Cuaca panas yang melanda negara sejak akhir-akhir ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan badan menjadi panas. Tahap kepanaskan dia kadang kala sampai berpeluh-peluh kita dibuatnya kalau berada dalam rumah, walaupun kipas dah buka sampai habis limit sampai tidur tak lena.
Keadaan ini juga menyebabkan badan kita sering panas dalam dan menyebabkan tekak terasa kering, badan lemau, berpeluh sepanjang masa dan pening kepala kalau dah sampai tahap panas hingga ke kepala.
Cubalah mana-mana petua di bawah ini untuk menghilangkan atau menurunkan panas badan.
Ads
1) Minum jus dari sebiji lemon dengan bancuhan bersama segelas air dan sedikit gula.
2) Kisar sebiji timun hingga halus, tambahkan sedikit garam dan gula. Minum setiap pagi, petang dan malam selama beberapa hari.
Ads
3) Tebuk sebiji kelapa muda dan masukkan sesudu besar jintan manis ke dalamnya. Biarkan semalaman dan minum semua airnya sehingga habis pada keesokan pagi. Cuba amalkan seminggu sekali.
4) Kisar sebiji buah belimbing bersama segelas air kosong tanpa ditambah gula. Tapis dan minum airnya 2 kali sehari
5) Lumurkan lendir daun aloe vera ke ubun-ubun, bahagian bawah ketiak serta dada.
6) Layur 2 pelepah daun pisang. Letakkan satu di atas lantai, baring di atasnya manakala satu lagi untuk menyelimuti tubuh dari atas. Lakukan 3 kali sehari
Ads
7) Ramaskan asam jawa dengan semangkuk air. Sapukan air tersebut ke bahagian ubun-ubun dan seluruh kepala serta lain-lain bahagian badan sebelum tidur.
8) Paling mudah minum banyak air kosong. Mudah buang air kecil yang turut membawa keluar haba dari dalam badan.
Boleh juga minum air cap badak bila badan panas.
Selamat mencuba dan silakan share!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai yang mengambil dan mengunakan cuka epal sebagai altenatif untuk kurus . Namun persoalannya selamatkah pengambilan cuka epal ini dalam jangka masa yang panjang. Benarkah cuka epal ini mampu mengakis perut dan mengakibatkan kanser ?
Namum melalui perkongsian ilmu dan penjelasan saintifik dari doktor Hafiz Sulaiman ini mampu mengungkap persoalan kita semua. Dimana beliau menjelaskan jika mengamalkan dengan cara yang betul, korang akan mendapat kesan baik dan positif pada tubuh dan jangan lakukan 3 kesilapan ini ketika mengamalkan cuka epal.
Mungkin ramai yang berani bersumpah dia jadi kurus sebab ambil cuka epal, cuka kurma atau cuka tin tanpa sebarang kesan sampingan. Korang percaya tak?
Betul ke berkesan? Saya nak ulas sedikit dari sudut saintifik. Kajian sebenarnya bercampur ada yang dapat keputusan positif dan ada yang tak dapat kurus seperti diharapkan. Betul ke tiada kajian klinikal kesan positif cuka epal ini? Tak sampai 5 minit pencarian saya terjumpa kajian bukti yang bagus (RCT) mengenai penggunaan cuka ini.
Kajian RCT ke atas subjek orang Jepun yang obes mendapati berat badan, BMI, lemak dalaman (viseral), ukur lilit pinggang serta paras lemak jahat trigliseride berkurangan secara ketara. .
Baru-baru ini, kecoh mengenai perkongsian pengalaman seorang pengguna cuka epal jenama Braggs. Saya rasa baik jika saya ulas beberapa kemungkinan kesilapan penulis bukan untuk mengaibkan tetapi sebagai panduan dan boleh dijadikan iktibar.
Pada waktu bulan puasa, badan kita lazimnya tinggi stress. Stres lebih tinggi bagi mereka yang ada alahan seperti pesakit gastritis, GERD, ekzema dan asma. Stres ini lah yang meningkatkan histamin. Histamin akan naikkan asid perut dan keradangan jadi teruk jika kita sudah ada masalah pencernaan. Saya ada jelaskan pada ramadhan lepas. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1795885707104901&id=100000504674719
Cuka merupakan makanan peram tinggi histamin. Jadi adalah kurang sesuai mula ambil cuka dengan kuantiti sudu. Mulakan dengan perlahan..2-3 titik dan naikkan kuantitinya sehingga toleran. Bukan semu orang boleh mula terus satu sudu.
.
Kalau perut kita tahap nenek moyang tiada masalah. Namun hakikatnya ramai kita mempunyai perut jenis manja. Usah berani mengikut saranan ambil cuka epal dengan perut kosong bancuh air ataupun madu (ambil madu lagilah tinggi stres..orang kata tajam). Bukan tak boleh untuk semua orang..tetapi untuk kebanyakan orang, adalah lebih sesuai ambil selepas makan.
Waktu pagi pula adalah lebih sesuai pengambilan cuka ini. Penyakit keradangan seperti radang gastrik lebih biasa menyerang pada waktu malam. Follower saya tentu arif sudah bukan. Ini kerana hormon antiradang kortisol menurun pada waktu malam. .
Botol plastik apa gred sekalipun akan luluh apabila terkena asid asetik di dalam cuka. Bahan yang luluh ini bukan sahaja mungkin menggangu hormon, malah meningkatkan histamin dan seterusnya asid perut.
Kenapa sakit macam nak bersalin? Ilmu ini khas kepada follower protokol histamin saya, berlebihan histamin menurut kajian saintifik memang boleh menyebabkan sakit senggugut dan secara teorinya, bengkak peranakan juga.
Kesimpulannya, cuka semulajadi ni makan sihat dan terbukti berupaya membantu kesihatan kita antaranya mengurangkan berat badan. Gunakanlah dengan kaedah yang betul terutamanya bagi mereka yang sudah ada masalah kesihatan. Konsult dulu doktor dan jangan cuba-cuba tanpa ilmu. Selalunya makanan semulajadi ni bila datangkan reaksi, adalah berkait rapat dengan masalah kesihatan kita.
.
SHARE sebab ramai yang keliru dengan perkongsian viral tu.
Semoga perkongsian merungkai misteri dan menjawab tohmahan dan sangkaan buruk terhadap cuka epal, cuka kurma dan yang seumpamanya.
Cuka ni boleh baiki perut, boleh rosakkan perut juga.
Sumber : Hafiz Sulaiman,
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bayam kaya dengan sumber zat besi, vitamin A, C dan protein. Ia juga mengandungi asid omega-3, magnesium, kalium, kalsium dan besi. Ini membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat dan rambut berkilau.
Oat kaya dengan serat, zink, zat besi, asid lemak omega-6 dan asid lemak tak tepu (PUFAs) yang merangsang pertumbuhan rambut dan akan menjadikan rambut anda lebih tebal dan sihat.
Strawberi boleh dikatakan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kecantikan. Strawberi mengandungi tahap silika yang tinggi. Silika adalah mineral yang penting untuk kekuatan rambut dan pertumbuhan rambut.
Avacod mempunyai sumber vitamin E yang meningkatkan peredaran darah dan membantu folikel bekerja lebih cekap untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia juga mengekalkan keseimbangan paras minyak dan PH yang jika melebihi dapat menyumbat folikel rambut dan menghentikan pertumbuhan rambut.
Telur adalah sumber protein dan biotin yang hebat, dua nutrien yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut. Makan protein yang mencukupi adalah penting untuk pertumbuhan rambut kerana folikel rambut dibuat kebanyakkan dari protein. Kekurangan protein dalam diet boleh menyebabkan keguguran rambut.
Ikan berlemak seperti salmon, herring dan mackerel mempunyai nutrien yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut. Sumber asid lemak omega-3 yang sangat baik, yang dikaitkan dengan pertumbuhan rambut.
Memasukkan lobak dalam diet anda adalah kunci untuk rambut panjang dan berkilau. Diketahui baik untuk mata, lobak mengandungi Vitamin A yang juga meningkatkan pertumbuhan rambut.
Ringkasannya apa yang anda makan boleh memberi kesan besar pada kesihatan rambut. Kekurangan nutrien yang betul termasuk vitamin A, C, D dan E, zink, vitamin B, besi, biotion, protein dan asid lemak boleh melambatkan pertumbuhan rambut atau menyebabkan rambut gugur. Jadi sila amalkan pemakanan sihat untuk pertumbuhan rambut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Paling tidak selesa sewaktu bersenam mahupun jalani aktiviti di gimnasium apabila terkena wayar-wayar berselirat di bahagian kepala. Jadi kali ini Jabra Malaysia telah mengumumkan beberapa lagi siri Elite di pasaran tempatan, termasuklah versi yang lebih tahan lasak iaitu Jabra Elite Active 65t dan juga Elite 65e dan Elite 45e. Siri Elite merupakan siri yang menyokong sambungan tanpa wayar terhebat! Kini anda akan lebih stailo dan selesa di gimnasium.
Elite 45e
Direka untuk pengalaman suara dan muzik terbaik. Elite 45e adalah untuk pengguna yang mahukan gabungan pengalaman suara dan muzik yang terbaik pada headset dengan reka bentuk yang tidak menonjol dan padanan yang baik. Headset neckband lembut (dengan memory wire) ini mempunyai faktor rupa bentuk yang ringan dan penyelesaian mikrofon kotak yang unik yang membawakan komunikasi suara yang paling jelas pada mana-mana headphone stereo wayarles.
Elite 65e
Dihasilkan untuk membawakan panggilan dan muzik wayarles yang terbaik dalam kelasnya. Elite 65e memberikan dua peringkat pembatalan bunyi termasuklah penyelesaian utama oleh Jabra iaitu Active Noise Cancellation (ANC) menerusi 2 mikrofon dalam setiap earbud untuk membawakan pembatalan bunyi yang memenuhi standard dagangan. Ia juga membawakan kualiti perbualan yang luar biasa dengan teknologi tiga mikrofon yang menghasilkan zon penghalang bunyi – untuk memastikan suara anda disampaikan dengan begitu jelas sekali.
Elite Active 65t
Direka untuk pengguna aktif yang mahukan pengalaman suara dan muzik wayarles sebenar semasa sedang melakukan aktiviti senaman. Jabra Elite Active 65t adalah untuk mereka yang menginginkan ciri-ciri Elite 65t, tetapi boleh menggunakan earbuds tersebut dalam persekitaran sukan atau ketika menjalani latihan. Earbuds ini mempunyai cengkaman yang lebih baik, menerusi salutan khas, akselerometer bersepadu bagi ciri-ciri pengesanan, dan pensijilan IP56 bagi peluh, air dan habuk. Dengan Elite Active 65t, pengguna dapat mendengar muzik selama lima jam dengan sekali cas dan ia disertakan dua pengecas tambahan pada cradle.
Ciri-ciri utama rangkaian Elite
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dibintangi oleh Hanna Delisha dan Shukri Yahaya, musim baharu 'Andai Itu Takdirnya 2' ini hadir dengan cerita yang jauh lebih matang, lebih realistik dan penuh tekanan emosi.