Nampak kecil tapi tak sangka rupa-rupanya air limau kasturi ni mempunyai khasiat yang cukup besar untuk tubuh badan.
Bukan sahaja sebagai penghilang dahaga, air limau kasturi juga dikatakan sebagai bahan detoks yang baik untuk kita amalkan.
DrRizal Abu Bakar berkongsi di laman Facebooknya, antara tiga sebab kenapa kita digalakkan mengamalkan minum air limau kasturi. Bukan sahaja diminum sebagai bahan untuk menangkis lemak kolesterol jahat, air limau kasturi juga berperanan dalam menjadikan wajah awet muda.
Pastikan air limau kasturi ini menjadi pilihan anda setiap hari untuk manfaat kepada tubuh badan.
Larian 10 kilometer (10km) adalah pencapaian yang mengujakan, menandakan tahap kecergasan yang serius. Ramai pelari, terutamanya mereka yang baru berjinak-jinak atau ingin meningkatkan prestasi tanpa mengalami keletihan, sering berfikir: Adakah lari sambil berjalan 10km benar-benar berkesan untuk jarak ini?
Sebagai seorang pakar kecergasan dan pelari maraton, jawapan saya adalah tegas: YA, ia adalah strategi yang sangat baik—bukan hanya untuk penamat, tetapi juga untuk menikmati perjalanan dan meningkatkan potensi jangka panjang anda!
Mari kita teliti mengapa strategi ini—yang dipopularkan oleh jurulatih larian legenda Jeff Galloway—adalah kunci kepada lari sambil berjalan 10km yang lebih sihat, lebih menyeronokkan, dan lebih pantas.
Strategi lari-berjalan melibatkan menukar antara segmen larian dan segmen berjalan mengikut nisbah yang telah ditetapkan (contohnya, 4 minit lari diikuti 1 minit berjalan). Pendekatan ini adalah alat kecergasan yang cemerlang atas beberapa sebab:
Setiap langkah berjalan adalah rehat aktif yang berharga. Apabila anda berjalan, anda menggunakan kumpulan otot yang sedikit berbeza dan pada intensiti yang lebih rendah. Ini membolehkan otot utama larian anda (seperti quadriceps dan hamstrings) mendapat rehat yang singkat tetapi bermakna.
Kesan: Mengurangkan pengumpulan asid laktik, melambatkan permulaan keletihan, dan membantu anda mengekalkan rentak yang lebih konsisten (dan kadangkala lebih pantas!) untuk keseluruhan jarak lari sambil berjalan 10km.
Beban hentaman pada sendi dan tisu penghubung adalah lebih tinggi semasa berlari. Dengan memasukkan berjalan, anda secara efektif mengurangkan jumlah hentaman tinggi yang dialami oleh badan anda sepanjang larian.
Kesan: Kurang tekanan pada lutut, buku lali, dan tulang kering, membolehkan anda pulih dengan lebih cepat antara sesi latihan dan mengurangkan risiko kecederaan overuse yang sering menghantui pelari jarak jauh.
Segmen berjalan memberikan peluang semula jadi untuk memperlahankan pernafasan, menenangkan diri, dan yang paling penting, membolehkan anda mengambil minuman dan gel tenaga dengan lebih efektif.
Kesan: Anda kekal terhidrasi dengan lebih baik, mengelakkan kelesuan haba, dan memastikan badan anda menerima bekalan tenaga yang mencukupi untuk menamatkan lari sambil berjalan 10km dengan kuat.
Larian adalah tentang kegembiraan pergerakan. Strategi lari-berjalan memupuk suasana mental yang positif yang sangat penting untuk mencapai kejayaan dalam sukan ketahanan.
Larian 10km yang tidak putus-putus boleh terasa seperti tembok mental yang besar. Dengan strategi lari sambil berjalan 10km, anda memecahkan jarak kepada segmen-segmen kecil yang mudah diurus.
Kesan: Setiap kali anda mencapai segmen berjalan, anda mendapat rasa pencapaian yang kecil. Ini membina momentum mental yang positif dan menjadikan cabaran keseluruhan terasa kurang menakutkan—menukar “Saya perlu lari 10km” kepada “Saya hanya perlu lari 4 minit lagi.”
Strategi ini memberi anda kuasa untuk mengawal larian anda, bukan sebaliknya. Apabila anda tahu anda mempunyai rehat yang dirancang, anda cenderung untuk tidak memulakan larian dengan terlalu pantas (kesilapan biasa bagi pelari baharu).
Kesan: Anda belajar untuk mendengar isyarat badan anda dan bukannya memaksa diri. Ini mewujudkan hubungan yang lebih sihat dengan sukan larian, menggalakkan daya tahan, dan memastikan anda sentiasa berasa bertenaga serta gembira pada garisan penamat.
Strategi lari sambil berjalan 10km bukan tanda kelemahan, tetapi satu kaedah bijak untuk meningkatkan prestasi, kesihatan dan keseronokan dalam dunia larian. Dengan pendekatan ini, anda bukan sahaja menamatkan jarak dengan bergaya—anda juga melatih ketahanan fizikal dan mental yang akan membantu dalam setiap langkah seterusnya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai dari kita kadangkala terpaksa tidur lewat hingga menganggu kualiti tidur di malam hari. Kesannya pasti dirasai apabila pergi ke pejabat dan rasa mengantuk. Ini cara mudah untuk kekal bertenaga di pejabat.
Kesannya, anda akan berasa mengantuk pada waktu siang terutamanya pada sebelah petang di tempat kerja ataupun pada pukul 10 sudah mula menunjukkan tanda=tanda awal, jadi ini cara mudah untuk kekal bertenaga.
Kena pula kalau pejabat itu sunyi, sejuk.. fuhh.. dugaan benar pada mata yang semakin kelat itu.
Namun demikian, Maskulin tahu anda masih ada banyak kerja yang perlu diselesaikan. Jadi apa kata lakukan 8 tips ini untuk hilangkan rasa mengantuk anda :
Antara faktor yang membuatkan anda cepat mengantuk adalah kerana kekurangan air dalam badan. Jadi rasa mengantuk itu ibarat memberi isyarat bahawa badan anda sedang letih dan berada dalam keadaan yang kurang baik. Apa yang perlu dibuat? Sentiasa sediakan sebotol air kosong. Kalau rasa malas, minta bos anda belikan satu mesin air yang ada suhu sejuk dan panas. Mudah-mudahan bermanfaat untuk anda dan rakan sekerja juga.
Air sejuk yang mengalir keluar dari paip mampu memberi satu renjatan kesegaran pada muka sekali gus menghilangkan rasa mengantuk serta-merta. Memang kita tidak boleh mengawal rasa mengantuk itu tetapi dengan cara ini, ia sangat berkesan.
Bau-bauan segar aromaterapi dapat memberi satu perasaan yang cukup nyaman. Sediakan satu wangian kegemaran anda dan hidu apabila mula rasa tidak selesa. Kebiasaannya, bauan aromaterapi seperti mint dan lemon sangat berkesan untuk mengurangkan rasa mengantuk.
Mendengar muzik yang sesuai antara langkah yang paling pantas untuk kurangkan rasa mengantuk. Ini kerana sesetengah bunyian atau alunan muzik boleh membantu memberi kecergasan kepada minda. Maka tidak salah untuk buat kerja sambil mendengar muzik. Dengar lagu yang rancak atau ada beat yang boleh menyentak rasa mengantuk. Jangan layan lagu yang boleh mendodoikan anda pula!
Berdiri, duduk, berdiri, duduk. Itu antara senaman ringan yang boleh dilakukan segera apabila mengantuk. Ada banyak tip renggangan dan senaman ringan yang sesuai dipraktikan di tempat kerja. Amalkan senaman-senaman itu ketika mengantuk.
Rehatkan mata anda dengan memandang kawasan yang banyak warna hijau atau dipenuhi pokok-pokok yang menghijau. Bangun sebentar dan berdirilah di tepi jendela, lontarkan pandangan sejauh hijau mata memandang. Tarik nafas dan nikmatilah keindahan alam ciptaan Tuhan ini kerana warna hijau mampu memberi kesegaran kepada mata.
Tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembuskan perlahan-lahan. Lakukan rutin ini beberapa kali seperti sedang bersenam. Dengan teknik yang betul, anda dapat melancarkan kembali perjalanan oksigen dalam badan yang membuatkan badan kembali segar. Tarik nafas dan hembus. Sebelum hembus nafas, tahan nafas sekejap dan hembus perlahan-lahan.
Sudah-sudahlah jadikan rutin tidur lewat itu sebagai satu perkara yang biasa. Anda perlu memastikan tidur cukup setiap malam supaya tidak menganggu prestasi kerja anda pada waktu siang. Jika mengantuk disebabkan tidak cukup tidur, maka tidak banyak tip atau cara dapat membantu kecuali anda perlu ambil masa untuk tidur sekejap sebagai ganti rehat yang tidak cukup.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berkhatan membabitkan pemotongan penghujung kulit kulup zakar atau kulit yang meÂnutup penghujung zakar. Prosedur ini biasa dilakukan kepada kanak-kanak lelaki sebelum baligh, seolah-olah menggambarkan persediaan atau keraian sebelum baligh.
Sebenarnya, prosedur ini diamalkan bagi menjaga kebersihan anggota kemaluan lelaki. Ini kerana penyakit barah zakar jarang kelihatan kepada lelaki berkhatan dan masalah salur reproduktif pasangan perempuan seperti jangkitan dan kanser pangkal rahim jarang berlaku apabila pasangan lelaki berkhatan.
Berkhatan untuk perempuan membabitkan pemotongan ‘klitoris’ atau bibir kecil dan keseluruhan bibir besar. Berbalik kepada berkhatan untuk lelaki, cara pemotongan kulit penghujung zakar mengikut kemudahan yang ada atau yang biasa dilakukan oleh Tok Mudim atau orang yang ditauliahkan untuk membuat prosedur itu. Kebiasaannya penghujung kulup zakar dipotong dan kulit yang terdedah dicelup dengan minyak untuk menghentikan pendarahan. Luka kulit akan reda dalam tempoh seminggu atau dua.
Sebelum kulit kulup dipotong, kepala zakar akan dilucut keluar daripada penghujung kulup dan jika sukar akan dibantu dengan merendam dalam minyak. Kini, ada pelbagai cara moden untuk prosedur berkhatan. Ia boleh dilakukan ketika kanak-kanak lelaki itu masih bayi. Cara pemotongan moden ini membabitkan pengunaan alat penyepit atau klam, di mana kulit penghujung zakar diklam serta dipotong. Klam itu ditanggalkan selepas seminggu atau akan tertanggal secara sendiri.
Berkhatan perlu dilakukan mengikut keadaan zakar kerana kulit kulup perlu dipotong secara seimbang supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Jarang wujud keadaan yang mana kecederaan berlaku akibat prosedur berkhatan secara moden. Berkhatan secara tradisional sudah ketinggalan zaman dan tidak harus dikekalkan kerana banyak masalah berlaku akibat prosedur itu seperti kecacatan kulit, parut tebal, infeksi dan kecacatan kepada zakar.
Berkhatan juga mampu mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser zakar, prostat, serta kanser serviks (pangkal rahim) dan payudara kepada wanita. Telah dibuktikan bahawa kuman yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV) adalah antara faktor pencetus kanser serviks di kalangan wanita. Kuman ini didapati berlindung di bawah kulit hujung zakar dan dipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan. Terdapat kajian menunjukkan jika semua lelaki berkhatan, maka sebanyak 20 peratus kadar kejadian kanser serviks boleh dielakkan. Virus sama juga boleh mencetuskan kanser payudara.
Kajian pemerhatian turut menunjukkan risiko kanser zakar rendah di kalangan mereka yang berkhatan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkhatan pada umur kurang dari satu tahun. Hasil dari kajian ini, ramai orang bukan Islam juga mengamalkan khatan. Kajian di beberapa negara Eropah menunjukkan lelaki yang berkhatan mempunyai kadar risiko kanser prostat dua kali lebih rendah. Kejadian kanser ini ada hubung kait dengan penyakit kelamin di mana lelaki berkhatan mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit tersebut.
Minda kanak-kanak lelaki perlu dipersiapkan terlebih dahulu sebelum prosedur dapat dilakukan dengan mudah dan selamat. Berilah asuhan agama yang mendalam kepada mereka. Terangkan kenapa berkhatan digalakkan dalam agama Islam. Beritahu mereka kelebihan berkhatan. Membawa kanak-kanak lelaki ke majlis kenduri berkhatan adalah cara yang baik. Ia memberi idea kepada kanak-kanak tersebut betapa pentingnya berkhatan. Kadang kala, kita perlu menjanjikan benda kesukaan mereka seperti alat permainan komputer atau basikal jika mereka bersetuju berkhatan. Ianya bukanlah rasuah tetapi sekadar pemudah cara.
Andai anak lelaki anda bersetuju untuk berkhatan, maka bawalah mereka berjumpa doktor atau mereka yang bertauliah. Anak anda perlu diperiksa oleh doktor bagi mengetahui tahap kesihatan dan juga bagi menghindarkan komplikasi prosedur tersebut. Doktor perlu mengetahui dan memastikan zakar anak anda normal, anak anda tiada penyakit hemofilia (penyakit gangguan pembekuan darah), tidak mengambil ubat yang boleh mengakibatkan pendarahan seperti aspirin atau warfarin, tidak menghidap penyakit jantung reumatik dan penyakit lain seperti kencing manis, sawan, asma dan alahan. Kanak-kanak yang mempunyai masalah sebegini akan dirujuk kepada doktor pakar bedah bagi menentukan kaedah berkhatan yang sesuai dan selamat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.