Sejak semalam seluruh rakyat Malaysia terutamanya di laman media sosial heboh memperkatakan tentang perletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Foto: Sinar Harian
Perletakan jawatan tersebut yang berkuatkuasa serta-merta merupakan yang pertama kali berlaku dalam sejarah negara kita. Perkara tersebut disahkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz menerusi kenyataan media Istana Negara.
Dengan perletakan jawatan yang berkuat kuasa semalam 6 Januari 2019, ramai netizn mula berteka-teki siapakah yang bakal ditabalkan menjadi Ynag di-Pertuan Agong seterusnya.
Pada tengahari tadi, Sultan Perak iaitu Sultan Nazrin Muizuddin Shah telah dilantik sebagai Pemangku Yang Di-Pertuan Agong selepas mesyuarat yang dihadiri enam daripada sembilan Sultan di Istana Negara mecapai kata putus.
Ads
Sultan Nazrin Muizuddin Shah telah dilantik sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong pada hari ini.
Sultan-sultan yang hadir mesyuarat lebih satu jam itu ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajudin Syed Putra Jamalullail; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah; dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Shah.
Pada mesyuarat tersebut, keenam-enam Sultan turut menetapkan tarikh bagi mengadakan mesyuarat khas majlis memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Bagaimanapun, sumber memaklumkan butiran lanjut berkenaan mesyuarat hari ini akan dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakah proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong seterusnya. Jika mengikut kebiasaan, Raja yang paling knan dari segi pemerintahan dipilih. Walau bagaimanapun peraturan ini tidak lagi diguna pakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong iaitu selepas Sultan Perak dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong IX.
Ini merupakan contoh kertas undi untuk memilih Yang di-Pertuan Agong. Sumber: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Berikut 8 tatacara & proses pengundian Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Hanya sembilan Raja-Raja sahaja yang layak memilih dan dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun, hanya Raja yang paling kanan dicalonkan dalam pengundian berkenaan.
Semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membekalkan satu kertas undi setiap Raja.
Setiap Raja diminta menandakan pendapatnya sama ada Raja yang paling kanan tersebut sesuai atau tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Calon mestilah mendapat majoriti lima undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Baginda.
Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun Raja itu gagal memperolehi undi majoriti maka proses pengundian semula akan dijalankan dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan yang layak dipilih untuk diundi.
Proses hanya akan selesai selepas Baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong.
Selepas itu, Majlis akan mengisytiharkan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun.
Pemilihan dibuat secara undi sulit dan kertas undi yang digunakan tidak bernombor serta ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama. Sebaik sahaja keputusan undian diumumkan semua kertas undi akan dimusnahkan di hadapan Raja-Raja.
Sumber: Astro Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memanaskan badan dengan gerakan yang berunsurkan mobiliti dan fleksibiliti dinamik. Kemudian melaksanakan gerudi 1 minit. Rehatkan diri antara 15 hingga 30 saat, kemudian melakukan litar kekuatan. Rehat 1 minit.
Ulang gerudi dan kekuatan urutan litar tiga hingga lima kali. Selepas pusingan pertama, cuba bekerja untuk mengusahakan 7 atau 8 (pada skala 1 hingga 10) setiap kali anda melakukan gerudi 1 minit.
Mobiliti Dan Fleksibiliti Dinamik
Lakukan latihan berikut secepat mungkin dengan bentuk yang baik. Rehatkan 30 saat antara latihan dan 1 minit di antara pusingan. Melaksanakan 2 pusingan.
3 Langkah Lateral Run dan Pause (5 ulangan)
Dari postur tinggi yang kuat, melakukan larian lutut tinggi sisi mengambil tiga jumlah langkah sisi, berjalan pada bola kaki anda, memandu siku belakang dan mengekalkan postur tegak yang baik. Jangan menyeberang kaki anda seperti yang anda jalankan.
Pada langkah ketiga berhenti seketika dan mengekalkan keseimbangan untuk sekurang-kurangnya 1 hingga 2 saat sebelum berjalan di arah yang bertentangan. Itulah salah satu ulangan.
Lateral Speed Lunge (8 ulangan)
Dari kedudukan olahraga, mengambil langkah sisi ke kanan. Dengan cepat dan mencangkung dengan baik, sentuh tangan kanan (di luar kaki kanan) ke lantai dan segera memandu badan anda dan shuffle satu langkah ke kiri menyentuh lantai dengan tangan kiri anda.
Badan anda perlu telah maju sepenuhnya (yang besar tinggi) apabila anda bergerak dari sisi ke sisi. (Untuk variasi dari sebelah menyergap ini, lihat video ini untuk menyempurnakan borang tersebut.)
Spiderman Climb (10 ulangan setiap kaki)
Bermula di bahagian atas kedudukan pushup itu. Menjaga otot perut anda dari dirembat, mengambil satu kaki dari lantai, dan perlahan-lahan membawa lutut anda di luar bahu anda dan sentuh kaki anda ke tanah.
Perlahan-lahan kembali kaki anda ke kedudukan permulaan dan ulangi dengan kaki yang bertentangan.
1-Minute Drill
Lakukan latihan berikut selama 15 saat setiap satu. (Dan jika ini tidak cukup kuat untuk anda, cuba Workout Cardio terpantas ini.)
Jumping Jacks
Mulakan dengan kaki pinggul-lebar anda selain dan tangan di pihak anda. Pada masa yang sama mengangkat tangan anda di atas kepala dan melompat anda supaya anda boleh menyebarkan kaki bahu lebar anda.
Kemudian melompat lagi untuk mengurangkan senjata anda dan membawa kaki anda bersama-sama. Mengulangi.
Knees tinggi
Berjalan di tempat, dengan lutut memandu ke arah dada anda.
Lompatan Sisi Ke Sisi
Bermula dengan kaki bersama-sama, bertolak dengan kaki kanan untuk melompat sisi ke kiri kira-kira 3 kaki. Tanah di kaki kiri dan ikut dengan kanan anda. Hop kembali, kali ini menolak off dengan kaki kiri anda. Mengulangi.
Pendaki Gunung
Mula dalam kedudukan tekan tubi. Menjaga kepala anda selaras dengan badan anda, membawa lutut kanan ke dada anda, kemudian kembali ke kedudukan permulaan. Alternatif pesat dengan kaki kiri.
Kekuatan Litar
Menyelesaikan banyak ulangan yang anda boleh melalui setiap senaman dalam 20 saat. Rehatkan 20 saat, kemudian bergerak ke latihan seterusnya.
Melonjak
Berendam ke bawah di bahagian pinggang dan lutut, dan kemudian melompat ke atas.
Tekan Tubi dengan Kayuhan
Masuk ke dalam kedudukan tekan tubi dengan lengan anda lurus dan tangan anda berehat di dumbbells ringan. Memerah oto perut dan glutes anda apabila anda melakukan tekan tubi.
Di bahagian atas, tarik satu dumbbell dari lantai dan ke arah anda sehingga siku anda di atas belakang anda. Perlahan-lahan kembali berat ke lantai dan ulangi dengan tangan yang lain.
Lompatan Dua Arah
Dari kedudukan berdiri, mengambil langkah besar ke hadapan dengan satu kaki, kemudian segera menyergap ke belakang. Tukar kaki selepas 10 saat.
Single-Leg RDL
Berdiri dengan kaki anda lebih sedikit daripada bahu-lebar selain. Menaikkan satu kaki dan melanjutkannya di belakang anda, tidak jauh dari lantai. Kontrak glutes anda, memberanikan abs anda, dan menjaga tulang belakang anda secara semula jadi melengkung.
Dengan memberi tumpuan kepada kira-kira, rendah diri sehingga batang tubuh anda adalah selari dengan lantai. Memulakan pergerakan dengan menolak pinggul anda kembali. Tolak kembali ke kedudukan permulaan. Tukar kaki selepas 10 saat.
Bridges Glute
Baring di belakang anda dengan lutut bengkok, kaki rata di atas lantai. Memerah glutes anda dan meningkatkan pinggul anda sehingga belakang anda adalah dari lantai. Tahan selama 20 saat.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Adakah anda sedar bahawa saban malam pada tepat jam 10, Malaysia setia ditemani oleh individu yang sama membacakan berita dunia? Bersama Farit Ismeth Emir, belajar dari pengalamannya sebagai sifu penyampai berita dan juga pakar etika komunikasi. Di sebalik penegasannya dalam menyampaikan berita, beliau merupakan sifu di dalam ilmu komunikasi. Cukup yakin, bersemangat dan juga mempunyai gaya penekanan tertentu pada ayat-ayat yang dirasakan penting tatkala membaca berita. Tidak hairanlah setiap penyampaiannya berkesan kepada umum.
PERNAH MENGGANGGUR KERANA KEMELESETAN NEGARA
Sinonim dengan panggilan Pak Ngah di kalangan warga kerja dan beliau merupakan anak kelahiran Teluk Intan Perak. Secara tidak sedar telah mengabadikan diri selama 27 tahun sebagai pembaca berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Slot berita yang cukup sinonim dengannya tentu sahaja berita ‘Dunia Jam 10’ dan juga berita-berita terkemuka di TV1.
“Saya tidak meminati dunia penyampai berita”. Itu jawapan jujur yang diberikan oleh Pak Ngah kepada penulis. Akan tetapi jelas beliau, perasaan itu secara perlahan-lahan bertukar kepada cinta setelah beberapa kali ke udara membaca berita.
Di awal temu bual beliau sempat lagi bercerita tentang penglibatan pertamanya di dalam bidang penyampaian berita. Ternyata bidang ini hanyalah bidang tempelan untuk dirinya meneruskan hidup mencari rezeki kesan dari kemelesetan ekonomi yang berlaku pada tahun 1986.
“Saya bekerja di awal usia 21 tahun setelah menamatkan pembelajaran dalam bidang Hotel & Katering di Uitm Shah Alam yang dahulunya dikenali sebagai ITM. 12 tahun lamanya saya menjadi pegawai perhubungan media dan komunikasi di hotel antarabangsa iaitu Hilton. Merantau ke serata Asia seperti Taipei, Hong Kong dan sebagainya. Tahun 1986 negara dan serantau Asia dilanda kemelesetan ekonomi sehingga menyebabkan saya menganggur selama lima hingga enam bulan tidak bekerja.
Satu hari di dalam sebuah akhbar terdapat iklan RTM yang membuka pengambilan baru pekerja. Saya masih ingat bilangan pekerja yang diperlukan iaitu seramai 556 orang. Rakan menyuruh saya mencuba nasib kerana mereka kata saya memiliki suara yang sedap. Saya datang sekadar untuk mencuba dan terus terpilih serta diberi latihan selama dua bulan. Selesai sahaja latihan saya terus diserap sebagai pembaca berita.
Waktu mula-mula baca berita saya seperti orang lain juga. Gugup dan berpeluh-peluh. Bila buat salah kena marah dengan orang atasan. Jadi bila dah kerap membaca berita, saya mula menyukai pekerjaan ini dan sudah tidak kekok di hadapan kamera. Dalam masa yang sama juga jenama Dunhill mencari suara baru untuk iklan mereka. Saya mencuba nasib dan saya terpilih untuk menjadi suara di sebalik iklan itu. Dari situ lahirnya tagline ‘Gaya, Mutu, Keunggulan’ yang popular dan sering menjadi ajukan ramai. Saya kira hingga kini masih lagi digunakan. Ketika itu jugalah saya digelar sebagai ‘Man with the golden voice’.
Berita Dunia Jam 10 pula diwujudkan pada tahun 1987. Saya telah diganding bersama Harjit Singh Hullon juga Hajah Haslinda Hamzah untuk menjadi pembaca berita rancangan tersebut. Sejak dari itu saya dikekalkan dengan berita tersebut sehinggalah sekarang di mana nama rancangan itu telah ditukar kepada Berita Dunia. Dari situ juga saya membaca untuk Berita Perdana dan juga Berita Wilayah” jelas beliau membuka pengenalan bagaimana penglibatannya sebagai penyampai berita di kaca televisyen anda.
ISLAM MENGAJARNYA AGAR BERDISPLIN
Tugas sebagai penyampai berita bukan sahaja semudah membaca skrip tetapi memerlukan pengetahuan ilmu yang luas. Menjadi orang kepercayaan dalam menyampaikan hal-hal penting negara dan dunia sebenarnya seakan tugasan berat yang perlu dipikulnya. Ditanya apakah senjata utama beliau mampu bertahan sebagai pembaca berita sehingga ke saat ini? Jawabnya segalanya bermula dengan disiplin.
“Disiplin. Itu adalah kunci utama pada sesiapa sahaja untuk berjaya. Selalunya pihak pengurusan telah menetapkan setiap pembaca berita harus bersedia dua jam lebih awal dari waktu berita. Akan tetapi saya mengambil inisiatif sendiri untuk bersedia empat jam lebih awal. Dalam tempoh itu saya akan membaca skrip berita dan juga akhbar-akhbar dalam dan luar dunia bagi mengkaji berita tersebut dengan mendalam. Secara tidak langsung saya perlu peka apa yang sedang terjadi kepada negara dan dunia kerana ia mempengaruhi cara penyampaian berita nanti.
Di dalam ajaran Islam juga telah mengajar saya jua pengikutnya betapa penting disiplin dalam urusan seharian. Kerana itu dalam waktu solat, kita semua digalakkan bersedia awal dan mendapatkan saf yang pertama bagi mendapatkan pahala dengan lebih banyak. Semua pesanan Islam itu merujuk kepada disiplin. Kerana itu Islam cukup indah dan sempurna.
Perkara yang kedua pula adalah nada penyampaian. Haruslah konsisten dan setiap kata-kata itu mempunyai nada motivasi. Kerana itu pentingnya istilah ‘love your job’. Penonton akan muak sekiranya cara penyampaian saya hambar dan juga senada sahaja. Apabila membaca berita harus ada kelainan pada setiap pengumuman tersebut mengikut berita. Tidak boleh stress sahaja. Kerana itu perlu bijak menggunakan suara.”
Kebiasaannya waktu berita agak lama iaitu selama setengah jam atau lebih. Tahukah anda bahawa untuk mengekalkan prestasi penyampaian, seseorang penyampai harus mempunyai stamina yang tinggi walaupun ia sekadar duduk di atas kerusi dan membaca berita di hadapan kamera.
“Bukan mudah untuk mengekalkan nada percakapan selama lebih dari setengah jam. Boleh semput dibuatnya. Untuk kekal bertenaga saya harus mengetahui teknik-teknik suara yang betul semasa penyampaian dan juga bersenam. Saya telah dilatih menggunakan pernafasan yang betul oleh pengurusan.
Penggunaan suara pula mempunyai tiga peringkat iaitu suara kepala, suara dada dan juga suara perut. Sewaktu membaca berita, saya akan menggunakan suara perut kerana ia tidak penat dan hasilkan suara lebih jelas dan sedap. Manakala untuk senaman, saya akan pastikan bersenam tiga kali seminggu dan senaman ini tidak pernah tinggal walaupun saya sudah berusia 60 tahun sekarang ini,” tambahnya lagi.
Oleh kerana mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang komunikasi membuatkan beliau berjaya menubuhkan sebuah syarikat iaitu Corporate Coach Sdn Bhd iaitu syarikat perkhidmatan dan pembelajaran mengenai dunia komunikasi jua bisnes.
PENGALAMAN EMAS
27 tahun sebenarnya adalah tempoh yang lama bagi seorang pembaca berita. Tidak terhitung banyaknya berita yang telah disampaikan oleh beliau kepada penduduk Malaysia. Sepanjang tempoh ini juga terdapat berita-berita yang meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri beliau yang mana peristiwa tersebut masih lagi diingati sehingga kini.
“Terdapat tiga berita yang saya tidak akan lupa sehingga saya meninggal dunia. Pertama ialah berita kemangkatan Almarhum Tunku Abdul Rahman perdana menteri Malaysia pertama pada tahun 1990. Waktu petang tersebut saya ke udara khas menyampaikan kemangkatan selama setengah jam. Kedua adalah berita kejatuhan kerajaan komunis di Eropah dan Rusia juga dalam era 80an. Hari-hari saya baca dan tempohnya agak lama. Ketiga adalah tragedi Tiananmen di Beijing China tahun 1989 yang mana mengorbankan ribuan nyawa rakyat China.”
Jejaka berketurunan Arab ini dikira bertuah kerana diamanatkan sebagai individu yang bertanggungjawab menyampaikan berita-berita penting kepada penduduk Malaysia. Sekian lama berada di RTM beliau akui tidak pernah terfikir untuk berhijrah ke stesen televisyen yang lain walaupun ada tawaran yang lebih lumayan dari pesaing.
“Saya ini orang lama maka orang lama terkenal dengan kesetiaannya. Bak kata orang, jiwa ‘old school’. Bagi saya tanpa RTM siapalah saya. Di sini tempat bermula maka apa salahnya saya memberikan kesetiaan untuk RTM. Paling penting stesen TV lain tidak mempunyai berita ‘Dunia Jam 10’,” jawabnya bersahaja tetapi mempunyai kelucuan di situ.
Pengalamannya sungguh luas dan sudah layak dipanggil Mastermind. Walaupun sedikit sahaja coretan tentang dirinya, diharap ia dapat memberikan sumber inspirasi kepada sesiapa sahaja yang membaca. Secara peribadi penulis mengagumi kredibilitinya sebagai penyampai berita. Jauh di sudut hati pula, penulis amat berharap agar insan gigih seperti ini dikurniakan pingat atau anugerah kerana mengenang akan jasa melalui kerjaya yang telah diberikan oleh diri beliau selama ini. Walaupun sekadar pembaca berita tetapi impaknya amat besar kepada penduduk Malaysia.
Biodata:
Nama: Farit Ismeth Emir
Umur: 60 tahun
Tarikh Lahir: 26 Oktober 1953
Asal: Teluk Intan Perak
Anak sulung dari tiga beradik
Tip MASTERMIND:
Sentiasa berdisiplin
Tepati masa dan janji
Peka dengan perkembangan semasa
Elakkan makanan berminyak & pedas melampau bagi menjaga kesihatan diri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ternyata trend berjambang di kalangan lelaki kembali menular. Sudah pasti ia rapat dengan karakter serta sifat maskulin seseorang lelaki itu. Malah terdapat beberapa alasan lain mengapa lelaki tampil untuk berjambang.
1-Ada yang kata, seseorang lelaki yang berjambang sangat cool. Ia berikan satu aura misteri dan classy pada lelaki tersebut.
2-Dengan menyimpan jambang menyerlahkan kelelakian seseorang lelaki. Watak-watak aktor dalam filem seperti Russell Crowe (Maximus), Hugh jackman (Wolverine) menyerlahkan sifat sebenar lelaki.
3- Daya tarikan kepada kaum wanita walaupun mungkin tidak semua wanita menyukai lelaki berjambang. Cuba anda berjambang dan tanya pasangan anda. Adakah mereka suka?
KEMAS DAN RAPI SELALU
Jika anda ingin bermisai, pastikan ia digunting atau dikemas dengan rapi. Untuk yang berjanggut pula, janggut perlu digunting lalu dicukur sehinggalah tumbuh dan raut wajah akan berkumis di kemudian hari. Begitu juga untuk individu yang memiliki jambang.
Tidak menjadi masalah jika ingin bermisai, berjanggut mahu pun berjambang. Pastikan anda tahu kepentingan memiliki jambang, kesesuaiannya di bahagian muka dan ketahui beberapa kaedah penting untuk memastikan ia dipelihara dengan rapi.
APA PERLU ANDA LAKUKAN?
– Gunting, gunting, gunting! Jangan sesekali lupa untuk amalkan tabiat ini setiap kali berada di bilik mandi terutamanya pada waktu pagi.
– Sebelum bercukur, pastikan misai, janggut dan jambang digunting terlebih dahulu. Ia penting agar tidak menjejaskan mata pisau cukur.
– Gunakan pisau cukur yang bersih dan tajam. Sekiranya tumpul, gantikan dengan segera untuk mengelakkan bakteria.
– Jika perlu, gunakan krim buih cukur. Ratakan ia di bahagian zon cukur. Bilas sehingga bersih dan lengkapkan prosedur ini dengan cecair ‘aftershave.’
– Seperti rambut, jambang juga perlu dibersihkan dengan syampu agar kelihatan rapi selepas mandi.
-Gunakan sikat atau tangan untuk merapikan jambang dengan baik.
APA PERLU ANDA ELAK?
– Jangan sesekali bercukur dengan pisau cukur yang lama. Pastikan ia tidak berkarat agar bakteria tidak merebak di bahagian muka yang boleh menyebabkan kulit gatal.
– Elakkan bercukur dengan kulit yang kering kerana ia boleh menyebabkan luka. Cuci muka terlebih dahulu.
– Sekiranya alahan terjadi apabila bercukur menggunakan krim cukur dan ‘aftershave’, jangan gunakan produk tersebut. Rujuk pakar untuk mengetahui produk yang bersesuaian untuk digunakan.
– Jangan gunting atau trim sesuka hati setelah sekian lama menyimpan jambang. Kunjungi salun rambut dan dapatkan nasihat tukang gunting.
BERJAMBANG IKUT KESESUAIAN
– Jika pertama kali ingin menyimpan jambang, teliti sepenuhnya kesesuaian berjambang kerana tidak semua lelaki boleh memiliki jambang dengan baik apatah lagi jika ia disimpan untuk jangka masa yang panjang.
– Memiliki jambang juga berkait rapat dengan pekerjaan setiap individu. Tidak semua syarikat membenarkan pekerja mereka menyimpan jambang walaupun berjambang sudah pun menjadi trend terkini.
– Tanyakan pendapat kenalan atau mereka yang lebih pakar jika kurang berkeyakinan untuk membela jambang. Zon kelakian diri dapat ditingkatkan melalui pendapat dan nasihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Suami provider, jadi impian ramai wanita. Dalam kehidupan berkeluarga, suami sering dilihat sebagai provider atau penyedia utama bagi isteri dan anak-anak. Peranan ini bukan sekadar budaya, tetapi sebahagian daripada tanggungjawab yang telah digariskan dalam agama dan norma masyarakat.