
Formula 1 sentiasa bergerak laju. Bukan sekadar di atas trek, tapi juga dari sudut gaya dan identiti. Menjelang kemasukan rasmi Audi ke grid F1 musim 2026, satu kolaborasi besar diumumkan dan ia bukan biasa biasa. adidas dan Audi Revolut Formula 1 Team kini melancarkan koleksi teamwear dan fanwear pertama mereka, menandakan permulaan era baharu yang lebih berani dan berteknologi tinggi.

Dilancarkan secara rasmi pada 19 Februari 2026, koleksi ini hadir selepas pengumuman adidas sebagai Official Team Partner kepada Audi Revolut Formula 1 Team. Ia bukan sekadar pakaian rasmi pasukan, tetapi menjadi asas kepada identiti visual Audi untuk kemasukan sulung mereka ke Formula 1.
Monokrom Minimalis, Jiwa Perlumbaan
Apa yang membezakan koleksi ini ialah pendekatan reka bentuknya. adidas menampilkan siluet moden dengan palet warna greyscale yang diinspirasikan daripada kekuatan dan karakter titanium.
Estetikanya bersih, kemas dan minimal, dengan sentuhan aksen merah halus sebagai identiti penyatuan yang mencerminkan perincian prestasi jentera Audi Revolut F1.

Gabungan antara design sofistikated dan teknologi prestasi menjadi teras koleksi ini. Ia direka untuk semua lapisan pasukan, daripada pemandu dan jurutera sehinggalah mekanik dan dalam masa sama memberi peluang kepada peminat untuk membawa identiti pasukan ini ke luar trek.
Dari Paddock Ke Grandstand
Koleksi ini merangkumi rangkaian lengkap teamwear dan fanwear. Untuk pemandu dan pasukan utama, adidas memperkenalkan jersey tanpa kolar dan tee dengan potongan kemas dalam tona monokrom, diperkemaskan dengan aksen merah yang halus.
Bagi jurutera, rekaan lebih direka dengan gabungan top kemas dan outerwear oversized yang seimbang antara gaya artistik dan fungsi.
Untuk mekanik pula, jaket berinspirasikan utilitarian ditampilkan dalam warna hitam, charcoal dan graphite. Ia dilengkapi poket tambahan serta teknologi CLIMACOOL daripada adidas bagi memastikan regulasi suhu yang optimum ketika bekerja dalam tekanan tinggi pit lane.

Dari segi kasut, model khas ADIZERO EVO SL diperkenalkan dengan midsole Lightstrike Pro untuk keselesaan ringan, melengkapkan keseluruhan coordinated team look.
Ini bukan sekadar merchandise. Ini adalah uniform untuk era baharu.

Suara Dari Dalam Pasukan
Menurut Michael Batz, Motorsport Category General Manager di adidas berkata, “Kami teruja untuk secara rasmi memulakan perjalanan bersama Audi Revolut Formula 1 Team menerusi koleksi teamwear penuh yang menampilkan reka bentuk ikonik adidas serta teknologi terbaik dalam kelasnya.
“Direka dengan teliti bagi membolehkan pasukan memperkenalkan diri ke grid dengan penuh gaya, setiap helaian mencerminkan kuasa, kekuatan dan rekaan jentera bagi memenuhi persiapan keseluruhan serta tuntutan hari perlumbaan.
“Kami tidak sabar untuk melihatnya di paddock dan di tempat duduk penonton sepanjang hujung minggu perlumbaan akan datang!” jelasnya lagi.
Bagi Nico Hülkenberg pula, kolaborasi ini cukup signifikan.
“Ini kali pertama saya mewakili dua ikon terkemuka di atas trek. Memakai tiga jalur di sebelah empat cincin adalah satu detik besar, dan saya teruja untuk menyarung jersi yang dibina dengan ketelitian serta dipacu oleh perincian teknikal tahap tertinggi daripada adidas – yang bermaksud ia menawarkan gaya, fungsi dan semestinya diharapkan banyak kelajuan.”

Gabriel Bortoleto turut menyifatkan kolaborasi ini sebagai langkah penting buat pasukan.
“Bekerjasama dengan adidas adalah satu peluang luar biasa buat pasukan kami. Dalam sukan yang digerakkan oleh kemajuan dan inovasi berterusan, memiliki jenama terbaik mereka paka untuk atlet demi memenuhi keperluan prestasi di tahap tertinggi adalah sesuatu yang hebat. Mengetahui kit kami direka dengan penuh pertimbangan dan disesuaikan dengan keperluan kami menjadikan detik pertama saya memakainya bersama pasukan di hadapan peminat lebih bermakna.”

Lebih Daripada Sekadar Debut
Audi menyertai Formula 1 secara rasmi pada 2026 sebagai factory team penuh, dengan pembangunan power unit hibrid sendiri di Jerman. Kemasukan ini selari dengan regulasi baharu F1 yang memberi penekanan kepada elektrifikasi lebih tinggi dan penggunaan bahan api 100 peratus lestari.
Gabungan struktur operasi di Jerman, Switzerland dan United Kingdom menunjukkan keseriusan Audi untuk mencabar kejuaraan dunia menjelang 2030.
Dengan kolaborasi bersama adidas, Audi bukan sahaja memasuki Formula 1 dari sudut teknikal, tetapi juga dari sudut budaya dan gaya. Ini adalah positioning yang jelas. Motorsport bukan sekadar perlumbaan, tetapi platform global untuk membina impak dan identiti jenama.
BACA: Kelebihan Derma Darah Yang Mengejutkan, Bukan Sekadar Selamatkan Nyawa
Ketersediaan Di Malaysia
Untuk peminat tempatan, koleksi adidas x Audi Revolut Formula 1 Team sudah boleh didapati di Malaysia bermula 19 Februari melalui adidas.com.my dan di kedai terpilih adidas.
Kalau kau peminat F1 yang mahukan sesuatu yang lebih menarik, minimal dan ada aura prestasi luar biasa, ini mungkin koleksi yang patut ada dalam wardrobe anda tahun ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang



![[FOTO] Antara Koleksi Kereta Tony Stark Yang Ditampilkan Dalam Filem! 36 [FOTO] Antara Koleksi Kereta Tony Stark Yang Ditampilkan Dalam Filem!](https://cdn.maskulin.com.my/2019/04/tony-stark-audi-r8-09_11_984985.jpg)
