Ads

ASICS Hidupkan KLSCM 2026 Dengan ‘Race Day Energy’, Dari ASICS House Hingga Sorakan Sepanjang Laluan

asics
HASREEZAN HASSAN 2025

Bagi ribuan pelari, Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) bukan sekadar perlumbaan yang berlangsung selama beberapa jam. Ia adalah kemuncak kepada latihan berbulan-bulan, rutin bangun awal, sesi larian panjang dan sasaran peribadi yang dibawa hingga ke garisan penamat.

Pada KLSaCM 2026, ASICS Malaysia kembali sebagai rakan rasmi kasut dan pakaian untuk tahun kedua berturut-turut, tetapi kehadirannya kali ini tidak terhad kepada produk atau pakaian perlumbaan sahaja.

ASICS Hidupkan KLSCM 2026 Dengan ‘Race Day Energy’, Dari ASICS House Hingga Sorakan Sepanjang Laluan

Daripada ASICS House, Cheer Zones, ASICS Roving Truck hinggalah koleksi khas ASICS x KLSCM 2026, jenama itu membina satu ekosistem yang meraikan bukan sahaja prestasi, tetapi juga komuniti dan pengalaman keseluruhan minggu larian.

KLSCM 2026 sendiri menghimpunkan kira-kira 40,000 pelari dari 70 negara, dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM500,000.

ASICS House Jadi Ruang ‘Recharge’ Pelari

Antara kelainan tahun ini ialah pengenalan ASICS House, sebuah ruang khusus untuk ahli OneASICS jemputan dan tetamu berehat, berhubung serta meraikan perjalanan mereka sepanjang hujung minggu perlumbaan.

Beroperasi pada 3 dan 4 Oktober, ruang berkenaan menawarkan cold-plunge recovery bath, Personal Best Wall, stesen menghasilkan rantai kunci tersuai serta minuman ringan percuma.

Di tengah-tengah kesibukan KLSCM, konsep ini memberikan satu ruang untuk pelari berhenti seketika daripada tekanan perlumbaan dan menikmati sisi sosial komuniti larian.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh ASICS Malaysia (@asicsmalaysia)

Sorakan Sampai Ke Laluan

Tenaga KLSCM turut dibawa terus kepada pelari menerusi ASICS Cheer Zones dan ASICS Roving Truck.

Ads

Buat pertama kali di KLSCM, trak bergerak ASICS singgah di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur sebelum hari perlumbaan, membolehkan komuniti mencuba kasut ASICS serta mengenali jenama itu di luar persekitaran acara tradisional.

Destinasi terakhirnya ialah Cheer Zone pada hari perlumbaan, menjadi antara lokasi sokongan buat pelari ketika mereka mula berdepan keletihan di sepanjang laluan.

ASICS Hidupkan KLSCM 2026 Dengan ‘Race Day Energy’, Dari ASICS House Hingga Sorakan Sepanjang Laluan

Pengurus Negara ASICS Malaysia, Boon Tib Soom Nik, berkata pengalaman setiap pelari di KLSCM mungkin berbeza, tetapi mereka akhirnya berkongsi laluan dan semangat yang sama.

“Setiap pelari hadir ke KLSCM dengan matlamat yang berbeza, tetapi pada hari perlumbaan, kita semua berkongsi jalan yang sama dan semangat yang sama untuk terus bergerak ke hadapan.

“Tahun ini, kami mahu mencipta pengalaman yang lebih besar di sekeliling perjalanan tersebut.

“Daripada ASICS House yang memberi ruang kepada pelari untuk berehat dan berhubung, hinggalah tenaga daripada Cheer Zones yang memberikan dorongan tambahan ketika mereka memerlukannya, serta melihat atlet kami turun bersama ribuan pelari, sangat menginspirasikan untuk menyaksikan semua orang berkumpul dan menjadikan hujung minggu perlumbaan ini sebagai pengalaman mereka sendiri,” katanya.

Ads

Koleksi Khas Bawa Identiti Kuala Lumpur

ASICS turut memperkenalkan ASICS x KLSCM 2026 Merch menerusi koleksi RUNKL dengan tema “Where the City Meets the Stride”.

Koleksi itu diinspirasikan oleh komuniti larian Kuala Lumpur serta pengalaman harian yang cukup dekat dengan identiti tempatan.

Ia direka oleh artis dan pelukis mural dari Kota Kinabalu, Wilson Ng, yang mengambil inspirasi daripada pengalaman sendiri berlari di jalan raya Kuala Lumpur. Antara hasilnya ialah kemeja grafik “Run in Kuala Lumpur” yang cuba menangkap tenaga dan karakter larian bandar.

Atlet ASICS Serlah Di Half Marathon

Apabila tiba hari perlumbaan, fokus beralih daripada aktiviti komuniti kepada prestasi.

Dalam kategori Malaysian Men ASICS Half Marathon, atlet ASICS Daren James Nair A/L Rodney James muncul juara dengan catatan 1:13:44, diikuti Muhamad Asyhraf bin Mohamad Zaidin pada 1:14:39.

ASICS Hidupkan KLSCM 2026 Dengan ‘Race Day Energy’, Dari ASICS House Hingga Sorakan Sepanjang Laluan
Daren James

Bagi kategori Malaysian Women, Yu Hui Khiing meraih tempat kedua dengan masa 1:33:08, manakala Duta Jenama Wanita ASICS Malaysia Allison Yee Phui Se menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan 1:37:00.

Ads

ASICS Hidupkan KLSCM 2026 Dengan ‘Race Day Energy’, Dari ASICS House Hingga Sorakan Sepanjang Laluan

Dalam kategori Malaysian Women Veteran Full Marathon pula, atlet ASICS Lee Siok Chin muncul juara dengan catatan 3:19:07.

Buat Daren, kemenangan itu terasa lebih manis kerana ia merupakan penampilan pertamanya dalam jarak separuh maraton selepas bertanding dalam 10KM tahun lalu.

BACA: Atlet Tempatan Curi Tumpuan KLSCM 2026, Yeow Ni Jia Pertahan Gelaran & Esther Joy Juara Dalam Debut Maraton

“Saya berasa bangga membawa nama ASICS, jadi menamatkan perlumbaan dalam kelompok tiga terbaik merupakan satu bonus dan menjadikannya kemenangan yang cukup bermakna buat kami.

“Tahun lalu, saya menyertai acara 10KM, jadi ini merupakan separuh maraton pertama saya. Persiapan berjalan dengan baik dan saya gembira apabila ia diterjemahkan kepada keputusan yang bagus. Laluan memang mencabar, tetapi bahagian akhir perlumbaan adalah yang paling saya nikmati, terutama dengan sorakan orang ramai yang memberikan semangat,” katanya.

Semoga KLSCM pada tahun hadapan terus kekal meriah dan kerjasama bersama jenama seperti Asics mampu menyemarakkan komuniti dan sukan larian jarak jauh di Malaysia.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads