Ads

8 Kehebatan Lelaki Selalu Mendekatkan Diri Dengan Bersenam Di Gym

gym
Image by javi_indy on Freepik

Sains sudah membuktikan: lelaki yang menjaga diet dan konsisten ‘melayan’ gym bukan sahaja lebih sihat, malah automatik nampak lebih premium, tajam, dan berkarisma.

Cuba bayangkan anda biarkan badan hanyut tanpa kawalan. Makan apa saja depan mata, manakala perkataan ‘senaman’ pula langsung tiada dalam kamus hidup. Apatah lagi ‘gym‘! Lambat-laun, aset paling ‘berharga’ anda adalah perut yang mula membulat ke depan. Realitinya, tiada seorang pun lelaki mahu memikul beban boroi!

Hakikatnya, untuk mengekalkan stamina kekal on-point dan fizikal sentiasa padu, korang wajib memperuntukkan sekurang-kurangnya 150 minit seminggu untuk senaman sederhana di gym. Atau, jika kesuntukan masa, tukar kepada sesi aerobik berintensiti tinggi selama 75 minit seminggu. Pilihan di tangan korang.

8 Kehebatan Lelaki Selalu Mendekatkan Diri Dengan Bersenam Di Gym
Image by serhii_bobyk on Freepik

Bila sebut tentang handsome atau kacak ia sebenarnya bukan bergantung kepada paras rupa sahaja. Anda jangan terlalu naif seperti itu. Wanita juga amat suka lelaki yang pandai menjaga dirinya dengan baik.

Apabila anda menjaga badan dengan bersenam secara tak langsung badan juga akan lebih tegap, beroto dan mempunyai stamina tinggi.

Itu semua petanda dan indikasi jelas mengenai seorang lelaki yang handsome! Jika anda kesuntukan masa untuk bersenam di gym, mungkin anda boleh curi masa sebelum turun ke pejabat.

Ads

Selain ke gym, senaman juga boleh di lakukan di rumah ya. Selain menjadi lebih kacak ini merupakan 10 kelebihan buat jejaka yang sering bersenam akan dapat.

BERSEMANGAT

Mungkin anda fikir bangun lebih awal akan mengurangkan tenaga anda, terutamanya jika anda kurang tidur, tetapi sebenarnya sebaliknya. Bangun untuk senaman akan meningkatkan tenaga dan anda rasa penuh semangat! Jadi pastikan anda bangun awal dan ke gym untuk mendapatkan 30 minit hingga 1 jam sesi kecergasan.

LEBIH BERSEDIA

Anda bangun pagi untuk menyiapkan diri ke tempat kerja, sebelum itu kenapa tidak melakukan senaman ringkas yang mudah juga boleh dilakukan asalkan anda tidak mencari alasan untuk tidak melakukannya.

JADI LEBIH SEGAR

Mulakan hari anda dengan melakukan senaman pagi. Anda akan dapati diri berasa lebih baik untuk sepanjang hari tersebut. Sebagai contoh anda bangun awal kira-kira jam 5 pagi dan sedia untuk bersenam mengeluarkan peluh.

Ads

Malah boleh lakukan selepas solat Subuh dan mandi pagi. Jadi jangan lupa mulakan hari dengan senaman menyebabkan agar sentiasa segar dan bertenaga dan kekal cergas.

8 Kehebatan Lelaki Selalu Mendekatkan Diri Dengan Bersenam Di Gym
Image by Freepik

MUDAH BANGUN TIDUR

Apa lagi kelebihan senaman waktu pagi? Ya, ia boleh buat anda bangun pagi dengan lebih mudah. Jika anda bangun pada masa yang berlainan setiap hari, ianya hanya mengelirukan badan anda dan menyebabkan badan tidak bersedia dan lemah.

PEKA DENGAN PILIHAN

Jika anda mulakan hari anda dengan senaman pagi, anda akan menetapkan hari anda dengan cara yang lebih sihat dan juga mendapati diri anda hanya melihat dan memilih makanan yang sihat sahaja. Anda pasti tidak akan mahu makan donat disira gula untuk sarapan pagi kerana ianya hanya membuatkan anda lesu, jadi oat, omellete, salad, yogurt, bread adalah pilihan anda.

KEKAL SIHAT

Bila bersenam pada awal pagi, anda akan mampu membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Rutin senaman setiap pagi juga dapat membantu individu menjaga berat badan dan sentiasa keep fit.

Ads

BACA: Syed Saddiq & Bella Astillah Sertai International Sunrise TriFest @ Desaru 2026

ALIRAN DARAH

Senaman pada waktu pagi bukan saja menambahkan tenaga malah mempunyai impak terhadap kesihatan, Percayalah kalau anda tak lakukan senaman, besar kemungkinan anda rasa tidak bermaya, lesu malah sentiasa mengantuk. Hormon menyediakan badan anda untuk senaman dengan mengawal tekanan darah, kadar jantung, darah mengalir ke otot.

HIDUP LEBIH BERKUALITI

Jika anda bersenam pada waktu pagi, hidup pasti akan lebih bahagia dan lebih positif. Malah, anda lebih bersemangat dan ceria sepanjang masa.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
FIFA World Cup 2026

adidas Gegarkan Kuala Lumpur Dengan Drone Show Sempena FIFA World Cup...

adidas gegarkan langit Kuala Lumpur dengan drone show spektakular sempena FIFA World Cup 2026™ sambil bawakan pengalaman bola sepak immersive untuk peminat tempatan.