Jika kita menunggang motor dari rumah ke pejabat sudah rasa sakit dan sengal badan, bagaimana pula jika menunggang untuk satu tempoh yang panjang dan laju melebihi had laju biasa?
Agak-agaknya, bagaimana pelumba seperti Marq Marquez boleh bertahan lama di atas litar. Jom kita lihat rahsia latihan kecergasan yang dia buat.
Persoalan ini dirungkai oleh Pelumba Pasukan Repsol Honda Team yang memegang gelaran juara dunia lapan kali Grand Prix, Marq Marquez.
Dengan usia 27 tahun, dia sudah banyak melakar kemenangan sejak daripada kategori Moto2 dan kini MotoGP.
Penulis sendiri tertanya-tanya, apakah jenis latihan kecergasan yang harus dilalui oleh atlet sukan lumba motor ini.
Ikuti penjelasannya di bawah ini.
1. Latihan otot bahu
Ads
Ia bertujuan untuk membina stability ketika menunggang motosikal. Selain itu, ia juga berperanan untuk memastikan badan menjadi elastik supaya dapat mengurangkan kecederaan ketika terjatuh dari motosikal serta badan akan bergolek.
2. Latihan bahagian atas badan
Ketika melalui selekoh yang tajam, bahagian badan yang terasa tekanan adalah otot pergelangan tangan, lengan, biceps dan juga bahagian belakang. Latihan ini penting untuk memudahkannya mengalihkan badan ketika melalui selekoh yang tajam dalam kelajuan yang tinggi.
3. Bahagian perut & dada
Latihan core pada kedua-dua otot ini sangat penting kerana ia akan membuatkan badannya lebih stabil serta bertindak balas ketika berlumba.
Ads
4. Latihan khas otot kaki dan peha
Selalu kita lihat para pelumba akan mengepit dengan kuat tangki petrol motosikal. Ini kerana mereka ingin memotong halangan angin. Jika kaki mereka terkuak sedikit, kelajuan motosikal akan berkurangan dan memberi kesan kepada catatan masa ketika berlumba. Selain itu, jika marq tidak menggunakan otot peha dengan betul, badannya akan bergerak banyak kali dari kedudukan asal serta mempengaruhi momentum kelajuannya.
5. Latihan reaksi pantas
Ads
Ketika berlumba, fizikal dan mental Marq akan bekerja dengan pantas. Dia tidak boleh berfikir panjang ketika di atas motor dan berlumba. Jadi latihan ini sangat penting untuknya kekal pantas dalam memberikan reaksi terhadap keadaan semasa di atas litar.
Marq menggunakan mesin latihan Rowing Machine. Ia bertujuan untuk membina otot di bahagian dada dan juga lengan. Ketika di selekoh, dia behadapan dengan kelajuan G-Force yang mana ia berupaya mencampaknya keluar dari litar. Kawalan tangan yang kuat sangat penting untuk melindungi serta mengatasi kelajuan seperti ini.
7. Lumba Motorcross
Setiap kali ada masa terluang, Marq akan berlumba motorcross. Baginya ini adalah terapi yang terbaik untuk membiasakan diri serta otaknya berfungsi dengan cepat ketika berlumba. Ini kerana di litar motocross terdapat permukaan yang berlubang, laluan yang berubah serta banyak halangan yang akan memaksa otaknya berfikir dengan cepat. Ia juga akan melatih dirinya untuk menunggang dengan lebih selamat terutama ketika saingan MotoGP. Jika sudah biasa di atas litar berlubang motorcross, maka tiada masalah untuknya meluncur laju di atas litar rata MotoGP.
Ramai di antara kita abaikan dan menganggap hal ini perkara biasa yang tidak membahaya. Meletakkan telefon bimbit di sebelah katil atau di mana sahaja berdekatan dengan anda ketika tidur adalah membahaya dan sama sekali tidak digalakkan.
Mungkin ada yang menggunakan telefon bimbit sebagai jam penggera, tetapi tolong letakkan telefon itu sejauh mungkin daripada anda. Ia bukan sahaja mengganggu saat tidur apabila berbunyi, sebaliknya para saintis telah membuktikan barangan elektrikal termasuk telefon bimbit dan set televisyen akan mengalirkan gelombang magnetik apabila digunakan.
Gelombang ini boleh menyebabkan mengganggu sistem saraf kita. Walaupun jika perlu meletakkan telefon bimbit berhampiran anda ketika tidur, pastikan ia dimatikan terlebih dahulu.
Saya sering ditanya bagaimana cara bagi mendapatkan bentuk wajah yang sempurna apabila usia meningkat. Sememangnya diakui peningkatan usia menyebabkan permasalahan kulit yang melendut menjadikan kita kehilangan simetri wajah yang asal. Apa yang terjadi adalah disebabkan kejatuhan lemak pada muka dan kehilangan kolagen semulajadi.
Ini menimbulkan masalah yang dikenali sebagai fat jowls iaitu keadaan di mana lemak jatuh di bawah pipi. Fat jowls yang terjadi meski pun tidak ketara seperti kedutan dan pigmentasi tetap menjadi satu fenomena yang menghodohkan. Wajah serta merta tampak tua dan riak wajah seolah-olah muram dan tertekan. Kehadiran fat jowls menimbulkan kesan penuaan wajah yang ketara dan sukar disembunyikan dengan kosmetik.
Kehadiran lemak pada kawasan rahang sebegini membuatkan wajah tampak kendur. Lemak yang berkumpul semakin lama semakin banyak menjadikan wajah dipenuhi garis-garis penuaan. Untuk memahami proses pembentukan sekelompok lemak yang begini adalah baik kita mengenali struktur muka kita terlebih dahulu.
Pada muka kita terdapat banyak salur darah dan saluran lymphatic. Sel-sel pada kulit paling mudah bereplikasi. Ini bermakna sebarang luka atau calar pada muka lebih cepat sembuh berbanding sel-sel kulit bahagian lain. Muka kita disokong oleh struktur tulang yang nipis. Tengkorak kita mempunyai struktur keras hanya pada bahagian kepala. Pada bahagian muka ia merupakan struktur tulang nipis yang berupa tulang cribriform. Tulang ini mempunyai lubang-lubang halus yang sangat banyak. Bahkan keseluruhan permukaannya mempunyai lubang lubang. Terdapat juga tulang rawan yang merupakan tulang lembut yang membentuk hidung dan cuping telinga. Terdapat juga jenis tulang ini pada sekitar soket mata kita.
FAKTOR PEMBENTUKAN FAT JOWL ATAU KEJATUHAN MUKA.
Salur lymphatic yang tersumbat
Apabila salur lymphatic tersumbat maka sel-sel lemak akan terperangkap dan tidak dapat bergerak. Lemak cair bergerak di dalam saluran lymphatic iaitu sistem pergerakan lemak yang penting dalam tubuh badan kita. Apabila salurannya tersumbat maka lemak akan berkumpul pada muka menyebabkan muka tampak berat dan melendut ke bawah.
Graviti
Tindakan graviti menjadikan masalah ini semakin ketara. Usaha mengurut wajah dan menarik ke atas semula hanyalah memberi kesan sementara disebabkan oleh tindakan graviti yang kuat.
Otot yang mengembang
Otot-otot muka yang mengembang membuatkan muka tampak besar dan semakin lama semakin kembang. Bagi mereka yang mempunyai tulang pipi yang tinggi masalah ini membuatkan mata menjadi seolah-olah mengecil. apabila pipi semakin besar ia akan membuatkan mata seakan akan tertutup. Penampilan seseorang akan merosot jika matanya terlalu kecil. Mata merupakan permata yang menyerlahkan kecantikan justeru pelbagai cara menata rias mata dicipta. Jika mata tersorok di sebalik timbunan lemak pada muka maka penampilan seseorang menjadi kurang menarik.
Kehilangan kolagen pada kulit
Kehilangan kolagen membuatkan kulit tidak membaluti muka dengan baik. Ini membuatkan kulit kita mengendur. Ia juga menyumbang kepada pembentukan fat jowls yang menghodohkan.
Kekurangan hormon
Banyak hormon yang berinteraksi dan terlibat dalam metabolisme lemak. Metabolisme lemak penting kerana lemak digunakan bagi penghasilan tenaga. Apabila hormon metabolisme kurang maka lemak berkumpul pada muka dan kita akan menghadapi masalah kekurangan tenaga. Dalam kes ini lemak bukan sahaja berkumpul pada muka malah pada belakang badan dan juga lengan. Hal ini juga menjadikan seseorang itu keletihan dan mudah murung.
Rawatan yang sesuai bagi fat jowls
Beberapa perkara patut di lakukan bagi mengurangkan atau menghilangkan simptom ini tampak ketara
Kebanyakan orang begitu takut dengan Botox. Pada pendapat mereka Botox akan memburukkan muka dan boleh mengubah paras wajah seseorang. Botox sebenarnya adalah sebuah jenama untuk satu bahan yang mengandungi Botulinum Toxin Type A. Ia mula ditemui oleh Dr. Justinus Kerner pada tahun 1820 .
Pada tahun 1950an seorang doktor dari Montreal Kanada, Dr. Vernon Brooks mendapati bahawa Botulinum Toxin Type A boleh melemahkan otot secara sementara. Pada tahun 1980an seorang doktor pakar mata, Dr. Alan B. Scott di Kanada merawat spasm kelopak mata. Beliau mendapati bahawa pesakit yang dirawat dengan Botox, semua garis halus di sekitar mata akan hilang.
Jika seseorang mempunyai kedut muka yang kelihatan hanya ketika mengerutkan kening atau mengenyitkan mata, Botox adalah rawatan yang diperlukan. Kegunaan Botox yang paling sering adalah pada dahi, tepi mata dan sekitar mata. Ia juga boleh digunakan untuk mengubati kedut di leher. Botox bekerja pada kedutan dalam dua cara.
Pertama, ia melemahkan otot-otot yang menyebabkan kedut. Kedua, dan faktor yang lebih penting adalah oleh kerana otot-otot yang terlibat boleh lemah, lama kelamaan pesakit akan kurang menggunakan otot ini. Dengan cara ini, Botox sebenarnya mencegah perkembangan dan pendalaman kedut. Secara ringkas Botox hanya berkesan pada kedutan dinamik. Ia bererti , kedutan yang timbul hanya akibat pergerakan otot muka.
Oleh kerana Botox hanya menghilangkan kedut yang di sebabkan oleh pergerakan otot muka, bagai mana pula kita hendak merawat kedut yang bukan di sebabkan pergerakkan otot muka?
Contoh kedut seperti ini adalah kedut di sebelah hidung atau nasolabial fold.
Cara untuk merawat masalah ini adalah dengan menggunakan filler yang bermaksud “mengisi”.
Oleh itu ia memberi “volume” kepada ruangan yang diisi. Semasa proses penuaan beberapa perkara penting berlaku kepada wajah kita yang boleh menampakkan kita lebih tua.
Pertama adalah terbentuknya pigmentasi, kedua kedut kedut mula timbul dan ketiga kehilangan “volume” isi yang menyebabkan muka kita menjadi kecut.
Filler berfungsi untuk mengisi semula ruang yang “hilang” akibat proses penuaan. Oleh itu, ia banyak digunakan di kawasan pipi terutama di tulang pipi agar pipi kelihatan lebih bulat, di bahagian dagu untuk membentuk dagu, di bahagian mata untuk menghilangkan lingkaran bawah mata, untuk bibir yang nipis atau tidak simetri dan di bahagian hidung untuk menampakkan batang hidung.
Teknik serdev merupakan satu inovatif yang mengagumkan di dalam dunia perubatan estetik. Teknik ini mengangkat kembali muka tanpa pembedahan atau kesan parut.
Kemajuan dunia perubatan estetik dijangka lebih baik pada masa hadapan disebabkan olah kegigihan doktor melakukan penyelidikan dan meningkatkan pengetahuan.
Di Malaysia kini bidang estetik mula diterima dan ilmu estetik mula dijadikan suatu sukatan pelajaran di peringkat pakar dan dihormati.
Kita tidak perlu ragu-ragu bagi mendapatkan wajah dan tubuh badan yang cantik dan menjadi muda kembali.
Sumber : Utusan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berkhatan membabitkan pemotongan penghujung kulit kulup zakar atau kulit yang meÂnutup penghujung zakar. Prosedur ini biasa dilakukan kepada kanak-kanak lelaki sebelum baligh, seolah-olah menggambarkan persediaan atau keraian sebelum baligh.
Sebenarnya, prosedur ini diamalkan bagi menjaga kebersihan anggota kemaluan lelaki. Ini kerana penyakit barah zakar jarang kelihatan kepada lelaki berkhatan dan masalah salur reproduktif pasangan perempuan seperti jangkitan dan kanser pangkal rahim jarang berlaku apabila pasangan lelaki berkhatan.
Berkhatan untuk perempuan membabitkan pemotongan ‘klitoris’ atau bibir kecil dan keseluruhan bibir besar. Berbalik kepada berkhatan untuk lelaki, cara pemotongan kulit penghujung zakar mengikut kemudahan yang ada atau yang biasa dilakukan oleh Tok Mudim atau orang yang ditauliahkan untuk membuat prosedur itu. Kebiasaannya penghujung kulup zakar dipotong dan kulit yang terdedah dicelup dengan minyak untuk menghentikan pendarahan. Luka kulit akan reda dalam tempoh seminggu atau dua.
Sebelum kulit kulup dipotong, kepala zakar akan dilucut keluar daripada penghujung kulup dan jika sukar akan dibantu dengan merendam dalam minyak. Kini, ada pelbagai cara moden untuk prosedur berkhatan. Ia boleh dilakukan ketika kanak-kanak lelaki itu masih bayi. Cara pemotongan moden ini membabitkan pengunaan alat penyepit atau klam, di mana kulit penghujung zakar diklam serta dipotong. Klam itu ditanggalkan selepas seminggu atau akan tertanggal secara sendiri.
Berkhatan perlu dilakukan mengikut keadaan zakar kerana kulit kulup perlu dipotong secara seimbang supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Jarang wujud keadaan yang mana kecederaan berlaku akibat prosedur berkhatan secara moden. Berkhatan secara tradisional sudah ketinggalan zaman dan tidak harus dikekalkan kerana banyak masalah berlaku akibat prosedur itu seperti kecacatan kulit, parut tebal, infeksi dan kecacatan kepada zakar.
Berkhatan juga mampu mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser zakar, prostat, serta kanser serviks (pangkal rahim) dan payudara kepada wanita. Telah dibuktikan bahawa kuman yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV) adalah antara faktor pencetus kanser serviks di kalangan wanita. Kuman ini didapati berlindung di bawah kulit hujung zakar dan dipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan. Terdapat kajian menunjukkan jika semua lelaki berkhatan, maka sebanyak 20 peratus kadar kejadian kanser serviks boleh dielakkan. Virus sama juga boleh mencetuskan kanser payudara.
Kajian pemerhatian turut menunjukkan risiko kanser zakar rendah di kalangan mereka yang berkhatan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkhatan pada umur kurang dari satu tahun. Hasil dari kajian ini, ramai orang bukan Islam juga mengamalkan khatan. Kajian di beberapa negara Eropah menunjukkan lelaki yang berkhatan mempunyai kadar risiko kanser prostat dua kali lebih rendah. Kejadian kanser ini ada hubung kait dengan penyakit kelamin di mana lelaki berkhatan mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit tersebut.
Minda kanak-kanak lelaki perlu dipersiapkan terlebih dahulu sebelum prosedur dapat dilakukan dengan mudah dan selamat. Berilah asuhan agama yang mendalam kepada mereka. Terangkan kenapa berkhatan digalakkan dalam agama Islam. Beritahu mereka kelebihan berkhatan. Membawa kanak-kanak lelaki ke majlis kenduri berkhatan adalah cara yang baik. Ia memberi idea kepada kanak-kanak tersebut betapa pentingnya berkhatan. Kadang kala, kita perlu menjanjikan benda kesukaan mereka seperti alat permainan komputer atau basikal jika mereka bersetuju berkhatan. Ianya bukanlah rasuah tetapi sekadar pemudah cara.
Andai anak lelaki anda bersetuju untuk berkhatan, maka bawalah mereka berjumpa doktor atau mereka yang bertauliah. Anak anda perlu diperiksa oleh doktor bagi mengetahui tahap kesihatan dan juga bagi menghindarkan komplikasi prosedur tersebut. Doktor perlu mengetahui dan memastikan zakar anak anda normal, anak anda tiada penyakit hemofilia (penyakit gangguan pembekuan darah), tidak mengambil ubat yang boleh mengakibatkan pendarahan seperti aspirin atau warfarin, tidak menghidap penyakit jantung reumatik dan penyakit lain seperti kencing manis, sawan, asma dan alahan. Kanak-kanak yang mempunyai masalah sebegini akan dirujuk kepada doktor pakar bedah bagi menentukan kaedah berkhatan yang sesuai dan selamat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.