Susulan status penyanyi senior, Datuk Jamal Abdillah untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) menjadi tanda tanya, ahkhirnya pihak syarikat rakaman, FMC Music tampil memberikan kenyataan.
Menurut Pengarah Urusan FMC Music, C.F Ho, Jamal memutuskan untuk menarik diri daripada membuat persembahan menerusi lagu Ku Cuma, duet bersama penyanyi Wany Hasrita di anugerah nyanyian tahunan itu.
Katanya, pihak FMC Music tidak mempunyai kuasa untuk menghalang keputusan yang dilakukan penyanyi senior berkenaan dan ia telah dipersetujui semua pihak.
“Dengan ini, kami FMC Music syarikat yang menerbitkan lagu Ku Cuma mengesahkan bahawa Datuk Jamal telah menarik diri dari menyertai AJL38 untuk tahun ini.
Ads
“Pihak kami tidak dapat berbuat apa apa jika keputusan itu telah dibuat sendiri oleh Datuk Jamal dan dipersetujui oleh pihak penerbitan.
“Sebelum itu, Datuk Jamal sendiri ada memberitahu saya untuk menarik diri, namun, saya mencadangkan agar Datuk Jamal memaklumkan sendiri pada pihak penerbitan AJL kerana perkara ini terletak di luar bidang kuasa kami selaku syarikat yang menerbitkan lagu,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Isnin.
Sehubungan itu, pihak FMC Music turut memaklumkan posisi tersebut akan digantikan penyanyi muda, Afieq Shazwan.
Ads
“Setelah berbincang dengan pencipta lagu Ku Cuma iaitu Ezra Kong, FMC Music bersetuju untuk menamakan penyanyi Afieq Shazwan sebagai pengganti untuk berduet bersama Wany Hasrita.
Ads
“Keputusan pemilihan ini dibuat berdasarkan kredibiliti dan kemampuan Afieq. Kami yakin Afieq mampu memberikan persembahan dan kerjasama yang baik dengan Wany Hasrita,” katanya lagi.
Mulai 11 Julai 2025, semua individu yang bergelar pekerja, ketua jabatan mahupun majikan perlu lebih berhati-hati dalam komunikasi harian, terutama dalam soal gurauan, perbualan bersifat peribadi dan tingkah laku sosial di tempat kerja.
Ini kerana pindaan baharu terhadap Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025) secara rasmi mengklasifikasikan pelbagai bentuk gangguan di tempat kerja sebagai kesalahan jenayah.
Perubahan ini bukan sekadar transformasi undang-undang, tetapi isyarat tegas daripada kerajaan bahawa kesihatan mental, emosi dan maruah individu adalah hak yang wajib dilindungi.
Dulu, isu seperti gurauan kasar, usikan peribadi, atau ‘meme’ yang disebar dalam grup WhatsApp pejabat sering dianggap sebagai “hal dalaman” atau “sekadar main-main”.
Kini tidak lagi. Beberapa kategori kelakuan telah disenaraikan sebagai perbuatan jenayah yang boleh disiasat polis dan didakwa di mahkamah, antaranya:
Gangguan fizikal atau lisan, termasuk ejekan terhadap rupa, tubuh badan, jantina, latar belakang atau orientasi.
Sindiran atau jenaka seksual, walau disampaikan secara ‘gurauan’.
Buli siber, termasuk menyindir secara terbuka, menyebarkan imej, mesej atau maklumat peribadi individu di ruang kerja digital.
Penyebaran maklumat peribadi, seperti nombor telefon, alamat rumah, sejarah kesihatan atau latar belakang keluarga tanpa izin.
Tekanan emosi berulang hingga menyebabkan mangsa kemurungan atau hilang kawalan diri.
Apa yang dulunya dianggap “tak disengajakan” atau “sekadar melawak” kini perlu ditapis dan dipertimbang semula. Bagi lelaki berkerjaya yang ingin kekal dihormati dan dilihat profesional, keupayaan mengawal kata-kata dan memahami sensitiviti persekitaran adalah satu bentuk kematangan.
Tempat kerja bukan pentas hiburan. Sebaliknya, ia adalah ruang kolaborasi yang perlu dibina atas nilai rasa hormat, empati dan tanggungjawab sosial.
1. Menjaga tutur kata dan perbuatan, walaupun di ruang digital seperti WhatsApp.
2. Elakkan menyentuh hal peribadi rakan sekerja tanpa keizinan.
3. Laporkan segera sebarang bentuk gangguan kepada pihak berkuasa jika perlu.
4. Ambil serius jika ada rakan sekerja menunjukkan tanda tertekan atau trauma akibat suasana kerja.
Pindaan undang-undang ini juga memberi isyarat jelas bahawa majikan tidak boleh lagi mengambil ringan aduan berkaitan gangguan lisan, emosi atau digital di tempat kerja.
Organisasi digesa untuk:
Menyemak semula dasar dalaman berkaitan gangguan tempat kerja
Menyediakan saluran aduan yang jelas dan selamat
Menganjurkan latihan kesedaran berkenaan komunikasi beretika
Kegagalan menangani isu ini boleh mengakibatkan tindakan undang-undang terhadap organisasi itu sendiri.
Dengan pindaan undang-undang ini, masa untuk ‘bergurau tanpa batas’ sudah tamat. Kini masanya untuk jadi lelaki yang bukan sekadar bijak bekerja—tetapi juga bijak menjaga nilai kemanusiaan.
Bidang perniagaan merupakan salah satu cabang karier yang cukup mencabar. Apatah lagi untuk lepasan universiti yang masih mentah dan muda, pastinya peru dilakukan dengan cara yang betul berserta ilmu dan bimbingan yang baik.
Melihatkan potensi besar yang ada pada pelajar sebagai pelapis bangsa dan negara, Herbalife, syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan bertekad menggalakkan pembangunan usahawan belia di Malaysia dengan menganjurkan Program Keusahawanan sulungnya bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Penganjuran program sepeti ini dilihat sebahagian daripada inisiatif perintis untuk mendidik golongan muda Malaysia tentang pelbagai peluang ekonomi dalam bidang kesihatan dan pemakanan.
Difahamkan kerjasama ini terjalin berteraskan wawasan yang dikongsi bersama iaitu melengkapkan golongan belia dengan pendidikan menyeluruh yang menyokong perkembangan kerjaya dan memperkayakan kesihatan.
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi di UiTM sentiasa berusaha melahirkan pelajar yang serba boleh dan inisiatif ini menekankan misi tersebut, berbekalkan sokongan daripada Akademi Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Keusahawanan Malaysia UiTM.
Program yang dilancarkan baru-baru ini di kampus UiTM Shah Alam membabitkan latihan kemahiran keusahawanan penting, selain memberikan pencerahan dan ilmu untuk membuka perniagaan berkaitan pemakanan, sambil disokong oleh reputasi global Herbalife dalam sektor kesihatan dan kesejahteraan.
Bimbingan bermakna daripada tenaga pengedar Herbalife melibatkan sesi bimbingan peribadi, interaksi berkumpulan dan latihan dunia sebenar, akan memastikan setiap pelajar mendapat manfaat daripada pengalaman terkumpul dan tunjuk ajar individu.
Program perintis ini disertai sejumlah 80 pelajar siswazah, dengan matlamat masa depan untuk meluaskannya kepada kesemua 34 kampus UiTM di seluruh negara.
Menurut Pengarah Kanan/Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura, Steven Chin, berkata, “Kami sukacita untuk terus mengukuhkan kerjasama dengan UiTM menerusi inisiatif terbaharu ini, mencerminkan usaha Herbalife untuk membantu pelajar memanfaatkan peluang ekonomi menerusi tunjuk ajar, latihan, bimbingan dan ilmu keusahawanan.
“Memandangkan trend yang semakin meningkat ke arah keusahawanan dalam kalangan Gen Z dan golongan milenial seperti yang dilihat daripada Tinjau Selidik Usahawan Muda Asia Pasifik 2021, di samping peningkatan kadar obesiti Malaysia dan minat dalam penuaan sihat, program ini bertujuan membantu merapatkan jurang maklumat.
“Dan dalam pada itu memberikan alat dan ilmu keusahawanan kepada anak-anak muda sambil membentuk ketetapan minda keusahawanan yang diperlukan untuk membina perniagaan dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan,” tambahnya lagi.
Manakala Profesor Madya Dr Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, Dekan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam, menambah, “Kami sentiasa berusaha menambah baik pengalaman pembelajaran pelajar-pelajar yang membawa perubahan bermanfaat bersama industri.
“Program usaha sama dengan Herbalife ini menyediakan gabungan unik kepakaran keusahawanan praktikal, sambil menekankan kepentingan kesihatan, kecergasan dan kesejahteraan yang sering kali diabaikan.”
Ts. Dr Nik Roselina Nik Roseley, Pengarah Pusat Keusahawanan Pelajar, Akademi Pembangunan PKS & Keusahawanan Malaysia (MASMED), UiTM Shah Alam, mengulas, “Kerjasama dengan Herbalife adalah satu pendekatan berpandangan jauh kepada pembangunan pelajar, dengan menggabungkan keusahawanan dan gaya hidup sihat.
“Ini merupakan langkah strategik yang bakal melengkapkan pelajar dengan dua kemahiran iaitu ilmu perniagaan dan kesejahteraan diri untuk bersiap-sedia menghadapi cabaran pada masa depan.”
Nurul Hanis Nisha Binti Abdul Halim, pelajar yang turut serta daripada Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi di kampus UiTM Shah Alam berkongsi pengalamannya di majlis pelancaran tersebut: “Inisiatif ini telah membuka mata kami kepada peluang yang ada di depan kita, sejajar dengan kerjaya yang bakal kami ceburi dalam bidang Sains Sukan.
“Menimba ilmu keusahawanan di sini bukan sahaja membantu memulakan perjalanan keusahawanan kami sendiri, tetapi juga memberikan gambaran jelas tentang permintaan di pasaran-pasaran yang berkenaan untuk membuat persiapan lebih baik untuk membina kerjaya selepas menamatkan pengajian.”
Program Keusahawanan UiTM Herbalife, menggabungkan kesihatan dan peluang perniagaan, dan sesungguhnya memperlihatkan komitmen kedua-dua institusi untuk membina masa depan yang cerah dan mampan bagi golongan belia Malaysia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BYD SEALION 7 2026 kini hadir dalam tiga varian dengan jarak sehingga 650 kilometer, pengecasan lebih pantas dan harga bermula RM159,800 untuk pelanggan terawal.