Ads

Aedy Ashraf & TUJU Jadi Wajah Spritzer ION, Hidupkan Semangat ‘ON-JE!’ Untuk Generasi Kini

aedy

Kadangkala perkara yang paling sukar bukanlah untuk mencapai sesuatu, tetapi untuk mengambil langkah pertama.

Daripada mencuba rutin baharu, menyertai aktiviti yang selama ini hanya diperhatikan dari jauh atau mengejar minat yang sering ditangguhkan, rasa ragu-ragu sering menjadi penghalang sebelum seseorang sempat bermula.

Idea inilah yang dibawa Spritzer menerusi pelancaran Spritzer ION, air isotonik baharu yang menggabungkan air Spritzer dengan elektrolit, sekali gus memperkenalkan pegangan baharu jenama, ON-JE!

Ditawarkan dalam dua perisa, Original dan Lime, produk ini direka sebagai pilihan hidrasi untuk rutin harian, sama ada ketika bekerja, bersenam atau melakukan aktiviti kegemaran.

Bila Terlalu Banyak Berfikir Membuatkan Kita Tidak Bermula

Semangat ON-JE! sebenarnya lahir daripada situasi yang cukup dekat dengan kehidupan hari ini.

Akses kepada peluang, pengalaman dan inspirasi semakin luas, tetapi pada masa sama, seseorang juga lebih mudah membandingkan diri dengan orang lain, risau terhadap penilaian sekeliling atau menunggu sehingga semuanya terasa sempurna sebelum bertindak.

Aedy Ashraf & TUJU Jadi Wajah Spritzer ION, Hidupkan Semangat ‘ON-JE!’ Untuk Generasi Kini

Ketua Pemasaran Spritzer, Shiao Chan, berkata fenomena itu semakin dirasai dalam kalangan generasi hari ini.

“Generasi hari ini mempunyai akses kepada peluang, idea dan pengalaman yang begitu luas, melebihi generasi sebelumnya. Namun, ramai juga sentiasa berdepan tekanan untuk membuat segalanya dengan betul, memenuhi jangkaan dan menunggu sehingga berasa benar-benar bersedia sebelum melangkah ke hadapan,” katanya.

Beliau menambah bahawa kadangkala halangan terbesar bukanlah kekurangan peluang, tetapi keraguan terhadap kemampuan sendiri.

Aedy Ashraf & TUJU Jadi Wajah Spritzer ION, Hidupkan Semangat ‘ON-JE!’ Untuk Generasi Kini

“Kami percaya peluang itu sentiasa ada. Selalunya, yang menghalang kita ialah rasa ragu-ragu, kurang yakin pada diri sendiri dan kecenderungan untuk terlalu memikirkan perkara yang mungkin tidak menjadi.

Ads

“Itulah semangat ON-JE!. Hidup perlu dilalui dengan melibatkan diri dan mencuba, tanpa menunggu semuanya sempurna.

“Ada pengalaman yang paling bermakna dalam hidup bermula bukan ketika kita berasa benar-benar bersedia, tetapi apabila kita membuat keputusan untuk mencuba. Melalui Spritzer ION, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk berkata ON-JE! kepada minat, pengalaman dan kemungkinan yang menjadikan hidup lebih bermakna.”

Simbol Infiniti Jadi Identiti Spritzer ION

Idea ON-JE! turut diterjemahkan kepada rekaan visual produk.

Simbol infiniti pada label mewakili dua keadaan berbeza. Satu gelung membawa gambaran rutin dan pilihan yang biasa dilakukan setiap hari, manakala gelung kedua mewakili kemungkinan yang boleh diterokai apabila seseorang berani keluar daripada kebiasaan.

Aedy Ashraf & TUJU Jadi Wajah Spritzer ION, Hidupkan Semangat ‘ON-JE!’ Untuk Generasi Kini

Titik yang menghubungkan kedua-duanya melambangkan detik ON-JE!, iaitu keputusan untuk mencuba sesuatu walaupun hasil akhirnya belum diketahui.

Identiti tersebut diperkukuh menerusi warna Blueple, gabungan biru dan ungu yang digunakan pada pembungkusan Spritzer ION.

Aedy Ashraf & TUJU Jadi Wajah Spritzer ION, Hidupkan Semangat ‘ON-JE!’ Untuk Generasi Kini

Ads

Aedy Ashraf & TUJU Bawa Cerita ON-JE! Mereka

Bagi menghidupkan kempen berkenaan, Spritzer turut memilih pelakon Aedy Ashraf dan penyanyi rap TUJU sebagai duta jenama.

Kedua-duanya dipilih kerana perjalanan masing-masing mempunyai kaitan dengan mesej ON-JE!, khususnya keberanian mengambil peluang dan bergerak ke hadapan walaupun berdepan ketidakpastian.

aedy

Aedy Ashraf & TUJU Jadi Wajah Spritzer ION, Hidupkan Semangat ‘ON-JE!’ Untuk Generasi Kini

Menurut Spritzer, pengalaman mereka menggambarkan bagaimana satu keputusan untuk mencuba boleh membuka ruang kepada perkembangan diri dan pengalaman yang mungkin tidak akan ditemui sekiranya seseorang terus memilih untuk berada dalam zon selesa.

Jelajah ON-JE! Bermula Di Starhill Piazza

Orang ramai turut boleh merasai sendiri pengalaman kempen menerusi Jelajah Spritzer ION ON-JE! yang berlangsung di Starhill Piazza dari 9 hingga 11 Oktober 2026.

Ruang tersebut menampilkan konsep dunia bawah air yang diinspirasikan daripada kempen Spritzer ION, selain memberi peluang kepada pengunjung merakam detik mereka sendiri.

Pengunjung juga boleh berkongsi matlamat, impian atau cabaran yang mahu dicapai sebelum menerima cetakan kenang-kenangan diperibadikan berdasarkan perkongsian tersebut.

Ads

Pengalaman berkenaan turut dilengkapkan dengan sesi merasa kedua-dua perisa Spritzer ION.

Original & Lime, Dua Saiz Pilihan

Spritzer ION hadir dalam saiz 500ml dan 1.5 liter, dengan dua pilihan perisa Original dan Lime.

Menurut kenyataan syarikat, produk itu menggabungkan air Spritzer bersama elektrolit untuk hidrasi isotonik, selain menawarkan kandungan gula yang lebih rendah. Botolnya turut direka supaya mudah digenggam untuk penggunaan harian.

Aedy Ashraf & TUJU Jadi Wajah Spritzer ION, Hidupkan Semangat ‘ON-JE!’ Untuk Generasi Kini

Sebagai produk pertama yang membawa identiti ON-JE!, Spritzer melihat ION bukan sekadar tambahan baharu dalam rangkaian minumannya.

BACA: 5 Sebab Peminat F1 Sangat Suka Terhadap Litar Antarabangsa Sepang

Ia menjadi permulaan kepada usaha lebih luas untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjalani kehidupan dengan lebih aktif dan berani mengambil peluang apabila ia hadir.

Kadangkala memang tiada jaminan bahawa sesuatu percubaan akan menjadi seperti dirancang.

Tetapi seperti mesej yang mahu dibawa ON-JE!, pengalaman baharu mungkin hanya bermula apabila kita berhenti menunggu waktu yang “sempurna” dan memilih untuk mencuba.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads