Cuaca panas yang melanda negara sejak akhir-akhir ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan badan menjadi panas. Tahap kepanaskan dia kadang kala sampai berpeluh-peluh kita dibuatnya kalau berada dalam rumah, walaupun kipas dah buka sampai habis limit sampai tidur tak lena.
Keadaan ini juga menyebabkan badan kita sering panas dalam dan menyebabkan tekak terasa kering, badan lemau, berpeluh sepanjang masa dan pening kepala kalau dah sampai tahap panas hingga ke kepala.
Cubalah mana-mana petua di bawah ini untuk menghilangkan atau menurunkan panas badan.
Ads
1) Minum jus dari sebiji lemon dengan bancuhan bersama segelas air dan sedikit gula.
2) Kisar sebiji timun hingga halus, tambahkan sedikit garam dan gula. Minum setiap pagi, petang dan malam selama beberapa hari.
Ads
3) Tebuk sebiji kelapa muda dan masukkan sesudu besar jintan manis ke dalamnya. Biarkan semalaman dan minum semua airnya sehingga habis pada keesokan pagi. Cuba amalkan seminggu sekali.
4) Kisar sebiji buah belimbing bersama segelas air kosong tanpa ditambah gula. Tapis dan minum airnya 2 kali sehari
5) Lumurkan lendir daun aloe vera ke ubun-ubun, bahagian bawah ketiak serta dada.
6) Layur 2 pelepah daun pisang. Letakkan satu di atas lantai, baring di atasnya manakala satu lagi untuk menyelimuti tubuh dari atas. Lakukan 3 kali sehari
7) Ramaskan asam jawa dengan semangkuk air. Sapukan air tersebut ke bahagian ubun-ubun dan seluruh kepala serta lain-lain bahagian badan sebelum tidur.
8) Paling mudah minum banyak air kosong. Mudah buang air kecil yang turut membawa keluar haba dari dalam badan.
Boleh juga minum air cap badak bila badan panas.
Selamat mencuba dan silakan share!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berjalan semasa tidur, walaupun bukan sejenis gangguan yang mengancam nyawa, namun memberi risiko kepada individu berkenaan dan orang lain.
Lebih-lebih lagi tidur berjalan ini bukan gangguan yang terpencil tetapi biasa dihidapi golongan kanak-kanak dan awal remaja.
Mereka bukan sahaja boleh berjalan semasa tidur, tetapi juga boleh melakukan perbuatan seperti membuang air di dalam tandas, memandu kereta, bercakap, membuka pintu almari atau lebih bahaya lagi boleh mencederakan orang lain dan membunuh tanpa menyedarinya.
Penyakit berjalan semasa tidur ini biasanya berlaku pada kanak-kanak dan awal remaja yang berumur lingkungan tiga hingga 14 tahun.
“Kebiasaannya penyakit itu hilang dengan sendirinya ketika pesakit berusia lewat remaja,” katanya.
Kanak-kanak dan awal remaja lebih mudah mendapat masalah ini berbanding orang dewasa disebabkan kitaran tidur mereka yang masih belum matang seperti orang dewasa.
Kebiasaannya satu kitaran tidur yang lengkap dengan pergerakan mata pantas atau Rapid Eye Movement (REM) dan bukan REM, mengambil masa selama kira-kira 90 hingga 100 minit dan setiap malam seseorang itu melalui beberapa pusingan tidur REM dan bukan REM.
Setiap pusingan itu dibahagikan kepada lima fasa dan tidur berjalan dikatakan berlaku semasa nyenyak di dalam tidur bukan REM (fasa tiga atau empat) di awal malam.
Seseorang itu kebiasaannya melalui kitaran tidur hingga peringkat empat dan lima secara puratanya.
Namun apa yang berlaku pada kanak-kanak dan awal remaja, putaran tidur mereka hanya sampai ke peringkat empat.
Tambahan pula, putaran peringkat tiga dan empat kanak-kanak dan awal remaja itu tidak sama dengan dewasa.
“Terdapat perkara-perkara sensitif yang berlaku pada fasa tiga dan empat yang menyebabkan kecenderungan untuk berlaku sleepwalking.
” Sebab itu pada peringkat akhir remaja, kebanyakan 80 hingga 90 peratus penyakit tidur berjalan yang dihadapi hilang sebab putaran fasa tidur mereka telah matang,” katanya.
Tingkah laku
Mereka yang mengalami masalah tidur berjalan, kebiasaannya tidak akan mencederakan dirinya sendiri.
Selain sukar untuk bangun, mereka juga tidak memberi tindak balas ketika bercakap.
“Ketika ia berlaku, mata pesakit akan terbuka dan kelihatan berkaca-kaca namun tidak ada memori ketika itu yang menyebabkan mereka tidak ingat apa yang berlaku.
“Kalau dia bercakap pun, butiran perkataan yang keluar itu perlahan dan sukar difahami. Senang kata, istilahnya, bercakap merepek,” katanya.
Kebiasaannya, mereka akan duduk di atas katil dan kemudian berjalan serta melakukan perbuatan yang berulang-ulang.
Ketika itu jangan dikejutkan mereka, sebaliknya perlahan-lahan tunjukkan mereka supaya kembali tidur.
“Penderita juga tidak melaluinya setiap malam, sebaliknya berlaku secara berkala, mungkin seminggu sekali, atau sebulan sekali.
Cara atasi
Kebiasaannya doktor akan mengenal pasti faktor yang menyebabkan berlaku masalah bagi memudahkan dirujuk pada pakar tertentu.
Sebagai contoh, sekiranya berpunca daripada denyutan jantung yang tidak teratur, pesakit akan menasihatkan pesakit merujuk kepada pakar jantung.
Namun sekiranya membabitkan tekanan perasaan, trauma yang dahsyat atau masalah tidur yang tidak teratur, beberapa langkah perlu diambil untuk menangani tekanan.
Teknik-teknik menenangkan jiwa yang boleh dilakukan antaranya ialah meditasi, yoga atau zikir bagi orang beragama Islam.
Untuk membantu penderita tidur berjalan, aspek keselamatan harus dititik beratkan di dalam bilik atau di dalam rumah bagi mengelakkan kecederaan.
“Walaupun mereka tidak akan mencederakan dirinya, namun dibimbangi barang-barang di dalam rumah yang tidak selamat boleh mencederakan mereka seperti benda tajam dan yang mudah pecah seperti kaca yang perlu dijauhi.
Langkah lain dengan memasang pintu keselamatan di luar bilik mereka atau di tangga serta menambah kunci keselamatan pada pintu bagi mengelakkan seseorang yang tidur berjalan ini keluar dari rumah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Orang lelaki jangan buat ‘derk’ dengan tanda-tanda fizikal pada badan korang yang mungkin menjadi petunjuk awal penyakit-penyakit berbahaya. Ikuti 5 tanda-tanda mudah ini demi kesihatan korang.
Untuk lelaki dewasa yang sihat, kadar denyut nadi normal adalah sekitar 70-75 denyutan sesaat. Cara nak ukur senang je. Letakkan dua jari di urat nadi pergelangan tangan lalu hitunglah sambil melihat jam selama 15 saat. Kemudian darabkan jumlah denyutan yang korang dapat tadi dengan 4 untuk mendapatkan nilai per minitnya.
Yang ini senang je. Jika pengambilan air kosong cukup, air kencing akan bewarna putih jernih. Sebaliknya jika korang asyik minum air manis atau kurang minum air, warna air kencing kuning pekat atau gelap. Kalau dah kuning bertukar semakin pekat ke warna kemerahan dan bau yang agak kuat, baik korang lekas pergi jumpa doktor.
Jika kuku korang sihat, ia akan bewarna merah muda. Untuk kuku ini korang tak perlu risau sangat. Sesetengah lelaki kukunya bewarna kuning yang mungkin menandakan masalah pernafasan. Tapi kalau kuku berlekuk hati-hati kerana ia mungkin simptom awal penyakit diabetis. Jadi, rajin-rajinglah periksa kuku korang bila ada masa.
Untuk lelaki normal, korang mampu menghasilkan cairan air mani kira-kira 2-5ml ketika ejakulasi. Tepi kena ingat juga semakin korang berusia, air mani akan berkurangan. Jika muda-muda lagi air mani tak sampai 2ml itu mungkin tanda penyakit hypersermia yang mempengaruhi kesuburan lelaki. Selain itu, korang kena check juga warna air mani. Air mani lelaki yang sihat biasanya bewarna putih dan pekat. Kalau air mani korang cair sangat atau mengandungi darah, kena cepat berjumpa doktor.
Yang ni pun senang juga. Kulit yang sihat bersifat elastik dan kembali normal, contohnya bila dicubit. Kalau badan korang kekurangan air, dah lama cubit pun kulit masih tak kembali kepada posisi asal. Baik korang test cubit tangan korang sekarang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mempunyai buah dada lelaki adalah mimpi ngeri yang dahsyat kepada manusia apa-apa. Ini telah berlaku beberapa lelaki dan bra untuk lelaki telah dibangunkan untuk menyelamatkan keadaan. Buah dada lelaki disebabkan oleh tiga unsur utama, menggunakan steriod anabolik berat badan yang berlebihan atau mengalami keadaan perubatan yang dikenali sebagai gynecomastia. Memahami akar dua faktor ini akan membuat ia mudah untuk memahami cara-cara menyelesaikannya. Menjadi berlebihan berat badan adalah tanda-tanda lebihan lemak di dalam badan
1- SEIMBANGKAN LATIHAN
Ada 3 jenis darjah iaitu flat, incline, dan decline. Ketiga-tiga jenis darjah ini melatih bahagian yang berbeza-beza, dengan flat yang menjadi latihan paling utama dilakukan semua orang. Ramai yang buat dua bahagian sahaja iaitu flat dan decline. Incline susah sedikit, sebab itu tak ramai yang buat banyak incline (sebanyak flat dan decline). Kalau anda tak seimbangkan darjah latihan, pengembangan otot anda juga jadi tak seimbang. Mungkin sekali, anda besar bawah tapi atas kurang sedikit. Selepas ini, lebihkan juga latihan incline.
2- JARANG BUAT LATIHAN EXPLOSIVE
Maksud explosive di sini bukanlah maksudnya anda gunakan bom untuk berlatih. Explosive bermaksud anda kena lakukan pergerakan yang laju. Ini adalah untuk mengaktifkan secara maksimum gentian-gentian otot di dada anda. Pergerakan explosive sesuai dilakukan selepas warm-up dan sebelum latihan utama anda. Antara pergerakan explosive yang bagus adalah seperti clap push-up, medicine ball throw, dan bench press yang dilakukan secara laju (berat dan ringan).
3- TIDAK GUNAKAN DUMBBELL
Dumbbell adalah rakan paling rapat anda dalam latihan dada yang membidang dan penuh. Betul, latihan bench press menggunakan barbell adalah latihan utama untuk membesarkan otot, tetapi penggunaan dumbbell melengkapkan lagi latihan anda. Malah, kalau anda hanya fokus pada latihan barbell sahaja, mungkin sekali anda sedang mengalami sakit-sakit bahu yang sungguh tidak selesa dan mengganggu latihan anda. Ubat yang mujarab adalah latihan yang menggunakan dumbbell dengan pemegangan yang berbeza (neutral grip). Gunakan barbell untuk latihan berisipadu rendah, dan fokus latihan bina badan dengan dumbbell.
4- KURANG LATIHAN BARBELL
Mungkin juga anda banyak sangat guna dumbbell, sampai tinggalkan latihan barbell. Untuk latihan kekuatan, penggunaan barbell mengalahkan penggunaan peralatan lain. Kalau anda masih tidak mampu bench press berat badan anda sendiri, anda masih belum kuat. Kalau anda hanya mampu bench press berat badan bawah 10 rep, anda masih lemah. Kekuatan berkait rapat dengan pembinaan otot. Program latihan anda hendaklah teliti. Semakin anda kuat dalam bench press, nescaya semakin besar otot dada anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
adidas membawa pengalaman marathon lebih lengkap ke SCORE Marathon 2026 menerusi House of Fast, Recovery Zone dan pelbagai ganjaran eksklusif untuk komuniti pelari.