Ads

Kad ATM Tersangkut: Dakwaan Modus Penipuan Mengejutkan Berulang di Sekitar KL

kad ATM tersangkut

Satu hantaran di media sosial mencetuskan dakwaan bahawa seorang lelaki menggunakan cerita kecemasan yang sama untuk meminta wang daripada orang awam di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Kad ATM Tersangkut: Dakwaan Modus Penipuan Mengejutkan Berulang di Sekitar KL

Berdasarkan hantaran asal bertarikh 7 Oktober 2026, seorang pengguna mendakwa didatangi seorang lelaki di DC Mall yang memperkenalkan dirinya sebagai Bryan dari Singapura.

Menurut dakwaan tersebut, lelaki itu mengatakan kadnya tersangkut di mesin ATM Hong Leong dan dia perlu mendapatkan wang untuk ke lapangan terbang. Dia kemudian meminta RM500, sambil mendakwa akan memulangkan wang tersebut melalui pindahan bank.

Pada mulanya, individu berkenaan dikatakan kelihatan meyakinkan sehingga pengguna tersebut bersedia untuk membantu.

Namun, beberapa perkara mula menimbulkan keraguan.

Antaranya, lelaki tersebut masih berada di pusat beli-belah beberapa minit kemudian walaupun sebelum itu mendakwa  perlu segera ke lapangan terbang. Apabila ditanya mengapa tidak meminta bantuan daripada rakan sekerja, penjelasannya dikatakan tidak meyakinkan.

Pengguna tersebut kemudian mendakwa terserempak semula dengan lelaki berkenaan di tingkat lain, kali ini bersama seorang lelaki lain berhampira ATM.

Kad ATM Tersangkut: Dakwaan Modus Penipuan Mengejutkan Berulang di Sekitar KL

Ads

Keadaan menjadi lebih tegang apabila pengguna berkenaan dan rakannya menyedari kemungkinan mereka telah diperdaya. Menurut hantaran itu, lelaki tersebut cuba melarikan diri sebelum akhirnya wang yang diberikan dipulangkan.

Lebih menarik perhatian, ruangan komen kemudian dipenuhi pengguna lain yang mendakwa pernah berdepan individu yang sama dan ada yang melalui situasi yang serupa.

Kad ATM Tersangkut: Dakwaan Modus Penipuan Mengejutkan Berulang di Sekitar KL

Seorang pengguna threads mendakwa pernah bertemu lelaki berkenaan di Paradigm Mall Petaling Jaya kira-kira tiga minggu sebelumnya.

Seorang lagi mendakwa pernah didatangi di kawasan MRT Ampang Park beberapa bulan lalu dengan alasan hampir sama. Dalam pengalaman tersebut, individu terbabit dikatakan ada bersama keluarganya dan meminta bantuan membeli minuman kerana tidak mempunyai wang tunai.

Ads

Pengguna lain pula mendakwa pernah didatangi di Petaling Street dengan permintaan wang sekitar RM1,000.

BACA JUGA : Lari Sambil Berjalan Untuk 10km, Ini Strategi Hebat!

Namun, dakwaan media sosial perlu disahkan

Walaupun beberapa pengalaman yang dikongsi kelihatan mempunyai kesamaan, ia masih merupakan dakwaan pengguna media sosial dan bukan pengesahan bahawa semua kejadian tersebut dilakukan oleh individu yang sama.

Indentiti lelaki dalam gambar juga tidak wajar dianggap sebagai bukti bahawa dia melakukan jenayah hanya berdasarkan hantaran tersebut.

Jika benar berlaku penipuan, pengesahan melalui laporan polis, rakaman CCTV atau siasatan pihak berkuasa diperlukan sebelum seseorang itu boleh dilabel sebagai penipu.

Ads

Mengapa modus operandi seperti ini berjaya?

Cerita tentang urgent seperti “Kad ATM tersangkut”, “tidak mempunyai wang tunai”, “perlu ke lapangan terbang” atau “perlu bantuan segera” boleh mewujudkan tekanan kepada orang yang mahu membantu.

Mangsa atau bakal mangsa mungkin tidak mempunyai masa untuk menyemak cerita berkenaan kerana keadaan yang digambarkan sebagai mendesak.

Dalam situasi seperti ini, membantu tidak semestinya dengan memberi sejumlah wang tunai kepada orang yang tidak dikenali.

Jika seseorang benar-benar berdepan masalah kad bank, terdapat saluran rasmi seperti bank, pengurusan pusat beli-belah, polis atau perkhidmatan kecemasan yang boleh dirujuk.

PDRM sendiri menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya kepada permintaan atau dakwaan yang mencurigakan dan melakukan semakan terlebih dahulu. PDRM menyediakan portal Semak Mule untuk menyemak akaun bank atau nombor telefon yang mempunyai rekod laporan penipuan.

Jika seseorang sudah membuat transaksi dan mengesyaki dirinya ditipu, PDRM menasihatkan supaya mangsa segera menghubungi NSRC di talian 997 serta membuat laporan polis.

Sumber : Threads

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads