Hujan lebat dan cuaca buruk berterusan di sesetengah negeri di Malaysia terutamanya Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.
Malah, kawasan-kawasan ini juga diramal berpotensi alami banjir. Semua maklum akan risiko mengharungi jalan yang dinaiki air dengan pacuan 4 roda atau kereta. Malah sudah ada beberapa kejadian lemas berlaku akibat dihanyutkan air kerana mengharungi jalan sebegini.
3 fakta penting tentang jalan yang dinaiki air
Perlu kita tahu, walaupun jalan yang dinaiki air nampak cetek namun jangan sesekali memandang rendah kuasa air terutama yang sedang mengalir.
Ini fakta yang perlu kita tahu tentang air banjir yang berarus di atas jalan menurut laporan weather.gov
1. Walaupun air setinggi 6 inci di atas jalan sudah mampu menghanyutkan orang dewasa.
Ads
2. Air banjir hanya setinggi 12 inci cukup untuk menghanyutkan sebuah kereta.
3. Sebuah SUV atau trak boleh dihanyutkan walau air banjir hanya setinggi 2 kaki.
Ads
Sekiranya jalan yang dilalui dinaiki air, disarankan berpatah balik jangan redah untuk elak kejadian dihanyutkan air dan lemas hingga meragut nyawa.
MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia telah merungkaikan MINI Clubman terbaharu pada hari ini, ia hadir dengan sentuhan terkini pada elemen eksterior serta interiornya untuk membekalkan sebuah pengalaman pemilikan luar biasa yang sinonim dengan MINI.
“Selepas pengenalan MINI Clubman pada 2016, model terbaru ini bakal menerajui keupayaan model terdahulu ke aras yang lebih tinggi.”
“Menampilkan enam pintu yang ikonik, sistem transmisi baharu serta pelbagai penambahbaikan digital bertaraf tinggi, kami berbesar hati untuk mempersembahkan kenderaan peneraju segmen ini yang hadir bersama keseronokan pemanduan.”
“MINI Clubman terbaharu akan menjadi sebuah simbol keterujaan pemanduan yang luar biasa di Malaysia,” ujar Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.
MINI Clubman terbaru ini didatangkan dengan rupa paras baharu yang meliputi penawaran eksterior berwarna merah (Indian Summer Red), penyerlahan interior yang elegan serta keupayaan keterhubungan yang tiada bandingannya dalam segmen kompak premium.
Perkembangan terkini dalam rangkaian perkhidmatan digital MINI Connected menonjolkan perwatakan progresif dan orientasi gaya hidup yang dibawakan oleh MINI Clubman.
MINI Connected generasi terbaharu juga menampilkan teknologi SIM 4G terintegrasi yang memaksimumkan ciri-ciri keselamatan dan kemudahan di atas jalan raya.
Ia juga hadir dengan gril radiator diperbaharui dengan penampilan lebih sporty. Ini termasuklah lampu hadapan LED baharu dan lampu kabus, serta Transmisi Automatik “Dual Clutch Sports” Tujuh Kelajuan yang menawarkan kemudahan penukaran gear yang pantas, menyelesakan dan berbekalkan efisiensi teroptimum.
MINI Clubman terbaharu juga didatangkan dalam warna merah menyala (Indian Summer Red) yang eksklusif.
MINI Clubman ini menampilkan enjin MINI TwinPower Turbo 2.0 liter dengan janaan 192 kk dan tork berjumlah 280 Nm. Pecutan abadnya pula tercatat dalam masa 7.2 saat. dan kelajuan maksima mencecah 228 km/j.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi anda yang suka drive, mesti ada timbul rasa di hati alangkah indahnya kalau dapat jimat minyak kereta. Tambah pula bila memandu di kawasan pedalaman yang mana untuk jumpa stesen minyak sangat susah. Mesti menggelabah bila tengah-tengah jalan, minyak dah turun dari separuh.
Kedengarannya macam mustahil tetapi percayalah, ia sebenarnya memang boleh dilakukan dengan langkah-langkah seperti berikut :
1. Bawa dengan kelajuan sederhana dan konsisten
Kelajuan yang sesuai bagi semua kenderaan adalah sekitar 70 – 90 km/j. Namun begitu, anda harus pastikan mematuhi had laju bagi elak dikenakan saman pula. Secara perbandingan, kelajuan akan menyebabkan penggunaan minyak bertambah:
100km/j: penggunaan minyak bertambah 10%
105km/j: penggunaan minyak bertambah 15%
110km/j: penggunaan minyak bertambah 25%
2. Jangan kerap tekan brek
Elakkan brek mengejut dan brek pada jarak yang selamat. Perhatikan situasi dan cuba perlahankan kenderaan secara beransur-ansur (tanpa brek). Jika sudah biasa dan tahu keadaan jalan, perlahankan kenderaan di tempat-tempat yang anda tahu memerlukan kelajuan yang sesuai.
3. Pastikan guna gear yang betul
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan semasa kenderaan. Ia boleh mempengaruhi takat minyak kenderaan anda.
4. Tukar gear rendah kepada gear tinggi dengan lebih cepat
Bunyi enjin akan kedengaran kasar jika lambat tukarkan gear rendah kepada gear tinggi. Keadaan ini membuatkan kenderaan perlu mengepam lebih banyak minyak untuk menggerakkan kenderaan.
Kenapa kena tukar tayar motosikal baru, betul ke tayar kilang tak selamat? Bagi pemilik motosikal baru, salah satu perkara yang sering dibincangkan ialah tayar yang datang sekali dengan motosikal tersebut atau lebih dikenali sebagai tayar kilang.
Ramai yang mencadangkan supaya tayar ini ditukar secepat mungkin, terutamanya jika motosikal itu akan digunakan untuk perjalanan harian. Tapi kenapa sebenarnya tayar kilang dianggap kurang selesa dan tidak sesuai?
Tayar yang dipasang oleh pengeluar biasanya dibuat untuk tujuan kos rendah dan lebih tahan lama dalam simpanan. Getah yang digunakan sering kali lebih keras dan kurang “melekat” pada jalan.
Kesan daripada getah yang terlalu keras ini ialah:
✅ Kurang cengkaman, terutama di jalan basah
✅ Lebih mudah tergelincir ketika membrek atau mengambil selekoh tajam
✅ Kurang keyakinan ketika menunggang, terutama dalam kelajuan tinggi
Jika motosikal digunakan hanya untuk jarak dekat dan kelajuan rendah, mungkin tidak terasa sangat. Tapi kalau selalu guna untuk perjalanan jauh, naik turun lebuh raya, atau menunggang dalam cuaca hujan, memang terasa perbezaannya.
Pengeluar motosikal tidak tahu secara spesifik bagaimana pemilik akan menggunakan motosikal—sama ada untuk kegunaan bandar, lebuh raya, off-road, atau perjalanan jauh.
Jadi, mereka menggunakan tayar yang lebih bersifat “general purpose”, iaitu boleh digunakan di mana-mana tetapi tidak mengkhusus kepada keselesaan atau prestasi yang baik dalam keadaan tertentu.
Berbeza dengan tayar aftermarket, yang boleh dipilih mengikut keperluan:
Tayar sport touring – Sesuai untuk perjalanan jauh, lebih cengkaman dan selesa Tayar sport/racing – Cengkaman tinggi untuk tunggangan agresif Tayar off-road – Corak bunga lebih kasar untuk jalan tanah
Dengan menukar tayar kepada yang lebih sesuai, penunggang akan rasa perbezaan yang ketara dari segi keselesaan, kawalan, dan keselamatan.
Kebanyakan tayar kilang direka dengan corak tapak asas yang mungkin tidak sesuai untuk keadaan jalan di Malaysia, terutamanya ketika hujan lebat.
Antara masalah yang sering dihadapi:
❌ Tayar cepat “aquaplaning” (tergelincir atas air) bila jalan basah
❌ Kurang daya serapan hentakan di jalan yang tidak rata
❌ Kurang kestabilan bila bawa laju di lebuh raya
Jalan Malaysia yang ada lubang, jalan konkrit, dan hujan yang kerap memerlukan tayar dengan corak bunga yang lebih sesuai. Sebab itu ramai yang menukar tayar baru untuk keselesaan yang lebih baik.
Walaupun motosikal itu baru keluar dari kedai, tayar yang dipasang mungkin sudah lama di kilang atau stor.
Tayar yang lama akan mengalami pengerasan getah, menyebabkan ia kurang grip dan mudah licin. Cara nak tahu tayar lama atau baru? Lihat tarikh pembuatan tayar di sisi tayar (contohnya, “3222” bermaksud minggu ke-32 tahun 2022).
Jika tarikh terlalu lama (lebih 2-3 tahun), elok tukar kepada tayar baru untuk keselamatan maksimum.
Selepas menukar tayar kilang kepada tayar aftermarket yang lebih berkualiti, perbezaan yang boleh dirasai ialah:
✅ Cengkaman lebih baik – lebih yakin dalam selekoh dan ketika membrek
✅ Lebih selesa – tayar lebih lembut, kurang gegaran di jalan berlubang
✅ Kurang risiko tergelincir di jalan basah
✅ Prestasi lebih stabil di lebuh raya – motosikal kurang “melayang” pada kelajuan tinggi
Tayar aftermarket yang lebih berkualiti memang sedikit mahal, tetapi ia adalah pelaburan untuk keselamatan dan keselesaan.
Walaupun motosikal baru didatangkan dengan tayar kilang, ia tidak semestinya tayar terbaik untuk kegunaan harian. Tayar ini dipilih berdasarkan kos dan ketahanan, bukan prestasi atau keselesaan.
Jika anda kerap menunggang motosikal setiap hari, terutamanya dalam pelbagai keadaan jalan dan cuaca, menukar tayar kepada yang lebih berkualiti adalah keputusan bijak untuk keselamatan dan pengalaman tunggangan yang lebih baik.
Ingat, tayar adalah satu-satunya bahagian motosikal yang bersentuhan dengan jalan. Jangan kompromi dengan keselamatan!
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.