Siapa yang tidak terkejut apabila muncul berita kematian seseorang, apatah lagi jika orang yang dimaksudkan ialah seorang selebriti yang masih muda.
Itu yang berlaku kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza, 35, yang didakwa sudah meninggal dunia oleh satu pemilik akaun Facebook yang tidak bertanggungjawab.
Bagaimanapun menerusi laporan Harian Metro, Aiman tampil menegaskan yang dia masih hidup sekaligus membuktikan dakwaan itu adalah paslu
“Alhamdulillah saya masih hidup,” kata Aiman sebagai respon menjawab mesej daripada orang di sekeliling bagi mendapatkan kesahihan berita itu.
Aiman bagaimanapun enggan melayan sikap sesetengah pihak yang tergamak melakukan hal seumpama itu demi mengaut keuntungan.
Ads
“Ada orang hantar mesej fasal perkara ini. Kita ambil iktibar dari sudut positif. Pertamanya, Alhamdulillah saya masih hidup.
“Dalam media sosial ini, lebih banyak anda habiskan masa, lebih banyak orang lain ada untung,” katanya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram Story.
Menerusi perkongsian itu, Aiman memuat naik tangkap layar sebuah hantaran di Facebook memberitahu dia sudah meninggal dunia yang dimuat naik di sebuah akaun komuniti.
Ads
Foto: Tangkap layar hantaran Instastory Aiman Hakim Ridza.
Luangkan Masa Bersama Orang Tersayang, Jangan Terlalu Bergantung Media Sosial
Aiman turut memberi gambaran bagaimana kandungan media sosial sebegitu mampu meraih keuntungan menerusi bilangan capaian (engagement) pengguna di media sosial, menerusi hantaran berbeza.
Oleh itu, Aiman menasihatkan pengikut agar tidak terlalu bergantung kepada media sosial sebaliknya meluangkan masa bersama orang tersayang.
Ads
Katanya, lebih banyak perkara tidak masuk akal akan muncul jika kita terlalu lama melayan media sosial.
Minggu bermula pada minggu hadapan dijangkakan jutaan kenderaan akan mula keluar dari ibu kota untuk pulang meraikan cuti Hari Raya Aidilfitri. Keterujaan rakyat Malaysia pada kali ini dirasakan lebih signifikan selepas dua tahun tidak dapat pulang beraya akibat pandemik Covid-19.
Seiring dengan jumlah kenderaan yang berlipat kali ganda di atas jalan raya, pihak berkuasa seperti tahun-tahun terdahulu akan menjalankan tugas dengan lebih kuat dengan operasi khas ‘Ops Hari Raya’.
Operasi seperti ini bukanlah ingin mencari kesalahan pengguna tetapi ingin memastikan trafik berjalan lancar dan perjalanan pengguna jalan raya lebih selamat. Di sebalik kesesakan jalan raya kita sudah biasa menyaksikan pengguna dan pemandu tidak bertanggungjawab melanggar undang-undang.
Namun awas ya!
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (Foto: Sinar Harian)
Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengumumkan terdapat lima jenis kesalahan trafik yang tidak akan dibenarkan untuk dikompaun. Malah mereka perlu menghadapi kesalahan tersebut di mahkamah.
Lima jenis kesalahan yang tidak boleh dikompaun sepanjang operasi ini ialah memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon pintar ketika memandu, gagal mematuhi lampu isyarat atau melanggar lampu merah, memotong barisan dan juga memandu melebihi had laju.
Perkara tersebut dinyatakan oleh beliau ketika melancarkan kempen keselamatan dan Ops Bersepadu bersempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri di Putrajaya beberapa hari lalu.
Operasi Bersepadu tersebut akan bermula pada 29 April sehingga 8 Mei 2022.
Foto hiasan: Astro Awani
“Seramai 2,200 orang anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terlibat dalam Ops Hari Raya Aidilfitri sebagai inisiatif utama untuk mengurangkan kadar nahas di jalan raya.
“Sepanjang tempoh pelaksanaan Ops Bersepadu ini, kaedah penyamaran sebagai penumpang bas ekspres juga akan dilakukan,” jelasnya lagi.
Mengekalkan tema “Pandu Cermat, Sampai Selamat, Ops Bersepadu itu melibatkan kolaborasi kerajaan dan swasta iaitu JPJ, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi Lebuhraya Utara Selatan (Plus).
Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, pemantauan melalui Enforcement Based Station (EBS) di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya akan turut dijalankan.
Selain itu beliau berkata, JPJ juga turut menjalankan pra Ops Hari Raya Aidilfitri bermula 25 hingga 28 April ini melibatkan pemeriksaan bas ekspres di 75 depoh dan 28 terminal bas utama bertujuan memastikan kondisi bas sentiasa berada dalam keadaan selamat.
Jika tidak mahu disaman dan terpaksa ke mahkamah, patuhilah undang-undang jalan raya. Pandulah dengan selamat. Biar lambat asal selamat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mata adalah salah satu deria paling penting pada tubuh kita. Dengan mata kita mampu menikmati kehidupan yang sihat serta keindahan alam yang sangat bernilai ini. Oleh itu sangat penting untuk kita menjaga kesihatan mata agar terhindar dari pelbagai jenis penyakit mata. Menjaga mata dengan baik adalah salah satu cara kita mensyukuri nikmat yang diberikan.
Apakah Faktor Yang Menyebabkan Kerosakan Mata?
1. Merokok
Rokok mengandungi bahan kimia atau toksik yang tinggi. Ia mampu merosakkan sensitiviti pada retina dan menyebabkan sel-sel pada retina mati. Hal ini akan menyebabkan kerosakan mata.
2. Sinaran Matahari
Sinaran ultra violet dari cahaya matahari amat merbahaya kepada mata. Sinarannya yang menyengat mampu membakar kornea, merosakkan lensa mata dan retina.Selain itu, dedahan berlebihan kepada sinaran UV mampu meningkatkan risiko katarak.
3. Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah yang tinggi mampu merosakkan pembuluh darah pada retina iaitu kawasan belakang mata yang berfungsi untuk memfokuskan gambar. Penyakit mata akibat tekanan darah tinggi ini dikenali sebagai Retinopati Hipertensi.
4. Kencing manis atau diabetis
Pesakit diabetis mempunyai risiko mengalami masalah penglihatan yang dikenali sebagai glukoma. Keadaan ini juga disebut sebagai retinopati diabetis iaitu berlaku kerosakan teruk pada retina. Glukoma merupakan faktor utama menyebabkan penglihatan menjadi kabur atau buta.
5. Pengambilan alkohol
Mengambilan alcohol yang berlebihan mampu mengganggu penglihatan sekaligus menyebabkan kerosakan mata secara keseluruhan. Antara kesan sampingan pengambilan alkohal ialah penurunan prestasi visual, tindakbalas anak mata yang lambat, sering migraine mata mata kemerahan.
6. Diet yang tidak sihat
Pengambilan makanan segera bukan mampu membawa risiko kerosakan mata, malah mampu menjejaskan kesihatan tubuh keseluruhannya. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan buta, rabun malam dan mata mongering. Selain itu, kekurangan vitamin B12 juga menyebabkan penglihatan menjadi kabur.
7. Penggunaan Komputer
Penggunaan computer yang terlalu lama sebenarnya membuatkan urat mata menjadi tegang, keletihan, iritasi dan kurang kepekaan kepada cahaya. Tekanan berlebihan membuatkan otot-otot sekitar mata juga menjadi rosak.
Tips Penjagaan Mata
Setelah mengetahui punca-punca yang menyebabkan kerosakan mata, perlulah kita tahu langkah penjagaan seterusnya selain dari mengelak perkara-perkara di atas. Antara tips yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan mata agar sentiasa nampak cantik dan bercahaya ialah:
1. Elakkan menggosok mata menggunakan tangan dengan kuat. Gunakan kain bersih untuk menggosok mata bagi mengelakkan sebarang jangkitan. Menggosok mata dengan kuat mampu merosakkan sel-sel serta saraf pada mata.
2. Jaga jarak penglihatan anda. Sebaik-baiknya 50cm – 100cm sari skrin komputer atau televisyen.
3. Merehatkan mata. Jangan memaksa mata anda untuk mengadap buku atau skrin komputer dengan terlalu lama. Rehatkan sebentar bagi mengurangkan ketegangan mata.
4. Makan makanan yang tinggi kandungan Vitamin A.
5. Memakai alat pelindung mata. Kini banyak telah dicipta cermin mata gelap pelindung UV untuk kesihatan mata. Amalkan penggunaan cermin mata gelap untuk aktiviti harian anda seperti memandu, bermain golf, berjogging dan sebagainya.
6. Membuat pemeriksaan mata. Lakukan pemeriksaan mata secara rutin bagi mengelak sebarang penyakit yang tidak diingini. Sekiranya anda ada merasakan kelainan pada penglihatan anda, segera berjumpa doktor untuk khidmat nasihat.
7. Berhenti merokok. Bagi perokok tegar, mulakan usaha anda untuk berhenti merokok kerana ia mampu merosakkan saraf pada mata sekaligus menjejaskan kesihatan mata.
Apakah Makanan Yang Terbaik Untuk kesihatan Mata?
Menjaga mata dapat dilakukan dengan pelbagai cara yang mudah termasuklah menjaga pemakanan. Beberapa makanan berikut dapat membantu menjaga kesihatan mata secara umum disamping melindungi mata dari pelbagai masalah kesihatan mata seperti katarak, rabun, glukoma dan sebagainya. Antaranya ialah :
Ikan Salmon – Kaya dengan asid lemak omega 3 yangh mampu memelihata kesihatan badan keseluruhannya termasuk mata. Selain itu salmon juga mengandungi asid folik, vitamin A, vitamin D, vitamin B6 dan vitamin B12
Brokoli – Mengandungi tinggi kalsium, vitamin C, lutein, zeaxanthin dan sulforaphane.
Bayam – Kaya dengan vitamin A yang sangat bagus untuk kesihatan mata.
Kobis – Kobis juga mengandungi vitamin A, lutein, dan zeaxanthin
Tomato – Mengandungi vitamin C dan lycopene yang tinggi dan sangat penting untuk kesihatan mata.
Telur – Mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan mata seperti vitamin A, zinc, lutein, lecithin, vitamin B12, Vitamin D dan juga cysteine.
Bawang Putih – Mengandungi selenium, vitamin C dan guercetin yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh keseluruhannya.
Lobak – Seperti yang kita sedia maklum, lobak sangat kaya dengan vitamin A dan beta carotene yang baik unutk kesihatan mata.
Biji Bunga Matahari – Mengandungi tinggi kandungan selenium dan mampu mencegah kataraks dan gangguan lain pada mata.
Ubi Keledek – Salah satu makanan yang mengandungi sumber vitamin C serta beta karoten. Kedua kandungan zat dari ubi keledek tersebut sangat baik untuk kesihatan organ penglihatan anda.
sumber: healthyvitagarden.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pelawak dan penyampai radio, Johan Raja Lawak membotakkan kepalanya selepas selesai menunaikan Haji di Tanah Suci Makkah.
Dalam ibadah haji dan umrah, perbuatan tahallul dijadikan salah satu dari rukun dalam kedua-dua ibadah tersebut. Dalam erti kata lain, tidak sempurnalah ibadah haji atau umrah seorang jemah haji jika tidak melaksanakan rukun tahallul ini
Pergi cuci kepala lepas bertahalul
Dalam video yang dikongsi di Instagram, Johan terlihat ceria dengan kepala botak selepas bertahalul dengan pergi ke kedai gunting rambut untuk membasuh kepala.
Johan Raja Lawak
Menerusi perbualan yang dirakam isterinya, Johan memaklumkan yang individu yang mencuci rambutnya dikenali sebagai Bilal berasal dari Tunisia dan menerap lebih 20 tahun di Tanah Suci.
Dia juga sudah berkeluarga dan mempunyai dua orang cahaya mata perempuan.
Dipuji Netizen
Perkongsian tersebut tentunya mendapat pelbagai respon daripada warganet yang kebanyakannya tertarik dengan keramahan penyampai radio Hot FM berkenaan.
Walaupun tidak menggunakan bahasa Arab yang tepat, usahanya berbual dalam bahasa Arab tetap mendapat pujian.
Johan Syampu Kepala Di Barber Shop Selepas ‘Tahallul’
Sebelum ini, Johan dan isteri telah berangkat ke Tanah Suci apabila mendapat peluang bersama 11 lagi pengamal media untuk membuat liputan di sana serta menunaikan fardu haji.
Difahamkan, mereka semua dijemput khas oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu pada musim haji tahun 1445H ini.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.