenama ini, koleksi ini hadir sebagai penghormatan kepada negeri asal jenama mereka di California. Bagi koleksi kali ini Stüssy dan Levi’s® kembali dengan kapsul baharu yang membawakan rekaan pengenalan estetika Stüssy kepada helaian ruji Levi’s.
Kepelbagaian yang ditampilkan pada kali ini memberikan tumpuan kepada rangkaian jaket trucker dan seluar jean yang tersedia dalam tiga warna tersendiri. Seleksi warna hitam, perang dan merah jambu hadir dengan persona gaya yang cukup bergaya dengan siluet ungguldari Levi’s.
Koleksi ini dihasilkan dengan menggunakan fabrik jacquard yang disudahi dengan pewarna pakaian dua tona nyata menyerlahkan hasil unik pada setiap helaian dengan kesan vintaj.
Levi’s telah lama dikenali dengan potongan denimnya yang mudah dikenal, menjadi keperluan dalam almari pakaian orang Amerika selama beberapa dekad.
Dengan kolaborasi Stüssy, label ini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai elemen utama dalam industri pakaian sambil memperluas kehadirannya melalui elemen-elemen penting streetwear.
Berharga antara RM759 ke RM899, koleksi kapsul Stüssy & Levi’s® ini boleh didapati secara eksklusif di butik Levi’s® Suria KLCC mulai Jumaat, 10 November 2023.
Jadi buat anda yang mungkin peminat kepada dua jenama atau koleksi kolaborasi yang cukup terhad seperti ini pastinya tidak mahu melepaskannya.
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.