Selalu stres sebab badan susah turun, makan terkawal je, rupanya ada sebab lain.
TERKENA SATU JENIS STRAIN VIRUS FLU
Kanak-anak yang terkena strain virus flu biasa tertentu yang disebut adenovirus 36 lebih cenderung menjadi gemuk daripada kanak-kanak yang tidak mendapat virus tersebut, berdasarkan penemuan dalam jurnal Pediatrics.
Dalam sebuah kajian terhadap 124 kanak-kanak, hampir 80 peratus dari mereka yang terkena strain virus tersebut gemuk. Mereka ditimbang dengan purata 50 pound (23 kilogram) lebih berat dari kanak-kanak yang tidak terkena virus.
PEMBEDAHAN PEMBUANGAN TONSIL
Para pengkaji dari St Louis University di Missouri menemui bahawa kanak-kanak yang tonsilnya telah dikeluarkan (dalam pembedahan pembuangan) lebih banyak mengalami kenaikan berat badan setelah pembedahan berbanding dari kanak-kanak yang tidak lakukan pembedahan tonsil.
Para pengkaji menemui peningkatan berat badan dan indeks massa tubuh (BMI) dapat dilihat sampai tujuh tahun setelah pembedahan. BMI meningkat sebesar 5.5 peratus menjadi 8.2 peratus setelah pembedahan. Menurut pengkaji, ini kerana pembedahan yang mengurangi masalah kesihatan lain yang dibawa oleh tonsilitis mungkin dapat meningkatkan nafsu makan anak.
TIDAK CUKUP TIDUR
Ads
Orang yang tidak mendapatkan cukup tidur meningkatkan risiko menjadi obesiti, berdasarkan pengkajian di jurnal Archives of Disease in Childhood.
Sejumlah perubahan hormon dan intoleransi glukosa (prekursor diabetes) terjadi ketika tubuh tidak cukup istirehat. Kurang tidur dapat memacu kelaparan dan kelelahan yang dapat mengurangi aktiviti fizik dan menyebabkan kenaikan berat badan, berdasarkan penelitian di jurnal Critical Reviews in Food Science and Nutrition.
TIDUR DENGAN LAMPU MENYALA
Menyalakan lampu ketika tidur malam dapat membuat berat badan anda meningkat, menurut pengkajian yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.
Ads
Penelitian di Ohio State University mengungkap bahawa cahaya terang dapat mengubah sistem metabolisme tubuh. Perubahan itu terjadi kerana jam biologi atau ritma sirkardian mudah terpengaruh oleh adanya cahaya. Obesiti dipengaruhi oleh cahaya terang di malam hari, sebagai faktor alami yang berkaitan dengan jam biologi.
SERING TERDEDAH PADA PENCEMARAN
Pencemaran memberi kesan pada metabolisme tubuh, menurut pengkajian yang diterbitkan dalam jurnal Critical Reviews in Food Science and Nutrition dan International Journal of Obesity.
Bahan kimia seperti bisphenol A yang ditemui pada plastik dapat mengganggu endokrin yang berhubungan dengan obesiti dengan mengganggu hormon sinyal. Sementara pestisid yang mempengaruhi sintesis hormon dan metabolisme juga dapat menjadikan tubuh mudah gemuk.
Saintis telah mengenalpasti 18 tanda genetik baru dapat berperanan dalam obesiti dan 13 tanda genetik baru dapat menentukan apakah lemak dapat berkumpul di sekitar pinggang atau pinggul, menurut dua kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Genetics.
UBAT-UBATAN
Beberapa jenis ubat yang digunakan untuk mengendalikan atau mencegah depresi, diabetes, hipertensi dan kehamilan yang tidak diinginkan dapat menyebabkan kenaikan berat badan, menurut jurnal Critical Reviews in Food Science and Nutrition.
MEMILIKI IBU YANG BEKERJA
Kanak-kanak dengan ibu bekerja (wanita yang berkarier) lebih cenderung menjadi gemuk daripada kanak-kanak yang tinggal di rumah ibu, menurut pengkajian yang diterbitkan dalam American Journal of Epidemiology.
SUMBER : unikversiti.blogspot
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Agaknya apa yang mereka ambil dalam makanan harian? Selain kimchi yang boleh dianggap must-have dalam setiap hidangan…
Kaya dengan vitamin, mineral, dan antioksidan, ia meningkatkan pengeluaran kolagen dan menghilangkan sel-sel kulit mati, yang membantu menjadikan kulit anda lebih kukuh dan meningkatkan keanjalannya. Ginseng juga boleh mengurangkan kemerahan dalam kulit dengan memerangi keradangan dan menguatkan sistem imun.
Apa yang anda boleh cuba ialah amalkan Teh Ginseng, yang membantu anda mencapai cahaya yang sihat dari bahagian dalam dengan meningkatkan peredaran darah dan menghidrat kulit anda, seperti yang disyorkan oleh aktres Moon Chae Won.
Umum mengetahui teh hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia mempunyai ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan daripada kerosakan berpunca daripada panahan cahaya matahari.
Dengan antioksidan dan asid alpha hydroxy (AHA), ia berfungsi untuk menghapuskan sel kulit mati dan menarik kelembapan pada kulit anda – dua langkah penting untuk memastikan kulit lembut dari dalam. Madu juga mempunyai ciri-ciri antibakteria dan penyembuhan yang menjadikannya ubat yang sempurna untuk menghilangkan jerawat dan kerengsaan.
Apa yang boleh anda cuba ialah gantikan madu untuk setiap hidangan sama ada dalam makanan mahupun minuman.
Mungkin anda biasa makan ubi keledek, tetapi tahukah anda bahawa sayuran ini kaya dengan Vitamin A dan C -ramuan yang diperlukan untuk memberi nada kulit sekata dan cahaya dari dalam? Ubi keledek mengandungi biotin yang menambah kelembapan untuk mengeringkan kulit dan merangsang pertumbuhan rambut.
Anda boleh cuba hidangan Goguma Mattang, ubi keledek goreng yang dibuat dengan sirap jagung atau madu dan ditabur bijan.
Hidangan tradisional Korea yang diperbuat daripada sayur-sayuran bukan sahaja baik untuk tubuh badan bahkan mempunyai manfaat pada kulit wajah juga.
Kimchi dari kubis napa dan lobak, kaya dengan Vitamin A, B1, B2 dan C, asid amino, kalsium dan serat. Ia membantu kulit membina kolagen serta melambatkan proses penuaan.
Banyak aktres Korea seperti Song Hye Kyo dan Yoo In Na, telah menamakan sayur-sayuran sebagai rahsia kepada kulit mereka yang sempurna. Dan bibimbap, yang disajikan dengan pelbagai sayuran seperti lobak, tauge, bayam, rumpai laut dan cendawan, menawarkan makanan yang penuh dengan antioksidan, besi, vitamin C dan E.
Untuk pengetahuan anda, kandungan nutrisi dalam bayam tidak hanya memberi manfaat positif untuk kesihatan tubuh sahaja tetapi juga bermanfaat untuk kecantikan kulit wanita. Manakala cendawan mengandungi asid hyaluronik – ramuan ultra-penghidratan untuk kulit wajah sihat dan glowing.
Sekarang korang pun boleh mula amalkan makanan ni..
Sumber : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bayam kaya dengan sumber zat besi, vitamin A, C dan protein. Ia juga mengandungi asid omega-3, magnesium, kalium, kalsium dan besi. Ini membantu mengekalkan kulit kepala yang sihat dan rambut berkilau.
Oat kaya dengan serat, zink, zat besi, asid lemak omega-6 dan asid lemak tak tepu (PUFAs) yang merangsang pertumbuhan rambut dan akan menjadikan rambut anda lebih tebal dan sihat.
Strawberi boleh dikatakan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kecantikan. Strawberi mengandungi tahap silika yang tinggi. Silika adalah mineral yang penting untuk kekuatan rambut dan pertumbuhan rambut.
Avacod mempunyai sumber vitamin E yang meningkatkan peredaran darah dan membantu folikel bekerja lebih cekap untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia juga mengekalkan keseimbangan paras minyak dan PH yang jika melebihi dapat menyumbat folikel rambut dan menghentikan pertumbuhan rambut.
Telur adalah sumber protein dan biotin yang hebat, dua nutrien yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut. Makan protein yang mencukupi adalah penting untuk pertumbuhan rambut kerana folikel rambut dibuat kebanyakkan dari protein. Kekurangan protein dalam diet boleh menyebabkan keguguran rambut.
Ikan berlemak seperti salmon, herring dan mackerel mempunyai nutrien yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut. Sumber asid lemak omega-3 yang sangat baik, yang dikaitkan dengan pertumbuhan rambut.
Memasukkan lobak dalam diet anda adalah kunci untuk rambut panjang dan berkilau. Diketahui baik untuk mata, lobak mengandungi Vitamin A yang juga meningkatkan pertumbuhan rambut.
Ringkasannya apa yang anda makan boleh memberi kesan besar pada kesihatan rambut. Kekurangan nutrien yang betul termasuk vitamin A, C, D dan E, zink, vitamin B, besi, biotion, protein dan asid lemak boleh melambatkan pertumbuhan rambut atau menyebabkan rambut gugur. Jadi sila amalkan pemakanan sihat untuk pertumbuhan rambut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senarai taman tema air ini boleh dijadikan rujukan, terutamanya bagi mereka yang sukakan tempat low-profile dan tidak semahal taman tema air popular yang lain.
Berikut adalah senarai taman tema air yang boleh di lawati di Malaysia.
1. Desa Water Park, Taman Desa, Kuala Lumpur
Mungkin tak ramai yang perasan bahawa wujudnya Taman Tema Air Taman Desa ini. Dengan harga tiket RM35 untuk orang dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan tinggi melebihi 2 ½ kaki, tidaklah mahal mana untuk membawa seisi keluarga bermain di sini.
Dengan tarikan seperti Surf Shark, anak anda boleh bermain di gelongsor air yang berkonsepkan tropika dengan rekabentuk yang menarik. Pink Slide pula membolehkan anak anda gelongsor beramai-ramai sambil melakukan aksi cilik masing-masing.
Anda sekeluarga boleh menikmati Bubble Pool di mana ia mengeluarkan buih seperti berada di dalam jakuzi dan membolehkan anda menghilangkan stres.
Bagi yang dewasa pula, terdapat Shock Wave yang boleh menghasilkan ombak setinggi 1.5 meter yang agak mencabar kekuatan fizikal dan mental anda.
2. Carnivall Water Park, Sungai Petani, Kedah
Bagi mereka yang berada di utara tanahair pula, sila kunjungi Carnivall Water Park di Sungai Petani. Dengan harga tiket RM25 untuk orang dewasa dan RM19 untuk kanak-kanak (tambah RM5 setiap satu jika hujung minggu/cuti umum/cuti sekolah), ia merupakan lagi satu destinasi yang tidak membebankan.
Carnivall merupakan sebahagian daripada Cinta Sayang Resort dan selain dari taman tema air yang sentiasa penuh, ia turut mempunyai penginapan hotel bagi mereka yang datang dari jauh dan ingin bermalam di sini dengan harga serendah RM125++ untuk satu malam.
3. Tiara Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
Di antara banyak-banyak tempat menarik di Port Dickson, Tiara Beach Resort memang terkenal sejak dari dulu lagi. Walaupun hanya digelar Swimming Pool, tetapi percayalah ia seperti taman tema air mini.
Dikelilingi deretan apartmen yang sering penuh tatkala hujung minggu, anda boleh memilih samada untuk bayar untuk masuk ke swimming pool sahaja atau mengambil pakej sekali dengan penginapan. Jika tidak silap, dulu harga tiket hanya RM10 untuk mandi sahaja, kami tak dapat info terkini di laman web mereka. Anda seisi keluarga boleh menghabiskan masa dari seharian di sini.
4. Wet World Shah Alam, Selangor
Terakhir sekali di dalam senarai taman tema air pada kali ini, Wet World sebenarnya terdapat bukan sahaja di Shah Alam, tetapi juga di Pedas, Negeri Sembilan dan juga di Batu Pahat, Johor.
Dengan harga tiket hanya RM20 untuk orang dewasa, RM16 untuk kanak-kanak di antara ketinggian 90-130cm dan percuma bagi mereka di bawah ketinggian 90cm; Wet World Shah Alam mempunyai pelbagai tarikannya tersendiri.
Dengan ketinggian air yang tidak melebihi 1 meter, ia adalah selamat untuk kanak-kanak dan tarikan seperti Fountain of Youth, Cascading Waterfalls, Neptune Challenge, Atlantis City, Big Splash, Lighthouse Escape, Tunnel Water Slide dan Treasure Island pasti akan menggembirakan anak-anak anda.
Demikianlah senarai taman tema air yang anda boleh habiskan masa cuti sekolah bersama seisi keluarga. Yang penting sekali, anda tidak perlu menghabiskan duit yang banyak bagi menikmati keriangan sepanjang hari bersama-sama dengan keluarga yang tercinta.
5. Legoland Water Park, Johor
Dibuka beberapa tahun lepas, taman tema terbesar di dunia ini menawarkan lebih 20 gelongsor air dengan lebih 40 buah permainan interaktif yang boleh dicuba. Memang mengujakan! Di dalam taman tema ini juga diletakkan lebih 70 model sebagai tarikan pengunjung. Zon permainan dibahagikan kepada tiga kategori: keluarga, kanak-kanak bawah 5 tahun dan kanak-kanak atas 5 tahun.
Build-A-Raft River misalnya popular di kalangan kanak-kanak kerana mereka boleh menguji minda dengan membina rakit sendiri mengguna kepingan Lego lembut manakala Joker Soaker membolehkan kanak-kanak bermain meriam air sambil 77 liter air dicurahkan ke atas mereka. Harga masuk bergantung pada pakej yang diambil dan jika menempah awal, potongan sebanyak 20 peratus diberikan.
6. Lost World of Tambun, Perak
Bukan sahaja menyediakan pelbagai aktiviti menarik di taman air seperti Jungle Wave Pool, Adventure River, Sandy Bay, Cliff Racer, Tube Raiders dan Kids Explorabay, malah orang ramai boleh berhibur di taman tema kering, bermain dengan haiwan di Petting Zoo, melihat harimau Siberia yang eksotik di Tiger Valley, mempelajari sejarah perlombongan bijih timah yang terkenal diPerak suatu ketika dahulu di Tin Valley, menyertai aktiviti lasak lagi mencabar di Adventure Park dan merawat kesihatan di 8 kolam air panas di Lost World Hot Spring & Spa. Harga masuk berbeza mengikut pakej yang dikehendaki.
7. Marina Water Park, Teluk Batik, Perak
Taman tema air yang pertama di Daerah Manjung. Ia terletak dalam kawasan Resort Marina Cove dengan keluasan 80 ekar. Antara yang menarik di sini adalah pancuran air berbentuk cendawan beraneka warna dan pengunjung boleh berakit di kawasan kolam.
Tiada bayaran dikenakan kepada penginap resort namun dibuka kepada orang ramai pada harga yang berpatutan lebih-lebih lagi yang datang secara berkumpulan. Ia menjadi tumpuan penduduk setempat dan pelancong yang datang ke Teluk Batik.
8. Melaka Wonderland Theme Park & Resort, Melaka
Terletak berhadapan Zoo Melaka, taman tema yang dikelilingi oleh hutan rekreasi seluas 360 hektar menawarkan lebih 12 tarikan diikuti Taman Dinosaur dan Taman Ekstrem untuk aktiviti lasak seperti Go Kart serta Paintball. Turut disediakan permainan Aqua Bubbles yang mana pengunjung masuk ke dalam belon besar dan berjalan di atas air.
Menariknya suasana di sini seperti pesta fun fair dengan adanya deretan kedai yang menawarkan pelbagai jenis permainan dengan hadiah menarik untuk dimenangi. Harga yang dikenakan untuk orang dewasa adalah RM37.90, kanak-kanak RM32, warga emas RM18.95, pelancong asing dewasa RM45, kanak-kanak RM37.90 dan warga emas RM22.50.
9. A Famosa Water World, Melaka
Sangat popular di Melaka lantaran dilengkapi dengan kemudahan rekreasi dan permainan air yang menepati tahap antarabangsa. Yuran masuk dikenakan bergantung pada pakej yang ditawarkan oleh pihak resort. Kanak-kanak berusia 12 tahun dan dengan ketinggian 90 cm dikategorikan bawah caj kanak-kanak.
Antara tarikan utama adalah pantai buatan, luncur air setinggi 7 tingkat, halangan air dan banyak lagi. Selain itu, taman tema ini menyediakan pelbagai kawasan riadah seperti kawasan bermain layang-layang, pusat ekuestrian, pusat memanah, laluan berbasikal dan kolam memancing. Safari Wonderland pula memberi peluang kepada kanak-kanak melihat haiwan liar dalam habitat yang asal manakala bangunan berkonsepkan Wild West membuatkan anda seolah-olah mengembara di dunia koboi.
10. Kenyir Water Park, Terengganu
Tarikan terbaru di Terengganu berlatar belakangkan keindahan Tasik Kenyir yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong. Pengunjung perlu menaiki bot dari Pengkalan Gawi yang akan membawa mereka menyeberangi tasik untuk ke Pulau Poh di mana terletaknya taman tema itu. Antara yang disediakan di taman tema seluas kira-kira dua hektar adalah kawasan permainan air dengan kolam terapung, gelongsor, paddle boat dan banyak lagi.
Taman tema ini mampu menampung sehingga 600 pengunjung dalam satu-satu masa. Harga tiket hanyalah sebanyak RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak, termasuk pengangkutan bot. Ia bakal dilengkapi dengan kemudahan chalet serta jambatan merentangi tasik dan dijangka siap sepenuhnya pada 2016.
11. Kubang Gajah Mini Waterpark Temerloh, Pahang
Meskipun belum dikenali ramai, namun taman tema bersebelahan Mini Stadium Temerloh menjadi tumpuan penduduk setempat yang ingin beriadah bersama keluarga. Di sini kolam mandi dibahagikan mengikut kedalaman sesuai untuk peringkat umur berbeza. Disediakan juga gelongsor air dewasa dan kanak-kanak.
Permainan paddle boat kayuhan tangan turut menjadi hiburan kanak-kanak. Pengunjung dewasa dikenakan bayaran sebanyak RM10 dan kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas hanyalah RM8.
12. Wet World Water Park Batu Pahat, Johor
Merupakan satu-satunya taman tema air di Batu Pahat. Kawasan seluas 44 ekar ini asalnya adalah tapak bekas lombong berdekatan Tasik Merdeka yang cukup terkenal suatu masa dahulu. Antara daya penarik di sini adalah Wave Pool, BP Tower, Big Splash, Lazy River dan Kiddie Pool.
Selain bermandi-manda, pengunjung juga boleh memancing dan berperahu di tasik. Kadar bayaran dikenakan mengikut ketinggian iaitu 135cm hingga ke atas, RM18 dan 85cm hingga 135cm, RM15.
13. Gold Coast Morib Water Theme Park, Banting, Selangor
Resort percutian keluarga ini memang mesra pelanggan dan berdekatan dengan pantai Morib, antara sebab ia menjadi tumpuan penduduk sekitar Selangor. Terletak di bahagian tengah tempat penginapan, taman temanya yang luas dengan gelongsor yang panjang direka seperti ‘badan naga’ menjadi tarikan pengunjung.
Meskipun terletak dalam kawasan resort, taman tema ini dibuka kepada orang awam. Bagi mereka yang tidak menginap di dalam resort, bayaran sebanyak RM25 dikenakan untuk mereka berusia 12 tahun ke atas dan 2 hingga 11 tahun, sebanyak RM15.
14. Tiram Indoor Water Park, Johor
Merupakan taman air tertutup yang pertama di Johor dibina dalam kompleks beli-belah Today’s Mall di bandar Ulu Tiram. Bayaran sebanyak RM15 dikenakan untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak namun harganya meningkat sebanyak RM5 pada hujung minggu serta cuti umum.
Sebuah kolam dengan keluasan 26,00 kaki persegi dibina untuk hiburan orang ramai dan boleh menampung sehingga 1,000 pengunjung dalam satu-satu masa. Berkonsepkan dunia laut, setiap tiang seri di taman tema ini dilekatkan simen berbentuk hidupan laut seperti sotong, kuda laut dan pelbagai jenis ikan. Puas bermain air, kanak-kanak boleh bermain gelongsor dan berbasikal di taman tema kering.
15. Escape Waterplay, Penang
Satu-satunya taman tema air di Pulau Pinang. Yang sebetulnya, Escape ialah Taman Tema, di mana ada banyak lagi aktiviti lain yang menarik.
16. Mount Austin Waterpark, Johor
Antara tarikan terbaru di Austin Heights, Johor yang katanya bakal dibuka tahun 2015 ini.
17. Bangi Waterpark, Selangor
Dikatakan, mempunyai slide paling panjang di Malaysia!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.