AEON Fashion Preview (AFP) merupakan acara yang diadakan tiga kali setahun bagi mempamerkan perkembangan terkini untuk jenama-jenama fesyen AEON. Setiap edisi AFP menonjolkan tren terbaru, gaya, warna dan tekstur sambil memperkenalkan ketibaan musim baru termasuk mengumumkan kerjasama strategik.
Baru-baru ini edisi terkini AFP kembali dengan persembahan fesyen trend segar dan bertenaga bagi golongan muda untuk menyerlahkan diri mereka.
Edisi November 2023 AFP ini turut menyaksikan kolaborasi bersama komuniti pelajar Universiti Pengurusan & Teknologi Tunku Abdul Rahman (TARUMT). Segmen muda AEON merangka semula tiga tema yang akan menjadi bualan: pakaian anime pakaian jalanan, pakaian denim dan pakaian perayaan.
AEON SELECT ‘Angkat Genre Anime Streetwear’
Gaya streetwear anime muncul sebagai trend yang semakin popular dan memikat peminat fesyen. Gabungan unik estetikanya menyaksikan AFP mengeluarkan pelbagai kapsul kejutan anime daripada judul popular seperti Naruto, Spy X Family, Jujutsu Kaisen dan Demon Slayer.
Sama ada anime cyberpunk minimalis yang anggun atau warna manga klasik yang terang, koleksi AEON SELECT akan menyasarkan kepada rangkaian getaran yang pelbagai dan menarik.
Dalam meraikan inovasi pereka generasi seterusnya – hubungan unik antara anime dan fesyen untuk ekspresi diri yang bergaya, pelajar fesyen TARUMT dari Fakulti Komunikasi dan Industri Kreatif (FCCI) mengambil bahagian dalam menggayakan semula koleksi Naruto, mengubahnya menjadi cosplay couture, pakaian jalanan grafik dan aksesori berinspirasikan anime. Pelajar-pelajar tersebut adalah:
Ads
1. Low Yan Yi
2. Desiree Chang Chai Ling
3. Soom Ken Yin
4. Kavinita a/p Ragunathan
5. Noprena Maria
6. See Yu Yun
7. Chern Yong Xin
8. Nur Aila Aleena Tong
9.Lam Shee Yun
10. Intan Nurlyzana
Mereka diselia dan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah mereka iaitu:
11. Siti Nur Syuhada
12. Aizurawaty
SCAR Menyahkod Dinamik Denim
Pakaian denim, dahulunya sinonim sebagai pakaian kerja lasak, telah melalui transformasi bertahun lamanya sehingga berkembang menjadi fesyen ruji serba boleh dan abadi yang merentas generasi. Ketahanan dan keselesaan fabrik, yang pada asalnya direka buat ketahanan untuk tugasan berat, telah diberikan nafas ekspresi baharu dalam fesyen kontemporari.
Ads
Inovasi seperti denim regang telah menambah dimensi baharu kepada keselesaan dan kesesuaian, membolehkan pergerakan dinamik tanpa menjejaskan estetika klasik denim.
Denim asal yang terkenal dalam bentuk asli dan kelihatan tidak terurus, menarik minat penggemar denim yang mencari corak pemakaian yang lebih diperibadikan dari masa ke semasa. Variasi dalam fabrik denim ini memenuhi pelbagai pilihan, menjadikan denim kekal sebagai pakaian yang wajib ada dalam almari untuk setiap generasi.
LEBIH INKLUSIF
Menurut Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, Low Ngai Yuen, “Edisi AFP ini menegaskan bahawa fesyen tidak lagi harus terhad kepada piawaian yang sempit. AEON telah lama menerima kepelbagaian bentuk badan, saiz, etnik, jantina dan kebolehan. Kami mengutamakan saiz yang inklusif, pakaian yang boleh disesuaikan, dan pilihan mampu milik tetapi bergaya.
“Fesyen kini merupakan platform sebagai ekspresi diri yang berinteraksi kepada orang ramai daripada semua lapisan masyarakat. Inilah bertepatan dalam kerjasama kami bersama Steven Sunny – #ownwhatyouwear adalah pergerakan yang dicetuskan oleh AEON sejak tahun lalu dengan kurator gaya yang luar biasa dan ikonik. Kami komited kepada kepercayaan kami bahawa fesyen mesti mencerminkan kepelbagaian keseluruhan manusia.
Ads
“Kami percaya bahawa setiap orang berhak berasa yakin dan menyatakan identiti mereka melalui pakaian, dan AEON berusaha untuk menjadikan fesyen bukan sahaja mencerminkan masyarakat, bahkan sebagai pemangkin kepada perubahan positif. Trend bukanlah tentang keterangkuman dan kebolehcapaian; ia adalah unjuran industri fesyen yang lebih menyayangi dan representatif,” tambahnya lagi.
Untuk musim ini, SCAR menampilkan rekaan fesyen dan gaya Steven Sunny yang mengangkat fesyen sebagai alat ekspresi kendiri. Dengan mengkhusus kepada potongan berani dan warna-warni pada kain kapas 100%, ia melaungkan cabaran agar kekal yakin dan menggayakan #ownwhatyouwear.
Dengan memahami kecenderungan peribadi, kepekaan Steven Sunny terhadap gaya juga membawakan kebolehan luar biasa untuk sentiasa berani menampilkan rupa yang berlainan untuk membawakan gaya baharu untuk diri.
“Fesyen teguh sebagai kuasa yang memerdekakan, memperkasakan individu agar menerima diri mereka yang sebenar. Marilah bersama AEON meraikannya!” sambung Low Ngai Yuen sambil memperkenalkan Steven Sunny.
Selaras dengan komitmen AEON kepada Sasaran 8 dan 15 Sasaran Pembangunan Kelestarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, yang bertumpu kepada menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif terhadap kelestarian pembangunan, menyediakan laluan kepada keadilan, serta membina institusi yang cekap, bertanggungjawab dan inklusif, pra-tonton fesyen ini juga memastikan arus kepada fesyen di samping menggalakkan kelestarian.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dah masuk raya ke dua ni, macam mana seronok tak beraya? Mungkin hari ini keluarga anda rancang untuk anda sekeluarga ziarah sanak saudara dan jiran tetangga di kampung. Inilah masa yang paling sesuai untuk ber OOTD di rumah orang. Namun, sebenarnya jika anda ke rumah terbuka atau ziarah ke rumah orang lain, ada beberapa peraturan yang anda kena ikut.
Senyum
Ini adap yang paling basic untuk anda lakukan. Jika anda tidak gemar dengan berkunjung ke rumah sanak saudara, maka anda kena buka hati anda untuk menerima apa jua situasi yang berada di depan mata. Lemparkan senyuman itu kan satu sedekah.
Simpan phone
Tahu dah, tahun 2018 merupakan tahun yang pesat dengan dunia teknologi. Mungkin topik yang mak cik dan pak cik anda bualkan itu membosankan, tapi cuba anda ‘fit in’ dengan topik tersebut. Walaupun anda tidak gemar dengan topik tersebut, anda mungkin boleh cuba mengubah topik, namun jangan terlalu berat sehinggakan anda dan sanak saudara bergaduh pula.
Elak topik sensitif
DCF compatable JPEG Img
Memandangkan demam PRU14 masih belum kebah, anda dinasihatkan agar tidak membincangkan topik ini secara besar-besaran kerana ia akan menyebabkan perbalahan kedua-dua belah pihak. Jika anda ingin sampaikan ideology anda tidak mengapa, namun tidaklah terlalu dalam sehingga mengguris hati orang tua. Mungkin anda boleh buka topik bola? Piala Dunia FIDA kan dah dekat.
Ke dapur
Bukan mudah untuk anak lelaki masuk ke dapur, dan kadang-kadang para wanita pun tidak selesa dengan kehadiran anda yang turut membantu mereka di dapur. Jika anda beraya di rumah orang, apa kata kalau anda ke dapur dan basuh cawan dan pinggan anda sendiri. Jangan harapkan tuan rumah saja. Penat mereka. Lakukan perkara ini walaupun tuan rumah sebut “takpe letak je situ”. memang tuan rumah cakap begitu, namun si tukang membasuh tu, panas je dengan perangai anda.
Jamah
Ini lebih kepada adap Melayu. Jika anda seorang yang menjaga diet, dan tak nak makan dengan banyak. Apa kata setiap kali anda berkunjung ke rumah orang, anda jamah sedikit makanan mereka. Paling tidak pun anda makanlah biskut raya yang terhidang. Jika anda tidak menyentuh makanan-makanan tuan rumah, ini akan menyinggung perasaan mereka. Jadi, jamah ye.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap tahun warga Amerika Syarikat berketurunan African American menyambut Black History Month bagi memperingati segala perjuangan, pengorbanan serta penderitaan yang dilalui oleh nenek moyang mereka pada suatu ketika dahulu.
Dan sebagai memperingati bulan cukup istimewa itu banyak jenama fesyen menampilkan koleksi eksklusif. Antara yang sering mengetengahkan koleksi edisi khas ialah Nike dan Converse.
Untuk koleksi tahun ini, Nike dan Converse baru sahaja mengumumkan koleksi yang menampilkan kasut Nike Air Force 1, Nike Air Max 95, Converse Chuck 70 dan Converse Pro Leather.
KOLEKSI NIKE
Rekaan dan pemilihan warna gabungan pada setiap kasut melambangkan kepelbagaian warisan budaya Afrika. Tampil dengan tema color-blocking ia merupakan satu penghormatan kepada tekstil pengaruh Afrika dan juga gaya trendy era 90-an.
KOLEKSI CONVERSE
Menariknya di setiap ‘lidah’ kasut terdapat cetakan ‘BHM’ yang membawa maksud ‘Black History Month’.
Koleksi dari Nike dan Converse ini dijangka berada di pasaran bermula pada bulan Februari tahun ini. Bagi collector kasut Nike dan Converse inilah koleksi edisi terhada yang tidak harus dilepaskan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai seorang ahli bina badan, yang gemar akan six pax dan suka dengan badan yang lean dan cantik, pasti anda akan memilih protein shake untuk menguatkan lagi sistem dalaman anda untuk kekal dengan bentuk yang anda usahakan atau menguatkan lagi otot-otot anda. Sudah tentu, anda memerlukan pengisar untuk campuran protein anda tu, dan pengisar sedia ada menjadikan anda malas untuk campurkan semua bahan-bahan tu. Jadi ini 5 pengisar on the go yang senang untuk anda buat protein shake atau smoothies buat anda yang gemar berdiet dan amalkan pemakanan secara sihat.
Hyundai Portable Juicer Blender
Blender inin bukan saja cantik kerana ia berwarna hitam, malah ia boleh melumatkan kesemua bahan termasuk buah-buahan, ais dan banyaka lagi. Blender yang diperbuat daripada bahan yang berciri keselamatan iaitu bebas BPA dan dengan pemotong yang tahan karat.
Shake N’ Take Blender 2 Bottles
Selain dari harganya yang berpatutan, ia memang sesuai untuk anda yang on the go. Botol ini membolehkan anda terus minum dari penisar itu sendiri tanpa perlu menukar ke botol yang lain. Jimat masa, jimat tenaga. Blender ini datang dengan 2 botol yang direka bersama dengan bilah pengisar.
Pensonic Personal Blender PB-4004V
Blender dengan kelajuan kuasa 250Watt ini mengisar makanan sehingga menjadi lumat dan semestinya menjadikan minuman buah-buahan anda lebih sedap. Didatangkan dengan dua penutup dimana satunya mempunyai bilah membolehkan bahan-bahan anda lumat, dan setelah siap dikisar, tukarkan penutup itu tadi dengan penutup botol biasa dan bawalah kemana saja. Mudah kan? Datang dengan botol yang selamat untuk digunakan, iaitu bebas BPA dan pastinya berciri keselamatan yang cekap.
Sharp EM-60PM-WH Personal Blender 300 Watts
Ia bukan saja jimat elektrik malah ia mempunyai ciri keselamatan dimana tapak yang tidak mudah menggelongsor dan mempunyai butang kunci keselamatan apabila selesai digunakan. Blender dengan ciri mudah digunakan dan juga mudah untuk dicuci, ia mempunyai dua warna pilihan iaitu merah jambu dan biru. Terlalu sesuai untuk anda yang kurang rajin untuk ke dapur.
Sumber: productnation.co
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.