Ini memang tak berperikemanusian, seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor telah menyebarkan virus HIV kepada 21 pesakit di sebuah kampung miskin di utara India setelah mereka disahkan menghidap HIV selepas menerima rawatan palsu dari doktor yang tidak bertauliah.
Mereka kononnya diberi rawatan untuk menyembuhkan demam, batuk dan cirit-birit.
Ads
Walaubagaimanapun, doktor palsu yang dikenali sebagai Rajendra Yadav langsung tidak pernah menukar jarum suntikan apabila merawat pesakit. Pihak berkuasa India kini giat mencari individu tersebut disekitar wilayah Uttar Pradesh.
Kegiatan jahat doktor tersebut itu ialah dengan mengayuh basikal sekitar kampung-kampung kecil untuk mencari ‘mangsa’ dan kemudian merawat mereka dengan mengambil bayaran yang paling murah sekitar 60 sen. Menurut dari penduduk kampung lagi, Rajendra hanya merawat hanya menggunakan suntikan semata-mata.
Lebih memburukkan keadaan apabila penduduk kampung juga langsung tidak mempedulikan kebersihan dan kekurangan ilmu dalam isu perubatan.
Ads
Di India sahaja terdapat 2.1 juta penduduk yang disahkan HIV pada 2016. Dari laporan UNAIDS, 9,100 dari angka tersebut adalah kanak-kanak bawah 15 tahun. Namun kini penurunan 20% dalam jangkitan baru telah turun secara mendadak.
Dalam sejarah bola sepak Inggeris, banyak kelab bola sepak yang kita kenali hari ini telah melalui pelbagai perubahan sejak penubuhan mereka. Nama asal mereka mencerminkan sejarah, komuniti, dan aspirasi tempatan.
MASKULIN yakin ramai di antara anda merupakan peminat atau penyokong kelab-kelab hebat dari Liga Perdana Inggeris seperti Liverpool, Manchester United, Arsenal, Chelsea dan banyak lagi.
Tapi sejauh manakah anda tahu tentang asal-usul nama sebenar kelab-kelab tersebut ketika ia ditubuhkan?
Berikut adalah sejarah dan nama asal 10 kelab bola sepak terkenal di England, termasuk Manchester United, Liverpool, Arsenal, dan Chelsea.
Manchester United kini dianggap sebagai salah sebuah kelab bola sepak terbesar di dunia. Pada asal penubuhannya ia diberi nama sebagai Newton Heath LYR Football Club pada tahun 1878.
Kelab ini ditubuhkan oleh pekerja landasan kereta api Lancashire and Yorkshire Railway (LYR) di Newton Heath, Manchester. Pasukan ini pada asalnya mewakili jabatan rel mereka, namun pada tahun 1902, kelab menghadapi masalah kewangan dan hampir ditutup.
J. H. Davies, seorang ahli perniagaan, menyelamatkan kelab ini dan menamakan semula sebagai Manchester United.
Juara Eropah sebanyak 6 kali, Liverpool Football Club ditubuhkan pada tahun 1892 selepas pertikaian berlaku antara lembaga pengurusan Everton F.C. dan pemilik tanah Anfield, John Houlding.
Houlding memutuskan untuk menubuhkan kelab baru selepas Everton berpindah dari Anfield. Pada awalnya, kelab ini didaftarkan dengan nama “Everton F.C. and Athletic Grounds Ltd.” Namun, selepas rayuan undang-undang, nama itu diubah kepada Liverpool Football Club.
Kelan yang kini dianggap pencabar terdekat Manhester City untuk kejuaraan liga terkini, Arsenal diasaskan pada tahun 1886 oleh sekumpulan pekerja di Royal Arsenal, Woolwich, London.
Pasukan ini pada asalnya dinamakan Dial Square, sempena bengkel yang mereka bekerja. Tidak lama selepas itu, kelab ini menukar nama mereka kepada Royal Arsenal, sebelum akhirnya mengambil nama Woolwich Arsenal.
Pada tahun 1913, selepas berpindah ke kawasan Highbury, mereka memendekkan nama menjadi Arsenal Football Club.
Tidak seperti kelab-kelab lain, Chelsea Football Club tidak mengalami perubahan nama yang signifikan sejak penubuhannya pada tahun 1905.
Nama “Chelsea” dipilih oleh pengasas kelab, Gus Mears, setelah lokasi stadium mereka, Stamford Bridge, terletak dalam kawasan tersebut.
Stamford Bridge pada asalnya ditujukan kepada Fulham FC, tetapi setelah gagal mencapai persetujuan, Chelsea FC ditubuhkan untuk mengisi stadium tersebut.
Tottenham Hotspur ditubuhkan pada tahun 1882 dengan nama Hotspur FC oleh sekumpulan pelajar sekolah dan bekas pelajar dari gereja Tottenham.
Nama itu diambil daripada Sir Henry Percy, seorang bangsawan Inggeris yang dikenali dengan gelaran ‘Harry Hotspur’, watak yang terkenal kerana sikapnya yang berani dalam sejarah Inggeris.
Pada tahun 1884, nama kelab itu diubah kepada Tottenham Hotspur untuk mengelakkan kekeliruan dengan kelab lain yang juga menggunakan nama Hotspur.
Manchester City pada asalnya ditubuhkan pada tahun 1880 sebagai St. Mark’s (West Gorton) oleh seorang paderi dan isterinya sebagai usaha untuk mengurangkan jenayah dan kemiskinan di kalangan belia tempatan.
Pada tahun 1887, kelab ini dinamakan semula sebagai Ardwick Association Football Club selepas berpindah ke kawasan Ardwick. Pada tahun 1894, nama Manchester City Football Club digunakan untuk mencerminkan kedudukan geografi mereka di Manchester.
Everton Football Club yang kini menjadi salah satu kelab tertua di England, pada asalnya ditubuhkan pada tahun 1878 sebagai St. Domingo’s FC.
Nama ini diambil sempena gereja Methodist St. Domingo di kawasan Everton, Liverpool, untuk menyediakan aktiviti kepada ahli gereja pada musim sejuk.
Pada tahun 1879, kelab ini menarik lebih ramai pemain dari luar gereja, lalu mereka menukar nama kepada Everton Football Club, mengambil nama daerah setempat.
Aston Villa ditubuhkan pada tahun 1874 oleh ahli Wesleyan Chapel di Villa Cross, Birmingham.
Nama asal kelab ini diambil dari lokasi penubuhannya, dan tujuan asalnya adalah untuk menyediakan aktiviti kepada pemuda-pemuda tempatan.
Aston Villa adalah antara kelab yang turut terlibat dalam pembentukan Liga Bola Sepak (Football League) pada tahun 1888.
West Ham United pada asalnya ditubuhkan sebagai Thames Ironworks FC pada tahun 1895 oleh pekerja-pekerja syarikat pembinaan kapal Thames Ironworks di London Timur.
Mereka merupakan pasukan pekerja kilang, dan kelab ini mempunyai hubungan erat dengan masyarakat perindustrian London.
Pada tahun 1900, kelab ini dinamakan semula sebagai West Ham United setelah pengurusan kilang membubarkan kelab asal dan membentuk yang baru.
Leicester City Football Club yang terkenal hari ini dengan kejayaan Liga Perdana 2016, pada asalnya ditubuhkan pada tahun 1884 dengan nama Leicester Fosse, merujuk kepada jalan lama Rom di Leicester.
Selepas Perang Dunia Pertama, kelab ini menghadapi masalah kewangan dan selepas penstrukturan semula, mereka menukar nama kepada Leicester City pada tahun 1919 untuk mencerminkan status bandar Leicester.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Serangga dan haiwan perosak merupakan ancaman utama setiap kediaman. Apatah lagi jika anda tinggal di rumah yang berdelatan dengan kawasan hutan atau semak samun. Kehadiran makhluk yang tidak diingini pasti membuatkan hidup tidak tenteram.
Sebagai contoh kehadiran semua yang banyak di dalam rumah. Pasti ia bukan sahaja menyemakkan malah menggangu makanan atau minuman kita. Disebabkan itulah ramai yang memilih jalan menggunakan produk beracun untuk menghalau atau menghapuskan semut yang bermaharajalela.
Namun tahukah anda terdapat racun semua yang tidak baik malah merbahaya kepada kesihatan. MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari Public Health Malaysia (PHM) yang berkongsi satu info sangat penting berkaitan dengan racun semut.
Menerusi perkongsian tersebut, PHM mendedahkan sejenis produk racun semua dikenali dengan nama ‘Shang Jia Ant Clean’ dijual secara berleluasa. Sedangkan orang ramai tidak tahu bahawa produk itu mengandungi bahan bahaya kepada kesihatan dan juga persekitaran.
Jelas mereka lagi, racun tersebut mengandungi sejenis bahan kimia dikenali sebagai Mirex yang sangat lama boleh bertahan di dalam tubuh serta persekitaran. Lebih menakutkan ia juga tidak mudah terurai dan masih memberikan kesan keracunan pada tubuh walaupun selepas bertahun-tahun lamanya.
Disebabkan risiko bahaya itulah bahan ebracun Mirex sebenarnya tidak dibenarkan untuk digunakan di negara kita. Malah, ada kes pernah melaporkan mangsa masih ada lagi kesan racun walaupun selepas bertahun lamanya.
Kesan Racun Mirex boleh menyebabkan simptom seperti loya, muntah-muntah, sakit perut, sawan, kekeliruan dan degupan jantung tidak sekata.
PHM turut mengigatkan orang ramai akan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara 1 tauhn atau denda sebanyak RM10,000. Jadi berwaspadalah sebelum menggunakan apa-apa produk racun serangga ya.
‘Sudi awak jadi pasangan saya? Jika ungkapan ini dilafazkan si lelaki, tiada apa yang peliknya bukan? Namun, bila wanita pula yang menuturkannya, agak janggal sedikit. Dalam konteks masa kini, wanita tersebut digelar ‘perigi mencari timba’. Kenapa dan atas dasar apa wanita sanggup bertindak sejauh demikian?.
1) TEKANAN Ya, tekanan umur yang semakin senja membuatkan wanita tiada pilihan lain. Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba, namun tidak muncul. Tanpa timbang tara, wanita tersebut terus bertindak menjejaki pilihan hati. Tanpa mempedulikan persepsi luar, menanti pujuk rayu sang lelaki bukan lagi satu pilihan.
2) MENTALITI Mentaliti kaum wanita masa kini yang ditusuk anggapan lelaki ‘berkualiti’ semakin kurang adalah salah satu sebabnya. Tidak mahu lagi terus berteka-teki, sesiapa sahaja di depan mata yang dirasakan layak, wanita tidak teragak-agak untuk terus bertindak.
3) DESAKAN IBU BAPA Desakan ibu bapa juga boleh mempengaruhi sang wanita untuk berperang memikat hati si dia. Dengan leteran yang tiada tentu titik noktahnya, walaupun niat di hati masih lagi belum bersedia, namun wanita terpaksa jua merelakannya.
4) TAKUT DILABEL ‘ANDARTU’ Tidak mahu lagi ditawan jolokan ANDARTU (anak dara tua) oleh ibu bapa serta kenalan. Apa lagi yang wajar dilakukan melainkan terus merancang memikat si teruna.
LANGKAH TAWAN SI DIA (untuk bacaan kaum wanita)
1) Sentiasa tampil menawan – Walau di mana sahaja anda berada. Di majlis keramaian, parti klien mahupun di warung tepi jalan. Sentiasa tampak mempesona dengan wajah bersolek agar sesiapa saja yang melihat akan tertawan.
2) ‘Jual mahal’ tetapi jangan terlebih – Mungkin gelaran ‘desperado’ buat wanita agak sukar buat anda, namun kekalkan maruah anda dengan menjual sedikit mahal namun jangan terlebih.
3) Hias diri anda – Wanita yang kelihatan polos dan kosong sangat tidak menarik, terutama sekali di mata si lelaki. Ambil masa, hias diri anda memakai jam tangan, eye lasher, cekak rambut mahupun wangian enak agar diri kekal segar di matanya. But,less is more.
4) Harus kreatif– Kreativiti cukup penting dalam memancing hati si dia. Libasan rambut anda, gaya jalan yang yakin dan memukau serta senyuman manis boleh mencairkan hati pasangan.
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.