Siapa tak kenal Hairul Azreen pelakon aksi, stuntman, dan juara Fear Factor Malaysia 2013.

Tapi selain figura lasak di layar perak, Hairul juga dikenali sebagai seorang bapa yang sangat hands-on dan tegas dalam mendidik anak-anaknya berani mencuba sesuatu yang baru, dari berenang, memancing hingga aktiviti ekstrem.

Baru-baru ini, Hairul sekali lagi jadi bualan hangat netizen apabila satu video dimuat naik menunjukkan dia bersama dua orang anaknya Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah sedang mencuba aktiviti ‘free fall’ di sebuah taman permainan ekstrem.

@hairul_azreen88Daddy sangat bangga today👍♬ original sound – Hairul Azreen

Yusuf Tenang & Yakin, Alisa Gugup Tapi Cuba Juga

Dalam video tersebut, Yusuf Iskandar tampil penuh yakin semasa terjun dari platform tinggi yang disambungkan dengan tali keselamatan.

Aksi Yusuf tanpa ragu itu membuat ramai netizen kagum dan memuji keberaniannya, malah ramai mengatakan memang nampak “anak Hairul betul ni”.

Ads

Yang lebih menyentuh hati adalah momen Alisa Aisyah, anak perempuan Hairul.

Bila tiba gilirannya, dia nampak gugup, mula menangis dan teragak-agak untuk melompat.

Namun Hairul tidak memaksa, sebaliknya memberikan kata-kata semangat dengan penuh sabar dan tenang.

“Kalau Alisa lompat, daddy belikan Nintendo Switch 2, okay?”

Ads

Rayuan berbentuk ganjaran itu akhirnya mencairkan hati Alisa, dan dengan penuh keberanian, dia berjaya melakukan lompatan pertamanya disambut sorakan kecil dan pelukan penuh kasih sayang daripada abangnya Yusuf.

Ajar Anak Jangan Takut Cabaran, Hairul Azreen Jadi Inspirasi Bapa Hebat
Foto : Sirap Limau

Netizen Puji Cara Didikan & Sokongan Abang Adik

Momen selepas Alisa berjaya lompat benar-benar mencuri perhatian ramai. Yusuf dilihat segera memeluk dan menenangkan adiknya, satu reaksi semula jadi yang menggambarkan kasih sayang mendalam dan sokongan seorang abang.

Ramai yang memuji cara Hairul membesarkan anak-anaknya tidak terlalu memaksa, tapi cukup untuk menanam keberanian, ketahanan mental dan semangat mencuba sejak kecil.

Ads

BACA LAGI : Amir Raja Lawak Bawa Pak Mat Western ke Kelantan, Sumbang Rezeki untuk 200 Asnaf

Ajar Anak Jangan Takut Cabaran, Hairul Azreen Jadi Inspirasi Bapa Hebat

Bukan Sekadar Gaya Hidup Lasak  Tapi Pendidikan Awal Keberanian

Hairul memang dikenali dengan gaya hidup aktif dan lasak. Tapi bila dilihat dari sudut keibubapaan, pendekatan beliau jelas ajar anak keluar dari zon selesa, cuba perkara baru, dan hadapi ketakutan secara terkawal.

Daripada aktiviti memanah, berenang, memancing hingga sukan ekstrem, Hairul percaya keberanian boleh dipupuk bukan ditunggu datang sendiri.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads