8 Tatacara & Proses Pengundian Yang di-Pertuan Agong Wajib Anda Tahu

Share

Sejak semalam seluruh rakyat Malaysia terutamanya di laman media sosial heboh memperkatakan tentang perletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Foto: Sinar Harian

Perletakan jawatan tersebut yang berkuatkuasa serta-merta merupakan yang pertama kali berlaku dalam sejarah negara kita. Perkara tersebut disahkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz menerusi kenyataan media Istana Negara.

Dengan perletakan jawatan yang berkuat kuasa semalam 6 Januari 2019, ramai netizn mula berteka-teki siapakah yang bakal ditabalkan menjadi Ynag di-Pertuan Agong seterusnya.

Pada tengahari tadi, Sultan Perak iaitu Sultan Nazrin Muizuddin Shah telah dilantik sebagai Pemangku Yang Di-Pertuan Agong selepas mesyuarat yang dihadiri enam daripada sembilan Sultan di Istana Negara mecapai kata putus.

Sultan Nazrin Muizuddin Shah telah dilantik sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong pada hari ini.

Sultan-sultan yang hadir mesyuarat lebih satu jam itu ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajudin Syed Putra Jamalullail; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah; dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Shah.

Pada mesyuarat tersebut, keenam-enam Sultan turut menetapkan tarikh bagi mengadakan mesyuarat khas majlis memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16.

BACA: Senarai Top 10 Lelaki Paling Kacak Di Dunia, Siapa Di Tempat Pertama?

Bagaimanapun, sumber memaklumkan butiran lanjut berkenaan mesyuarat hari ini akan dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakah proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong seterusnya. Jika mengikut kebiasaan, Raja yang paling knan dari segi pemerintahan dipilih. Walau bagaimanapun peraturan ini tidak lagi diguna pakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong iaitu selepas Sultan Perak dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong IX.

Ini merupakan contoh kertas undi untuk memilih Yang di-Pertuan Agong. Sumber: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Berikut 8 tatacara & proses pengundian Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

  • Hanya sembilan Raja-Raja sahaja yang layak memilih dan dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun, hanya Raja yang paling kanan dicalonkan dalam pengundian berkenaan.
  • Semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membekalkan satu kertas undi setiap Raja.
  • Setiap Raja diminta menandakan pendapatnya sama ada Raja yang paling kanan tersebut sesuai atau tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
  • Calon mestilah mendapat majoriti lima undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Baginda.
  • Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun Raja itu gagal memperolehi undi majoriti maka proses pengundian semula akan dijalankan dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan yang layak dipilih untuk diundi.
  • Proses hanya akan selesai selepas Baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong.
  • Selepas itu, Majlis akan mengisytiharkan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun.
  • Pemilihan dibuat secara undi sulit dan kertas undi yang digunakan tidak bernombor serta ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama. Sebaik sahaja keputusan undian diumumkan semua kertas undi akan dimusnahkan di hadapan Raja-Raja.

Sumber: Astro Awani

IKLAN