Walaupun semakin ramai bakat-bakat baharu yang muncul mewarnai industri seni tanah air, sekalipun tidak pernah timbu perasan tergugat dalam diri pelakon Remy Ishak yang kini berusia 41 tahun.
Menerusi laporan Kosmo, Remy beranggapan yang dia dan bakat-bakat baharu masing-masing berada dalam kelas yang berbeza.
“Saya melihat situasi ini seperti permainan bola sepak; ada Liga Perdana dan ada Liga Super. Jadi, sebenarnya, kami berada dalam liga yang berbeza. Tidak ada keperluan untuk bersaing,” jelas Remy.
Tambahnya lagi, kehadiran generasi baharu adalah satu proses semula jadi dalam industri seni, di mana bakat baharu akan menggantikan yang lama. “Saya pun melalui proses yang sama dahulu, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan,” katanya.
Ads
Remy juga mengakui bahawa pelakon-pelakon muda hari ini layak menerima bayaran yang tinggi kerana permintaan terhadap mereka amat tinggi dari kalangan penonton.
“Nama-nama seperti Mierul Aiman, Nadhir Nasar, dan Amir Ahnaf memang layak menerima bayaran tinggi kerana zaman sekarang adalah zaman mereka. Saya pula berada pada level saya sendiri, mungkin lebih kepada filem, platform penstriman, atau OTT (over the top) sekarang,” jelasnya.
Remy turut berkongsi pandangannya mengenai kerjayanya di masa hadapan. Menurutnya, tidak mungkin dia akan terus memegang watak hero hingga umur 50 tahun.
Dikenali menerusi drama “Lelaki Kiriman Tuhan,” Remy belum merancang untuk menamatkan kerjayanya sebagai pelakon. “Masih banyak watak yang saya ingin lakonkan. Saya pernah cuba keluar dari bidang seni dan melakukan perkara lain, tetapi tidak boleh kerana sudah terlalu seronok berlakon. Apabila sudah terjun ke dunia hiburan, memang sukar untuk berhenti,” ujarnya.
Dengan semangat yang masih membara, Remy Ishak terus berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap lakonannya, menyumbang kepada perkembangan industri seni tanah air tanpa merasa tergugat oleh generasi baharu yang muncul.
Bunuh diri bukanlah jalan penyelesaian dari segala masalah yang dihadapi. Namun kini, pembuatan membunuh diri sendiri sukar untuk dibendung. Bukan hanya berlaku di negara kita, sebaliknya di seluruh dunia. Ketahui beberapa buah lokasi paling popular di dunia yang menjadi tempat membunuh diri.
Pelbagai punca dikenal pasti menjadi penyebab kepada gejala bunuh diri semakin berleluasa. Antaranya adalah konflik keluarga, kegagalan personaliti, kehilangan sesuatu, kesukaran berkomunikasi, gagal dalam percintaan dan masalah kewangan.
Jumlah kes bunuh diri ini kian meningkat setiap tahun dan menurut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia, kes bunuh diri berlaku dalam setiap 40 saat di seluruh dunia. Di Malaysia pula 7 kes bunuh diri dicatatkan pada setiap hari. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati, satu juta orang akan membunuh diri pada setiap tahun di seluruh dunia dengan anggaran purata sebanyak 3,000 kejadian setiap hari.
8 LOKASI KES TERTINGGI DICATATKAN
JAMBATAN SUNGAI YANGTZE
Jambatan ini terletak di Wilayah Nanjing, China. Di negara ini, ramai yang mengalami masalah dan menemui jalan buntu akan datang ke sini untuk membunuh diri. Jambatan ini dibina sepanjang 8.206 meter dan setinggi 306 meter dan telah mengorbankan lebih 2000 mangsa yang membunuh diri.
JAMBATAN GOLDEN GATE
Jambatan Golden Gate terletak di Bandar San Francisco, Amerika Syarikat. Sehingga kini, jambatan ini masih memegang rekod sebagai antara lokasi membunuh diri yang paling popular kerana lebih dari 1500 kes bunuh diri telah dilaporkan di sini. Jambatan sepanjang 2.727 meter dan setinggi 230 meter ini dibina bagi menghubungkan bandar San Francisco dengan Bandar Marin.
BEACHY HEAD
Beachy Head adalah curam kapur laut yang tertinggi di Britain. Berketinggian 162 meter dari paras laut, curam ini telah menjadi lokasi membunuh diri buat lebih 500 orang. Purata bagi kes bunuh diri di sini adalah 20 orang dalam setahun.
PRINCE EDWARD VIADUCT
Jambatan ini terletak di Toronto, Kanada. Sebanyak 400 kes bunuh diri telah dicatatkan sehingga ke hari ini dengan purata 1 kes bagi setiap 22 hari. Bagaimanapun, jambatan ini telah dilabel sebagai suicide magnet kerana merupakan bangunan kedua yang mencatat kematian paling tinggi di dunia.
MENARA EIFFEL
Menara ini terletak di Champ de Mars,Paris dan merupakan mercu tanda bagi negara Perancis. Ia dibina setinggi 325 meter dan siap sepenuhnya pada tahun 1889. Sehingga kini, 369 kes bunuh diri telah dicatatkan berlaku di sini dan hanya 2 orang yang terselamat.
JAMBATAN AURORA
Bertempat di Washington, Amerika Syarikat, Jambatan ini telah mula beroperasi pada 27 Februari 1932. Semenjak itu, ia menjadi lokasi kedua popular sebagi lokasi membunuh diri di Amerika Syarikat. Oleh kerana seramai 230 orang telah membunuh diri di sini, pihak berkuasa telah memasang 6 telefon kecemasan dan 18 papan tanda amaran sebagai langkah mencegah kes ini dari terus berleluasa.
JAMBATAN JACQUES CARTIER
Jambatan ini bertempat di Kanada dan mula beroperasi pada tahun 1930. Hampir 35.4 juta kenderaan yang melintas jambatan ini setiap tahun dan merupakan jambatan nombor dua paling sibuk di Kanada. Sehingga kini 150 kes membunuh diri telah dicatatkan di sini.
TEBING GAP
Terletak berhampiran Bandar Sydney, lokasi ini adalah yang paling popular di Australia sebagai tempat membunuh diri. Kes pembunuhan diri di sini sebenarnya telah bermula sebelum Perang Dunia 1 dan sehingga kini. Setiap tahun, hampir 50 kes bunuh diri dilaporkan di sini.
Bukan semua lelaki mampu menuturkan kata ‘maaf’ apabila berbuat salah terhadap wanita atau isteri kamu. Lebih-lebih lagi lelaki yang tidak pandai memujuk. Memang haru dibuatnya.
Usah risau. Ada cara tertentu untuk kembali menyejukkan hati wanita yang sedang marah. Cuba 5 trik ini seperti yang cadangkan oleh laman sesawang Boldsky.
1. Bersiap sedia dengan jawapan sebelum ‘diserang’
Sebelum isteri menghujani anda dengan soalan-soalan yang menimbulkan kemarahannya, anda perlu bersedia dengan segala kemungkinan jawapan yang sesuai. Jangan banyak beri alasan, sebaliknya berikan jawapan dengan penuh yakin. Bagaiaman nak dapat jawapan menyakinkan? Pertama, anda sendiri perlu yakin ketika menjawab dan kedua, jawab dengan cara baik bukannya dengan anda sinis atau marah.
2. Minta maaf dengan ikhlas
Walaupun bukan anda yang salah, minta maaf dan cakap elok-elok. Seorang lelaki memang susah nak minta maaf apatah lagi jika berasakan bukan dia yang buat salah. Atapun anda buat salah, tetapi tidak berniat melakukan kesalahan tersebut. Minta maaf dengan ikhlas, bukan dengan nada sinikal atau buat statement yang memarakkan lagi api kemarahan seperti “Yelah you saja yang betul dalam rumah ni.”
3. Minta maaf tetapi jangan berlebih!
Minta maaf sekali sahaja sudah cukup. Tak perlu follow up dengan hantar surat ke mejanya di tempat kerja, tulis panjang-panjang di akaun Facebook dan sebagainya. mengapa? Sebab ini akan membuatkan si isteri berasa lagi tertekan kerana rakan-rakan akan mula bertanya apa yang berlaku antara kamu, suami-isteri. Kamu ingat dengan berbuat begitu kami sweet. Hakikatnya, si isteri boleh jadi lagi marah!
4. Jangan Lepaskan Emosi & Sabar
Jangan terlalu banyak tanya apabila isteri sedang marah. Sebaliknya, anda yang perlu menjawab pertanyaannya dengan tenang apabila ditanya. Jangan sekali-kali membandingkan
isteri anda dengan perempuan lain bila hati anda sendiri berasa ‘panas’ dan cuba kawal kemarahan. Ingat, berikan dia ruang dan waktu untuk berfikir dan kawal emosi anda sendiri.
5. Berikan Waktu Berfikir
Ini paling penting. Jangan expect selepas minta maaf, isteri akan melupakan begitu sahaja kesalahan anda umpama. Bagi dia ruang dan masa untuk berfikir serta tenangkan kembali perasaan dia. Oleh itu, suami kena bersabar dan jangan anda pula yang bertukar menjadi marah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia kasut larian yang semakin kompetitif, ASICS terus mempertahankan legasi kecemerlangannya dengan pelancaran model terbaharu mereka, GEL-KAYANO 32.
Kasut larian terbaru ini bukan sekadar naik taraf semata-mata tetapi satu evolusi teknologi yang menyasarkan kestabilan premium serta keselesaan menyeluruh bagi pelari moden.
Berlandaskan falsafah rekaan ASICS yang menekankan hubungan harmoni antara minda dan tubuh, GEL-KAYANO 32 dibina dengan lebih banyak elemen adaptif berbanding versi terdahulu.
Komponen teras kasut ini adalah sistem 4D GUIDANCE SYSTEM, hasil daripada penyelidikan dan ujian intensif.
Ia berfungsi dengan mengikut pergerakan semula jadi tubuh bagi membantu kaki melakukan peralihan langkah yang lebih cekap dan stabil, terutamanya dalam situasi larian yang mencabar.
Dalam aspek kusyen dan impak, ASICS memperkenalkan kemas kini pada midsole dengan FF BLAST PLUS, sejenis bahan yang lebih ringan, responsif dan empuk.
Tambahan 2mm foam pada bahagian forefoot memberikan rasa lembut yang lebih menyerlah setiap kali kaki mendarat. Dilengkapi pula dengan teknologi PureGEL, pelari kini menikmati penyerapan hentakan lebih optimum dan transisi langkah yang lebih lancar.
ASICS GEL-KAYANO 32 tidak hanya ditingkatkan dari segi dalaman, malah aspek luarannya turut diberi perhatian serius.
Bahagian upper menggunakan engineered mesh baharu yang lebih lembut, membalut kaki dengan keselesaan tanpa mengorbankan ketahanan. Lidah pula dilengkapi sayap sokongan yang direka bentuk untuk menyesuaikan bentuk lengkungan kaki secara individu.
Gabungan rekaan baharu pada upper dan lidah ini memberi rasa pakai yang lebih personal, ibarat dibuat khas untuk setiap pelari.
Manakala tapak luarnya pula menggunakan HYBRID ASICSGRIP, menjamin cengkaman lebih baik di pelbagai permukaan serta ketahanan dalam jangka masa panjang.
Kesemua elemen ini menjadikan GEL-KAYANO 32 bukan sekadar pelengkap gaya tetapi ‘senjata’ prestasi atlet sebenar.
Menurut Tomohiro Nishida daripada bahagian Performance Running Footwear ASICS, model ini adalah kesinambungan kepada misi mereka untuk menyediakan kasut larian stabil dengan tahap keselesaan luar biasa.
Dengan inovasi seperti 4D GUIDANCE SYSTEM dan PureGEL, ASICS menyatukan kestabilan adaptif dan keselesaan unggul untuk memberi pengalaman larian terbaik.
Dengan harga RM749, ASICS GEL-KAYANO 32 bukanlah pilihan biasa-biasa. Ia adalah pelaburan untuk sesiapa yang serius dalam usaha meningkatkan kualiti larian dan menjaga kesihatan biomekanik kaki.
Bagi pelari yang mahu manfaat tambahan, mendaftar sebagai ahli OneASICS memberikan akses kepada ganjaran eksklusif dan kandungan bermakna untuk mempertingkatkan perjalanan kecergasan masing-masing.
Secara keseluruhannya, GEL-KAYANO 32 menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam inovasi kasut larian. Ia menggabungkan teknologi canggih dan kefahaman mendalam tentang keperluan pelari hari ini.
Bagi mereka yang mencari kestabilan tanpa mengorbankan keselesaan, inilah masa untuk melangkah ke tahap seterusnya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.