Kita selalu pepatah yang cinta itu buta, tetapi lelaki di Indonesia ini benar-benar membuktikan bahawa cinta itu buta apabila dia sanggup mengahwini wanita yang berbeza 49 tahun dan seusia neneknya .
Ade Irawan melangsungkan perkahwinan dengan Sanih, dalam satu majlis di Kampung Cipicung, Desa Mekarsari di Cileungsi di sini baru-baru ini.Merdeka.com melaporkan, perkahwinan pasangan itu tular selepas gambar mereka dimuat naik di laman Facebook baru-baru ini.
Ade berkata, dia berkahwin dengan Sanih atas dasar cinta selepas perkahwinannya yang terdahulu dengan seorang wanita sebaya berakhir dengan perceraian.
Ads
“Saya bercerai kerana bekas isteri saya sering meminta membelikan banyak benda sedangkan saya hanya bekerja sebagai buruh.
“Pernikahan saya ini adalah jodoh dan saya niatkan sebagai satu ibadah berumahtangga,” katanya yang memberikan mas kahwin berupa kelengkapan solat.
Ads
Menurut saudara rapat Sanih, Ijo 44, sebagai berkata warga emas itu menggunakan wang hasil jualan tanah bernilai RP 20juta (RM6,300) untuk pernikahannya.
Ads
“Dia (Sanih) guna Rp 20 juta (RM6,300), Sekitar Rp 3 juta (RM940) digunakannya untuk membeli gigi palsu, dan bakinya digunakan untuk belanja akad nikah yang lain,” ujarnya.
Ijo juga menambah, Sanih bukannya tidak berduit, malah menyimpan lagi wang hasil jualan tanahnya pada tahun 2015 bernilai Rp 200 juta (RM63,000).
Sementara itu, Sanih yang sudah menjanda sebanyak dua kali pula memberitahu, dia berharap perkahwinannya kali ini kekal hingga ke akhir hayat.
“Semoga perkahwinan kami mendapat keberkatan dan saya berharap untuk mempunyai zuriat,” jelasnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasti ramai menanti-nantikan filem Tombiruo Penunggu Rimba kerana merupakan filem pertama adaptasi karya Ramlee Awang Murshid (RAM) yang sedai maklum merupakan antara penulis karya thriller terhebat Malaysia. Menariknya filem ini, PELAKON Zul Ariffin akui beliau terpaksa menurunkan berat badan 13KG untuk watak Ejim atau Tombiruo. Bukan sahaja perlu sesuaikan diri, selebriti berusia 31 tahun ini juga melalui proses diet ekstrem selain alami pelbagai kecederaan kerana melakukan aksi lagak ngeri.
“Sebenarnya, agak sukar saya terjemahkan watak Ejim. Lagi pula, watak ini terlalu misteri dan ia hanya bercakap apabila perlu.
“Jadi, untuk melaksanakannya saya bukan saja baca novel, tetapi juga buat rujukan pada penulisnya, Ramlee.
“Saya cuba bawa watak yang dah ada peminat sejak 20 tahun lalu dan karakter ini sangat mencabar,” katanya.
Lantaran itu, Zul berhempas-pulas dapatkan susuk tubuh tegap demi hidupkan karakter tersebut di layar perak.
“Terpaksalah saya ‘jual’ badan bagi mengisi imaginasi pembaca novel Tombiruo atau sekurang-kurangnya hampir menepati ciri-ciri Ejim yang bermain dalam minda khalayak.
“Saya pun tak naklah lari sampai bergegar-gegar badan, tapi hanya nak nampak nice dan fit. Semua itu saya lakukannya sendiri dalam tempoh lima minggu,” katanya.
Pada masa sama, Zul akui ralat apabila tidak dapat melakukan aksi lagak ngeri sepenuhnya lantaran kecederaan slipped disc.
“Watak saya banyak melibatkan babak pertarungan, tetapi mungkin kerana terlalu teruja saya cedera.
“Ralat juga kerana seboleh-bolehnya saya ingin lakukan sendiri aksi lagak ngeri, tetapi atas nasihat doktor saya terpaksa melupakan hasrat itu.
“Akibat kejadian itu juga saya terpaksa berehat selama lapan bulan dan melakukan fisioterapi bagi memastikan kecederaan itu benar-benar pulih,” katanya.
Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Rindu Awak 200% ini menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran pada masa hadapan agar lebih berhati-hati dan membuat persediaan awal sebelum melakukan aksi berbahaya.
Selain Zul, Tombiruo: Penunggu Rimba turut membariskan pelakon hebat seperti Datuk M Nasir, Faizal Hussien, Farid Kamil, Nabila Huda, Hasnul Rahmat dan Dynaz Mokhtar serta akan menemui penonton di pawagam bermula 12 Oktober depan.
Sinopsis Filem
Filem Tombiruo mengisahkan penunggu rimba yang menjadi legenda di hutan keningau. Dia bukanlah hantu tetapi wira tidak berwajah manusia yang berselindung di sebalik topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya. Insiden hutan, rumah tempat tinggalnya diceroboh untuk dibangunkan projek empangan sehingga mengorbankan bapanya Pondoluo menyemarakkan dendam dalam hati pemuda ini yang nekad memburu mereka yang bertanggungjawab. Bermulalah pengembaraan Tombiruo yang membawa kepada satu dunia baru yang mengubah perspektif dan dimensi hidupnya.
Sumber : Sinar Harian
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Malaysia antara negara yang mempunyai populasi penduduk dengan berat badan berlebihan di Asia. Menurut kajian International Institute for Global Health (IIGH) Malaysia diletakkan sebagai ‘heavyweight’ kerana 45.3 peratus penduduknya mengalami berat badan berlebihan, diikuti Korea Selatan (33.2 peratus), Pakistan (30.7 peratus) dan China (28.3 peratus). Namun terdapat satu alternatif rawatan bagi mengurangkan obesiti iaitu kaedah bariatrik yang berkesan mengurangkan berat badan dengan cara sihat dan berkesan.
Bariatrik adalah teknik pembedahan bertujuan mengurangkan berat badan dengan cara meletakkan alat bantuan seperti pengikat gastrik dan pembuangan sebahagian daripada perut. Ia mengurangkan isi padu perut dan pemintasan usus kecil untuk mengurangkan penyerapan seperti lemak dan gula. Bagaimanapun, banyak faktor perlu diambil kira oleh panel doktor dan pesakit sebelum menjalani pembedahan itu seperti kedudukan kewangan, logistik, sokongan keluarga, keadaan kesihatan, kecergasan dan pelbagai lagi.
Kesan selepas pembedahan bariatrik:
– Tidak boleh makan banyak kerana perut sudah dikecilkan.
– Kalau makan banyak, akan cepat kenyang. Pada permulaannya pesakit dinasihat supaya makan sedikit dan kerap mengurangkan kesan sampingan seperti muntah
– Pada permulaannya akan cepat rasa letih, oleh itu pesakit dinasihat minum banyak air.
– Mula seronok apabila berat badan semakin menyusut.
– Pesakit kronik akan mula sembuh, pertamanya bagi pernafasan atau masalah berdengkur.
– Dalam tempoh empat hingga lima minggu, penyakit kencing manis dan darah tinggi lebih mudah dikawal.
– Dalam tempuh tiga hingga enam bulan, masalah sendi yang disebabkan oleh berat badan akan semakin reda atau pulih.
Ramai yang mungkin tidak sedar bahawa obesiti boleh memendekkan jangka hayat sehingga 10 tahun.
Menakutkan tapi itu hakikat yang perlu didepani apabila tubuh tidak lagi tertanggung dengan berat yang terlampau.
Begitu pun setiap masalah ada penyelesaiannya dan setiap penyakit ada penawarnya. Individu obesiti mungkin akan berasa sedikit lega apabila dikatakan mereka kini mempunyai satu lagi opsyen untuk menikmati kehidupan yang lebih baik iaitu dengan menjalani pembedahan bariatrik (atau juga dikenali sebagai pembedahan obesiti).
Ketika ini terdapat tiga jenis pembedahan bariatrik iaitu Lingkaran Laporoskopik Boleh Ubahsuai (LAGB), pembedahan Sleeve Gastrectomy (SG) dan Pintasan Gastrik (GB).
Individu yang mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan bariatrik sebagai opsyen bagi menyelesaikan masalah obesiti yang dihadapi boleh memilih salah satu daripada tiga kaedah tersebut.
“Secara umumnya LAGB ialah sejenis lingkaran silikon lembut dengan belon elastik yang boleh menggelembung apabila disuntik mengikut keperluan individu.
“Ia diikat pada bahagian atas perut dan menjadikan perut terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian kecil yang berada di atas lingkaran mempunyai muatan kira-kira 10 – 20 ml (kantung) manakala bahagi besar berada di bawah lingkaran.
“Melalui kaedah ini perut tidak akan dibedah atau dirosakkan dengan stapel bahkan lingkaran boleh ditanggalkan dengan mudah tanpa merosakkan anatomi perut.
“Kaedah ini terbukti selamat, berkesan dan mengekalkan pengurangan berat badan untuk jangka panjang. Kira-kira 50 peratus daripada berat badan yang berlebihan dapat dikurangkan dalam tempoh dua tahun.
SIAPA YANG LAYAK BUAT PEMBEDAHAN INI?
Tidak semua individu yang gemuk layak untuk melakukan prosedur ini dan ia hanya ditentukan oleh pakar bedah yang mengkhusus dalam bidang tersebut.
Sebagai contoh, seseorang yang berat badannya hanya 70 kilogram (kg) dan mahu menurunkan kepada 50 kilogram tidak layak untuk menjalani pembedahan ini.
Ini kerana prosedur ini adalah untuk mereka yang benar-benar mengalami obesiti iaitu mereka yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) pada skor 37 atau lebih. Atau boleh juga jika BMI 32 serta mengalami dua masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti seperti diabetes jenis II, masalah jantung, sakit sendi atau berdengkur.
Syarat lain ialah individu obesiti tersebut telah mencuba pelbagai kaedah menurunkan berat badan tapi tidak berjaya.
“Perlu diingatkan pesakit yang hendak mengikuti prosedur ini perlu membuat komitmen seumur hidup seperti tindakan susulan, mematuhi diet, senaman dan mengikuti panduan perubatan secara terperinci.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cool kan….. Pakai apa sahaja nampak elok. Untung sangat Jaden Smith ni. Gemar tampil dengan berpakaian seperti wanita, Jaden berani menyarung skirt yang seolah-olah sudah menjadi pelengkap dalam berfesyen. Jangan terkejut, pemuda berusia 19 tahun ini juga menjadi lelaki pertama dilantik sebagai penghias kempen koleksi wanita Louis Vuitton, untuk musim bunga/panas 2016.
Kerap sekali dikritik, Jaden tidak lagi berdiam apabila menghantar satu pesanan yang cukup padat di Twitter.
Kemunculan wajah Aiman Hakim Ridza di beberapa lokasi strategik menerusi paparan digital gergasi menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan orang awam.