Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou sekali lagi membanggakan Malaysia dan membuktikan dirinya di landasan tepat bagi mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.
Liek Hou bersama Rashid Sidek
Beraksi cemerlang dengan merangkul gelaran dunia buat kali kelapan di Kejohanan Badminton Para di Pattaya.
MASKULIN rangkulkan fakta menarik jaguh badminton ini.
Ads
Dilahirkan dengan penyakit Erb’s palsy yang menyebabkan tangan kanan beliau mempunyai kurang kekuatan dan kestabilan.
Mendapat pendidikan Business Administration dari Putra Malaysia University, Malaysia.
Dilatih dibawah Rashid Sidek dan Nova Armada.
Beliau bermain di kategori able-bodied badminton sewaktu pada tahap junior national level di Malaysia sebelum bertukar ke team Para.
Pemain berusia 36 tahun itu turut merangkul gelaran juara pada edisi 2005, 2007, 2011, 2013, 2015, 2017 2022, dan terbaru 2024.
Mula bermain badminton pada umur 9 tahun.
Matlamat beliau adalah untuk memenangi pingat emas dalam 2020 Paralympic Games di Tokyo.
Isteri beliau iaitu Dewi Febriana berasal dari negara jiran, Indonesia.
Bermula dengan pertandingan dalam sukan badminton normal namun bertukar sepenuhnya ke sukan para selepas itu.
Beliau mempunyai dua kejuaraan samaada melibatkan acara single dan double di BWF Para Badminton World Championship.
Memang hebat jaguh badminton kita ni, moga terus banggakan nama Malaysia di mata dunia!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sebagai manusia biasa, anda mungkin tidak dapat lari daripada untuk menikmati makanan yang sedap-sedap atau malas untuk bersenam.
Namun demikian, untuk memiliki kehidupan yang baik serta memastikan badan anda kekal aktif dan sihat sepanjang masa, ini perkara yang perlu anda lakukan :
1. Minum air dengan banyak
Air merupakan bahan yang paling baik untuk membersihkan dalaman tubuh. Selain itu, ia mampu mencegah anda daripada terhidrasi.
2. Paksa diri untuk bersenam
Kalau tak mampu atau tak sempat bersenam selama 10 minit sehari secara terus, amalkan gaya 5 minit pagi – 5 minit petang. Maksudnya, sebelum mandi pagi, buatlah senaman ringkas selama 5 minit kemudian buat selepas anda pulang dari kerja sewaktu menuju ke bilik mandi.
3. Kurangkan gula dan minyak
Kurangkan gula dalam minuman dan minyak yang terlampau banyak dalam makanan anda boleh mencegah tubuh anda terkena penyakit yang tidak diingini.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dari sudut kesihatan dan kecantikan, kekurangan nutrien selalu dikaitkan sebagai sebab utama masalah kulit kering. Ini kerana pembentukan lapisan lipid di bawah kulit memerlukan nutrien asid lemak perlu. Begitupun, jangan mudah membuat kesimpulan sendiri.
Jika masalah kulit dihadapi tidak berkurangan selepas pengambilan diet seimbang, vitamin dan amalan gaya hidup yang sihat, ada baiknya jika merujuk terus kepada doktor. Boleh jadi masalah kulit yang dihadapi berisiko untuk menjejaskan kualiti hidup dalam jangka panjang.
Berikut beberapa jenis penyakit kulit yang sebahagiannya dianggap remeh kebanyakan orang terutama golongan lelaki.
Folikutis disebabkan serangan bakteria pada folikel rambut sehingga pustul (jerawat yang mengandungi nanah) terbentuk. Masalah ini biasanya berlaku pada lelaki terutama di bahagian kulit berjanggut atau folikel berjanggut. Gejalanya biasanya terhad kepada rasa gatal dan pedih. Penghidap berasa pedih apabila rambut atau janggut dicabut.
Untuk merawat masalah ini, minyak merkuri berammonia disapu pada bahagian kulit yang dijangkiti. Ubat antibiotik juga boleh digunakan jika perlu. Sekiranya penyakit ini tidak dirawat, folikulitis akan menjadi kronik dan berlanjutan.
Ekzema atau dermatitis atopik ialah penyakit yang disebabkan oleh sentuhan atau alergi. Ia terjadi pada orang yang mewarisi kulit sensitif atau terlalu peka terhadap keadaan seperti sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi berlebihan dan penggunaan sabun yang kuat juga boleh menggalakkan ekzema. Bagi ekzema yang serius, kulit menjadi kemerah-merahan dan membengkak.
Oleh kerana kulit terasa gatal, pesakit biasanya cenderung menggaru sehingga kulit bercalar. Perlu diketahui bahawa ekzema tidak boleh diubati. Rawatan hanya boleh membantu melegakan rasa ketidakselesaan pesakit bagi mencegah jangkitan sekunder.
Sejenis penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh tungau. Tungau betina menembusi permukaan bawah kulit dan bertelur di dalamnya. Tungau suka kepada bahagian kulit yang lembut seperti selaput antara jari tangan, permukaan sebelah dalam lengan atas, paha, kaki, ketiak, buah dada, punggung dan pusat.
Pesakit akan merasa sangat gatal dan kulit akan terluka akibat digaru. Patogen lain mungkin memasuki kulit melalui bahagian kulit yang terluka itu. Jika tidak dirawat, penyakit boleh berjangkit dan menjangkiti orang lain. Tungau berjangkit melalui sentuhan tubuh dengan orang yang menghidap kudis buta atau dari tempat tidur dan pakaian yang penuh tungau.
Terdapat banyak jenis jerawat seperti jerawat roscea dan jerawat vulgaris yang bukan sahaja membabitkan muka, malah turut menjejaskan bahagian leher, bahu, dada dan belakang badan. Pada peringkat remaja, kelenjar sebum kulit sangat aktif dalam menghasilkan sebum atau minyak akibat daripada ketidakseimbangan hormon.
Pembentukan jerawat bermula dari bukaan kelenjar sebum tersumbat. Keadaan ini menggalakkan bakteria merebak. Bakteria menyebabkan bukaan kelenjar terdedah kepada kotoran. Ini seterusnya menyebabkan bukaan kelenjar menjadi kotor lalu membengkak. Akhirnya, ia pecah dan mengeluarkan nanah. Keadaan ini dipanggil pustul.
Sekalipun jerawat tidak membawa risiko maut, namun ia boleh mempengaruhi kehidupan sosial seseorang. Ia boleh dielakkan dengan meningkatkan kebersihan diri. Kini terdapat ubat dalam pasaran yang boleh menyembuhkan jerawat, tetapi perlulah mengikut perskripsi dan arahan doktor.
Sentiasa mencuci kulit dengan air dan sabun. Minum banyak air dan makan makanan yang kaya dengan vitamin B dan C serta kurangkan pengambilan lemak.
Dalam bahasa perubatannya disebut sebagai vitiligo. Ia sejenis penyakit kulit yang membuatkan kulit penghidapnya bertompok putih dan tidak mempunyai pigmen. Sopak dipercayai berpunca daripada masalah pigmentasi. Melanosit iaitu sel yang menghasilkan pigmen akan dirosakkan antibodi pesakit itu sendiri.
Tanda utama penyakit ini ialah timbulnya tompok putih pada kulit, termasuklah pada bahagian tubuh yang memiliki rambut atau bulu. Begitupun, penyakit ini tidak mendatangkan rasa sakit atau gatal mahupun berjangkit.
Dikenali dengan penyakit kulit rapuh, EB merangkumi kumpulan penyakit kulit yang diwarisi. Bagi seseorang yang mempunyai penyakit EB, lepuhan air mudah terbentuk pada kulit dengan hanya trauma kecil seperti geseran, gosokan, garu atau pita pelekat. Bagi kes yang teruk, lepuhan air boleh terbentuk secara spontan dan di dalam badan seperti saluran esofagus atau usus.
Secara amnya, kulit mempunyai dua lapisan, iaitu epidermis dan dermis yang dipanggil zon perantara. Kedua-dua lapisan terikat bersama oleh 15 jenis protein kulit seperti kolagen, keratin dan plektin. Bagaimanapun, EB boleh berlaku apabila salah satu protein kulit ini berkurangan atau tiada langsung. Kerosakan atau mutasi pada gen yang membentuk protein kulit boleh menyebabkan kekurangan ini.
Psoriasis adalah penyakit kronik gangguan autoimun yang dialami kira-kira satu hingga tiga peratus penduduk di Malaysia. Ia juga boleh dialami oleh semua orang tidak kira dewasa atau kanak-kanak.
Punca sebenar penyakit ini masih tidak diketahui, tetapi kecenderungan genetik dan faktor alam sekitar dikenalpasti turut memainkan peranan.
Penyakit ini dikatakan berkaitan dengan masalah sistem imun yang berhubung rapat dengan sel badan di mana pertumbuhan sel kulit berlaku pada kadar luar biasa sehingga terkumpul dengan pantas di atas kulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kita semua tahu bahawa masalah berat badan merupakan antara ‘musuh’ utama buat ramai lelaki. Ini kerana memiliki masalah obesiti boleh menyumbang kepada beberapa jenis penyakit kronik yang lain seperti kencing manis, darah tinggi dan juga sakit jantung. Tapi adakah orang mempunyai BMI normal atau kurus bebas dari penyakit ini?
Sejujurnya tiada siapa yang mahu kedua-duia kondisi yang MASKULIN nyatakan di atas. Sama ada mempunyai masalah oebsiti atau berpenyakit kronik. Kedua-duanya mahu dijauhi oleh sesiapa sahaja.
Jadi bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai berat badan yang kurus dan BMI lebih rendah daipada tahap normal? Bagaimana dengan risiko penyakit kronik terhadap mereka berbadan kurus?
Pertama sekali jika anda biasa timbang berat badan, pastinya anda tahu bahawa Body Mass Index (BMI) yang paling ideal dengan ketinggian ialah sekitar 20 hingga 25. Apabila catatannya kebih daripada 25 itu bermakna anda termasuk dalam kelas obese. Jika kurang daripada 18.5 pula anda akan dianggap terlalu kurus.
Namun jika anda berdepan masalah kurus dan berat bada terdapat beberapa risiko yang harus anda tanggung, pikul dan belajar.
Ya, pertama sekali jangan ingat mereka yang ada masalah berat badan berlebihan sahaja mudah terkena penyakit jantung. Individu yang kurus juga mempunyai risiko.
Mereka yang berat kurang ini lebih cenderung berasa kurang sihat kerana berasakan mereka tidak mempunyai masalah kesihatan dan tidak perlu bersenam. Lalu membuatkan diri terdedah dengan pelbagai ancaman penyakit jantung.
Majoriti lelaki kurus kerapa merasa letih. Fenomena kekurangan tenaga ini merupakan petanda awal penyakit seperti anemia atau kurang darah. Selain letih, petanda penyakit
anemia lain adalah selalu sakit kepala dan mudah semput.
Ramai lelaki terlalu risau dengan perkataan ‘lemak.’ Takut sangat badan gemuk sehingga tidak sedar lemak bukanlah segala-galanya. kebanyakan lelaki kurus tidak sedar
bahawa lelaki kurus biasanya akan mengalami masalah kepadatan tulang hingga menyebabkan mereka diserang osteoporosis/tulang rapuh.
Ini terjadi kepada badan lelaki yang terlalu kurus kerana apabila badan mereka tidak mempunyai lemak, badan tidak dapat menghasilkan estrogen yang mencukupi hingga mengakibatkan tulang menjadi rapuh.
Maksudnya, selepas ini berpada-padalah mamasang impian nak kurus semata-mata nak bergaya dengan baju atau seluar yang ‘fit‘ dengan tubuh kamu. Silap haribulan, penyakit yang datang!
Jangan lupa untuk follow YouTube MASKULIN untuk content menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang