Gaya lama yang dikembalikan semula dengan nafas lebih baharu. Itulah perkara yang sentiasa berlaku dalam dunia fesyen. Apa yang trendy pada masa kini sebenarnya pernah popular dalam tempoh waktu dahulu.
Sebagai contoh lihatlah dunia sneakers yang semakin hari dilihat semakin besar pengaruhnya dalam dunia fesyen kontemporari. Sama ada gaya streetwear atau lebih kasual, sneakers kini secara konsensusnya telah diterima sebagai item fesyen yang cukup signifikan.
Sejak kebelakangan ini pengaruh dunia skateboard dilihat kembali berpengaruh. Salah satu jenama yang turut menghidupkan kembali sneakers mereka yang pernah diperkenalkan suatu ketika dahulu ialah adidas.
Walaupun adidas tidaklah terlalu sinonim dengan skateboarding namun sebenarnya mereka mempunyai sejarah yang tersendiri. Baru-baru ini MASKULIN sempat mencuba sendiri adidas Adimatic yang merupakan sneakers skateboarding diperkenalkan pada era 90-an.
Buat generasi yang membesar pada era 90-an pasti cukup kenal dengan adidas Adimatic yang kini diperkenalkan semula. Rekaan yang ‘dikorek’ semula dari arkib luar biasa dimiliki jenama sinonim dengan tiga jalur, adidas Adimatic hadir dengan sebuah ilham sneakers yang bukan sahaja tahan lasak malah mempunyai penampilan yang cukup versatil dan sesuai digayakan dengan pelbagai outfit.
KELEBIHAN
Salah satu mengapa sneakers skateboarding cukup popular walaupun bukan di kalangan penggemar sukan lasak tersebut ialah tahap keselesaan yang ditawarkan. adidas Adimatic hadir dengan perlindungan yang cukup baik dari hujung kaki hingga ke tumit.
Ia juga lebih ‘bulky’ berbanding sneakers biasa menjadikan ia nampak lebih menonjol apabila disarung di kaki. Memakai kasut ini seharian melakukan tugas di pejabat dan juga aktiviti luaran juga tidak mendatangkan sebarang masalah.
Ads
Seperti kasut skate yang lain ia turut mempunyai kemampuan menyerap tekanan dengan baik. Itu juga salah satu sebab mengapa sneakers ini cukup selesa dipakai walaupun sepanjang hari.
Pada bahagian upper ia dilengkapi dengan kulit suede dan kanvas yang hadir dengan tiga jalur cukup menonjol.
Selain itu kasut ini juga mempunyai grip yang cukup baik dengan bahagian midsole-nya lengkap dengan corak unik ‘zig-zag’ yang menjadi identiti menonjol adidas Adimatic. Buat anda yang memiliki kaki yang lebar juga tidak perlu risau.
Ads
ESTETIKA REKAAN
adidas Adimatic hadir dengan rekaan lebih lebar terutamanya pada bahagian hadapan dan hujung jari. Estetika rekaannya juga menjadikan ia tidak sukar untuk digayakan dengan apa jua jenis seluar atau outfit.
Sebagai contoh ia cukup cocok dengan penampilan bersama seluar kargo, chino, skinny jeans mahupun seluar pendek paras lutut. Buat mereka yang cenderung ke arah streetwear pasti menyukai estetika yang dibawa oleh sneakers yang merentasi zaman dan generasi ini.
Sebagai seorang yang bolehlah dianggap sebagai ‘sneakerhead’, penulis mendapati adidas Adimatic yang lengkap dengan insole nipis yang dipadankan dengan tapak tengah yang lebar menjadikan ia sebagai kasut cukup ‘lembut’ dipakai. Jadi tidak timbul masalah sakit kaki walaupun dipakai seharian. Talinya yang lebar juga memberikan penampilan lebih ‘tough’ dan ‘rugged’.
Ads
Manakala reka bentuk ‘tongue’ yang lebih lebar dan tebal juga cukup menarik. Dengan padding yang tebal ia memberikan perlindungan maksima pada bahagian tengah kaki. Dari segi pemilihan siaz boleh kekal dengan ‘true-to-size’ kecuali buat anda yang lebih suka sensasi loose bolehlah tambah setengah saiz ke atas.
EKSKLUSIF
adidas Malaysia kini menawarkan dua model ekslusif yang hanya boleh di dapati di Atmos Sunway Pyramid sahaja iaitu adidas Adimatic Puprle, RM569 dan adidas Adimatic Xlarge, RM489.
Lebih menarik adidas Malaysia dan Atmos bakal memberikan hadiah yang cukup menarik berupa skate deck ekslusif yang direka oleh Jefr. Skate deck ini merupakan kolabrasi istimewa bersempena pembukaan outlet Atmos di Sunway Pyramid baru-baru ini. Sebanyak dua jenis rekaan skate deck yang dihasilkan dengan setiap satunya menjadi rebutan pengumpul.
Jefr merupakan seorang penulis dan ilustrator yang cukup berpengaruh dengan seni berdasarkan grafiti. Dikenali sebagai seorang penulis grafiti, Jefr merupakan artis ‘self-taught’ yang memnpunyai pengalaman luas sejak tahun 2012.
Jika anda ingin miliki skate deck ini bolehlah dapati sama ada adidas Adimatic Xlarge atau adidas Adimatic Purple hanya di Atmos Sunway Pyramid sekarang sementara stok masih ada.
Rating MASKULIN: 4/5
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama H&M tidak pernah gagal dalam mencetus fenomena dalam industri fesyen. Kolaborasi bersama beberapa pereka sebelum ini mencipta satu impak besar malah memberi ruang dan peluang kepada pencinta fesyen untuk merasai rekaan serba eksklusif dan mewah, dalam harga yang mampu milik.
Kali ini, 13 Julai 2017, jenama gergasi H&M mengumumkan tentang kolaborasi seterusnya bersama pereka Erdem, pereka fesyen dari London yang sememangnya popular di kalangan selebriti Hollywood dan pencinta fesyen. Apa yang menariknya, kolaborasi bersama H&M ini melihatkan Erdem mencipta satu lagi magis dalam menghasilkan rekaan pakaian lelaki. Sempurna! Kali ini, kamu usah bimbang kerana sama ada kamu lelaki atau perempuan, kamu bisa menyarung rekaan serba eksklusif ini.
Untuk menambah keistimewaan serta perasaan teruja mengenai kolaborasi ERDEM x H&M ini, pembikinan filem tentang koleksi ini dibuat oleh Baz Luhrmann. Beliau bertanggungjawab dalam menceritakan kisah unik di sebalik rekaan ini melalui karya video filem nya.
ERDEM x H&M membariskan rekaan yang serba moden serta rekaan yang melambangkan “the power of beauty”. Permainan warna, cetakan, tekstil juga perincian butiran antara kunci dalam menjadikan kolaborasi ini mahal dan paling ditunggu-tunggu!
Tanggapan orang pada lelaki kurus adalah senang dalam berfesyen berbanding mereka yang berbadan lebih besar.
Sedangkan pada hakikatnya, tanggapan itu adalah tersalah sama sekali kerana lelaki badan kurus antara yang sering bermasalah dalam memilih pakaian.
Namun begitu untuk menyelesaikan masalah tersebut, Maskulin ini berkongsi beberapa tip asas yang boleh lelaki berbadan kurus ambil cakna seperti :
1. Jangan pakai pakaian yang terlalu ketat (fit)
Sudahlah berbadan kurus, kenakan pakaian fit pula! Anda mungkin berasa selesa tetapi pada pandangan mata awam, anda dilihat sebagai ‘tulang bergerak’ dan tidak kelihatan sebagai lelaki yang mempunyai ciri-ciri pelindung kepada seorang wanita.
2. Pilih pakaian berwarna putih
Anda digalakkan pakai pakaian berwarna putih yang ada grafik warna atau bercorak. Ia dapat membuatkan tubuh keding tidak ditonjolkan kerana jika anda memakai t-shirt sebagai contohnya, warna putih di samping grafik yang berwarna lain dapat mengalihkan pandangan orang ramai terhadap kamu dan kombinasi warna putih dan warna lain membantu membuat kamu kelihatan sedikit berisi.
3. Elakkan pakai pakaian tak berkolar
Selalunya lelaki berbadan kurus ini memiliki leher panjang. Sehubungan itu, elakkan memakai baju yang tidak berkolar kerana ia membuatkan anda kelihatan lebih kurus. Sebaiknya, pilihlah T-Shirt yang berkolar kerana ia membantu menampakkan dada kamu kelihatan lebih bidang dan tegap.
4. Pilih jeans yang sesuai
Tentang seluar jeans pula, pilihlah yang tidak terlalu longgar sebolehnya biar nampak selari dengan peha dan kaki, kerana jika terlalu longgar atau besar seluar jeans yang dipakai itu hilang cirinya. Jangan pakai sampai terlondeh pula ye!
5. Tentukan gaya rambut yang kemas
Antara yang perlu dititik beratkan dan elakkan memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana penampilan sedemikian akan menampakkan anda kelihatan lebih kurus Sebaik-baiknya, biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk muka yang kecil ataupun dengan tampilan fesyen rambut sedikit spiky. Bagi yang suka menyimpan rambut pula, lebih elok potong rambut bagi selari dengan bentuk muka. Jika rambut lebih tebal atau besar ia akan meneggelamkan muka kamu dan membuat orang ramai nampak seperti ‘batang mancis’.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Saban tahun jenama sukan dan gaya hidup terkemuka dunia, PUMA sentiasa menampilkan inovasi serta rekaan terkini. Ia bukan sahaja relevan dengan aplikasi elemen produknya tetapi dengan gaya terkini.
Antara langkah diambil untuk sentiasa mencuri perhatian penggemar fesyen ialah melakukan kolaborasi dengan jenama fesyen berpengaruh.
Sudah banyak kolaborasi yang diketengahkan oleh PUMA yang rata-rata membawa cabang streetweat atau berjinak-jinak dengan jenama high-end. Terbaru, PUMA melakukan kolaborasi bersama jenama fesyen popular, Von Dutch.
Kedua-dua jenama gergasi ini melakukan kolaborasi dengan menampilkan koleksi fesyen dan gaya hidupyang meraikan sentimen throwback. Elemen sporty dibawa PUMA dan juga rekaan ikonik grafik besar oleh Von Ducth melahirkan seleksi produk yang cukup eksklusif.
Sebagai jenama ikon yang terkenal sekitar awal 2000-an, Von Ducth berazam melakukan comeback dengan meletakkan jenama mereka sebaris jenama baharu dan relevan.
LEBIH BERBEZA
Untuk koleksi PUMA x Von Dutch pertembungan elemen rekaan kontemporari dan gaya klasik trend sukan menghasilkan sesuatu yang berbeza daripada apayang pernah dilakukan oleh kedua-dua jenama.
Lebih menarik koleksi ini diinspirasikan daripada ekspresi individu yang ingin mencipta ‘dunia’ sendiri menerusi gaya fesyen dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Antara seleksi porduk yang diperkenalkan menerusi koleksi ini ialah jaket reversable, crop top, kasut, t-shirt, topi dan juga seluar.
Koleksi PUMA x Von Dutch ini telah mula dilancarkan di Malaysia pada 12 September 2020 di outlet terpilih seluruh negara. Selain itu ia turut ditawarkan menerusi laman sesawang rasmi PUMA, Crossove Online dan juga ZALORA.
Buat anda yang ingin mencari pakaian dan perlatan sukan dari jenama PUMA, boleh lihat tawaran hebat di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.