Tali leher merupakan antara komponen aksesori pakaian yang paling penting buat seorang lelaki. Tali leher dianggap sebagai pelengkap kepada kemeja dan pemakaian kot atau blazer, selain menjadi sebahagian daripada pakaian rasmi lelaki untuk pelbagai majlis.
Bukan itu sahaja, tali leher juga dianggap sebagai mewakili organisasi atau pertubuhan yang diwakili oleh sesetengah daripada anda.
Jadi bab memilih tali leher yang sesuai memang sangat penting. Itu belum lagi kita berceloteh tentang kepelbagaian teknik dan cara mengikat tali leher.
Sebagai lelaki, anda harus pandai memilih tali leher yang sesuai untuk diri sendiri. Ini tipnya.
Ukuran panjang
Ads
Panjang tali leher seharusnya mencecah kepala tali pinggang. Atas dari tali pinggang atau panjang melebihi tali pinggang akan terlihat canggung dan kelakar.
Saiz tali leher
Terdapat tiga saiz berbeza tali leher yang perlu anda tahu. Pertama adalah saiz standard yang berukurun 3.75 hingga 4 inci. Tali leher jenis ini sesuai dipakai oleh lelaki plus size atau mereka yang mempunyai badan yang lebar.
Ads
Yang kedua pula tali leher dari jenis narrow. Tali leher jenis ini biasanya berukuran antara 2.75 hingga 3 inci. Saiz ini agak istimewa kerana boleh dipakai oleh mereka yang mempunyai saiz badan yang besar, sederhana atau kecil. Lebih-lebih lagi jika yang berbadan besar mengenakan suit.
Dan yang ketiga pula ialah skinny. Dengan ukuran antara 1.75 hingga 2 inci, tali leher ini bukanlah tali leher formal dan tidak sesuai dipakai untuk urusan rasmi atau ke pejabat. Ia biasanya dipakai untuk majlis tak formal atau pasti. Dan biasanya digayakan dengan seluar jenas. Tentunya tali leher skinny sesuai untuk mereka yang berbadan sangat kurus.
Tali leher biasanya digayakan dengan jenis ikatan dimple. Ia merujuk kepada alur tali leher di bahagian atas yang berlekuk. Dimple ini menunjukkan gaya seorang lelaki yang mementingkan kekemasan dan ketelitian.
2. Tie bar
Antara jenis ikatan lain yang juga popular ialah tie bar atau tie tack. Tie bar merupakan kepingan besi yang dipakai melintang dan dikepitkan pada bahagian placket baju. Tie tack pula pin yang dikenakan pada tali leher dan disematkan sekali dengan bahagian baju. Kedua-dua aksesori ini adalah untuk memastikan kekemasan tali leher yang dipakai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas menyaksikan koleksi pertama Casio G-Shock x FAM (Persatuan Boa Sepak Malaysia) laku keras dan habis dijual dalam tempoh beberapa jam sahaja pada penghujung Mei lalu, kini mereka sekali lagi memperkenalkan edisi kedua pula.
Menerusi siaran media yang diterima MASKULIN, Casio dengan kerjasama FAM telah mengumumkan edisi kedua yang telah dilancarkan semalam di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Pada majlis pelancaran tersebut ia telah dihadiri oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin serta kedua-dua Timbalan Presidennya, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Dato’ S. Sivasundaram manakala Casio pula telah diwakili oleh Pengarah Eksekutif Marco Corporation, Ong Sim Jeng dan Pengarah Urusan Casio Malaysia, Tezuka Itsuro.
Menerusi koleksi eksklusif pertama dahulu Casio menampilkan model G-Shock GA-20000FAM-1A9 yang telah disambut baik oleh peminat jenama jam tersebut serta peminat bola sepakl tempatan. Malah difahamkan ia telah habis dijual dalam tempoh beberapa jam sahaja pada hari pertama ia dipasarkan.
Bagi keluaran terbaharu G-SHOCK x FAM yang keduia pula, mereka menampilkan jam tangan GA-900FAM-1A9. Jam tangvan koleksi kolaborasi edisi kedua ini hadir bersama reka bentuk G-SHOCK yang tahan lasak dan lebih bergaya.
Selain itu, ia turut tampil dengan personaliti Harimau Malaya dengan jalur belang Harimau Malaya yang ikonik menjadi lambang kemegahan dan keghairahan peminat tempatan menyokong pasukan kebangsaan.
Bagi merancakkan lagi kempen pembelian jam tangan edisi terhad kedua G-SHOCK x FAM ini, Casio telah melancarkan permainan secara maya yang direka khas bagi peminat Harimau Malaya mendapatkan slot pembelian jam tangan berkenaan.
Difahamkan 680 individu mendapat markah paling tinggi akan dipilih dan berpeluang untuk membeli jam tangan tersebut. Anda boleh cuba di sini!
Manakala, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin pula berkata kerjasama ini menunjukkan skuad bola sepak kebangsaan telah berjaya menarik perhatian serta mendapat sokongan tinggi daripada barisan penaja dan ia tidak boleh disia-siakan oleh pasukan lebih-lebih lagi menjelang kempen Piala Suzuki AFF 2020 yang dijadualkan berlangsung pada Disember ini di Singapura.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Casio Malaysia atas sokongan yang berterusan terhadap Harimau Malaya. Kepercayaan mereka terhadap pasukan kebangsaan telah sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan serta semangat para pemain.
“Saya yakin kempen G-SHOCK x FAM edisi kedua ini juga akan disambut baik oleh rakyat Malaysia terutama sekali penyokong Harimau Malaya yang sentiasa berada di belakang, menyokong pasukan kebangsaan lebih-lebih lagi Piala Suzuki AFF 2020 bakal bermula bulan hadapan.
“Skuad bola sepak kebangsaan perlu menjadikan sokongan daripada barisan penaja serta pemain ke-12, iaitu penyokong Harimau Malaya sebagai inspirasi untuk melakukan yang terbaik sekali gus mengharumkan nama Malaysia di Singapura nanti,” kata Datuk Haji Hamidin.
Jam tangan edisi terhad kedua G-SHOCK x FAM ini akan dijual secara eksklusif menerusi slot pembelian yang akan direbut oleh peminat Harimau Malaya menerusi permainan secara maya pada harga RM699.
Dengan setiap pembelian, pembeli akan menerima sebuah kotak khas yang mengandungi pin peringatan, pelitup muka fabrik, pelekat vinil, kain tampalan yang disulam dengan ukiran Harimau Malaya, serta pin enamel.
Sementara itu, Tezuka meluahkan rasa teruja untuk memulakan kempen pembelian G-SHOCK x FAM edisi terhad kedua ini.
“Casio ingin mendatangkan sedikit kelainan bagi merancakkan kempen pembelian jam tangan GA-900FAM-1A9 kali ini di mana peminat Harimau Malaya perlu menyertai permainan secara maya di laman web www.gshockpenaltykick.com.my bermula 10 November hingga 11:59 malam, 23 November 2021 untuk mendapatkan slot pembelian.
“Seramai 680 pemenang dari permainan berkenaan yang tersenarai di dalam papan pendahulu permainan akan diberikan keistimewaan untuk membuat pembelian jam tangan edisi khas kedua G-SHOCK x FAM ini di mana kami (Casio) akan menghubungi mereka selepas tempoh masa permainan secara maya itu tamat.
“Skuad Harimau Malaya merupakan kebanggaan Malaysia dan pasukan ini telah menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa mahupun agama di bawah slogan keramat ‘Malaysia Boleh’.
“Kami di Casio Malaysia juga turut berbangga kerana dapat meneruskan kerjasama bersama FAM sekali gus menyokong mereka sepenuhnya apabila skuad Harimau Malaya mengukir nama Malaysia di pentas dunia,” kata Tezuka.
Jadi buat anda yang berminat untuk memiliki jam tangan eksklusif ini bolehlah cuba nasib dan mendapatkan markah terbaik. Mana tahu rezeki anda untuk miliki jam tangan edisi terhad ini menjadi kenyataan!
9 Mei 2018. Ia merupakan tarikh bersejarah setelah pemerintahan selama 60 tahun Barisan Nasional sebagai parti pemerintah negara.
Bagi rakyat Malaysia yang telah mengikuti Pilihan Raya ke-14 dari awal hingga akhir, mereka semua boleh bersetuju bahawa permainan media bermain dengan emosi ibarat menaiki rollercoaster. Terdapat banyak drama dan momen di sosial media rakyat Malaysia ketika sedang menunggu dengan cemas di hadapan skrin TV untuk keputusan kebarangkalian pilihan raya umum yang paling besar dalam sejarah negara. Walau bagaimanapun, perjalanan emosi rollercoaster tidak berakhir pada 9 Mei kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menaikkan kemarahan rakyat kerana kelewatan mereka mengumumkan keputusannya.
Tidak sampai pukul 5 pagi Khamis bahawa SPR akhirnya mengumumkan bahawa Pakatan Harapan telah memenangi kerusi yang cukup untuk diisytiharkan sebagai parti yang menang dan membentuk kerajaan persekutuan yang akan datang. Jadi, bagaimanakah Netizens kreatif negara ini mengisi masa lapang mereka sementara meninggu keputusan? Mestilah troll sesame sendiri kan? Ini antaranya:
Bagi penggemar fesyen gaya hidup kasual jenama UNIQLO pasti tidak asing lagi. Tampil dengan rekaan yang sentiasa relevan dengan pelbagai gaya, ia sentiasa menjadi pilihan ramai. Apatah lagi dengan tawaran harganya yang berpatutan. Terbaru, UNIQLO memperkenalkan koleksi UT Collection Jason Polan dengan raikan legasi artis Amerika Syarikat tersebut.
Pada Januari tahun lalu, artis berpengaruh dari New York itu meninggal dunia pada usia yang sangat muda iaitu 37 tahun. Pemergiaannya cukup dirasai terutama di kalangan penggiat dan peminat seni.
Kerjasasama antara UNIQLO dan Jason Polan juga bukanlah baru. Ia telah terjalin sejak tahun 2016 dengan memperkenalkan koleksi t-shirt UT Collection dengan tiga rekaan berbeza.
Koleksi terbaru ini pula menampilkan hasil seni Jason Polan yang dikatakan mampu menyerlahkan personaliti pemakainya.
Pada tahun 2008, Jason mengabasikan larya lukisan jalanannya dengan mengambil cabaran melukis setiap orang yang tampil kepadanya di New York. Sesetengah lukisan itu kemudiannya diabadikan ke dalam koleksi eksklusif UT Collection UNIQLO.
Selai itu, UNIQLO turut melancarkan kempen ‘The World’s Biggest Drawing Club’ untuk raikan hasil seni Jason bersama-sama koleksi eksklusif terbaru ini. Ia bertujuan untuk mendorong orang ramai mempunyai minat melukis dan melakukan ekspresi diri. Kempen tersebut bakal menyaksikan acara melukis di Instagram rasmi UNNIQLO pada 27 Januari 2021, hari ulang tahun pemerfian Jason Polan.
Biarpun tidak membawa pulang pingat, jaguh muda olahraga negara, Armin Zahryl Abd. Latif tetap mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya memperbaharui rekod kebangsaan acara 110...